Sabtu/21 Mac 2015
Assalamualaikum...
Haiii.. Hari ni aku nak present kan my second cerpen. Bosan punya pasal kelmarin, aku pun tulislah cerpen ni. Alhamdulillah boleh siapkan cerita pendek ni dalam satu hari je. Huhu, happy what?
Kepada readers yang sudi baca cerpen aku ni, thanks bebanyak! And, since aku ni baru lagi dalam bidang penulisan cerpen ni and umur pun baru setahun jagung so, komen korang amatlah aku alu-alukan. Tak kiralah komen negatif ke, positif ke, aku terima aje. Tapi harap-haraplah dapat komen positif. Hehe
Ok, lah. Jom baca cerpen aku meh!
.
.
.
Aishiteru Afik!
Kepada readers yang sudi baca cerpen aku ni, thanks bebanyak! And, since aku ni baru lagi dalam bidang penulisan cerpen ni and umur pun baru setahun jagung so, komen korang amatlah aku alu-alukan. Tak kiralah komen negatif ke, positif ke, aku terima aje. Tapi harap-haraplah dapat komen positif. Hehe
Ok, lah. Jom baca cerpen aku meh!
.
.
.
'Mawaddah, I love u!'
Aku terkedu membaca chat
daripada Afik di FB. I love you? Mengarut aje budak ni. Saje la tu nak
usik aku. Uish sepupu aku sorang ni. Macam-macam.
'I love u too,
Afik!'
Aku menekan butang enter.
Chat dihantar. Hah, kau nak mainkan aku sangat kan? Meh sini aku mainkan
kau. Aku senyum nakal.
Tidak lama kemudian, satu chat
masuk ke dalam inbox message aku. Daripada siapa? Huhu, of courselah
daripada Afik.
'Betul ke ni, Mawar? Kau
pun suka aku?'
Aku ketawa terkekeh-kekeh
membaca chat yang dihantar Afik. Adoi la, kau percaya Afik? Kesian...
'Ahah, aku suka kau. Jom couple!'
Aku menghantar balasan.
Sekali lagi ketawaku meletus. Couple? Kau dah kenapa Mawaddah?
Tut.. Tut..
Telefon bimbitku berbunyi.
Chat daripada Afik, Aku baca.
'Jom.. Jom.. Kau panggil
aku abang eyh? Bolehlah aku panggil kau sayang.'
Uhuk! Uhuk! Aku terbatuk.
Abang? Sayang? Uwekkk! Nak muntah aku.
'Oit, Afik! Kau dah
kenapa? Abang sayang bagai. Eiii.. Geli aku! Sedarlah sikit. Kita sepupulah!'
Butang enter aku
tekan. Chat dihantar.
Satu minit... Dua minit...
Lima minit...
Masih tiada balasan
daripada Afik. Aku dah mula bosan menunggu. Handphone aku nyalakan dan inbox
message aku buka. Apabila terpampang sahaja nama Afik di skrin telefon,
terus aku touch pada namanya untuk membuka mesej. Namun, tidak boleh.
Sekali lagi aku cuba. Tetap tidak boleh. Afik block aku ke? Aku menduga.
Aku menaip nama facebook
Afik di carian. Dan... Tak ada. Sah! Afik memang dah block aku. Tapi kenapa?
Aku gurau je kot.
Aku log out akaun FB.
Contact aku buka dan nombor Afik aku dail.
Tup.. Tup.. Tup..
Tup......
Chait! Afik reject call
aku? Kurang asam betul! Takpe Mawaddah, cuba sekali lagi.
Sekali lagi, nombor Afik
aku dail. Dan... Sekali lagi juga call aku direject.
Haih, Afik dah kenapa? Aku
call dia reject. Cabar kesabaran aku betul. Memang nak kena ar
mamat ni. Takpe-takpe, aku call rumah kau. Kalau kau tak jawab jugak
siaplah!
"Helo,
assalamualaikum.." Aku memberi salam perlahan.
"Waalaikumussalam.
Ye, nak cakap dengan siapa?" Kedengaran suara garau di hujung talian.
Mesti suara Abang Afnan ni. Ayat skema gila! Haha.. Amboi, Mawar. Sempat lagi
kau ya!
"Abang Af, ni Mawar
ni. Abang Af, panggil Afik jap. Tapi jangan cakap Mawar yang call."
Awal-awal lagi aku sudah berpesan kepada Abang Afnan.
"Oh, kejap. Tapi
kenapa pulak tak bagi cakap"
Aduih, Abang Af. Banyak
tanya la pulak.. Aku cakap jangan tu ikut aje lah. Tu pun susah.
"Abang Af...."
Aku meleretkan suara seperti memberi amaran.
Selag beberapa minit,
kedengaran suara garau seorang lelaki di hujung talian. Tetapi suara kali ini
lain sedikit. Sudah tentu bukan suara Abang Af. Mungkin suara Afik kot..
"Assa.."
Belum sempat Afik
menghabiskan salamnya, aku terlebuh dahulu berbicaea. Laju macam bertih jagung.
"Afik, kenapa dengan
kau ni? FB aku kau block, call aku kau reject.
Kenapa hah!? Yang kau nak terasa sangat kenapa? Wei!!"
Aku menarik nafas yang
sudah tidak teratur. Lenguh juga ya bercakap dengan kelajuan 500km per jam ni..
Baru aku tahu.
Aku sabar menanti balasan
gerangan di talian. Lama menunggu, namun tiada balasan.
"Afik? Afik!?"
Aku memanggil Afik di
talian. Namun tiada satu suara pun yang membalas. Sekali lagi aku memanggil,
"Afik!!? Kau dengar tak ni?"
Suaraku naik satu oktaf.
Geram juga aku apabila bercakap dengan orang 'bisu'.
"Aduh! Kuatnya suara
Mawar. Sakit telinga Abang af."
Eh. kenapa Abang Af pulak
yang jawab? Bukan tadi suara Afik ke?
"Abang, Afik
mana?" Tanyaku dengan suara yang kendur. Takut jugak aku kalau nanti Abang
Af jadi pekak dek suara aku. Huhu, ada-ada aje..
"Lah... Tadi Afik
cakap Mawar nak cakap dengan abang. Ni kenapa pulak Mawar tanya Afik?"
Di sebelah sana, Afnan
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dah kenapa pulak dengan adik dan
sepupunya itu. Bergaduh ke diorang?
"Eh, mana ada!"
Aku menafikan statement
Abang Af yang sudah terang lagi bersuluh salah. Hish, mengarut aje! Buat apa
aku nak cakap dengan Abang Af? Takde kerja aku. Afik ni kan, pandai-pandai aje!
"Pulak? Eh, korang ni
dah kenapa sebenarnya? Afik moody sampai mulut termuncung-muncung. Mawar
pulak duk cari Afik. Cer story sikit dekat abang."
