Friday, 3 March 2017

BETWEEN OUR LAUGHS, LONG TALKS, STUPID FIGHTS AND JOKES, I FELL IN LOVE

Assalamualaikum semua :')
.
Actually semasa aku sedang menaip entry ni, jam dah tunjuk pukul 1.07 am dah. But I dont feel like wanna sleep yet. I just... Cannot sleep.
Ok.
Hati aku tengah down sekarang ni. Sangat down, actually. Everything started with a comment at my IG. And, now. Aku rasa nak nangis. Nak nangis tapi takde air mata yang nak keluar. Kau rasa? Siksa sangat tau!
Actually, aku tak tahu apa yang nak dikongsikan pada pagi ni. But, I just feel like wanna write something. Because, through writing, I can calm my heart (entah betul ke tak ayat tu). Just through writing. Bukan semua benda kita boleh share dengan orang. And kalau boleh share pun, aku tak tau nak share dengan siapa. Sedih kan?
Sooooo.
BETWEEN OUR LAUGHS, LONG TALKS, STUPID FIGHTS AND JOKES, I FEEL IN LOVE.
Siapa je yang tak pernah jatuh cinta kan? Aku pun pernah. Dengan Allah dan mak aku, obviously! Haha. Ok, tak kelakar.
Hemm.. Aku pernah jatuh suka kat someone ni. Jatuh cinta tu over sangat sebab aku baru je 16 tahun. Apalah sangat yang aku tahu tentang cinta? So, it's better for me to use, SUKA.
So, aku pernah jatuh suka dengan someone ni. Aku start suka dia time aku darjah 6 and masa tu dia form 3.
Aku suka dia. Suka sangat! Walaupun dia tu menjengkelkan and selalu buat aku sakit hati but... Aku rasa happy. Aku happy dengan annoying dia tu. Sakit hati yang aku rasa tu menggembirakan. Aku tak tahulah apa yang dah jadi dengan aku. But seriously! Memang aku tak boleh tipu diri dan perasaan aku yang aku sukakan dia.
4 tahun aku simpan perasaan ni. Since aku darjah 6 sampailah sekarang, aku dah form 4. EMPAT TAHUN. But now, I think, I should buang je perasaan suka aku tu.
Sebab?
Sebab dah tak guna.
Dulu aku happy dengan perasaan tu walaupun aku tak tahu apa perasaan dia kat aku. Walaupun kitorang JARANG SANGAT-SANGAT-SANGAT CHAT, berjumpa apatah lagi? Tak pernah langsung pun sebab aku kat Timur dia kat Barat, tapi aku still rasa happy bila teringatkan dia. But now, everythings changed! Perasaan tu rasa macam membunuh. Rindu tu menyesakkan jiwa. And aku rasa aku patut buang je rasa tu supaya aku tak perlu lagi rasa nak terbunuh dan sesak jiwa dengan semua tu.
Memang susah. Tapi lebih baik susah sekarang daripada aku tersiksa dengan semua tu sekarang and di masa akan datang. Lagipun hidup aku ni panjang lagi (InshaAllah), so for what aku nak bazirkan masa aku dengan semua tu? Kan?
Aku tak nak cerita secara detail tentang apa yang aku alami sebab aku rasa ni bukan tempat yang sesuai. Memang ni blog aku and blog ni dah macam personal diary kita. But, blog ni public. Walaupun aku tak famous macam Yuyu Zulaikha, tapi aku tahu ada yang baca blog aku ni. Hehe XD (Tiba-tiba rasa retis)
So... Hem. Aku rasa tu ke jot yang aku mampu tulis untuk pagi yang hening ni. Niat di hati nak tulis panjang lagi, tapi nak buat macam mana? CANNOT BRAIN!!
But, before that. Korang jangan salah faham tau. AKU TAK COUPLE TAU. AKU JUST SUKA JE DIA TU. NO MORE. SUKA TAK SEMESTINYA COUPLE. Oh, dia tahu aku suka dia sebab aku gitau dia time aku form 1.
And satu lagi perkara yang aku kena ingatkan diri aku. SUKA TAK SEMESTINYA MEMILIKI.
Ok, Sha. Stop it stop it. You should sleep now because it's already 1.32 am.
Ya.. It's already 1.32 am. But still. I dont feel like wanna sleep yet.
.
So guys and girls, thats all for this time. Selamat pagi, selamat tidur, sleep tight, sweet dream and jangan lupa bangun qiamullai tau! Ingat tu!
So, assalamualaikum everyone :')
.
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
.
Foot note;
To you, just if you read this.
-> Semoga mung happy dengan life mung. Jadi anak yang baik dan soleh. Umat Rasulullah yang baik dan hamba Allah yang patuh.
Terima kasih untuk 4 tahun yang mengembirakan ni walaupun mung sangat sangat sangat annoying! Tapi annoying mung tu sebenarnya drug untuk aku terus tersenyum :') Semoga bahagia dunia akhirat and May Allah bless you :)
.
.
.

Wednesday, 1 March 2017

Quote Of The Day #13

Assalamualaikum semua :')

.

Waaaa! It's a very-very-very long time am not updating any quote here. Last quote yang aku update ialah pada 8/9/2016 lepas. TAHUN LEPAS, ok! Hari ni dah 1/3/2017 dah. It's been 6 months already! Lamanya XD

Actually, bukan sengaja tau tak nak update. Tapi busy. Tapi aku sendiri pun tak tahu busy apa.

Hemmmm.

Takpe, abaikan je lah.

So, today's Quote Of The Day is;

"Wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang."

.
************************************************************************
.

Ok. I'll try to be one. The one yang tidak memandang dan tidak dipandang. That's why aku cuba didik diri aku. Didik diri untuk lari dari kebiasaan.

