Thursday, 18 February 2016

Pengumuman!

Assalamualaikum and hye olls :*

Hari tu, kalau korang ada baca blog aku, mesti korang ada baca entry bertajuk Kisah Di Sebalik Sebuah Penantian. Kan? Haaa.. Kat entry tu aku ada gitau pasal tarikh operation tulang belakang aku. And, tarikh tu ialah pada 7 Februari 2016, Ahad.
Tapi...
Dek kerana kes denggi di negeri Ganu ni yang boleh dikatakan TERUK! lah, so pihak hospital tangguhkan operation aku tu. Kenapa? Sebab tak nak bagi denggi  berjangkit.
Hem... Masa dapat tau pasal hal ni, sedih gak ar sebab aku baru plan nak celebrate Chinese New Year kat hospital. Siap beli 4 buah buku lagi untuk aku khatamkan selama di hospital. Tapi, alih-alih tak jadi. Huhuhu ~T_T~ sadis. Sobs! Menangis bawah katil.
Tapi, bila fikir balik, bagus jugak pihak hospital wat ceni. Sebab.... Risiko untuk aku dapat denggi tu memang kuranglah. Bukan takde, cuma kurang sebab kawasan rumah aku ni bersih. Haks! Bersihlah sangat -_-!
Pihak hospital gitau yang operation aku tu akan dibuat pada 28 Februari 2016 ni. 26 Februari tu masuk wad. Hem.. Tak lama dah lagi. Lagi beberapa hari je yang tinggal. Sigh!
Hem.. Tak sabarnya!!
Siryes aku tak sabar gila nak kena bedah. Sebabnya, aku tak sabar nak sihat balik. Tak sabar nak jadi normal balik. Erk, maksud aku, dapat postur badan yang normal macam others. Bukannya aku sebelum ni terencat or what, ya.
Hopefully, lepas operation tu, aku boleh sembuh dengan cepat sebab start bulan April nanti, aku dah start sibuk dengan study kerana bulan Mei, Jun, Julai, Ogos and Oktober aku ada exam straight. Bulan September aje takde exam. Alah... Cikgu baik hati kasi chance kat students nak prepare untuk PT3 la katakan. Blah!
Lepas operate, aku akan dapat cuti sebulan, so maknanya kalau operate bulan 2, aku akan cuti sampai Mac. So, April tu dah boleh masuk sekolah and start belajar. Tapi kalau buat bulan Mac dan ke atas.... Hem. Tak bolehlah! Saya exam! Awak faham tak! Sorry, saya ter-emo tanpa sengaja XD
Tapi kan, 28 Februari tu kira fah nak masuk bulan Mac lah, kan? 28 Februari, 29 Februari then 1 Mac.. Ialah! Kiranya bulan Mac juga. Ayyo. Macam mana ni --" ?
Hem... Pape pun. Aku harap semua yang dah, sedang dan bakal berlaku dalam hidup aku semuanya baik-baik belaka. And, yang paling penting, aku tabah dan sabar dengan setiap dugaan dan cabaran yang Allah telah, sedang dan akan beri kat aku. Takpe. Allah uji hambaNya sesuai dengan kesanggupan hambaNya itu. Allah tak kejam. Allah baik. Jadi, sebagai seorang hamba yang hina lagi dina ini, aku haruslah sentiasa bersyukur dan reda. Well, everything happen for a reason. Yes?
Korang yang baca blog aku ni, doakan yang baik-baik untuk aku, ya. Doakan semoga operation aku tu berjalan dengan lancar and doakan semoga aku boleh kembali sembuh seperti sedia kala.
Honestly talk, aku rindu gila dengan postur badan aku masa darjah 6 dulu. Staright je. Cantik je. Tak macam sekarang. Bengkang, bengkok dan seangkatan dengannya lah.
Tapi, macam yang aku cakap kat atas lah, kita kena bersyukur dan reda. And, aku sangat bersyukur sebab dapat sakit skoliosis ni. At least ada jugak pengalaman yang nak dikenang nanti.
Tak gitu? Eheh --"
Besides, banyak sebenarnya perkara baik yang dah berlaku dalam hidup aku sekarang ni kalau nak di-compare-kan dengan dulu lah. Contohnya, bonding between me and my family makin baik. Kitorang makin rapat. Aku dengan kakak aku pun dah boleh share story. Kenkadang rasa macam kitorang dua ni kembar je. Hiks XD Alah, dedua pun cenonet je. Padanlah, kan? Hehe ∩__∩
;')
Erk. Aci tak kalau aku nak stop sampai sini je dulu entry untuk kali ni? Lain kali aku tulis yang lain.

Okeh?
Ok, dah. Bai.
Assalamualaikum...
Thanks for reading this entry ^_^
.
Salam sayang,
@Cik_SM ←_← MY IG
***
Psst! Saje nak share gambar aku >_< Gambar lama sebenarnya ni. Tahun lepas punya. Gambar time form2.
Masa ni tengah bosan, so aku ambik shawl then apa lagi? S.E.L.F.I.E selfie.
Fyi, dalam gambar ni, aku bebas make up ya. So, jangan kata aku make up tebal 10 inci etc. Nanti iolls backhand uolls baru tau iolls ni tinggi ke rendah. Eh, silap! Baru tau langit tu tinggi ke rendah :p
Oh, ya. Hari tu ada orang tanya pasal status aku tau. Dan... dia mintak couple. So, here is my answer.
→_→ I'm single but NOT available ←_← BLAJO DULU :p
So, kepada awak yang saya tak kenal siapa dan saya tak tahu dari planet mana awak datang. Tetiba je hantar chat through FB, hope faham lah, ya? Saya LANGSUNG tak berminat dengan apa-apa yang berkaitan dengan CINTA MONYET, ZINA HATI dan seangkatan dengannya yang tak ada faedah. Maaf jugak sebab tak pernah balas chat awak. Hope awak faham kenapa saya tak balas.
***
Dah engko tanya aku soalan pelik-pelik, memang tak ar aku nak reply :p
K, bai :)

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...