Afnan cuba mengorek
rahsia. Harapnya dapatlah. Tapi, boleh ke?
"Takde pape lah bang.
Okayla, Mawar nak letak dulu. Kirim salam dekat mak long dengan pak long
eyh? Yani pun sama." Sebelum talian ditamatkan, sempat lagi aku mengirim
salam kepada keluarga Pak Long. Perkara biasa..
"Aikk.. Mak long, pak
long dengan Yani aje ke? Habis, abang?"
Adui Abang Af, dah berbual
pun nak kirim salam jugak ke? Mengada betul!
"Ye lah! Abang Af pun
sama. Assalamualaikum.." Aku menekan punat merah pada skrin telefon.
Talian dimatikan. Kemudian, aku mendail '*124#' untuk melihat baki kredit.
Fuhh! Nasib je aku buat free
tadi. Tak lah habis kredit aku. Kalau tak, sia-sia aje melayang satu ringgit.
HUih! Kedekut jugak kau ni ye Mawaddah! Hehe...
Aku mengerling sekilas ke
arah jam loceng di tepi katil. Baru pukul sembilang malam. Tapi, mata ni dah
berat rasanya. Ah, tidur dululah.. Hal Afik, lantak dialah. Malas aku nak
layan. Nanti okaylah tu.
Telefon bimbit aku matikan
dan aku letakkan di atas meja di sisi katil. Langkah aku hayun ke pintu bilik
untuk menutup lampu. Kemudian, aku kembali duduk di atas katil. Lampu tidur di
kiri katil aku pasang. Aku berbaring terlentang memandang syiling. Dengan lafaz
basmallah, aku mula memejam mata dan melayari mimpi indah.
"Morning ibu, abah."
Aku mengambil tempat di
sebelah ibu yang sedang menyuap nasi goreng.
"Morning. Awal
bangun pagi ni? Mawar nak ke mana?" Abah mendongakkan sedikit kepalanya
untuk memandang aku.
Ibu mencedokkan nasi
goreng ke dalam pinggan, kemudian diletakkan di depanku. Aku pula menuang air
teh 'o ke dalam cawan.
"Mawar nak pergi
kampus, bah. Hari ni ada buat group discussion."
Abah mengangguk perlahan.
Dia menyambung kembali suapannya yang terjeda sebentar tadi.
"Mawar pergi dengan
siapa?"
"Dengan Iqa."
Pendek sahaja jawapanku.
Aku mula menjamah nasi
goreng air tangan ibu. Memang sungguh menyelerakan. Baru sahaja beberapa suap
nasi masuk ke dalam tengkukku, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dari luar
rumah. Pasti Iqa, dugaku. Aku mengunyah laju suapan terakhirku. Tea 'o yang
masih berasap aku sisip perlahan. Panas!
"Mawar pergi dulu ya
ibu, abah. Assalamualaikum." Kedua-dua tangan ibu dan abah aku salam.
Kemudian, cepat-cepat aku berjalan ke luar rumah. Nanti kalau lambat, naya je
kena leter dengan Mak Cik Joyah tu.
"Assalamualaikum!"
Aku memberi salam.
Heels di kaki aku cabut dan kusimpan di dalam almari. Mataku menjeling ke
arah garaj kereta. Aku perasan, kereta Serena pak long ada terparkir
elok di situ. Mesti pak long dan keluarganya ada di dalam rumah.
Baru sahaja aku menapak ke
dalam rumah, terus sahaja tubuh genikku dipeluk dek sepupuku, Yani. Mak long
pula sudah memanggil-manggil aku untuk duduk di sampingnya.
"Ha! Tu pun Mawaddah.
Meh sini Mawar duk tepi mak long." Mak long menepuk perlahan sofa di
sebelahnya.
Aku hanya menurut
permintaan mak long untuk duduk di sebelahnya. malas mahu membantah. Nanti
panjang pula cerita.
"Kenapa mak long tak
cakap nak datang?" Aku menyalami mak long. Tanga tuanya aku cium.
Kemudian, pipiku pula menjadi tempat mendarat bibir munggil mak long. Kedua-dua
pipi gebuku dicium. Tidak cukup dengan itu, dahi aku pula dikuncupnya.
"Mak long sengaja tak
nak bagitahu. Nak buat suprise. Tapi aih-alih datang, suprise-nya
tak menjadi." Mak long buat muka monyok.
"Laa. Kenapa pulak
tak menjadi?" Aku mengusap lembut tangan mak long yang menggenggam tangan
kiriku.
"Dah mak long nak
buat suprise dekat orang lain, tapi orang lain pulak yang ter-suprisenya.
Haha." Mak long ketawa halus. Ibu pula mencebik. Rasanya, mesti ibu yang
mak long maksudkan itu. Dugaku.
"Ohhh.." Panjang
harakat pada 'oh' itu. Mulutku bulat berbentuk 'o'.
Aku mengerling sekilas ke
arah Afik. Dia langsung tidak menjelingku. Apatah lagi mahu memandang. Matanya
hanya difokuskan pada kaca televisyen yang menayangkan kartun Spongebob
Squarepants.
Afik masih marahkan diriku
kah? Takkanlah perkara kecil pun dia boleh terasa sampai macam tu sekali?
Langsung tak logik jika difikirkan. Ah, lantaklah! Malas aku mahu berfikir.
"Kak long, Mawar,
Yani, jom teman saya buat minum petang. Yang lain tu, sembanglah dulu."
Ibu berjalan menuju ke dapur. Aku, mak long dan Yani pula membuntuti di
belakang.
"Ibu dengan mak long
nak masak apa?"
Aku mengabil tempat di
sisi meja. Yani pula duduk di sebelahku. Tudung saji di atas meja aku angkat.
Ada beberapa potong kek di bawahnya. Aku pun apa lagi, terus mencapai sepotong
kek dan masukkan ke dalam mulut. Makan la!
"Kitorang tak nak
masak. Kitorang nak Mawar dengan Yani masak." Mak long menjawab
soalanku. Ibu buat thumbs up,
menyindir! Yani pulak sudah buat muka nak pengsan. Apa-apa je lah.
"What? Umi
dengan mak ngah nak Yani dengan Kak Mawar masak? Yani, mi?" Jari telunjuk
Yani lurus ke arah wajahnya.
"Ye lah anak dara oi.
Nak suruh siapa lagi? Korang berdua je anak dara dalam rumah ni." Balas
mak long bagi soalan Yani.
Ibu menuang air masak ke
dalam gelas, lalu diminumnya. Mak long pula mengeluarkan bahan-bahan untuk
dimasak dari fridge. Yani? Masih lagi dengan muka terkejutnya. Jari telunjuknya
masih setia lurus menghadap wajah putih seleputnya itu.
"Alah umi, mak
ngah... Yani mana reti hal-hal dapur ni."
