Thursday, 1 October 2015

Broken English? Just be cool with it.

Sabtu/12 September 2015
Assalamualaikum...
Hari ni.. Hari ni.. Hari ni aku nak bahas sikit pasal tajuk 'Broken English'. So, kepada sesiapa yang tak yakin nak bercakap englis or terlalu yakin bercakap english and suka sangat judge orang, aku syorkan korang baca entry ni. Sebab aku rasa entry aku kali ni sangat berguna..
English.. Sape tak tahu bahasi inggeris kan? Fuh! Nenek kebayan yang tak belajar tu pun tahu bahasa inggeris. Apatah lagi korang yang belajar. Memanglah sangat-sangat tahu.
Speak in english sekarang ni dah jadi trend kat Malaysia. Boleh dikatakan separuh dari rakyat Malaysia menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa sehari-hari. Itu dari pandangan mata kasar aku la. And selalunya yang guna bahasa inggeris ni orang bandar la sebab orang kampung tak ramai yang pandai ber-BI. Well...
Aku suka ber-BI. Aku mengaku. Aku sangat suka bercakap dalam BI. Kadang-kadang aku ber-BI dengan mak aku yang langsung tak tahu apa-apa tentang BI. Kadan-kadang tu jugak aku lebih suka menggunakan BI dalam sesuatu perkara sebab bagi aku BI sangat mudah difahami. Contohnya, handphone aku, aku setting kan ke dalam BI.
Semasa aku di sekolah rendah, aku dan kawan-kawan boleh dikatakan power jugak lah dalam BI. Walaupun kitorang jarang speaking, tapi kitorang selalu jugak text in english. Tapi, bila aku naik ke sekolah menengah, aku dapat perhatikan ada kejanggalan di antara kenkawan aku dalam penggunaan bahasi inggeris. Lebih tepat lagi diorang tak yakin nak ber-BI. Sebabnya, diorang takut english diorang broken, hancur dan seangkatan dengannya.
Aku mengaku, penguasaan aku dalam BI tak sampai 100%. Lebih kurang 85% aje pun. Tapi aku relax aje speaking english. English aku kadang-kadang broken jugak. Tapi aku relax aje. Bagi aku, broken english tu perkara biasa. Tak payah nak malu sangatlah kalau english kau broken. Kalau BM katj broken kau patut malu sebab kau tu orang Melayu.
Cuba kau tengok orang Cina. BM diorang tu kalau buat karangan memang F! Hancur lebur! Tapi diorang relax and peace je bila BM diorang broken. Bagi diorang, 'at least aku boleh berbahasa Melayu daripada tak boleh terus'. Sama jugak dengan orang Tamil. Kau ingat orang Tamil tu pandai sangat ke ber-BM? Sama aje dengan orang Cina. BM hancur jugak. Tapi diorang relax je. Itu salah satu perkara yang aku respect kat orang Cina and Tamil. Diorang tak kisah BM diorang salah, as long as orang boleh faham apa yang diorang cakap. Besides, it's just a conversation, OK.
So, kepada sesiapa yang takut sangat nak ber-BI, aku syorkan supaya kau contohilah orang Cina and Tamil. 'AS LONG AS ORANG FAHAM APA YANG KAU CAKAP'. And, most important, kau kena yakin dengan apa yang kau cakap. Kalau kau takde keyakinan, memang sampai bila-bila pun kau tak boleh ber-BI. Kau just ignore what will people say if your english is broken. Wat lek wat peace, k?
Kalau kau bercakap dengan omputeh pun, omputeh mesti respect kau sebab kau pandai ber-BI. Hey you! Omputeh lagi teruk dari orang Melayu la. Diorang tu langsung tak tahu bahasa lain. Cuba kau tengok tourist dari Europe or US, diorang datang Malaysia pun diorang still ber-BI. Guna bahasa ibunda diorang. Berapa patah perkataan Melayu sangatlah diorang tahu? Selalunya, pemandu pelancong yang bercakap untuk diorang.
