Thursday, 17 November 2016

Starting A New Chapter In My Life

Assalamualaikum semua :')
.
It's been donkey years I'm not updating any story about myself here. Hehe. Just forgot when was the last time I'm sharing my story in my dear blog, ciksakuramerah. I miss my blog badly okeh!
My life is quite hectic nowadays although Im not an exam candidate anymore. Hey, not just exam candidate know what busy is. Orang lain pun tau la :p

Ok, just buat donno je with my broken english. It's been a very long time I'm not writing english essay since the PT3 examination was came to the end. That's why my english is soooo bad.
Actually, just wanna share with you all, my dear readers, about me and what had happened to me selama I mendiamkan diri ni.

Okeh. The title for this entry is STARTING A NEW CHAPTER IN MY LIFE. What chapter is it? Chapter of becoming a grow up teenager? Haha. Or chapter of becoming someone in loveeee.. .? Hehe. Ok, just kidding.

People nowadays use to make a business as their basic income untuk menampung kos sara hidup sekarang which is very-very high! I pun lemah lutut uolls bila pergi pasar tengok kuih tepung pelita 50 sen satu... Huuuuu. Menangis dulu before beli T_T

So, as a 'up-to-date' person, I always la check some IG-shop, FB-shop and blog-shop. But seriously sekarang tak ramai orang yang berniaga guna blog. Because zaman sekarang dah tak ramai yang rajin nak berblogging bagai. Unlike past few years.

And...... Cuz of I always stalk the IG-shop, tanpa sedar, I got interested in business. You know, something you never expect happened to you like zassss. I, myself dont know when was the right time I fell in love towards business. But, yeah. My interest in medic takkan pernah luntur. That's my ambition.

Bila dah suka kan, mestilah ada keinginan. Kan? Kan? Kan?

So, yeah. After a year thinking about it, I made a decision to run my own business as my basic income. Kalau ada basic income, nak beli pape tak payah dah minta dengan parents. Just use my own money.

Tapi..... Nak ada bisnes sendiri susah wei! Macam-macam kena buat. So..... As starting, aku mula dari tangga yang palinggggggg bawah dalam bidang bisnes ni. Before I can make my own product and brand.

Yes. I'm a dropship.

Sebab apa aku jadi dropship? Sebab dropship ni kerjanya mudah je. Just promote the product. Kalau ada orang nak order, ambik order dan hantar order kat supplier. Then siap! Tunggu je customer bayar and kita akan dapat komisen kita.

Easy as kopek kacang kan sisters and brothers semua ;)

Walaupun komisen as a dropshipper ni sikit je actually, but worth it la dengan kerja yang dibuat. Senang je pun... Baring atas katil and pegang handphone tunggu order. If supplier send gambo, the dropshipper will post the picture in his shop tak kiralah IG ke FB ke.

Sangat senang, bukan?

But actually, kerja sesenang tu la yang buat hidup aku sibuk ngalahkan PT3's teachers yang tengah duk tanda exam papers budak PT3. Buzy oi!

Lepas dapat gambo, nak kena edit. Bila nak post gambo kena fikir caption pulak. But, it's ok. Sebab aku minat perkara-perkara cenggini, so I don't mind. As long as I'm happy ^_^

Soooooo. Everybody. Now, aku dah start bisnes aku sendiri as a dropshipper of a book store. Dulu, aku beli je booksss dengan book store ni through online. But now, I'm their droship
.
And, yes. Aku jual buku. Pelbagai jenis buku. Buku agama ada. Buku motivasi ada. Macam-macamlah! Buku-buku best seller pun ada ^_^ Macam sekarang ni buku yang tengah HOT ialah buku Semusim Di Barzakh. So, kalau korang teringin nak memiliki buku ni, bolehlah beli dengan aku. Hehe :D Selain itu, tafsir al-Quran dan radio Quran pun ada dijual. Planner 2017 yang cantik-cantik pun available.

Apa lagi eyh????

Ha! Novel cinta takde ya :p

Sebab book store aku ni more to islamic book and motivation book je. Kisah cintan cintun monyet and friends tu enggak ada.