Yani buat muka kesian
meraih simpati. Aku pandang dengan muka jengkel. Apalah anak dara sorang ni.
Sengaja la tu nak buat alasan. Bukannya tak reti, tapi malas!
"Kalau tak reti
masak, tolong bancuhkan air. Biar Mawar aje yang masak. Haih, apalah kamu ni.
Tak padan anak dara.."
Mak long sudah mula sesi
berleter. Yani buat donno. Dia tunjuk muka tak bersalah.. Hee, geram
pulak aku tengok sepupu aku yang ni sorang. Nasiblah kau sorang je sepupu
perempuan yang aku ada. Kalau tak, dah lama aku smackdown.
"Yea!! Ni sayang ni.
Dah-dah! Umi dengan mak ngah boleh keluar. Kak Mawar, cepat pergi masak!"
Yani sudah mula mengarah.
Mak long menjeling. Ibu yang malas mahu melayan kerenah Yani yang persis
kanak-kanak itu mengatur langkah ke ruang tamu. Tidak lama selepas itu, mak
long turut melangkah ke ruang tamu.
Aku bergerak ke singki
untuk mengambil pisau dan papan lapis. Kemudian, aku duduk kembali di sisi
meja. Sayur-sayuran di atas meja aku belek satu persatu. Ada bawang, sawi,
kubis dan lobak. Em, kalau masak cekodok best jugak ni.
Aku mengambil beberapa
biji bawang dan seikat sawi dari longgokan sayur-mayur. Yang selebihnya aku
simpan kembali ke dalam peti sejuk.
"Yani, tolong
ambikkan tepung gandum jap kat dalam kabinet atas tu. Then, tolong
basuhkan ikan bilis. Ikan bilis ada dalam fridge."
Kali ini aku pula yang
mengarah. Yani tidak membantah. Dia hanya menurut. Gandum yang diambil dari
dalam kabinet diletakkan di atas meja. Kemudian, dia mengeluarkan seplastik
ikan bilis dari dalam peti sejuk dan dibasuhnya di singki.
Aku memulakan sesi
mengupas bawang. Sebiji, dua biji, tiga biji bawang aku kupas. Usai mengupas,
aku memotong pula bawang-bawang itu. Diikuti dengan sawi. Selesai memotong, aku
meletakkan bawang dan sawi ke dalam bakul dan menyuruh Yani membasuh.
Besen di atas rak aku
ambil. Gandum, telur dan air aku campurkan ke dalam besen. Kemudian, aku gaul
hingga sebati. Sedikit garam dan gula aku letakkan ke dalam bater. Sekali lagi
adunan bater aku gaul.
"Yani, tolong
letakkan bawang, sawi dengan ikan bilis dalam bater." Arahku.
Yani yang sedang membancuh
tea 'o terjeda sebentar. Dia mengambil ikan bilis, bawang dan sawi yang sudah
dibasuh di singki dan diletakkan ke dalam adunan cekodok.
Aku menuang minyak masak
ke dalam kuali. Api dapur aku buka. Apabila minyak di dalam kuali sudah agak
panas, aku meletakkan sesudu bater ke dalam kuali. Dan diikuti dengan sesudu
lagi.
Sambil menggoreng cekodok,
sambil itu juga aku berbual dengan Yani. Sempatlah beberapa topik sensasi
kitorang gosipkan. Radio sengaja aku suruh Yani kuatkan. Apabila berkumandang
sahaja lagu kegemaran aku dan dia, mulalah kitorang berkaraoke. Bingit jugak
satu dapur tu dengan suara kitorang. Sampai ke ruang tamu boleh didengar. Ibu
dan mak long hanya menggeleng dengan telatah anak dara mereka
"Ha, siap pun masak.
Pecah tak dapur tu?" Pak long bersuara menyindir. Mulalah tu. Aku dan Yani
cuma buat donno.
Aku meletakkan pinggan
berisi cekodok dan sebotol sos cili di atas meja. Yani pula menuang air tea o
ke dalam cawan. Sesudah menuang air, dia duduk di sebelahku yang berhadapan
dengan Afik.
Bukan sengaja ya aku nak
bertentang dengan si Afik tu. Tapi terpaksa memandangkan dah tak ada tempat
lain. Buat apa aku nak terhegeh duduk depan dia? Dengan muka masam dan mulut
yang asyik termuncung sahaja sejak tadi, baik tak payah. Tak handsome plus menarik
langsung.
Aku tengok Afik
mendekatkan cawan yang berisi tea o ke bibirnya. Baru sahaja dia minum sedikti
air tea o, terus diletakkan cawan itu ke dalam piringnya kembali. Dia mengibas
mulutnya.
'Mesti panas tu.
Haha.." Aku ketawa di dalam hati. Senyumku cuba kau sembunyikan. Afik
menjeling geram. Abang Af pula dari tadi lagi asyik memandang aku dan Afik
silih berganti.
Aku berjalan-jalan di taman
mini di belakang rumahku. Cuma aku seorang sahaja di situ. Yang lain semuanya
sedang bersembang di dalam rumah. Afik sahaja aku tidak tahu ke mana. Lantaklah
dia.
Aku menilik bunga-bunga di
sekita taman mini itu. Semuanya tumbuh subur belaka. Indah mata memandang.
Sudah agak lama rasanya aku tidak mengambil angin di situ. Maklumlah, sejak
bergelar seorang mahasiswi dalam bidang kedoktoran beberapa tahun ini, aku
mengalami kekangan masa yang agak teruk. Banyak masaku, aku habiskan di
universiti. Rumah pula ibarat hotel. Balik untuk tidur sahaja.
Sedang aku asyik menilik
bunga. aku terdengar ada suara seseorang sedang bercakap. Bunyinya seperti
sedang merungut sahaja. Namun, butir katanya langsung tidak jelas di telingaku.
Aku berjalan
perlahan-lahan mengikut arah datang suara itu. Tiba di kolam ikan, aku dapat
melihat dengan jelas Afik yang sedang melempar makanan ke arah ikan yang sedang
berenang-renang. Kakinya direndamkan ke dalam kolam. Oh, kat sini rupanya kau..
Aku berjalan mendekati
Afik. Semakin dekar jarak aku dan dia, semakin jelas aku dengar rungutannya.
Cis, tak guna punya sepupu! Sesedap strawberry masak cili aje dia
mungumpat aku. Aku ganyang jugak nanti bibir seksi dia tu.
"Afik! Kau buat apa
tu?" Aku menyergah Afik dari tepi. Tangan sengaja aku cekakkan.
Afik berpaling
memandangku. Wajahnya jelas jelas menyatakan yang dia terkeut dengan
kehadiranku di situ.
"Kau buat apa kat
sini?" Afik bersuara perlahan, tidak berperasaan. Dia menyambung kembali
aktivitinya yang tergendala tadi.
"Cari kau!"
