Friday, 9 October 2015

Review: Anthem by Hlovate

Assalamualaikum and hye, my beloved readers...

Waaa! Dah lama rasanya aku tak update blog kan? Padahal baru je seminggu. kih kih! Aku ni cakap macam lah ramai sangat orang yang baca blog aku. Padahal seribu pun tak sampai. (Malu! Tutup muka dengan tapak tangan depan komputer dalam library)

For your information, aku sekarang ni sedang berada kat Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sebab teman kakak aku and kawan dia buat assignment. Aku pulak duk main komputer library. Hehe. Bukan main apa pun, baiki blog aje sikit. Nak suruh kasi orang yang baca blog aku tak bosan.

Kalau korang perasan la, blog aku dah bertukar wajah. Dah tak sama macam sebelum ni. Hehe.. korang suka tak dengan wajah baru Cik Sakura Merah? Suka? Waaa... Happynya! Kalau korang suka, aku lagilah suka!

Oh, blog aku nama Cik Sakura Merah tapi tak ada warna merah kan? Kalau korang perasan la. Actually, aku tak minat pun dengan warna merah tu. Sebab.. Warna merah tu scary je bagi aku. Remind me to the blood. Haish! Kata nak jadi doktor tapi darah pun takut. Hampeh betul! Tapi, takpe. Aku baru aje 14 tahun. 3 years left to go.. To go where? Heheh. To go uni la and learn Medic. Wah! All of sudden rasa excited pulak..

Okay, aku rasa cukuplah tu untuk intro. For your information ya guys and girls, tujuan aku tulis entry kali ini adalah untuk review pasal novel Anthem by Hlovate. Kau kenal Hlovate? Tak? Oh, aku pun tak kenal. So, kita geng! Yeah..!

Actually, aku baru je tau pasal Hlovate ni start baca novel Anthem. Novel ni aku pinjam dari kawan aku. At first aku cakap kat dia aku nak pinjam buku yang ada unsur motivasi sebab dia ada banyak buku motivasi. So, she suggested me to read Anthem written well by Hlovate.

Oh, siapa Hlovate ni?

Aku pun tak tahulah. Yang aku tau pun dia ni seorang penulis novel yang berunsur motivasi. Dan dia ni tak beritahu identiti dia yang sebenar. Bersembunyi di sebalik nama pena Hlovate.

Walaupun aku tak kenal siapa Hlovate ni, tapi aku rasa aku dah mula jatuh cinta dengan dia melalui penulisan dia. Start aku baca novel Anthem ni, aku mula berfikir sesuatu. Sesuatu tentang fakta dunia, budaya, keluarga and so on lah. Minda aku pun jadi terbuka. Ilmu aku pun bertambah. Vocab English aku? Woah! Toksah kata lah.. Start baca novel ni, memang banyak sangat aku dapat new vocab. And, aku pun dah mula dapat beza English buku dengan English perbualan. Apa yang aku tahu, novel Anthem ni beri aku 1001 pembaharuan. Ye lah, selama ni aku just baca novel cintaaaa je memanjang. So, otak pun takat fikir pasal cinta aje lah. Tak berkembang langsung kot.

Tak nak cakap banyak la. Just nak share dengan korang pasal novel ni. Mana lah tau kan, ada di antara readers aku ni sekarang sedang mencari 'sesuatu'. Korang boleh lah baca novel ni untuk panduan.

Sinopsis:

Novel Anthem ni mengenai seorang gadis bernama Nur Dania Dashrin. Dia dan keluarga dia hidup secara nomad, berpindah dari satu negera ke negera yang lain kerana mengikut ayahnya. Kehidupan dia pulak sosial. Bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan negara, agama, budaya and so on lah. Dihantar pulang ke Malaysia ketika tingkatan 4 kerana beberapa faktor (baca sendiri). Mama, ayah dan adik lelaki dia tak tinggal sama di Malaysia sebab ayah dia bekerja di Delhi, India.

That's all la kot yang aku boleh simpulkan pasal novel Anthem ni. Kalau kau nak tau banyak lagi boleh baca novel Anthem ni. Tak rugi pun. Yang sinopsis kat atas tu, sinopsis untuk pembuka cerita. Means, kalau kau nak tahu apa isi lain and ending, kenalah baca, ye? Aku tak paksa, k. Suruh je. Hehe.