For your infomation, dress pun available tau! Aku jual jubah abaya koshibo. 9 pilihan warna dan semuanya warna plain. Maknanya, kalau korang beli, korang bolehlah add something like 'dokoh' ke on the abaya to make it looks more beautiful and elegant. That's why we made the abaya plain je...
SENARAI WARNA ABAYA KOSHIBO DAN SAIZ YANG STILL AVAILABLE

Hijau turqoise: S
Chocolate Gelap: XL, L, M
Pink belacan: XL, M
Pink: 2XL, S
Hitam: L, M, S
Soft purple: XL, M, S
Maroon: XL, M, S
Emerald green: M
Chocolate terang: M, S

Abaya koshibo ni limited edition tau sebab supplier takkan restock dah abaya ni kalau dah out of stock. So, kalau korang berminat nak beli. Korang kena grab cepat-cepat sebab nanti kalau dah out of stock, korang jugak yang merana. Haaaaaa! XD

Boleh check gambar abaya koshibo warna coklat terang dan saiz abaya di akhir entry :')
(Aku rasa blog kena letak emoji la sebab tak best la kalau menulis takde emoji. Tak syiokkkk!)
Nak beli tapi tak tahu apa nama IG-shop dan FB-shop aku? Don't worry. Di akhir entry ni aku dah sertakan 2 keping gambo shop aku :')

Do follow IG @shamohdstore
Do like FB Page Sha Mohd Store

Kenapa aku letak nama shop aku as Sha Mohd Store sedangkan my real name is SITI HALIMAH?
Ha... Meh sini nak story.

At first, my shop's name is CSM Islamic Book Store. CSM tu ialah Cik Sakura Merah. I put Islamic Book Store after CSM because I want to 'tell' people that I'm selling islamic books. So, if anyone nak cari buku-buku islamik, they just need to search 'islamic book' and my shop will appear... Haaaa. I have shared one tip on how to make a bisnes shop's name. Note it! Note it! ^_^

But then, after aku decide to sell jubah abaya koshibo tu, I think I need to change my shop's name sebab tak suitable la kan islamic book shope but suddenly jual jubah. What theee? So, I changed it to SHa Mohd Store. But why? What does it mean?

Oyeah..

Some people call me SHa for short. SHa tu nama aku jugak. S stand for Siti and Ha stand for Halimah. That's why la, SHa. Alright :') ?

And Mohd tuuu. My father's name begin with Mohd. Alahhhh. Nama lelaki zaman dulu kan? Mohd. But, pronounce it Mohamad. Okeh?

So, SHa Mohd Store is Siti Halimah Mohd's Store. That's my store, okeh?
Got it?

Aku tak tau kenapa aku cerita hal nama yang tak penting ni kat sini. Huhu XD

...

So... I think that's all about my shop. Kindly, follow my IG-shop @shamohdstore and like my FB Page Sha Mohd Store. Hehe :D

Sebarang urusan berkaitan buku or jubah abaya, kindly contact me through whatsapp, okeh? Dial, 01129218202.

Foot note: No. Whatsapp tu ialah no. bisnes ya. Jangan nak memandai ambik no. tu and jadi anonymous kacau aku. Jangan harap aku layan!

Ok, lah semua. I think that's all for this time. Aku menulis entry ni since after subuh tadi around 6am and now, it's 7.13am. I took more than one hour ok to promote my shop. Hehe :D

Sekarang ni musim hujan. Cuaca kat kampung aku sekarang ni hujan renyai-renyai since before subuh tadi lagi! Aku menunggu waktu subuh dengan bertelekung sambil berteleku di atas sejadah dalam keadaan kesejukan. Huuuu...

Baguslah hujan. At least, tak payahlah nyonya susah-susah bangun pagi semata-mata untuk siram pokok bunga melur yang ditanam di tepi pantai. Heeee. Apa yang aku mengarut ni? XD

Dah la. Aku ni kalau menaip tak berapa pandai sangat nak berhenti. Mesti adaaaaa je perkara yang nak ditaip. Padahal tak penting pun. Sigh!

Oklah semua :') Sampai sini je. Till then peeps. Btw, thank you so much, ya for reading my blog. I love you all damn much ^_^

Today is Jumaat. Don't forget to recite surah Al-Kahfi, ya? At least 10 ayat awal and 10 ayat akhir as pelindung dari fitnah dajjal. Happy Jumaat and have a nice day ahead! May Allah bless you :') Assalamualaikum ^_^
 
.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Ps:
Pic 1 : My IG-Shop
Pic 2 : My FB Page Shop
Pic 3 : Contoh Jubah Abaya Koshibo Warna Coklat Terang
Pic 4 : Saiz Jubah Abaya Koshibo
Pic 5 : GOOD MORNING MY DEAREST ^_^

Ps:
Aku siap taip entry ni pada jam 0748 :D

.
.
.

