Sunday, 10 May 2015

Subhanallah!

Assalamualaikum...

Hari ni nak story something. Pasal kakak yang baru saje aku kenal. Nama dia aku rahsiakan. Aku gelar dia Nur je yang bermaksud Cahaya. Aku harap Cahaya kebenaran akan sentiasa menyinari hidupnya.

Nur ni seorang mahasiswi di sebuah uni. Umur baya kakak aku. Dia ni dulu agak teruk. Kaki pub, kaki arak and pakaian tak usah kiralah. Menjolok mata. Dia cakap family dia pun macam tu.
Nur cakap kat aku dia nak berubah.

Nak berubah jadi muslimah sejati. Alhamdulillah syukur apabila dia cakap macam tu. Tapi dia tambah lagi, dia cakap susah gila nak berubahh sebab family dia kaki pub sama je dengan dia and friends dia pulak mulut celopar. Ya, aku faham apa yang dia maksudkan dengan 'susah'. Aku faham sangat.

Sambil chating dengan dia kat FB, sambil tu jugak aku stalk FB dia. Cantik orangnya. Manis bila tersenyum.. Tengah-tengah stalk tu, terbaca la satu status dia ni. Dia tulis kat situ, 'Rasa macam nak balik macam dulu.'

Allahuakhbar! Masa baca ayat tu tetiba je rasa jantung ni macam nak gugur. Allah, kau teguhkanlah iman dia. Amin ~

Aku ada tanya dia macam mana rasa arak. Katanya, 'rse cm juz buah2 yg diperap kt dlm peti
cmpur gn air brgas n rse dye mmang berapi laa tekak
.. cepat rse pening then otak pon da cm x
btol..'
←_← Ni jawapan akak tu. Huh! Aku mengeluh. Betullah, dia memang dah telan air kencing syaitan ni.

Aku tanya dia, 'Kak nangis ke?' Dia cakap 'ya'. Actually, tak heran pun dia cakap macam tu. Baiasalah tu. At least dia nangis sebab sedih ingat zaman jahiliah. Hem..

→_→ Kepada kakak tu, hope akak tabah untuk menempuh dugaan dunia ini. Kuatkan iman dan teguhkan pendiria. Semoga syurga itu milik akak ∩__∩ ←_←

Sunday, 3 May 2015

HOLIDAY!

Assalamualaikum...

Hem... Best-nya dapat cuti! Jumaat cuti pekerja, Ahad pulak cuti Hari Wesak. Huhu. Cuti cuti cuti!!
Cuti ni, SEMUA saudara-mara balik kampung. Penuh satu rumah nenek dengan atuk aku. (Actually, aku panggil diorang tok and tokki.) . Aku nak tidur pun susah. Kena tidur atas sofa! Habis sakit belakang. Huh!

Aktiviti cuti ni tak la banyak sangat. Almaklumlah, cuti kat Terengganu ni just 3 hari. Johor pulak 4 hari and Pahang 5 hari. So faham-faham je la. Aku yang stay kat Terengganu ni, Isnin ni dah kena pergi sekolah. So Ahad tu dah balik rumah. Sob sob :( Saudara-mara yg stay kat JB pun balik hari ni jugak. Sebabnya pak saudara aku dah kerja esok. Yang duk kat Pahang pulak balik esok. Katanya nak rehat-rehat dulu before sekolah. K, whatever.

Em, tadi aku cakap pasal aktiviti kan? Ni melalut sampai ke cuti pulak. Haha! K, aktiviti aku tak spesial sangat. Khamis tu balik rumah tok aku. Jumaat malam tu buat makan-makan sikit kat surau. Buat solat untuk tokki aku yg tak berapa sihat. Sabtu malam pulak buat solat hajat kat rumah. Then after solat hajat, kitorang jamu tom yam. Layan diri punya! Tapi kesian la dekat orang belakang sebab dapat kuah je. Ahad pulak kemas-kemas rumah pagi tu. Then sediakan breakfast. Macam biasalah!
Tengah hari tu pergi rumah mak sedara sebab nak cari kelapa muda. Lepas balik rumah tok aku balik, kitorang makan pisang goreng. Aku dengan kakak aku pergi beli. Puas round satu kampung baru jumpa. Haih! 

Dalam pada tu, sempat lagi berselfie dengan cousins. Koya mengoya! Haha. Bukan selalu pun. Kadang-kadang jer. Mengoya dengan sepupu perempuan dah biasa. Ni mengoya dengan sepupu lelaki. At first ingatkan pemalu. Tapi rupanya 2x5=10 . Sebiji je semua. Sporting!

Petang tu before sedara JB balik, kitorang makan nasi dagang. Tapi aku makan sikit je. Just nak rasa sebab sebelum tu dah makan banyak. Dah kenyang!

Masa sedara balik tu, quite sad lah sebab kalau nak jumpa pun tunggu raya dulu. Tok aku sampai mengalir air mata tengok anak-anak dia dah nak tinggalkan dia. Huuu ;( Tapi lama-lama tu dah okey.
Petang kul lima tu tengok Running Man dengan cousin and sis. Yang lain semua tak minat. Haish!
Masa habis RM tu, kakak aku masuk lah bilik pak sedara aku tu, then terjumpa wallet dia. Kecoh kejap rumah tu. Kakak aku call lah pak saudara aku tu tanya dah sampai mana. Katanya duk kat Pasar Kedai Payang. Fuh! Selamat. Nasib tak bertolak lagi.

Actually, not just wallet yg tertinggal, tapi tudung and kain sembahyang pun tertinggal. Mak saudara aku punya pasal. K, whatever.

Malam tu lepas Maghrib, about 7:45 am , aku balik rumah. Hem.. Rasa macam nak pergi sana balik. Hwaaa!

Sebelum sampai rumah tu sempat lagi beli burger. Aku yang special. Terbaek giler ☺
Em, I think that's all about my short holiday. Kemudian hari aku akan share balik apa aktiviti aku. K, bye!!

Assalamualaikum
Annyeong ☺☺☺

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...