Friday, 2 October 2015

Jumaat Tanpa Kata Tapi Dengan Tulisan Dan Gambar

Jumaat/18 September 2015


Assalamualaikum...

Sape hari ni rasa bosan, angkat kaki. Aku!! (Angkat kaki) Yeah, aku rasa sangat bosan. Sangat-sangat. Sebelum ni takde pulak aku rasa bosan-bosan ni. Tup-tup hari ni tetiba je aku rasa bosan..Walaupun dari pagi tadi sampai sekarang dah masuk waktu Asar aku duk melepak depan e-book, but aku still rasa bosan. Sangat!

Before this, kalau aku duk sorang-sorang kat rumah pun aku relax and chill je. Tapi hari ni aku rasa lain sangat. Sangat bosan doe.. Nak baca buku Tarbiah Sentap, tapi malas pulak aku rasa. Nak buat homework, aku takde homework.. Ye-ye. Aku takddm homework. Cikgu aku terlalu baik.. Tapi nota banyak yang amat. Bertimbun-timbun! Huhu.. Aku tengok pun rasa macam nak pengsan. Itu baru tengok, tak sentuh lagi.. Adudu dush dush..

Kerja aku dari Zohor sampai Asar melepak depan e-book ialah edit gambar..Gambar siapa? Gambar aku lah :p

Aku pun tak tahu nak letak kat mana gambar tu.. Aku ingat nak jadikan sebagai header blog aku tapi.... Gambar tu kecil! Ohh, hati...

Actually, aku tak tahu apa tujuan aku tulis entry ni. Seriously! Eheh, aku rasa entry ni macam tak berguna je.. Mesti orang yang baca entry ni tak baca sampai habis kan? Huhu.. Tak kisah pun der.Kalau kau nak baca, bacalah. Kalau tak nak, sudah! Tak payah baca. Aku tak kisah... Well, aku just menulis kepada orang yang nak baca ajukan kepada yang tak nak baca.

OK, once again aku nak gitau, entry kali memang entah pape. Takde isi langsung.. So, aku syor-kan korang jangan bacalah entry ni... Jangan baca! Eh, apa aku mengarut ni?
Hwaaaa!!!!

Apa yabg aku mengarut ni??? Aku sendiri pun tak tahu kenapa dengan diri aku sekarang ni. Maybe sebab bosan sangat kott. Cehceh...

Eh, tadi aku gitau aku ada edit gambar kan? Ha.. Nak tengok tak gambar yang aku edit tu? Nak? Meh aku nak tunjuk.. Tak nak? Boleh bla dengan kau punya tak nak. I don't care..

So, here are the pics yang aku edit. Honestly, I'm nit really good in editing.. Edit pics pun just guna Paint yang memang dah tersedia dalam e-book. Takde benda lain... Takpw, nanti aku download.



Yeah! My full name is Siti Halimah.. And, people call me SHa for short.. But, not semua la. Just a little.. Tapi aku suka sangat kalau orang panggil aku SHa. Rasa macam aku ni retis je. Eheh!

Eh, mesti korang pelik kan. Nama Siti Halimah tapi orang panggil SHa.. Datang dari mana pulak SHa tu? Plitu kah? Kan? Haa.. Meh sini aku nak gitau..

SHa tu stand for my name la, Siti Halimah..

S => Siti
Ha => Halimah

Nama 'SHa' ni aku sendiri yang reka tau.. Well, dulu masa sekolah rendah, aku sangat tak suka dengan nama aku. Nama kampung! Plus nama aku macam mak cik-mak cik je. And aku bertambah tak suka dengan nama aku bila lagu 'Halimah Gigi Jongang' keluar. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila orang duk sindir-sindir aku dengan lagu tu..

Pernah sekali, ada seorang pak cik ni tanya nama aku. Then, bila aku jawab Siti Halimah, terus dia tanya aku, "Doh jongang dok gigi ey?" ..

Kurang asam betul pak cik tu. Sesedap kacang soya dia aje pergi tanya aku macam tu.. Macam la gigi dia tu perfect sangat. Hello, I tak jongang ok :p

Cuba kau fikir apa yang aku rasa bila dia tanya macam tu? whoa! Sakit sangat hati ni. Tapi, takkan nak tunjuk kan? Aku just force a smile and fake a laugh.. Tunjuk ayu and anggap soalan pak cik tu just a joke. Padahal dalam hati,,, there's a fire!

But then, when I entered the secondary school and bila aku tahu maksud di sebalik nama aku, aku start suka dengan nama aku sendiri. Bangga actually.. Ceh ceh.. Ye lah, boleh dikatakan kalau ke mana-mana, nama aku lah paling rare and orang mudah ingat.. Aku ingat lagi, masa darjah 6, aku pernah oergi ke kem UPSR and ada sorang lelaki ni tak habis-habis panggil nama aku, "Siti Halimah!" Nama orang lain dia tak nak panggil pulak. Paling buat aku shoke tahap jantung berdetak lagu gegile when dia jerit nama aku dari tingkat paling atas bangunan sekolah.. Then, dia tunjuk aku kat kenkawan dia.. HUHU. Rasa femes-emes jap masa tu.. Keh keh... Ngade kau SHa..!