Sunday, 13 November 2016

Realiti Kehidupan Seorang Suami Dan Ayah Penyayang

Assalamualaikum semua :')

.

Entri ni adalah sekadar perkongsian dari aku untuk semua orang di luar sana terutamanya kaum isteri.

'Mende' ni aku copy dari group whatsapp sekolah rendah aku.

Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku rasa mende ni terkena betul-betul kat batang hidung aku. Ayooo!

***

REALITI KEHIDUP SEORANG SUAMI DAN AYAH PENYAYANG

***

Suami dapat gaji bersih RM3000 terus buat internet banking bayar:

- Bil air = RM30.00.
- Duit rumah = RM700.00.
- Duit kereta = RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri = RM200.00.
- Bil elektrik = RM170.00.
- Ansuran motor kapcai = RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak = RM150.00.
- Tukar RM150.00 kepada duit RM1 untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan = RM2250

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan, "Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis. Sambil bawak bebudak makan luarlah malam ni! Sebab I tak laratlah nak masak hari ni. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?".

Suami mengangguk lemah. Terpaksa setuju demi anak-anak dan isteri.

Sampai di rumah, disambut pula dengan anak yang bongsu, "Ayah, cikgu adik cakap hari Isnin, cikgu nak RM20 untuk beli baju sukan yang baru."

Isteri spontan menyampuk, "Mintak kat ayah. Ayah baru dapat gaji."

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah, "Ayah, kakak pun nak duit RM30 hari isnin ni untuk beli buku rujukan. Dah dekat nak periksa ni."

Si suami terus mengeluarkan RM50 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib, berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50. (Baki gaji RM650) Kemudian, langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50 (Baki gaji RM600).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250 (Baki gaji RM350) untuk beli barang kering dan RM50 (Baki gaji RM300) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300 dari jumlah gaji bersih RM3000) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30 (Baki gaji RM263.50).

Tiba di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15 dan minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit untuk membayar harga tudung tersebut. (Baki gaji RM248.50).

Kemudian apbila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15 sehelai. Isteripun selamba berkata, "Bang, baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru ni. Murah jer. RM15."

Suami pun keluarkan lagi RM30 untuk bayar baju tidur anak-anak (Baki gaji RM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, minta singgah di kedai makan untuk makan malam. Kerana kesiankan anak-anak, si ayah pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30 lagi. (Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.)

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7 dan RM1.50 untuk surat khabar. (Tinggallah duit gaji genap RM210).

Malamnya pula, beri pada isteri RM150 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak?

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, si isteri ajak balik kampung melawat ibu dan ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih, "Tak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 je nak buat modal hidup sampai hujung bulan ni."

Lalu si isteri menjawab dengan sinis, "Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

SUMBER : Media Johor

#JomShare

Saturday, 12 November 2016

Husna, Hasna, Hanis Kembar Tiga

Assalamualaikum semua :')

.

Jom baca cerita tentang kembar tiga; Husna, Hasna & Hanis :D

************************************************************************

•Si kembar 3 , 3H (husna|hasna|hanis)•

Pengalaman mengandungkan si kembar 3 ni adalah moment terindah buat mama dan papa..

17/9/2013
Masa ni mama dan papa baru kenal. Orang tua-tua cakap baru nak mula bercinta. Hehe. Umur mama masa ni baru 18 tahun dan papa 20 tahun. Setahun mama dan papa ambil masa untuk kenal hati budi
masing-masing. Last mama dan papa buat keputusan untuk kahwin.

