Sunday, 25 December 2016

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Assalamualaikum semua :')

.

Sekadar ingin berkongsi berita gembira kepada semua wanita di dunia ni =)

.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

.

Rasulullah SAW merupakan manusia termulia dan terbaik di dunia ini. Baginda juga merupakan seorang insan yang sangat memuliakan wanita. Buktinya?

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dalam lafaz lain:
“Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang solehah.”
(HR. Ibnu Majah)

Dalam lafaz lainnya lagi:
“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
(HR. Ahmad)

Wanita dan Keindahan sudah menjadi sunnatullah bagi anak Adam. Mereka mendapat pelbagai nikmat dari wanita yang mereka cintai. Wanita-wanita itu juga dijadikan indah pada pandangan mereka. Sebagaiman firman Allah:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)

.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

3. "Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga).

5. "Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki."

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. "Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga."

8. Apabila kedua ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah R.A berkata, "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana sahaja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah R.A berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia ke mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki.

14. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari m dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mula berasa sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

.

So, girls? Amacam? Terkejut tak? Aku pun terkejut time baca mende ni. But then rasa happy sebab aku adalah orang-orang yang bertuah mendapat perkara-perkara di atas.

Selalu orang kata, asyik perempuan je yang perlu tahan sakit. Dari mengandung, beranak, berpantang. Lepas tu kena jaga anak tu pulak. Lelaki tahu pergi kerja je. Lepas tu bila balik kerja, nak dilayan macam raja.

Ingat ya, girls. Wanita yang mengandung, beranak, berpantang, jaga anak termasuklah layan suami macam raja tu dapat pahala tau dengan apa yang mereka buat. Bukan buat tanpa apa-apa imbalan. Tapi lelaki pulak, dia kena tanggung keluarganya di dunia dan akhirat. Di dunia, kena tanggung makan-minum-pakai-tempat tinggal etc ahli keluarga. Kat akhirat pulak, kena tanggubg dosa-dosa ahli keluarga. Lebih perit tu!

So, girls? Be proud of yourself. Kaum Adam yak dapat semua ni. Kita-kita je =D

.

Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...