Tapi, aku sangat syor-kan korang baca novel ni. Banyak sangat quotes and info agama yang ada dalam ni.

Okeh, stop sini!

Sebab kakak aku and kawan dia dah siap buat assignment and nak balik rumah. Before aku tamatkan entry ni, sukalah aku nak share-kan beberapa quotes yang aku dapat dari novel ni. Hope bolehlah menerangkan hati korang sikit daripada tak terang langsung.

Enjoy the quotes ;)


“Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah 'judge' masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik 'je' sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. Minta dengan doa.” 
 Hlovate, Anthem


"If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don;t curse those who calling ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfication. More satisfying than cursing them all the way to hell and back."
-Hlovate, Anthem

"Youn can't control your emotion,
but you can control your acyion.
-Hlovate, Anthem

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.
 Sahabat bertanya : apakah penggilapnya wahai Rasulullah?
Rasulullah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati maut."
-Hlovate, Anthem

Noone knows what will happen in the future
We have to go ahead of the moon and stars
We have to reach beyond the skies
This world will be left behind
Who knows what the future is.
-Hlovate, Anthem

"There's always a first step in everything."
-Hlovate, Anthem

"The past matters, but only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah."
-Hlovate, Anthem

"Things that didn't kill you just make you stronger."
-Hlovate, Anthem
“Manusia itu umpama logam ataupun himpunan berjenis-jenis besi, baiknya mereka di waktu jahiliah, baik juga mereka di waktu Islam” 
-Hlovate, Anthem

“Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserve a future
no judging on one's past
because its might be your future” 
 Hlovate, Anthem


“The beginning of wisdom is fear to the Lord” 
 Hlovate, Anthem

“We are defined by what we believe in” 
 Hlovate, Anthem


“Apabila buku tu cakap tentang kita meletak label dan stereotaip ke atas bab agama. Yang membuatkan orang bukan Muslim itu sendiri jauh daripada Islam. Bukan yang bukan Islam aje, yang Islam tapi tak berapa nak faham Islam pun terasa nak jauh daripada Islam. Sebab bab label-melabel dan stereotaip tu la. Dan ironi apabila kadang-kadang penyebab tu adalah yg namanya Muslim yang faham Islam itu sndiri.” 
 Hlovate, Anthem


“yes, life is a beautiful journey
no one knows what the future will be
death will befall us one day
the soul will depart one day
why worry about such things
who knows what the future will be” 
 Hlovate, Anthem


“we act on what we believe in. we're the ones who decide on who and what we want to be. we are the one making the choices” 
 Hlovate, Anthem


“make yourself useful to others by keeping yourself healthy and happy, and any certificate is no guarantee to that” 
 Hlovate, Anthem


“is it the matter of wrapping or covering?” 
 Hlovate, Anthem


“life is a wonderful journey
no one knows what the future is
tread life joyfully
don't worry about the rest of the world pass the day smilingly
no one knows what the future will be” 
 Hlovate, Anthem


“We are defined by what we believe in. Identity is shaped by what we believe is right. Culture is cultured, pun intended; by what we believe is right.'

Kita diertikan dengan apa yang kita percaya sebagai benda betul. Dan budaya serta nilai itu sendiri, memang dibentuk dengan benda yang sama juga, apa yang kita percaya sebagai benda yang betul baik. Cuma yang membezakan antara manusia tu ialah apa yang difahami sebagai benda yang betul dan benda yang baik.

Contoh, 'Westerners' percaya minum wain merah baik untuk kesihatan jantung. Tapi kalau untuk orang Islam, sah la benda tu haram.

Contoh lain, 'Englishmen are all about tea, and Americans are all about coffee.” 
 Hlovate, Anthem















Oh, lupa nak beritahu. Dash Johari tu ialah Nur Dania Dashrin.. She known as Dash.. And she don't like people Dania her around..




Anthem by Hlovate..

Honestly, love this novel badly!


Okay, that's all for this time. See you again with another entry and story. Adios..


Thanks for reading this entry ^_^


No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...