Saturday, 25 June 2016

Review: Novel Rooftop Rant by Hlovate



Assalamualaikum semua :')


Februari Lepas aku ada baca novel Rooftop Rant. So, entry kali ni aku nak bagi review sikit pasal novel ni. Aku tahu dah ramai orang baca novel ni and buat review pasal novel ni. Almaklumlah, novel ni sebenarnya dah lama diterbitkan. Novel yang aku beli ni yang keberapa belas entah diulang terbit, aku tak pasti. Tapi yang aku tahu, Rooftop Rant ni novel lama. But, still novel ni ada peminatnya yang tersendiri. Well, novel Hlovate kan? Mestilah best.

Ok, malas tulis panjang-panjang. Nanti korang bosan pulak baca. Enjoy reading, ya >_<

***



lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari pucak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...

tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah

dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...

***

Rooftop Rant.
Kalau dulu bila baca tajuk ni dengar macam pelik je.
Sangat pelik!

Rooftop Rant?
Apa tu?
Sejenis makanan ke?
Ataupun bangunan.

Itulah soalan yang telah aku ajukan kepada diri aku sendiri.

Tapi...
Bila aku dah baca novel ni sendiri,
Baru aku tahu apa itu Rooftop Rant.

Rooftop - Bahagian paling atas bangunan (Bumbung)
Rant - Berhujah dengan berapi-api

So, the conclusion is :

Rooftop Rant = Hero dan heroin novel ini rant di rooftop.

---

Novel ini mengenai seorang Batrisya = Trisy dan Zaid = Jade.

"We are in the same boat but in the different cabin." -Jade

Kisah mereka berdua hampir sama, tapi jalan ceritanya berlainan.


Trisy.
Seorang gadis berusia 16 tahun.
Anak orang kaya.
Tinggal di rumah besar.
Tapi itu semua langsung tak memuaskan hatinya.
Dia kaya harta.
Tapi miskin kasih sayang.

Ibu dan ayahnya sangat sibuk dengan kerja masing-masing.
Jarang berada di rumah.
Jika ada pun, mereka berdua pasti akan bergaduh.
Dan perkara itulah yang membuatkannya rasa sangat serabut.

Trisy ada seorang abang dan dua orang kakak.
Jazz.
Rina.
Tati.
Tapi, ketiga-tiga mereka semuanya tinggal di rumah yang berlainan.
Mereka tak nak tinggal dengan ibu dan ayah mereka sebab mereka serabut.
Dan, tinggallah Trisya dan Buk Jah berdua di rumah tu.
Memecahkan hening di banglo dua tingkat yang mewah tu.


Jade.
Anak kepada seorang pengetua dan suri rumah.
Mempunyai seorang abang dan adik lelaki.
Dia sering dibandingkan oleh abang dan adiknya.
Dibandingkan dengan taraf pendidikan dan akhlak.
Jade cuma menuntut di sebuah kolej swasta.
Manakala abang dan adiknya pula merupakan mahasiswa di IPTA terkemuka Malaysia.

Jade.
Seorang kartunis.
Melukis itu minatnya.
Mindanya penuh dengan imaginasi.


Trisy dan Jade.
Berkenalan tanpa dirancang.
Off-handed. Deadpan.

Trisy pengsan ketika berada di atas rooftop Wisma Topaz.
Pengsan kerana kekurangan gula di dalam badan.
Hypoglicemic.
Dan, Jade adalah penyelamatnya.
Jade membawanya ke sebuah klinik yang berpusat di bangunan Wisma Topaz itu juga.

Dan, cerita mereka bermula.
Ranting at the rooftop.
Sharing story and feeling.
Kidding and joking together.

"We're in the same boat but in different cabin." -Jade

Kisah mereka sama, tapi masih ada bezanya.


Selepas 3/4 bulan berkenalan, mereka terpaksa berpisah.
But, berpisah dengan suatu niat yang baik.
Trisy dihantar oleh ibu dan ayahnya ke Johor = Kampung ayah.
Dan, Jade masih setia berada di KL.


Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Bulan berganti bulan.
Dan, tahun berganti tahun.

Akhirnya, 5 tahun sudah berlalu.


Sepanjang 5 tahun itu, Trisy selalu mengirim surat kepada Jade.
Menceritakan segala kisah yang telah dilaluinya.
Jade pula membalasnya dengan melukis komik dengan team Hah Ha!


Kemudian masa berlalu.


Kisahnya berakhir dengan perkahwinan antara Jade dan Trisy.

Jade sudah tidak dibandingkan lagi dengan abang dan adiknya.
Dia kini berjaya dengan kerjayanya.
Menjadi seorang kartunis.
Menulis dan melukis komik.
Dan memberi inspirasi kepada seluruh penduduk bumi.
Jade...
This is your eternal happiness.

Trisy pula makin selesa dengan hidupnya.
Trisy yang 22 tahun bukan lagi seperti Trisy yang 16 tahun dulu.
Trisy sudah berubah.
Berubah kepada seorang gadis yang lebih baik.
Keluarganya juga sudah bercantun kembali.
Walaupun not-so-call happy family.
Trisy...
Ke mana sahaja kau pergi, kau tidak lagi keseorangan.