Spontan jawapan itu keluar dari mulutku. Aduih, mulut! Mana ada aku cari dia..
Takpe lah, tipu sunat hari ni..
"Kenapa kau cari
aku?" Afik melakukan aktivitinya seperti tadi. Cuma kakinya sahaja sudah
tidak direndam lagi di dalam kolam.
"Afik, kenapa kau moddy?
Kau marah aku ke? Tapi kenapa? Takkan sebab semalam kot? Aku gurau
ajelah." Banyak pula tanda soal kau ye, Mawaddah? Biarlah.. Ha, Afik!
Jawab, jawab!
"You know the
answer." Usai berkata-kata, Afik bangun berdiri dan terus beredar
meninggalkan aku. Bahuku sengaja dilanggar.
Aku mengejar Afik yang
sudah hilang di pandangan mata. Langkah kuatur laju ke dalam rumah. Masuk
sahaja ke ruang tamu, terus aku bertanya akan gerangan Afik kepada pak long.
"Pak long, Afik mana?"
"Kat luar.
Tadi..."
Tanpa menunggu ayat
seterusnya daripada pak long, terus sahaja aku keluar dari banglo dua tingkat
itu. Pak long dan yang lain memandang aku pelik. Abang Af apatah lagi. Mesti
berbakul-bakul tanda tanya dalam kepala diorang ni agaknya.. Ah, tak payah
kisahlah pasal diorang. Yang penting sekarang ni Afik.
Aku mengambil sandal di
dalam almari. Cepat-cepat aku sarungkannya di kaki. Aku lihat Afik sedang
mengeluarkan kereta Serena pak long dari dalam garaj. Fu, sempat lagi!
Nasib je aku dah pakai tudung. Kalau tak, mesti lambat.
Aku membuka pintu kereta
dan duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Afik yang baru sahaja mahu menekan gear
terkejut beruk dengan tindakanku.
"Weh, kau buat apa
ni? Kau turun sekarang!" Afik meluruskan telunjuknya ke wajahku. Aku just
buat bodoh. Tali pinggang keselamatan aku pakai.
"Lol! Aku cakap
keluar, keluar lah! Yang kau degil sangat kenapa?" Afik tunjuk muka
bengang. Mana tak bengang dia kalau aku cuma buat tak tau.
"Aku tak nak! Dah,
bawak lah kereta cepat."
Afik buat-buat nak cekik
aku macam selalu. Tapi tak cekik pun. Act je lebih! Dia menekan gear dan
kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah banglo. Tidak sampai sepuluh
minit, kereta Serena pak long sudah gah memacu di jalan raya.
Aku senyap. Afik pun senyap.
Masing-masing langsung tidak membuka mulut untuk bersuara. Tidak seperti
selalu. Selalunya, kalau aku dan Afik bertembung mata sahaja, pasti suasana
akan menjadi riuh. Kami bergilir-gilir meyakat antara satu sama lain.
Bosan dengan suasana yang
sunyi sepi, aku pun membuka radio. Frekuensi 105.0 aku cari. Yah!! Dengar Hot
FM duluan kita.
Baru sahaja lagu Senyum
nyanyian Aziz Harun berkumandang, terus sahaja ada satu tangan menutup radio.
Tangan siapa lagi kalau bukan Afik.
Aku menjeling geram. Radio
yang sudah bisu aku buka kembali. Tapi sekali lagi ditutup oleh Afik. Aku
membuka lagi radio. Kali ini jariku, aku tidak larikan dari punat radio. Afik
yang berura-ura mahu menutup radio tidak jadi menutup apabila melihat jariku masih
di punat.
"Sentuhlah jari aku
kalau kau berani!" Aku bersuara memberi amaran. Berani Afik nak sentuh
aku? Huh, kalau dia buat, memang mati dia aku kerjakan.. Afik mencebik tidak
puas hati.
Setelah agak lama jariku
berada di punat radio, aku jatuhkan juga jari aku. Bahuku, aku urut. Lenguh
juga ya. Haish...
Belum sempat aku
meletakkan jari aku di punat radio kembali, aku lihat jari Afik sudah landing
habis di situ. Radio juga sudah kembali bisu seperti awal-awal tadi.
Kali ini aku pula yang
memcebik. Kurang asam jawa extra betul kau ya, Afik! Pantang dapat
peluang, cepat aje kau. Aku memeluk tubuh. Kepala kupalingkan ke luar tingkap.
Bosan betul duduk dalam keadaan macam ni. Sunyi je takde hiburan langsung..
Kereta masih bergerak laju
di jalan raya. Aku tidak tahu ke mana Afik hendak membawaku. Jalan yang dilalui
juga tidak aku kenali. Well, aku mana ada kereta. So, tak taulah pasal
selok belok jalan raya ni. Sebenarnya, bukan setakat takde kereta aje, pandu
kereta pun tak reti. Adoi, kolot betul kau Mawaddah!
Sudah berapa kali aku
menguap pun aku tak tahu. Yang aku tahu aku nak menguap je. Mengantuk gila.
Mana tak-nya, suasana sunyi aje. Confirm-lah mengantuk.
Dek kerana rasa mengantuk
yang amat sangat, aku sendiri pun tak sedar bila dan berapa lama aku tidur.
Sedar-sedar aje bila dah sampai di destinasi yang dituju. Itu pun selepas
dikejutkan oleh Afik. Kalau tak, aku pun tak tau lah..
"Mawar, bangunlah!
Kita dah sampai ni." Afik mematikan enjin. Tali pinggang keselamatan dia
buka. Aku di sebelah, dikerling.
'Masih tak bangun? Heee,
kau ingat aku laki kau ke nak suruh kejut banyak kali? Kalau nak sangat, kahwin
aje lah. Ni, banyak songeh pulak. Sepupulah, itu lah, ini lah. Banyak aje
alasan kau.' Afik mencebik di dalam hati. Mengumpat aku!
"Mawar, bangunlah.
Kita dah sampai ni." Sekali lagi Afik cuba megejutkan aku. Namun masih
seperti sama.
Hei.. Mawaddah, kau memang
mencabar kesabaran aku lah. Nasib je aku sayang kau. Kalau tak, dah lama aku
tinggal kau dalam kereta ni sorang-sorang.
"Sayang, bangunlah..
Kita dah sampai ni. Kan, abang cium kan..." Afik menepuk perlahan bahu
sepupunya a.k.a aku. Dia senyum sumbing. Sayang? Abang? Kau dah kenapa Afik?
Naya je nanti kalau Mawar dengar. Huhu!
Aku menggeliat perlahan.
Jariku menenyeh-nenyeh kedua-dua belah mata kiri dan kananku. Afik di sebelah
aku pandang.
"Sorry..."
Entah kenapa, tetiba je aku tercakap sorry. Apa salah aku?
"Takpe..."
Afik senyum segaris.
