Sunday 25 December 2016

Quote Of The Day #12

Assalamualaikum semua :')

.

Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi. Hanya perlukan waktu 15 minit sahaja.

Bagaimana caranya?

Nabi SAW bersabda:
1. Barang siapa yang tinggalkan solat Subuh, maka wajahnya tidak akan ada cahaya.
2. Barang siapa yang tinggalkan solat Zohor, nescaya tiada keberkatan dalam rezekinya.
3. Barang siapa yang tinggalkan solat Asar, nescaya tiada kekuatan dalam jasadnya.
4. Barang siapa yang tinggalkan solat Maghrib, nescaya tiada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.
5. Barang siapa yangg tinggalkan solat Isya', tiada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu tak kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan?

Sebab ini adalah rahmat dari Allah SWT ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang-orang yang kita sayangi, berbahagi perkara yang bermanfaat adalah bahagian dari amal-amal soleh.

Sahabatmu dalam perkongsian.
Wallahu A'lam =)

.

Thanks for reading this entry ^_^

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Assalamualaikum semua :')

.

Sekadar ingin berkongsi berita gembira kepada semua wanita di dunia ni =)

.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

.

Rasulullah SAW merupakan manusia termulia dan terbaik di dunia ini. Baginda juga merupakan seorang insan yang sangat memuliakan wanita. Buktinya?

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dalam lafaz lain:
“Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang solehah.”
(HR. Ibnu Majah)

Dalam lafaz lainnya lagi:
“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
(HR. Ahmad)

Wanita dan Keindahan sudah menjadi sunnatullah bagi anak Adam. Mereka mendapat pelbagai nikmat dari wanita yang mereka cintai. Wanita-wanita itu juga dijadikan indah pada pandangan mereka. Sebagaiman firman Allah:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)

.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

3. "Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga).

5. "Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki."

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. "Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga."

8. Apabila kedua ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah R.A berkata, "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana sahaja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah R.A berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia ke mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki.

14. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari m dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mula berasa sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

.

So, girls? Amacam? Terkejut tak? Aku pun terkejut time baca mende ni. But then rasa happy sebab aku adalah orang-orang yang bertuah mendapat perkara-perkara di atas.

Selalu orang kata, asyik perempuan je yang perlu tahan sakit. Dari mengandung, beranak, berpantang. Lepas tu kena jaga anak tu pulak. Lelaki tahu pergi kerja je. Lepas tu bila balik kerja, nak dilayan macam raja.

Ingat ya, girls. Wanita yang mengandung, beranak, berpantang, jaga anak termasuklah layan suami macam raja tu dapat pahala tau dengan apa yang mereka buat. Bukan buat tanpa apa-apa imbalan. Tapi lelaki pulak, dia kena tanggung keluarganya di dunia dan akhirat. Di dunia, kena tanggung makan-minum-pakai-tempat tinggal etc ahli keluarga. Kat akhirat pulak, kena tanggubg dosa-dosa ahli keluarga. Lebih perit tu!

So, girls? Be proud of yourself. Kaum Adam yak dapat semua ni. Kita-kita je =D

.

Thanks for reading this entry ^_^

Amalan Orang Yahudi Semasa Mengandung

Assalamualaikum semua :')

.

Entri kali ini aku nak share-kan something yang sangat berguna. Hope bermanfaat untuk korang semua yang membaca entri ni :)

Artikel ni memang panjang, tapi
sangat berguna! Kebaikan amalan diorang ni boleh la guna, kalau
yang lain-lain tolong jauhkan. Okey? =)

.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon (setelah dialih bahasa)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu;

Mengapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang. Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum YAHUDI. Dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir;

Apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka?
Apakah ini suatu kebetulan?
Adakah bijak boleh dijana?

Maka saya tergerak hati membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama sekali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, "Adakah ini untuk anak kamu?" Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya. Semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung, beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari pula, makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan
penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau, ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja
jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti)
dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan susah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo (HARAM!). Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sesekali kali merokok kerana tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA!

Para perokok harap ambil perhatian!
Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah??

Tekalah sendiri.

Yes, Yahudi!

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), oleh itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6. Anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara.