---

Terima kasih kepada atuk, nenek dan pak su kerana telah mengubah Trisy.

Terima kasih Trisy kerana telah merealisasikan impian Jade.

Terima kasih Hlovate kerana telah menulis novel ini.

Dan, terima kasih Ya Rabb kerana telah mengilhamkan idea ini kepada Hlovate.

Terima kasih.


---

Sedih.
Aku menangis.

Aku faham perasaan Trisy.
Ada family macam tak ada family.

Aku faham.

"Tapi kadang-kadang berjauhan dengan family itu lebih baik." -Hlovate

Sebab Trisy berubah selepas tinggal bersama atuk, nenek dan pak su -nya.
Ketika dia tinggal serumah dengan ibu dan ayahnya, hidupnya hancur.
Musnah. Barantakan.
Perbezaan yang sangat ketara.
Lebih 360o.


---

You call it boring
You call it drama
You call it cliche
You call it to mush spice
as for me,
I call it life
Welcome aboard.
~Hlovate

---

Hlovatulis...

                        "...ini hikayat sebuah bicara
                        bicara bumbung namanya..."

Al-Ankabut (29:2): Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sekiranya mereka belum diuji?

            Ayat yang dipegang mengubat luka bila hati diuji. When faith is put at test. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Itu janji-Nya.

            Hidup tak selalunya indah
            Tak selalunya ada pelangi
            Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
            Kadang-kadang... calamity tu datang dan waktu tu rasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
            Tapi walau apa pun yang jadi... ingat apa yang Dia selalu pesan
            Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu

Kami tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kasanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahankannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatannya) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami, janganlah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah: 26)

            Dan bila kita rasa dah sungguh-sungguh tak lalu hingga wishing for penamat hayat....
            Pun Allah dah bagi cara-cara nak hadapi.

            Narrated from Anas: Rasulullah bersabda; 'None of you should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot, but long for death, then berdoalan, "Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me." (Sahih Bukhari 86351- O.P.362)

            Tapi jangan pulak kita mendoakan dipercepatkan mati pulak. Ini hanyalah kalau things're too much to bear. Mohonlah pada Allah untuk dilapangkan dan dipermudahkan urusan. Allah tu dekat.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah: 186)

            No matter what, no matter when, no matter when it doesn't at all make sense, DO NOT leave your Love Letter's Compilation (i.e kita punya the Ultimate Life Manual, the Quran). It is the thread to sanity even if everything else failed.

            Life breaks us all, but in the end, we are stronger in the broken places bak kata Hemingway.

            Dan betul... things are easier said than done
            Berat mata yang pandang, berat lagi bahu yang pikul
            Yakinlah pada Dia

May Allah bless
31012006_TJ
1630:11102008_TJ

***

Enjoy the quotes ^_^

"Some says chocolate will make you feel better, no matter how bad your state is."
~Hlovate, Rooftop Rant

"We can't have everything in life."
~Hlovate, Rooftop Rant

"There're sometimes when strangers are like family, and family are like strangers."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Two heads are better than one in brain storming."
~Hlovate, Rooftop Rant

"We'll never miss the water till the well runs dry."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Don't hurt to dream. Dare yourself to dream and dare yourself to fulfil it."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Live well or live hell, you choose. And it's you who decide whether the glass is half-full or half-empty."
~Hlovate, Rooftop Rant

The walls that we buils around us to keep out the sadness also keep out the joy.
~Jim Rohn

"When your heart is full of love, you'll see more of the beauty side of life."
~Hlovate, Rooftop Rant

"There are no more than what meet the eyes."
~Hlovate, Rooftop Rant

Kadangkala kita buta dengan keadaan keliling. Mata hanya bertumpu pada diri sendiri dan permasalahan yang terasa mengikat. Dan hanya itu sahaja. Bila mata dibuka dan mula menilai semula hidup jika dibandingkan dengan kisah orang lain, ada perkara yang patut disyukuri. Sebab memang tak ada manusia yang ada hidup yang sempurna. Hanya cara menilai dan menerima apa yang berlaku dalam hidup itu yang akan menentukan kita nak merasa derita atau bahagia. Live well or live hell? You choose. Your choice.
~Hlovate, Rooftop Rant

"Penderitaan sudah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak pernah dibayangkan."
~William James

"The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all."
~Hlovate, Rooftop Rant

Betul, kita belajar dengan ujian dan dugaan. Kita membesar dengan ujian dan dugaan. Kita dewasa dengan ujian dan dugaan. Kita matang dengan ujian dan dugaan. Hatta kita belajar untuk terus hidup juga dengan ujian dan dugaan. Dan kadang-kadang ujian dan dugaan itu bukan hanya kepayahan. Kesenangan pun satu ujian.
            "Kadang Allah menganugerakan nikmat dengan cubaan walaupun sangat       besar. Dan sudah menguji sesetengah kaum dengan nikmat."
            -Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni, La Tahzan, Jangan Bersedih, Don't Be Sad
Sebab kesenangan dan nikmat boleh buat orang lalai. Boleh buat orang lupa diri. Boleh buat orang lupa segalanya.
~Hlovate, Rooftop Rant