Kacaknya!! Eh, kau dah kenapa Mawar? Mengigau ke? Tetiba je puji mamat tu
kacak. Selama ni bukan main lagi kau kutuk dia.
Dua saat aku pandang wajah
dia, cepat-cepat aku kalihkan wajahku ke depan. Haii, kenapalah degan aku hari
ni? Afik, please jangan senyum macam tu. Nanti runtuh jugak iman aku ni.
Aku buat-buat betulkan
tudung. Control ayu. Afik yang melihat, pantas sahaja mengeluarkan
cermin dari dalam dashboard dan diserahkan kepadaku. Aku pula apa lagi
sambutlah.
"Eh, Afik. Kau
panggil aku sayang ke?"
'Erk? Kenapa dia tanya
soalan macam tu? Dia sedar ke aku panggil dia sayang?' Afik mula gelabah tapi
cepat sahaja dia control.
"Eh, mana ada.
Mengarut aje kau. Kau mimpi kot. Aku mana boleh panggil kau sayang. Kau kan
geli." Ada nada sindiran di situ
"Tapi tadi..."
"Dah lah.
Cepat-cepat! Kan aku kunci kau dalam ni kan." Afik bersuara mengugut.
Cermin mata hitam dia capai. Dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
"Ye ke? Tapi tadi...
Ah, mungkin aku salah dengar kot.."
Cermin aku simpan kembali
di dalam dashboard. PIntu kereta aku buka. Aku turut melangkah keluar.
Afik yang sudah agak jauh berjalan di hadapan aku kejar..
Afik mendepakan tangannya
menghayati bayu laut. Aku di sebelah memandang jegkel.. Tudung yang asyik
'berkibar' ditiup angin aku pegang..
Aku turut menghayati sang
bayu yang bertiup. Ahh, best-nya! Dah lama jugak agaknya aku tak datang
ke pantai. Adalah dalam tiga bulan. Maklumlah, abah dengan ibu sibuk dengan
kerja diorang. Nak datang sendiri memang dalam mimpi ajelah... Thanks
Afik.. Kau macam tahu-tahu aje.
"Afik, kau marah aku
ke?" Aku bersuara memulakan bicara memandangkan Afik tidak berkata-kata
apa-apa.
"Kau rasa?"
Soalan dibalas soalan. Afik ni memang arr. Suka sangat buat aku tertanya-tanya.
"Afik......"
"Aku ingatkan kau
betul-betul suka aku. Tapi sebenarnya tak.."
"Afik,aku gurau aje
lah!" Aku melangkah menghampirinya yang tegak berdiri seperti batu
cendana.
"Sampai hati kau tipu
aku.." Afik masih dengan nada yang sama. Kecewa!
"Kan aku dah cakap
aku gurau je!" Suara aku sudah berubah ton. Kuat sedikit.. Perkataan
'gurau' sengaja aku tekan. Nak suruh dia sedar sikit.
"Memanglah bagi kau
bergurau.Tapi cuba bayang kalau aku buat benda yang sama dekat kau. Mesti kau
rasa geram kan? Macam tu lah jugak yang aku rasa!" Afik berpaling
menghadap aku.
Aku terkedu. Afik tengking
aku? Macam tak percaya aje.. Aku rasa macam nak nangis. Tapi aku cuba tahan.
Mawaddah, janganlah nangis!
"Tapi aku dah cakapkan aku gurau. Aku gurau! Aku
gurau!! Tak boleh ke kau maafkan je aku!?" Suara aku makin meninggi. Tapi
tak sekuat suara Afik tadi.
"Tak!!" Suara
Afik makin kuat. Tetapi tidak seperti tadi.
"Tapi kenapa!?"
Aku masih tak berpuas hati. Tak boleh ke kau terus-terang je dengan aku?
"Sebab aku suka kau!
Aku ingat masa kau balas chat aku tu, kau pun suka aku. Aku ingatkan aku
tak bertepuk sebelah tangan. Tapi rupanya tak!" Ada getaran pada suara
Afik..
Aku sekali lagi terkedu.
Apa yang Afik cakap tadi? Afik suka aku? Tapi, aku ingatkan..
"Aku ingatkan kau
bergurau." Suaraku juga turut bergetar. Bergetar kerana terkejut.
Afik menanggalkan kaca
mata hitamnya. Kulihat matanya berair. Afik menangiskah?
"Perlu ke aku
bergurau pasal hati dan perasaan. Dan pernah ke aku bergurau pasal hal ni?
Pernah ke hah? Jawablah!"
Aku menggeleng tanda 'tak'
kepada pertanyaan Afik.. Ya! Memang Afik tak perlu bergurau pasal hati dan
perasaan. Dan Afik pun tak pernah bergurau pasal hal ni. Langsung tak pernah.
Afik memegang kedua-dua
belah bahuku. Matanya tepat memanah anak mataku. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja
aku berasa gugup. Gugup apabila ditatap seperti itu. Aku melarikan anak mataku
apabila anak mata kami bertembung.
"Pandang mata aku,
Mawar..."
Seperti anak kecil disuruh
ibu, perlahan-lahan aku memandang Afik. Atau lebih tepat lagi memandang mata
Afik. Pandangan mata kami bertembung. Terasa seperti ada aliran eletrik yang
memancar dari mata Afik dan masuk meresap ke dalam hatiku.
Sungguh! Aku tak nafikan
yang aku pun suka Afik. Tapi, aku sedar siapa aku. Aku memang tak sepadan
dengan Afik. Sebab itu aku lebih rela memendam perasaan walaupun aku tahu ia sakit.
Tetapi, tidak sangka pula yang Afik juga memendam rasa yang sama. Seperti mimpi
menjadi realiti.
"Kau dengar sini..
Nur Mawaddah Syafiqa, aku suka kau. Aku sayangkan kau! Dan aku cintakan kau
sepenuh hati aku.. Kalau kau tanya sejak bila, aku tak boleh cakap. Sebab,
perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. I don't force myself to fall. I just
fall. Fall in love with you. Please accept me as your soulmate. Please.."
Jantungku berdetak laju
mendengar setiap butir perkataan yang meluncur keluar dari mulut Afik. Afik propose
aku? Adakah ini mimpi?
Sesaat.. Dua saat... Tiga
saat.. Aku kaku tidak berkata apa. Seperti disampuk sahaja. Hanya mata sahaja
yang tepat memanah anak mata Afik. Tetapi mulut terkunci.. Tika ini, biarlah
mata sahaja yang bercerita.
"Mawar, answer me
please..." Afik menggongcang perlahan bahuku.
Aku memalingan wajahku ke
tepi. Malu pula rasanya ditatap seperti itu. Mujur sahaja pantai ini tidak
ramai orang. Kalau ada pun, paling dekat dalam dua ratus meter dari tempat
kitorang berdiri.
"Mawar...!"