Selanjutnya, pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Di sini, murid-murid ditekan dengan subjek sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Walaupun segala projek mereka kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, namun tetap diteliti dengan serius, apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di tahun akhir di universiti, para penuntut di bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! (DUIT SEBENAR!) Anda terperanjat? Itulah kenyataan. Dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia!

Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini?
= Ianya dicipta di Universiti Israel
oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka?
Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka, ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun. Mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai!

Adakah ianya sebagai kebetulan?

Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).

Adakah ini kebetulan?

Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu, lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Guess, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa. Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya, ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok, berkhasiat dan baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan violin, sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini, perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali! Dan seperti Israel, ianya begitu taboo. Dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel. Sebab itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikat nya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil.

Benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh?

Saya telah menemui beberapa bukti untuk menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia?

Adakah ini bukan akibat merokok?

Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa.

Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler?

Bagi saya, itu isu politik dan survival.

Yang ingin saya ketengahkan ialah;

Mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?

Jawapannya ialah mungkin YA dan
TIDAK MUSTAHIL. Dan ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak. Dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi. Pada umur 9 tahun, cucu saya dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh! Karangannya hanyalah mengenai;

Mengapa saya gemarkan
tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

.

Found it here -> http://liyanamazlan.blogspot.com/2012/12/amalan-orang-yahudi-semasa-mengandung.html?m=1

.

Thanks for reading this entry ^_^

Lirik Lagu Daylight - Maroon 5

Assalamualaikum semua :')

.

Kali ni aku nak share lirik lagu Daylight by Maroon 5.

Aku suka sangat lagu ni. DAYLIGHT. This song made me thinking of something.

Aku ni nampak je tought. Tapi sebenarnya hati aku lembut. Aku memang susah nak nangis. Kalau setakat dengar ceramah kat sekolah tu, hem... Aku relax je. Tak nangis pun. Tapi.... For certain things, air mata ni akan gugur jugak. Contohnya, bila aku dengar lagu ni.

Cuba korang hayati betul-betul lirik lagu ni. Sedih tau! T_T

***

DAYLIGHT by MAROON 5

.

Here I am waiting, I’ll have to leave soon
Di sini aku menunggu, aku harus segera pergi
Why am I holding on?
Kenapa aku bertahan?
We knew this day would come, we knew it all along
Kita tahu hari ini akan tiba, kita sudah lama tahu
How did it come so fast?
Bagaimana saat ini datang begitu cepat?
This is our last night but it’s late
Ini adalah malam terakhir kita, tapi ini sudah larut
And I’m trying not to sleep
Dan aku berusaha tak tertidur
Cause I know, when I wake, I will have to slip away
Karena aku tahu, saat terbangun, aku harus pergi

CHORUS
And when the daylight comes I’ll have to go
Dan ketika pagi menjelang, aku harus pergi
But tonight I’m gonna hold you so close
Tapi malam ini aku kan mendekapmu erat
Cause in the daylight we’ll be on our own
Karena saat pagi datang, kita kan berpisah
But tonight I need to hold you so close
Tapi malam ini aku harus mendekapmu erat
Oh-woah, oh-woah, oh-woah
Oh-woah, oh-woah, oh-woah

Here I am staring at your perfection
Di sini aku menatap kesempurnaanmu
In my arms, so beautiful
Dalam dekapanku, begitu cantik
The sky is getting back, the stars are
burning out
Langit mulai terang, cahaya bintang mulai pudar
Somebody slow it down
Seseorang, perlambatlah waktu
This is way too hard, cause I know
Ini sangat berat, karena aku tahu
When the sun comes up, I will leave
Ketika mentari tiba, aku kan pergi
This is my last glance that will soon be memory
Inilah terakhir kali kan kulihat dirimu, dan akan segera jadi kenangan

CHORUS

I never wanted to stop
Aku tak pernah ingin berhenti
Because I don’t wanna stuck alone babe,
stuck alone babe
Karena aku tak ingin terus sendirian
I was afraid of the dark
Aku takut dengan gelap
But now it’s all that I want, all that I
want, all that I want
Tapi kini, hanya itulah yang kuinginkan

CHORUS (2x)

Oh-woah (yeah), oh-woah (yeah), oh-woah (yeah)
Oh-woah (yeah), oh-woah (yeah), oh-
woah!

*****

Btw, ni lagu lama. Entah album Maroon 5 yg keberapa. Yang pasti lagu lama.

.

Thanks for reading this entry ^_^

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...