Thursday, 1 October 2015

Senarai Kesyukuran versi 1

*Entry ini ditulis pada Sabtu/12 September 2015
Assalamualaikum...
Hari tu ada terbaca satu entry Cik Puan Bunga yang tahun 2011 punya. Dia buat 'Senarai Kesyukuran'. So, terdetik lah kat hati aku ni nak buat jugak senarai kesyukuran. Hopefully, dengan wujudnya senarai kesyukuran kat blog aku ni, aku akan rasa lebih bersyukur dan lebih menghargai apa yang aku ada sekarang ni.
So, here's my SENARAI KESYUKURAN
1. Still dapat bernafas di atas bumi ni.
2. Dapat bersekolah di sekolah yang student-nya semua perempuan. Dapat elak dari zina.
3. Ada kenkawan yang selalu menceriakan hari aku kat sekolah.
4. Ada family yang still tabah layan kerenah aku yang aku sendiri pun rasa menyampah.
5. Tak miskin walaupun tak kaya.
6. Ada handphone yang still boleh berkhidmat dengan baik.
7. Ada e-book yang still sihat wal'afiat walaupun dah dalam kondisi yang tak berapa nak elok.
8. Tak pekak. Still boleh dengar lagu favourite aku dan ayat al-Quran.
9. Tak buta. Still boleh tengok Running Man dan alam ciptaan Allah.
10. Tak bisu. Still boleh maki-hamun adik-adik aku yang degil nak hidup, still boleh nyanyi lagu favourite aku and still boleh mengaji.
11. Tak cacat. Still boleh buat semua benda dengan sendiri.
12. Ada rumah untuk berteduh.
13. Ada wajah yang tak berapa nak cantik + comel tapi aku still boleh proud dengan anugerah Allah yang satu ni.
14. Penyakit skoliosis still boleh dirawat walaupun memakan kos mencecah RM20,000+
15. Ada lagi orang sekeliling aku yang baik hati nak tolong aku.
16. Ada lagi orang sayang aku walaupun aku tahu siapa dia tu.
17. Still waras and boleh berfikir semasak-masaknya sebelum membuat apa-apa tindakan or mengeluarkan kata-kata.
18. Boleh membaca. Tak buat huruf.
19. Boleh berbahasa inggeris dengan lancar walaupun kadang-kadang tu ada jugak part yang broken.
20. Faham tulisan Korea Hangul.
21. Boleh mengaji, solat dan melakukan ibadat-ibadat wajib yang lain walaupun kadang-kadang diri ni selalu jugak HAMPIR tewas dengan godaan syaitan.
22. Masih tahu bagaimana nak menangis walaupun setiap kali aku ditimpa masalah, aku akan halang diri aku dari menangis.
23. Masih tahu bagaimana cara nak senyum walaupun tak sepanjang masa aku gembira.
24. Masih tahu erti sabar walaupun kadang-kadang sabar tu tercabar.
25. Masih tahu berpakaian elok dan tutup aurat.
26. Dapat rasa bagaimana perasaan menyayangi dan mencintai seseorang walaupun perasaan tu sangat sakit.
27. Dapat tidur dengan tenang dan bermimpi something yang suwit-sawit je walaupun tak selalu.
28. Tak cepat mengalah dengan dugaan yang aku hadapi.
29. Diberi peluang untuk menyesal dan insaf.
30. Dapat habiskan bacaan novel Kerana Aku Suamimi walaupun dah nak dekat sebulan berkurung dalam bilik.
31. Buah duku kat kebun atuk aku and mak mentuak kepada mak saudara aku berbuah lebat tahun ni. Dapat makan banyak-banyak. Tak payah membazir duit beli kat Pasar Manir.
32. Masih boleh berangan jadi budak femes walaupun hakikatnya aku ni tak femes pun. Blog pun takde orang yang baca.. Eh, tipu!
33. Bakal merasai bagaimana duk dalam bilik bedah walaupun masa tu aku kemungkinan pengsan. Bukan senang nak masuk dalam tu.
34. Berpeluang jadi salah seorang pesakit skoliosis. Aku rasa sangat bertuah sebab Allah uji aku dengan penyakit ni. At least, aku tak lah alpa dengan dunia sangat.. Selalu ingat kat Dia.
35. Berpeluang jadi blogger and share story kat blog walaupun aku tahu tak ramai yang baca.
36. 'Dia' izinkan aku untuk suka dia.
37. Boleh rasa macam mana pakai cermin mata walaupun Allah tarik nikmat penglihatan yang jelas dari aku.
38. Diberi peluang untuk main hoki semasa di sekolah rendah.
39. Boleh baca buku Tarbiah Sentap walaupun sebulan lamanya aku tunggu turn untuk baca.
40. Boleh score A+ dalam Matematik.
41. Pandai Sains walaupun taklah pandai sangat.
42. Diberi peluang untuk minat subjek Sejarah yang rata-rata students tak suka.
43. Diberi peluang untuk mengenali dia walaupun selalu gaduh.
44. Dapat jadi orang Islam dan hamba kepada Allah S.W.T Yang Esa.
45. Dapat sign up untuk Nuffnang.com walaupun aku rasa tersalah sign up. Argh! I don't care :p
46. Masih ada hati untuk menyayangi.
47. Muka aku dah tak ditumbuhi jerawat.
48. Ada tubuh badan yang sihat wal'afiat walaupun postur tak berapa nak cantik sebab skoliosis.
49. Boleh berzikir, bertasbih, bertahmid dan seangkatan dengannya.
50. Dapat jadi johan hoki semasa di sekolah rendah walaupun sekali.
51. Boleh tengok Faizal Shaari in real life walaupun aku duduk kat tempat duduk penyokong and dia k2t atas padang lawan hoki.
52. Dapat jadi murid target UPSR semasa di sekolah rendah walaupun tak capai target. Dah takde rezeki.
53. Dapat 4A1B dalam UPSR.
54.Diberi peluang untuk menulis quotes and In Sha Allah, kalau takde aral melintang next year aku akan terbitkan buku sendiri...
55. Ada kakak yang pandai masak kek yang sedap-sedap. Aku suka makan kek tapi tak pandai masak. Keh Keh >_<
56. Dapat jadi student Ustazah Nadia si kecil yang comel dan amat-amat cool... Suka lah ! ^_^
57. Dapat rangkul Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil tahun 2011 dan 2013.
58. Ada adik yang super nakal yang selalu je buat aku nak ganyang-ganyang dia masa dia sedar, tapi nak cium-cium dia bila dia tidur.
59. Boleh berangan tentang perkara sweet-sweet. HEHE.. Nampak sangatlah aku ni kuat berangan kan?
60. Ada mak yang sabar layan kerenah aku yang moody ikut suka hati.
61. Boleh nilai siapa kawan siapa lawan.
62. Boleh follow Hazanis dan Fatin Liyana kat blog.
63. Dapat bersekolah kat sekolah NurulBadiah Lai. SMA Khairiah phew phew XD
64. Ada orang baca blog aku walaupun tak ramai.
Okeh, siap!
Thanks kepada sesiapa yang sudi baca setiap entry aku eyh? Appreciate sangat... Tomg kayu! Eh, salah-silap! Tengkiyu :D
Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...