Sekali lagi Afik menggoncang bahuku. Kali ini kuat sedikit.
"Tapi..." Aku
tidak tahu mahu jawab apa. Yang keluar dari mulutku hanya tapi.
Afik menjatuhkan tangannya
dari bahuku. Dia berundur ke belakang beberapa langkah. Dalam jarak dua meter ,
dia memandangku dengan mata yang layu. Pandangannya menunjukkan yang dia
kecewa. Tapi, kenapa?
"Aku tahu kau tak
suka aku. Aku tau aku memang tak sepadan dengan kau. Tapi kau tak boleh ke
jawab soalan aku dengan jelas. Kenapa mesti tapi? Kenapa? Aku tahu kita ni
sepupu. Ya! Kita sepupu.. Tapi tak salahkan kalau kita saling mencintai? Apa
ada pada pangkat sepupu tu? Cuba jawab aku!?" Setitik manik jernih jatuh
membasahi pipi Afik. Tetapi cepat sahaja diseka dengan jemarinya. Dia tak mahu
nampak lemah. Lemah kerana cinta..
"Afik.." Aku
berjalan beberapa langkah medekati Afik.
"Dah la Mawar. Kalau
kau tak suka aku baik kau cakap ajer! Tak payah lah kau tunjuk muka kesian kau
tu!!"
Usai berkata demikian,
Afik berjalan laju meninggalkan aku yang masih 'bisu'.Aku berpusing 360 darjah.
Langkah Afik yang laju aku kejar.
"Afik, kau nak pergi
mana?"
"Pergi jauh dari kau.
Buat apa aku tunggu kau sedangkan kau langsung tak nak aku." Afik membalas
perlahan. Dia langsung tidak berhenti, apatah lagi menoleh ke belakang.
Langkahnya semakin laju.
"Takkan kau nak
tinggal aku sorang?"
Aku masih tak berputus
asa. Langkah Afik aku kejar walaupun jarak antara kami sudah bertambah dek
kesukaranku untuk berjalan di atas pasir pantai.
"Ya! Aku memang nak
tinggalkan kau. Nanti pak ngah datang ambik kau.."
Mendengar sahaja jawapan
Afik, dengan serta merta langkahku yang sudah bertambah kelajuan itu berhenti.
Sampainya hati kau, Afik.. Kau cakap kau suka aku, tapi kenapa kau nak tinggal
aku? Afik, apa salah aku? Aku menyeka air mata yang jatuh. Mata hanya memandang
langkah Afik yang laju meninggalkanku. Afik...
'Kenapa kau bodoh sangat
hah, Mawaddah? Kenapa kau biar diri pergi tinggalkan kau sedangkan kau tahu dia
sukakan kau. Kenapa kau tak beritahu je yang kau pun sukakan dia? Kenapa kau
senyap? Susah sangat ke kau nak jujur? Sejak bila kau jadi bisu, Mawaddah?
Sejak bila? Nur Mawaddah Syafiqa!!'
Hatiku berkecamuk hebat.
Memang betul apa yang hati aku cakap. Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa aku tak
berterus-terang je? Bukan sesuatu yang susah pun untuk aku cakap. Wake up,
Mawaddah Syafiqa! Wake up!!
Aku nekad. Dengan kekuatan
yang entah dari mana datangnya, aku menjerit kepada Afik, "Afik, sampai
hati kau nak tinggalkan aku kan? Kenapa kau lemah sangat? Kenapa kau cepat sangat
give up? Kau bukan macam yang aku kenal? Kenapa kau berubah!?" Aku
menjerit sekuat hati, berharap Afik yang jauh di hadapan dapat mendengar.
Langkah kuatur semula untuk mengejar Afik.
"Untuk apa aku kuat
sedangkan aku tau kau tak suka aku. Kenapa aku perlu ambil masa untuk give
up sedangan aku tau kau cuma anggap aku tak lebih daripada seorang
sepupu." Afik bersuara perlahan. Namun, telingaku masih dapat menangkap
butir bicaranya.
"Siapa cakap aku tak
suka kau!? Siapa cakap aku just anggap kau sebagai sepupu!? Tak lebih!?
Siapa cakap!? Jawablah!! Kau sendiri tahu kan apa syarat aku kepada orang yang
aku suka, orang yang aku sayang dan orang yang aku cinta!! Kau jugak yang complain
pasal syarat aku! Afik!!!" Suara aku makin kuat. Langkah aku juga semakin
laju sehingga aku sendiri pun tak sedar bila aku berlari. Yang aku tahu cuma
aku nak kejar dia.
"Ya, aku tau apa
syarat kau tu. Syarat paling gila yang aku pernah dengar." Di akhir kata,
Afik ketawa perlahan.
"Kalau kau tahu,
beritahu aku apa syarat tu.."
Aku tidak lagi menjerit
seperti tadi memandangkan jarak aku dan Afik sudah agak dekat. Aku juga sudah
tidak berlari lagi. Cuma berjalan perlahan ke arah Afik. Nafasku
tersekat-sekat. Aku termengah menahan penat. Lenguh juga ya berlari di atas
pasir pantai?
"Orang yang kau suka,
sayang dan cinta tak boleh suka, sayang dan cinta kau balik. Sebab nanti kau
takut kau akan suka, sayang dan cintakan dia lebih dari diri kau sendiri."
Gulp! Afik tersentak..
Mawar suka aku ke? Orang yang Mawar maksudkan dalam syarat tu aku ke? Aku ke
orang yang dia suka, syang dan cinta tu? Aku ke?
Afik berpusing 360 darjah
sama seperti aku tadi. Matanya tepat memandang aku yang sedang dalam keletihan.
"Mawar..." Afik
menyeru namaku perlahan. Matanya masih setia merenungku.
"Apa?" Aku
membalas renungannya. Kulihat anak matanya seperti ingin bertanyakan sesuatu.
"Kau?"
Seperti tahu-tahu sahaja
apa soalan yang ingin Afik tanyakan, aku terus sahaja 'menyembur' dia, "Ye
la bodoh! Kau lah orang tu! Orang yang aku suka, sayang dan cinta tu. Tapi
kenapa kau suka aku jugak hah!? Kenapa kau pun sayang dan cintakan aku!? Aku
dah cakap tak boleh kan? Tapi kenapa kau degil jugak!!? Sekarang ni aku dah tak
boleh hidup tanpa kau lah monyet!! Kalau kau tinggalkan aku, siaplah
kau!!"
Afik terkedu, terkejut,
terpana, terkaku dan bermacam ter lah dengan apa yang baru sahaja didengarinya.
Tidak sangka pula dia, cinta hatinya akan membuat pengakuan sebegitu. Siap
panggil monyet lagi. Sweet jugak kau ni eyh, Mawar? Tak sangka aku,
hehe..
"Betul ke ni? Kau tak
bergurau kan?" Afik masih agak was-was. Takut juga dia kalau dipermainkan.