17/9/2014
Hari ni mama dan papa diijab kabul. Tepat jam 12.15 tengah hari mama dan papa sah sebagai suami isteri dan pada jam yang sama iaitu 12.15 tengah hari pada tahun 1995 mama lahir ke dunia (mama baru perasan). Mama dan papa pilih tarikh ni sebab
tarikh ni adalah tarikh perkenalan mama dan papa dan tarikh ni sangat-sangat bermakna buat mama dan papa. Kahwin muda la katakan. Selepas kahwin je kalau mama lewat period mesti mama buat pregnancy test. Yela excited nak jadi seorang ibu kan. Papa pun jangan tanya, papa pun excited sama naik dengan mama. Excited dia tu jangan tanya la macam mana. Excited mengalahkan nak pergi ke angkasawan. Tapi hasilnya -ve. Memang mengecewakan. Kalau nak tahu tiap-tiap bulan mama test sampai satu tahap sampai dah fed up, sampai mama fikir "ada rezeki ada lah tak ada rezeki mungkin Allah nak bagi aku honeymoon dengan suami aku puas-puas". Hari berganti hari bulan berganti bulan. Mama lewat period lagi. Malam ni
mama suruh papa beli pregnancy test sebab esok pagi nak test. Sekali papa beli nah sampai 3 papa beli. Papa kata "malas nak ulang alik pergi kedai dah. Sampai cashier 7E pun hairan tiap-tiap bulan pergi beli benda yang sama". Mama dengar mama gelak je "hehe".

22/4/2015
Pada jam 10.30 pagi hari Rabu. Masa ni papa tengah tidur lagi. Yela cuti kerja kan. Mama bangun pergi
kencing, mama try test. Selepas test, mama pegang pregnancy test tu bawa pergi ruang tamu nak tunggu tengok lagi 5 minit macam mana result. Masa ni dalam otak mama "kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada cuba lagi". Dan.... Nak tahu tak apa resultnya? +ve ! Naik dua line. Alhamdulillah. Macam tak percaya, semua ada! Tapi rasa macam tak percaya dan macam mimpi. Mama test lagi 2 pregnancy test sama jugak result +ve. Mama
terus kejutkan papa dari tidur. Papa terkejut tengok result pregnancy test mama. Dengan muka mamai terkebil-kebil biji mata papa sambil papa cakap "anak aku nak keluar dah! Hehe. Ayang, pergi mandi cepat. Abang nak bawak ayang pergi klinik jumpa doktor". Selesai mandi apa semua, mama papa pergi klinik dan doktor sahkan mama pregnant 6w. Senyum lebar papa
sampai ke telinga sampai masuk kereta pun duk sengih-sengih. Masuk kereta je terus papa call family semua bagitahu mama pregnant. Family semua happy sangat-sangat sebab tak sabar nak sambut cucu dan cicit sulung di kedua-dua belah keluarga iaitu keluarga mama dan papa. Dan start dari hari ni jugak mama gantung kuali, gantung mop, gantung penyapu dan gantung segala kerja-kerja rumah. Papa tak kasi langsung mama buat apa-apa kerja rumah termasuk masak. Keesokkan harinya, papa la yang kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan memasak sebelum pergi kerja. Kerja mama cuma bangun mandi, makan dan
tidur. Papa yang buat semua kerja ni sampai mama habis pantang 100hari. Genap je 8w, mama dah mula muntah-muntah, loya, tak
larat dan tak boleh bau benda-benda 'goreng'. Mama asyik nak tidur je sampai ap 4bulan preggy. Minyak cap kapak sentiasa kat tangan. Bila rasa loya je mesti ambil sapu kat hidung. Kurang la sikit rasa loya. Sampai tidur pun pegang je minyak cap kapak tu. Kalau tak ada minyak cap kapak, mama tak senang duduk. Sebulan sebotol minyak cap kapak mama guna.

13/5/2015
Hari ni papa bawak mama pergi buat buku merah. Time ni mama preggy baru 9w. Nurse dekat klinik terkejut sebab mama muda lagi. Baru 20 tahun. Mama senyum je. Nak buat macam mana? Dah jodoh datang awal. Hehehe. Dah setle buat
buku merah, mama dan papa terus balik rumah sebab masa ni dah tak larat sangat. Mata nampak bantal
je. Sampai je rumah, terus tidur sampai petang. Papa gerak suruh makan. Selepas makan, mandi then tidur balik.

20/5/2015
Hari ni mama datang check up dgn doktor dekat klinik. Kandungan mama time ni 10w. Doktor scan nampak sorang je. Time ni happy je. Yela, first time scan dapat dengar degupan jantung anak mama. Doktor cakap mama akan repeat scan time 7 bulan pulak nanti. Gambar scan mama pegang. Sampai balik rumah duk cium-cium gambar scan tu sampai tertidur
punya excited sampai macam tu la. Lepas pada scan hari ni, mama dan papa langsung tak de scan dekat
mana-mana klinik swasta. Cuma tunggu nak scan masa kandungan 7 bulan pulak.

