Thursday 31 December 2015

Aku Jealous Dengan Aiman Banna Dan Hani Nabila

Assalamualaikum...
.
Yes. Aku jeles gila dengan Aiman Banna dan Hani Nabila. Kenapa? Kerana kisah cinta diorang sweet angat. Kahwin muda dan bercinta selepas nikah. Wow XO
Okeh. Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut kenapa aku jeles dengan couple dua orang tu, meh la aku story sikit pasal diri aku.
Sejujur jujurnya, aku langsung TAK jeles dengan mana-mana manusia yang ber-couple. Tak kisahlah diorang tu siapa. But, seriously, aku memang tak jeles. Diorang bersayang ke, ber-baby ke depan aku or di media sosial, lantak la. Aku tak heran.
Kenapa kau tak heran and tak jeles, SHa? Diorang sweet kot! Kau tau tak pakwe dia beri teddy bear yang boleh bersuara sebut, "I love you so much!" kat dia. Dah la teddy bear tu mahal. Waaa. Sweet ngat!!! Aku tengok diorang memang sweet couple lah!"
Okeh. Kau tengok diorang sweet couple, bukan aku.
Kenapa aku tak jeles dengan manusia yang ber-couple? Kerana mereka cuma nampak 'indah' dan 'bahagia' pada mata manusia, bukan pada pandangan Allah.
Dalam sedar, mereka sebenarnya sedang buat dosa. Berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan padahal mereka takde hubungan apa-apa pun.
Bercinta, bermadah kasih dan bersayang-sayang macam suami isteri padahal diorang tu tanggungjawab mak ayah diorang lagi.
Sebenarnya
Aku kesian dan takut sangat bila tengok pasangan 'couple' dating dan buat perkara yg seangkatan dengannya dan yg tidak sepatutnya.
Kenapa aku kesian?
Kerana diorang tau apa yang diorang buat tu salah but diorang still buat perkara tu like there's nothing wrong.
Dan, kenapa pula aku takut?
Kerana aku bimbang aku akan jadi macam diorang.
Aku mengaku aku ni mulut celopar sedikit. Kalau tengok pasangan 'couple' dating or berpegangan tangan ke, memang mulut aku cepat je akan kata, "Dia buat gitu, dia dok belajar agama ke? Dokkan dok tahu kot mende dia buat tu saloh."
Ayat yang sama akan aku ulang apabila perkara yang sama berlaku di depan mata.
Aku takut sangat kalau aku yang belajar agama ni jadi macam diorang. Aku takut sangat kalau aku buat perkara yang aku tau salah tapi aku anggap macam perkara tu betul.
Begitulah..
Okey-lah. Stop story pasal aku..
***
Yes. Aku jeles gila dengan Aiman Banna dan Hani Nabila. Kenapa? Kerana kisah cinta diorang sangat sweet. Kahwin muda dan bercinta selepas nikah.
Aku (sangat) jeles sebenarnya dengan orang yang bercinta selepas nikah. Kenapa? Kerana aku tau cinta selepas nikah itu sangatlah sweet. Lagi-lagi kalau dua-dua sama suka, sayang, kasih dan cinta. Perasaan dia heaven sangat. Terasa seperti berada di syurga dunia. Oceh...
Bagaimana aku tahu? Aku dah ada pengalaman ke?
Ada pengalaman? Oh, tidak. 15 Januari 2016 depan aku baru akan berumur 15 tahun. Macam mana nak ada pengalaman.
Tapi bagaimana aku tahu?
Hehe. Aku adalah baca dan dengar kisah cinta di antara Rasulullah S.A.W dan Aisyah R.A . Sweet angat! Sampai ada suatu ketika tu aku rasa teringinnn sangat nak jadi Aisyah R.A dan bercinta dengan Rasulullah S.A.W . Giler tak giler aku ni.
Tapi aku sedar, aku takkan pernah dapat jadi Aisyah R.A sebab Allah dah tetapkan aku untuk jadi Siti Halimah. Dan Allah juga dah tetapkan siapa jodoh aku dan Rasulullah S.A.W bukanlah orangnya.
Aku jugak ada baca kisah-kisah cinta selepas nikah and kelebihan cinta lepas nikah. Haaa. Lagilah membuak-buak dalam hati aku ni nak bercinta lepas nikah -_-#
Pasal Aiman Banna and Hani Nabila kahwin muda tu, aku setuju sangat dengan tindakan diorang. Kalau dulu aku fikir orang kahwin muda ni especially perempuan adalah seorang yang tak menghargai zaman remaja, tak ada cita-cita and banyak lagilah and guess what? Semua perkara yang aku fikir tu, semuanya perkara yang negatif.
But, now I realize that kahwin muda ni sebenarnya bagus. Dapat mengelakkan zina. Kenapa? Kerana kalau ada dua manusia yang saling suka-menyukai tetapi tidak diikat dengan ikatan pernikahan, perkara yang tak elok akan berlaku. Seperti? Couple. Paling teruk zina.
Heee... Takut aku!
Kalau korang tanya aku, 'SHa ni nak kahwin muda ke?'
Hehe. Jawapan aku, 'Kalau dah sampai seru, kahwin juga. Umur itu cuma angka.'
Aku tak berani nak beri komen pasal kahwin muda ni sebab mak aku dah cakap awal-awal,
"Kalu nok blajo, wak care nok blajo. Dakyoh sibuk-sibuk nok kahwin mude macang orang laing."
Translate :
"Kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Tak payah sibuk-sibuk nak kahwin muda macam orang lain."
Kakak aku (19 tahun) selalu cakap pasal 'nak kahwin' (Harap maklum. Tiada perkataan muda di dalam ayatnya.) dan mak aku setiap kali itulah mak aku akan 'sound' dia. Kawan kakak aku pun pernah tanya mak aku, camne kalau dia nak pinang kakak aku? And, mak aku jawab straight to the point yang dia nak kakak aku habiskan pelajaran dulu.
Fyi, kenkawan kakak aku yg sekolah menengah dah ramai yang kahwin dan ada yang dah ada anak dua. Huhu. Bagaimana dia hidup? Aku pun pelik.
Best friend kakak aku pun dah kahwin bulan Mei lepas dan sekarang stay kat KL. Ikut suami... So, tinggalah dia keseorangan.. Kakak aku TAK couple, okey.
Okey-lah. Sampai di sini sahatja entry aku untuk kali ni.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Salam sayang,
(Lihat gambar di bawah.)
Insha Allah.
"Kita (manusia) hanya mampu merancang. Dan sebaik-baik perancang ialah Dia, Allah S.W.T ."
→_→ Aci tak kalau aku nak jadi macam Aiman Banna dan Hani Nabila? ←_←
Hiks XD
Gatal kau XOXO

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...