"Perlu ke aku
bergurau pasal hati dan perasaan. Dan pernah ke aku bergurau pasal hal ni?
Pernah ke hah? Jawablah!" Aku mengulang balik soalan yang Afik ajukan
kepadaku tadi. Dan Afik pula mengulang jawapan yang aku berikan kepadanya. Dia
menggeleng perlahan.
"So?" Aku
mengcekak pinggang.
"Jom kahwin!"
Sekarang aku pula yang
terkedu. Kahwin? Kau dah gila?
"Neomu micheoso? (Kau gila)" Ambik kau, dah keluar pun bahasa Korea aku. Main-main lagi dengan anak Korea celup ni.
"Neomu micheoso? (Kau gila)" Ambik kau, dah keluar pun bahasa Korea aku. Main-main lagi dengan anak Korea celup ni.
"Sorry, aku
tak faham bahasa Korea. Tapi aku memang dah gila. Gila sebab kau!" Afik
berjalan mendekati aku.
Aik.. Tadi kata faham.
Tapi tau pulak dia apa aku tanya. Pelik betul!
"Eh, Afik. Jom
balik!"
"Alah.. Cepatnya! Jom
lah main air pantai dulu." Afik buat muka manja. Mengada-ngada betul!
"Malas aku. Kau
mainlah seseorang.." Aku menguis-nguis pasir pantai dengan kaki. Control
ayu gitu.
Afik mengecilkan matanya.
Dia berjalan dekat denganku. Aku yang melihat mula rasa gerun. Kau dah kenapa
Afik?
Afik semakin dekat.
Setapak dia meuju ke arahku, setapak juga aku mengundur ke belakang. Jantungku
sudah berdegup lain macam. Tiba-tiba, dia menarik pashmina yang sedia terbelit
di kepalaku. Kakiku yang bersarung kaki pula dia pijak. Lidahnya dijelirkan.
Ahh, Afik! Kalau tak buli
aku tak sah. Aku pandang dia yang sedang menjelir lidah. Geram pulak aku
tengok. Kecil besar kecil besar aje aku nampak dia sekarang ni.
"Afik! Kau ni
kan!" Aku berlari mengejar Afik yang sudah jauh di hadapan. Haih, memang
nahas kau aku kerjakan.. Tengoklah!
"Umi, walid, mak ngah, pak
ngah.. Kitorang nak kahwin!"
Dan...
Mak long menyarungkan
cincin yang bertatahkan berlian ke jari manisku. Dia tersenyum simpul. Aku pun
sama. Hehe..
Semua yang hadir pada
majlis pertunangan aku mengucap syukur. Afik juga tidak ketinggalan. Dapat
kulihat dia yang sedang tersenyum lebar di penjuru ruang tamu banglo dua
tingkat ini. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia gembira.
Aku juga sama sebenarnya.
Aku pun rasa gembira jugak dengan hubungan kitorang sekarang. Walaupun baru
sahaja bergelar tunang, tapi entah kenapa aku rasa agak lega kini. Tidak
seperti tadi, gemuruh aje memanjang!
Heee... Tak sabar rasanya
nak nikah. Mesti best! Huhu.. Aku mula berangan-angan. Hesh Mawaddah,
kenapa gatal sangat kau ni? Entah, aku pun tak tahu!
Kulihat tetamu yang hadir
sudah beransur ke halaman rumah untuk majlis makan-makan. Tidak ramai mana pun
yang dijemput. Cuma saudara-mara, kenalan rapat dan jiran-jiran sahaja yang
diundang. Majlis pula buat kecil-kecil aje. Bukan tak mampu or kedekut,
tapi sengaja aku suruh ibu buat majlis yang simple. Buat apa nak
besar-besar, tunang aje kot. Bukannya kahwin.
Cincin yang tersarung elok
di jari aku tilik. Cantik jugak eyh? Kena dengan cita rasa aku. Pandai Afik
pilih. Ni sayang lebih ni. Muahh! Muahh! Amboi..
"Oit, buat apa
tu?" Afik datang menegur aku yang masih duduk di atas pelamin. Tika itu
hanya kami berdua sahaja di ruang tamu. Yang lain sudah lesap entah ke mana.
Mungkin makan kot.
"Cuci pinggan! Sibuk
aje." Aku menjeling Afik yang sedang tersengih-sengih macam kerang
terlebih busuk. Entah pape!
"Oh, ye ke? Ingatkan
duk sidai baju tadi." Afik masih
tersengih-sengih. Geram pulak aku tengok.
Aku buat donno. Cincin
di jari masih aku tilik. Malas aku nak melayan kerenah si Afik.
"Cantik sangat ke
cincin tu sampai tuan dia pun tak nak pandang?"
Aku mengangkat wajahku.
Mata sengaja aku kecilkan.
"Hish, sibuk ajelah
kau ni. Dah lah, pergi! Pergi!" Aku menolak tubuh tegak Afik yang sedang
berdiri di depanku. Tapi dengan kudrat sebesar zarah yang aku ada, apa
sangatlah yang jadi? Tubuh Afik langsung tak bergerak!
"Hish, kau ni. Tak sporting
langsung! Aku baru je nak sembang, dah halau." Afik berpeluk tubuh. Dia
tunjuk muka tak puas hati. Ada aku kisah?
"Whatever.."
Aku kembali menilik cincin di jari. Masih tak puas-puas!
"Eh, Mawar. Tak
sangka pulak kan kita dah tunang? Eiii, tak sabar rasanya nak kahwin. Nak masuk
bilik!"
Mataku terbeliak mendengar
apa yang baru sahaja dituturkan Afik. Nak masuk bilik? Iyyu, tak senonoh betul!
"Kau ni cakap pakat
lepas je kan? Tak senonoh betul!" Aku buat muka jijik. Afik aku pandang
atas bawah.
"Aku cakap apa?"
Afik buat-buat tak faham. Keningnya dinaik-naikkan.
"Kau cakap nak masuk
apa tadi?" Jari telunjukku lurus mengarah kepada wajah Afik. Mata sengaja
aku kecilkan.
"Bilik!" Ringkas
dan padat jawapan daripada Afik. Aku jugak yang terbeliaknya. Selamba badak aje
dia jawab. Tak pandang kiri kanan langsung. Hish, kalau ada orang dengar ni
malulah aku.
"Hish, kau ni! Tak
senonoh gila.. Nak cakap tu pun agak-agak ar."
"Apa pulak yang tak
senonoh? Aku cakap nak masuk bilik je. Bukannya aku cakap aku nak bawak kau
masuk bilik. Ha.. Ni mesti kau fikir yang bukan-bukan ni. Kan?" Perkataan
'bawak' sengaja Afik tekan. Dia senyum nakal.
"Eh, mana ada lah!