Dear kenkawan sekalian.. Berbanggalah dengan diri korang. Cubalah bercakap in BI. Buangkan rasa rendah diri tu. Kat sini, aku bukannya nak galakkan sangat korang guna BI and buang BM dari kamus hidup korang, NO! BM tu kan bahasa ibunda kita so, please jangan buang BM dari hidup korang... Aku just nak tanamkan keyakinan kat dalam diri korang.. As you know, English tu international language kot. Nanti, kalau korang nak masuk Uni mesti guna BI.
Kalau kat perkampungan, memanglah jarang sangat orang ber-BI. Tapi, cuba kau keluar dari kampung and pergi ke bandar. Fuh! Memang sana sini English.
Kalau kau rasa rendah diri nak ber-BI dengan kawan korang sebab kawan korang tu sangat power dalam BI and suka sangat judge kau, kau cakap aje, "Aku orang Melayu bukannya omputeh nak ber-BI betul memanjang." Surely, dia akan senyap. Kalau aku sendiri pun, aku akan senyap.
Ni special untuk orang yang terlalu power ber-BI and suka judge orang..
"Aku tahu lah kau pandai BI. Pandai sangat-sangat. BI kau tu macam BI omputeh asli. Tapi kau takde hak nak judge-judge or kutuk-kutuk orang yang BI-nya broken. At leasj diorang tu cuba ber-BI and tak riak."
:p
So, kesimpulannya.. Yakinlah untuk ber-BI. Memang bila BI korang broken, akan ada mulut-mulut yang tak bertauliah akan judge korang itu ini. Itu aku tahu sebab aku pun pernah alami tu semua. English aku pun broken ok. Tapi, aku ada keyakinan. Bukannya aku tak malu bila orang judge yang BI aku broken. Malu sangat! But, I think positive. For me, at least I try to learn how to use BI. Not like you, just know to judge people but don't try to learn and speak in BI.
Kalau kau pernah baca entry aku yang sebelum ni, BI aku pun ada broken jugak.. Hey! Chill. Tak perlu perfect pun dalam penggunaan bahasa asing. Yang penting, kau kena perfect dalam bahasa ibunda kau... Malu la sikit kalau BI kau A+ tapi BM kau F. Kau ni orang negara apa sebenarnya? Malaysia ke UK?
Bagi aku la.. Dari sudut pandangan aku.. Tak kisahlah kalau BI aku broken dalam perbualan, tapi tak broken dalam peperiksaan. Kan? Kalau BI kau perfect pun dalam perbualan, takde sape jugak yang nak beri kau markah and gred. Tapi kalau dalam peperiksaan? memang ada orang beri markah and gred. So, make sure tak broken..
My teacher pun pernah cakap, lecturer anak dia yang sekarang ni study kat UK puji students Malaysia melambung-lambung sebab BI penulisan memang pergh! Perfect... Kalau nak compare dengan students UK sendiri.
Omputeh memang kalau speaking, diorang the best sebab bahasa ibunda diorang kan. Tapi dalam penulisan hancur jugak. Grammar hancur. Susunan ayat pun hancur. Sebab, diorang tulis karangan menggunakan bahasa perbualan. Bahasa pasar. Tapi students Malaysia tak. So, dalam bab ni aku sangatlah proud sebab jadi orang Malaysia.. Hey, we learn about grammar but they're not. So, be proud!
Ok, sampai di sini sahaja entry aku kali ni. Sebarang rasa tak puas hati dengan entry aku kali ni boleh email or just komen, k..
Ops.. Before I forget. Just wanna to tell you, readers. I'm just a village girl from Teganu, 14 years old. But, I just 'chill and relax' speak in BI. For me, asal-usul bukan penghalang untuk aku ber-BI.... So??
K Dah, babai!
Entry without picture. I know you're boring...
Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...