11/6/2015
Kandungan mama genap 13w. Hari ni mama ada check up dekat klinik. Nurse bising. Yela kan, berat mama turun mendadak dari 62kg turun ke 56kg. HB mama semua ok je. Pen biru. Tapi bila dekat berat badan je pen merah. Sepanjang mama pregnant, mama tak de masalah HB kurang. HB mama maintain je. Mau tak nye? Hari-hari makan makanan tambah darah. Kalau tak makan sayur, papa masak hati ayam atau siput lala.

8/7/2015
Harini kandungan mama 17w. Masa ni mama happy sangat sebab loya dan muntah mama makin kurang. Selera makan mama makin
bertambah-tambah. Mulut ni 24jam nak mengunyah je. Tengah-tengah malam pun still lapar. Harini berat mama naik 3kg. Dari 56kg ke 59kg.

2/8/2015
Harini kandungan mama 20w. Masa ni mama rasa happy sebab mama dah dapat rasa pergerakan anak
mama. Time ni berat mama masih terkawal lagi. Naik 2kg je.

30/8/2015
Harini kandungan mama genap 24w. Harini mama kena 'bising' dgn nurse sebab berat badan mama
naik 4KG! Dari 61kg naik ke 65kg! Mama pun terkejut sebab naik banyak sampai macam tu sekali. Nurse suruh kawal makan sebab nurse kata perut mama besar dari usia kandungan yang sepatutnya. Nak ikutkan time ni ukuran tinggi rahim mama sepatutnya 24cm je tapi ni 25cm besar dari jangkaan. Masa ni rasa nak nangis je bila nurse suruh kawal makan sebab
masa ni mama memang asyik lapar gila sampai tak boleh tahan. Kalau tak makan sampai mengeletar
badan. Nurse cakap kalau lapar tengah malam jangan makan nasi tapi makan roti ke biskut ke sebab takut berat naik mendadak lagi kalau makan tengah-tengah malam. Mama pun ikut cakap nurse. Papa macam sedih je. Papa marah. Papa kata "kenapa nak kawal makan pulak? Dah baby lapar makan jela". Selepas mama terangkan dekat papa kenapa orang mengandung tak boleh berat naik mendadak lebih dari limit baru papa faham yang orang preggy berat tak boleh naik lebih dari 2 kg takut effect kat baby.
Masa ni papa ada cakap perut mama tak macam orang mengandung 6 bulan tapi macam orang mengandung 7 bulan ke 8 bulan sebab perut mama besar
sangat. Papa cakap macam mama pregnant twin sebab perut mama besar sangat sampai perut mama jadi strechmark. Masa ni pun mama pun cepat mengah. Jalan pun dah macam penguin. Tapi mama tak
percaya cakap papa sebab scan masa 9w nampak sorang je. Datang dari mana lagi seorang? Kalau twin
takkan menyorok kot sebab masa doktor scan, doktor scan keliling perut memang nampak seorang. So mama tak percaya cakap papa. Disebabkan berat badan mama naik mendadak so mama kena check BP seminggu sekali dekat klinik
berdekatan. Tapi mama tak check pun sebab mama lupa. Hehe.

30/9/2015
Hari ni kandungan mama genap 28w. Hari ni mama papa excited sebab hari ni nak scan baby. Mama
papa excited nak tengok jantina baby. Sebelum masuk bilik scan, mama papa tunggu kat luar sambil tengok baby twin chinese comel sangat! Sempat lagi papa cakap
"best kan kalau kita dapat twin. Macam mana nanti kalau kita masuk scan, tengok-tengok doktor kata ayang pregnant twin sebab perut ayang besar ni". Mama cakap, "ikut mananya twin? Haritu scan sorang je. So sorang je la." Tunggu punya tunggu sampai no. giliran
mama. Mama dan papa masuk bilik scan.