Mengarut aje kau ni." Aku menafikan tekaan Afik. Walhal memang betul pun
aku fikir yang bukan-bukan. Hehe!
"Eleh! Tipu lah kau.
Kalau tak, kenapa muka kau merah?"
Aku melekapkan kedua-dua
belah tapak tanganku ke pipi. Merah ke pipi aku sekarang ni? Eiii, malunya!
"Ish, ada je kau ni.
Dah la, malas aku nak layan kau. Pergi makan lagi bagus." Aku bangun
berjalan meninggalkan Afik dengan pipi yang berblusher kiri dan kanan.
Malunya!
Afik ketawa terbahak-bahak.
Sukalah tu dapat sakat aku. Eii, geramnya! Yang kau pun sama Mawaddah. Buat apa
la kau pergi tanya soalan yang tak sepatutnya? Kan dah dapat malu.
Aku berbaring terlentang di
atas katil. Mata memandang syiling. Ahh, bestnya dapat baring. Rasa habis
hilang lenguh di tulang belulang. Tak sangka pulak aku, buat majlis
kecil-kecilan pun boleh dapat penat macam ni. Nasiblah bahagian makan-makan,
abah tempah catering. Kalau tak agaknya, mesti habis patah tulang-tulang
sendi aku ni nak kemas. Huh, nasiblah jadi anak sulung. Takde abang or
kakak nak tolong. Bukan macam Yani... Hai, Jealous pulak aku!
Aku bangun dari
pembaringan. Langkah kuatur ke meja study yang penuh dengan buku-buku. Earphone
aku ambil dan aku cucuk pada telefonku. Kemudian, aku berjalan kembali ke
arah katil.
Telefon kunyalakan.
Icon radio aku touch. Macam biasa, frekensi 105.0 aku pasang. Dengar
Hot FM T'Ganu dululah kita. Aku meletakkan telefon yang bercucuk earphone
di atas meja di sisi katil. Badanku, aku baringkan seperti tadi. Ahh, bestnya.
Suara Deejay El
mula kedengaran dari telefon. Pot pet pot pet. "Kepada seme(semua)
rakyat-rakyat Ganu hok(yang) tengah
dengar El sekarang ni. Dok(Tidak) pom(pun) hok baru je buka radio tu nak dengar
suara merdu bak buluh perindu ey, terima kasih banyak-banyak la neh(ya)?"
Aku tersenyum sendiri mendengar bicara Deejay El. Macam tuju dekat aku
je ayat yang akhir tu.
"Macam biasalah kita
dari dulu sapa(sampai) lenim(sekarang), bila masuk je jam sepuluh kita pun
tukar zon ah. Zon suka-suka kita habis doh(dah). Sekarang kita masuk zom rindu
rabak pulok(pula). So, kalu(kalau) sape-sape (sesiapa) hok nok(nak) wish
kata-kata cinta, rindu or sayang ke kasih ke, crush ke, tunang
ke, dok pom ke isteri, amatlah dialu-alukan."
Aku mengerling jam loceng
yang terletak di atas meja di sisi katil. Jarum jam sudah menunjukkan pukul
sepuluh malam. Patutlah dan masuk zon rindu rabak. Tak sedar pula aku. Ingatkan
baru pukul sembilang tadi. Haih, cepatnya masa berlalu.
"Ni El nak bacakan
ucapan cinta pertama dari saing(kawan) kita ni di facebook. Nama facebook
ye(dia), Afik Smartish. Budak hot stuff ni!"
Mendengar sahaja nama yang
disebut Deejay El itu, automatik
aku terus meniarap. Afik Smartish? Tu bukan nama FB Afik eyh? Dan, Afik
memanglah hot stuff. Aku berfikir sejenak. Volume telefon aku
kuatkan.
"Mari(Jom) kita
dengar ucapan saing kita ni. Kata Afik Smartish ni, assalamualaikum El. Sihat
tak malam ni? Waalaikumussalam warah matullah. Ambe(saya) sihat je." Deejay
El mula membacakan ucapan Afik. Aku pula mendengar dengan teliti.
"Malam ni, ucapan
saya, saya nak tuju dekat tunang saya yang tersayang iaitu Nur Mawaddah Syafiqa
yang tinggal di Kampung Teluk Menara tu. Sebenarnya baru je beberapa jam jadi
tunang. Hehe." Aku ketawa kecil mendegar ucapan Afik yang dibacakan oleh
Deejay El. Adoi, beberapa jam bertunang pun perlu cakap jugak ke? Afik...
Afik...
"Lol, selamat malam!
Kat sini, aku nak ucap terima kasih bebanyak dekat kau sebab sudi terima aku
walaupun just sebagai tunang dulu. Aku janji akan jadi tunang dan sepupu
yang terbaik untuk kau... Hee, tak sabar rasanya nak kahwin. Huhu! Tak aci
marah eyh? Mawar, I love you damn so much! Uhibbuki fillah abadan abada... Malam
ni mimpi aku eyh? Kepada Deejay El, saya nak request lagu
Aishiteru 3 lah malam ni. Nak tuju dekat tunang saya tu.."
Aku tersenyum sumbing
mendengar ucapan Afik. Adoi la sepupu merangkap tunang aku yang sorang ni.
Macam-macam! Boleh pulak kau pergi wish dekat radio eyh? Sejak bila pandai
dengar radio pun aku tak tahu.
"Amboi saing kita
sorang ni. Siap cakap kau, aku gi(lagi) nge(dengan) tunang ye. Rare
guh(sungguh)! Dakpelah, El harap awak dua orang panjang umur, panjang jodoh dan
happy sokmo la neh? Kahwin ekgi(nanti) jangan lupa ajak El tekk(juga).
Dan, kepada Nur Mawaddah Syafiqa hok jauh di mata tapi dekat di hati Afik tu,
jangan lupa mimpikan Afik malam ni deh(ya)? Ekgi kan, sebek(sedih) pulak tunang
awak tu." Deejay El ketawa perlahan di akhir katanya. Aku pun
begitu. Haish, Deejay El, siap suruh aku mimpikan Afik lagi ye?
Tengoklah dulu kalau aku rajin. Hehe..
"Okaylah, El nak
putarkan lagu permintaan saing kita ni. Dengarkan Aishiteru 3 hanya di Hot FM
T'Ganu, muzik paling hangat!" Deejay El menyambung lagi bicaranya.
Usai sahaja dia menuturkan trademark Hot FM, lagu Aishiteru 3 nyanyian
Zivilia pun mula berkumandang di corong telefonku. Aku ikut menyanyikan lagu
sambil senyuman tidak lekang di bibir.
Cemburu tanda cinta
Marah tandanya sayang
Kalau curiga, itu tanda ku takut kehilangan
Kalau dekat bertengkar
Kalau jauh ku rindu
Jadi serba salah
Buatku dilema
Tapi aku selalu
Aishiteru...
'Aishiteru Afik!!!!'