Aku manusia biasa. Suka memandang. Lagi-lagi something yang lawa-lawa. Lagilah aku suka! Aku kan manusia biasa ^_^ Dan suka perkara yang lawa tu ialah fitrah. Lagi-lagi aku ni perempuan. Ada 9 nafsu. Dan 9 nafsu itu terarah kepada kecantikan.

Kat IG sekarang ni ramai gila kot instafemes lelaki yang hensem-hensem. Paling hot sekarang ni ialah tak lain tak bukan, Isyraf Danish, owner IG @syafx . Kawan aku selalu cerita pasal dia ni kat aku. Itulah inilah. Macam-macamlah!

Isyraf tu kan hensem. Memang ramai la gegirls yang suka stalk IG dia tengok gambar-gambar dia yang handsome tu. Dan... Aku cuba didik diri aku. Aku cuba behave. Untuk tak buka IG dia. Untuk tak stalk dia. Aku cuba lari dari kebiasaan. Sebab dulu time form2 and form3, aku suka sangat stalk dia ni. So, sekarang, aku nak tinggalkan aktiviti tu. Kalau boleh tak nak buka langsung pun IG dia. Sebab;

"Wanita solehah tidak memandang."

Aku cuba.
Aku usaha.
Dan sekarang, alhamdulillah.
Might say, memang aku tak buka langsung pun IG dia. Follow pun tak. Dan sekarang aku rasa tenang. Walaupun kawan aku cerita macam-macam pasal dia kat aku, tapi aku tak terasa untuk stalk IG dia pun. Entahlah. Rasa pelik pulak bila stalk IG dia dan lelaki-lelaki lain.

"Wanita solehah tidak memandang."

.
************************************************************************
.

"Wanita solehah tidak dipandang."

Dulu time darjah 6 dan form 1, aku suka sangat upload gambar kat Facebook. Masa tu Facebook tengah in. Ramai gadis baya-baya aku yang kejar like sebab nak jadi hot stuff.

Bila upload gambar, aku akan make sure, likers aku melebih 40. Kalau lebih 40likes tu kira hot stuff la. Satu lagi, aku sangat suka bila ada lelaki yang komen dan puji aku lawa, cantik, comel etc etc.

I just dont know why I like all those thingy things.

And... Sampai la satu ketika. Mungkin Allah nak tegur aku kot. So, Dia hantar seorang lelaki untuk tegur aku. Tegur dengan ayat yang sentap sangat!

"Ko upload pic lawa-lawa lepas tu laki puji ko comel then ko melt. Ko ingat elok?"

Zappp!

Meresap terus dalam hati.

Masa tu aku form 1. Dan lepas kena tegur macam tu, aku stop upload gambar. Tapi bukan stop terus pun. After like 2 months macam tu, aku upload satu lagi gambar. And tu gambar last yang aku uplod kat FB.

Naik form 2, aku still lagi ber-FB. Tapi masa ni FB dah kurang hot. Masa ni ramai dah berpindah ke IG. Tapi aku still lagi takde IG.

Satu hari ni, tengah-tengah duk scroll FB baca status-status friends kat newsfeed, adalah aku terbaca satu status ni yang sentap jugak.

"Wanita solehah, dia akan delete komen lelaki yang puji dia comel. Tapi, wanita yang lebih solehah, tak akan ada satu pun gambar dia di media sosial."

Zapp!

Yang ni lagi sentap.

Lepas tu, aku tak tau apa yang menggerakkan diri aku. Aku buka profile FB aku dan delete SEMUA gambar aku. SEMUA!

Dan lepas tu aku tak upload dah gambar aku kat FB. Alhamdulillah. Sampai sekarang aku tak upload. Kalau ada pun, gambar yang sepupu, kawan-kawan dan kakak aku tag kat aku. Gambar yang aku upload memang takde.

Display picture pun aku tukar kepada gambar wanita berpurdah. Tu bukan gambar aku, tapi gambar yang aku ambik kat Google.

Kenapa aku buat semua ni? Sebab;

"Wanita solehah tidak dipandang."

Kalau aku upload gambar, mesti akan ada orang yang memandang. Mesti akan ada LELAKI yang memandang. So, bila aku buat macam ni, aku takkan dipandang :)

"Wanita solehah tidak dipandang."

.
************************************************************************
.

Tapi aku pun manusia biasa. Ada nafsu jugak. 9 lagi tuu.

Start form 2, aku memang tak aktif FB. Jarang on FB. And akhirnya aku beralih arah jugak kepada IG. Tapi alhamdulillah, aku tak ulang kesilapan aku. Aku tak upload gambar aku.

Ada lah jugak aku upload 2 gambar. Tapi aku dah delete dah gambar-gambar tu. Kalau ada gambar aku pun, gambar aku bersama kawan-kawan dan family members. Gambar macam tu takpelah sebab orang yang melihat tak boleh spot yang mana satu aku. Orang pun tak kenal aku :D

Cuma... Sekarang ni, gambar aku still ada kat blog kesayangan aku ni. Aku masih mencari masa. Mencari masa untuk revamp blog. Buang apa-apa yang tak patut dan lepas ni share something yang good-good dan bermanfaat je.

Aku cuba.
Aku usaha.
Kalau ada yang tersilap tu, maafkan aku.
Kerna aku cuma manusia biasa.
Manusia yang tidak sempurna.
Ada salah dan khilaf sendiri.

.
************************************************************************
.

"Wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang."

.
************************************************************************
.

Sekian sahaja dari aku untuk kali ini. Lain kali aku update quote baru pulak ya?

Assalamualaikum semua :')

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

.
.

Credit to @suhailamustaffa for the picture below.

.
.

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...