Oh, maksud nama aku is Gelaran bagi perempuan yang penyabar, lemah-kembut, sopan-santun dan berakal. Ihiks! Amacam? Nama pendek je tapi maksudnya berjela.. Whoop! Whoop!. Em, sepanjang+panjang maksud nama aku tu, satu je yang kena dengan aku iaitu berakal. Yang lain hampeh.. Lemah-lembut + sopan-santun? Erk.. Friends aku always cakap aku ni kasar tapi family and relatives cakap aku ni sangat lembut + sopan lah sangat. Well, diorang cakap aku lembut sebab aku tak boleh buka tin susu. And diorang cakap aku aku sopan-santun sebab aku selalu duduk bersimpuh. Oh, aku memang tak suka duduk bersila. Macam lelaki! Bila duduk bersimpuh, baru aku rasa aku ni perempuan... Kawan aku cakap aku kasar pulak sebab.. sebab.. kalau aku buat sesuatu, aku tak boleh buat dengan lemah-lembut-gemalai dan seangkatan dengannya. Example, beleh buku. Kalau aku belek buku, aku memang belek cepat-cepat. Ada sekali tu page buku yang aku belek tu koyak.. Waaa! Kenkawan aku terkejut gila kot tapi aku wat lek wat peace je.. Show my innocent face.... Oh, kenkawan aku belek buku ayu nak hidup.. Lembut je.. Eh, aku tak boleh lah gitu. Tak boleh! Tak boleh! XD

OK, stop! Tukar topik! Tengok gambar ke-2 pulak..


"I knew someone in the world is waiting for me. Although I've no idea who he is. But, I feel happy everytime for this."

Yes.. Memang aku tak tahu siapa dia yang sedang tunggu aku, tapi aku rasa sangat gembira sebab ada jugak orang yang sudi tunggu aku.. Rasa sangat bersyukur sebab Allah kurniakan aku seorang jodoh.

"Ya Allah, permudahkanlah jalanku untuk bersama dia, lelaki yang Kau sudah tentukan untukku. Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku untuk menunggu dia. Ya Allah, kau tabahkanlah aku untuk menempuh segala dugaan yang Kau turunkan dan akan turunkan kepadaku untuk bersamanya.. Aku percaya kepada jodoh yang Kau tentukan.. Aku percaya kepada janjiMu bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi, aku mohon padaMu, jodohkan aku dengan lelaki yang baik-baik. Lelaki yang kuat imannya. Lelaki yang taat kepadaMu, kepada rasulMu dan kepada ibu bapanya... Lelaki yng tidak panas baran. Lelaki yang kya dengan budi bahasa. Lelaki yang tinggi rasa kasih sayangnya. Dan, k bahagiakanlah hidup aku dan dia bila kami sudah bersama nanti, Ya Allah. Amin.."

Aku harap sangat jodoh aku seperti yang aku bold-kan.. Harap sangat-sangat.. Tapi kalau tak dapat or terkurang satu ciri, aku reda je. Aku terima apa yang Allah beri. Kam Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.. Allah knows best.

Mesti hati korang terdetik, "Ceh, simple aje pun gambar.. Tapi gitau macam lah cantik sangat." Kan?
HOHO. Memang gambar yang aku edit ni sangat simple. SANGAT! Aku mengaku, aku mengaku.. Tapi kau tau tak aku ambik masa 3 jam untuk edit gambar ni.. Susah kot.. Ye lah, nama pun guna PAINT.. Pulak tu, lepas siap edit, tengok tak cantik je, aku edit yang lain pulak.. And, aku rasa dua ni yang paling cantik.. Yang lain sampah. Aku dah DELETE. Eh, you! Bukan senang tau nak edit cantik-cantik tau.. Tambahan pulak aku ni bukan orang yang berseni and sangat tak suka dengan subjek seni. So, faham-faham aje lah..

So, kesimpulannya hari Jumaat yang bosan ni aku isi dengan meng-edit gambar and tulis entry ni.. Bosan? Ye... Tapi bila aku tulis entry ni, aku rasa tak sabar pulak nak post-kan ke blog. Rasa dia macam nak pergi ambik award je. HAHA! Padahal takde orang pun baca.. Malu XD

OK-lah.... Sampai sini je entry untuk kali ni.. Sebarang silap dan salah aku mintak maaf.. Tata sweetie ooo tweetie ooo fweetie!


Tau tak aku ambik masa satu jam lebih untuk tulis entry ni.. Dari start orang azan Asar pukul 4.08 petang tadi, sekarang ni dah pukul 5.15 p.m. Tulis je delete, tulis je delete.. Hasilnya, ciput aje entry... Kui kui.. Daaaaaaaaa.


Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...