"Everything has its pros and cons. Dan manusia memang tak akan pernah puas hati dengan apa yang dia ada. It really depends on how the people take it."
~Hlovate, Rooftop Rant

Allah yang memegang hati. Allah yang membolak-balikkan hati. Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. Allah yang mengetuk pintu hati untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Berubah ke arah pencahayaan atau kesihatan. Allah juga yang memalingkan diri kalau kita yang terlebih dulu memalingkan diri daripada Dia yang patut disembah.
~Hlovate, Rooftop Rant

Bercita-citalah! Pancangkan cita-cita itu setinggi mungkin. Iringi dengan kesungguhan, perjuangan dan perngorbanan untuk mencapainya. Ingatlah, impian adalah titik mula gerak langkah kita, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.
~Hlovate, Rooftop Rant

"Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah syurga firdaus, sebab ia adalah syurga yang paling tinggi."

Kadang-kadang kita tak berapa nak sedar pun sebenarnya bila kita berubah. Dan kadang-kadang tak berapa nak sedar pun apa yang sebenarnya membuatkan kita berubah. Mungkin hanya orang keliling yang lebih dapat merasa dan melihat akan perubahan tu.
~Hlovate, Rooftop Rant

"Sometimes, when nobody gives a damn when you're crying, you'd better start laughing. Thought bitterly. Because you've nobody but yourself."
~Hlovate, Rooftop Rant

To hate others is ugly,
To hate yourself is uglier.
~Hlovate, Rooftop Rant

"It's much easier to spill to a stranger, spares the stigma and the judgement."
~Hlovate, Rooftop Rant

"It's much easier to be understood by somebody who has been there and done that."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Everybody has skeletons in their closet."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Reality hurts, truth bites, living kills, today tortures and yesterdays are just as bad, what else's new? The only comfort is knowing we're proudly smart enough to live life the way we want it, though others'll never fail to try to screw it for us, we prove them wrong. Again and again."
~Hlovate, Rooftop Rant

"A friend can be a good psychologist, but sometimes I doubt it vice versa."
~Hlovate, Rooftop Rant

"There're times when we want to be vulnerable though how thick skinned we appear."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Believing in God's love, live on because of His love, nothing can beat that, I know you'd agree."
~Hlovate, Rooftop Rant

"Kawan ialah seseorang yang kita selesa dengan dia. Yang kita rasa akan terima kita seadanya. Good and bad. Yang akan berdiri sebelah kita walaupun Taufan Andrew datang nak sapu. Walaupun come hell or high water."
~Hlovate, Rooftop Rant

Hubungan antara manusia dengan perasaan memang kompleks. Manusia... Kadang-kadang tak begitu perasan dengan apa yang ada di depan mata. Tambahan pula kalau hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan.
~Hlovate, Rooftop Rant

Definisi untuk "the other half"?
=When we're better when we're with them.
~Hlovate, Rooftop Rant

Life is a matter of learning anyway. To get the best out of the deal is to get the best partner.
~Hlovate, Rooftop Rant

***

Sebenarnya aku nak tulis banyak lagi pasal novel ni, tapi aku tak tahu nak tulis macam mana. Aku tak tahu macam mana nak share cerita ni kat blog. Aku tak tahu. Sebab itulah, kalau kau tak pernah lagi baca novel ni, kau kena jugak cari, beli dan baca sebabnya novel ni saaaaaaaaaaangat best! Sungguh, aku tak tipu.

Novel ni ajar aku betapa pentingnya family, agama (islam) dan teman dalam kehidupan kita. Novel ni ajar aku tentang kehidupan. Novel ni ajar aku tentang manusia. Novel ni ajar banyak perkara. Novel ni beri banyak pengajaran. Memang tak rugi kalau baca novel ni. Vocabbulary pun bagus :) Kalau kau ni jenis yang kurang pandai dalam BI and malas nak belajar BI secara formal, bolehlah baca novel ni. It gonna helps you a lot. Seriously!

And one more thing, aku suka setiap novel yang Hlovate tulis termasuklah novel ni because she tells me something new. Such as songs.. Dulu, aku tak tahu pun pasal group Metallica. Aku tak kenal pun siapa tu Bethoven and aku tak sangka pulak yang Butterfinggers tu sebenarnya group dari Malaysia. And secara jujurnya, aku tak tau pun yang Butterfinggers tu wujud. Seriously, aku tak expect pun yang Loque which is ahli kumpulan Monoloque  tu rupa-rupanya bekas ahli kumpulan Butterfinggers. Serious ar...

Awok, awok bace eyh novel ni. Saye dok pakse tapi saye suroh je. Beh (best) ngak (sangat) awok kalu awok bace novel ni. Dok rugi ssiket (sikit) pong. Betoo (betul) ! Saye jaming!!

K, bye bye. Assalamualaikum.

Thanks for reading, all ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...