Doktor: Wahh! Besar perut! Tak control makan ke? Makan nasi sehari berapa kali?
Mama: Hem.. Dah control dah. Sehari 3 kali je makan. Pagi, tengah hari dan malam. Tengah malam kalau saya lapar, saya makan roti atau biskut je.
Doktor: Puan, sila baring atas katil
*mama pon baring atas katil
Doktor: Si ayah nak tengok baby tak? Saya nak scan ni.
Papa: Mestilah nak, doktor. Excited ni sebab tak pernah scan dekat mana-mana klinik.
*papa berdiri dekat hujung kaki mama
*doktor dah start scan perut. Muka doktor agak terkejut
Doktor: Kamu ada keturunan kembar ke?
Mama: Takde doktor? (dengan muka hairan)
Papa: Kenapa doktor? Ada masalah dengan kandungan isteri saya ke?
Doktor: Eh, tak! Sebab saya scan ni nampak dua kepala. Nampak macam twin.
Mama&papa: Hahhh!? twin?
Doktor: Kejap saya nak conform-kan. Tapi sebelum ni memang scan nampak sorang je ke?
Mama: Haah! Nampak sorang je. Memang twin ke doktor?
*doktor tengok buku merah mama masa mama 9w
Memang scan nampak sorang.
Doktor: Ya puan. Puan pregnant twin ni. Tahniah! Kuasa Allah takde yang mustahil. Mungkin masa awal scan dulu baby kedua ni tak menjadi lagi
sebab tu scan tak nampak. Patutlah berat awak naik mendadak and perut awak besar sangat. Rupanye twin dalam perut ni. Pandai twin ni suprise-kan mama papa ye. Kejap lagi saya akan buat surat untuk awak refer ke hospital. Twin ni kena pantau lebih sikit.
Papa: Kan abang dah cakap, ayang tak percaya. (sambil sengih)

Doktor kata jantina mereka tak nampak sebab mereka lindung. Berat anak mama yang first 1kg and second 900g. Mama dan papa terkejut sangat. Time ni mama papa nangis. Terkedu, semua ada! Betul cakap papa. Rupanya masin jugak mulut papa ni. Keinginan papa nak baby twin tercapai. Alhamdulillah.
Lepas dapat je tahu pregnant twin terus tanya doktor sama ada masih kena kawal makan atau tak? Doktor cakap tak payah. Makan je kalau lapar sebab dalam perut tu ada 2
orang. So, memang perlukan banyak makanan yang berkhasiat. Huh! Happy gila la mama bila doktor
cakap macam ni. Berbunga-bunga hati beb! Haha.. Masuk dalam kereta terus papa call family semua
bagitau mama pregnant twin. Terkejut family semua. Hehe. Alhamdulillah.

11/10/2015
Harini mama check up dekat hospital. Semasa tengah tunggu
giliran mama, mama dan papa nampak triplet baby datang check up jugak. Comel sangat. Papa sempat cakap, "macam mana kalau kita kembar 3 hah? Sorang lagi siapa nak pegang?" Mama cakap, "shhhh! Jangan merepek la. Kita scan haritu nampak 2 je kan". Tiba giliran mama, mama masuk scan dengan doktor pakar bedah.

Doktor: Wah! Twin ye. Bestnye!
*doktor start scan. Dengan muka pelik. Banyak kali jugak doktor scan keliling perut mama
Papa: Kenapa doktor macam terkejut je?
Doktor: Saya nampk macam 3 orang. You tengok ni. Bila I scan
dekat bawah nampak 2 kepala tapi bila I scan di atas perut nampak lagi satu kepala. Kejap erk saya scan
badan baby ketiga.
*doktor dapat scan baby ketiga tapi doktor tu still confius. Last dia bawak mama jumpa doktor pakar
scan.

Doktor pakar scan, scan perut mama dan doktor pakar scan sahkan cuma nampak 2 je bukan 3 tapi mama papa tak puas hati sebab doktor pakar scan ni dia tak scan perut mama bahagian atas cuma
scan bahagian bawah perut je. Tak macam doktor pakar bedah tadi. Dia scan sampai atas bahagian perut
mama. So, mama papa confius kejap. Papa cakap nak bawak mama pergi scan 3D sebab papa rasa ada 3 orang bukan 2 orang. Papa cakap,  boleh tengok jantina sekali sebab nak start beli barang baby dah.

12/10/2015
Harini kandungan mama genap 30w. Tinggi rahim mama 36cm. Berat naik 2kg je. Berat mama 69kg
time ni. Masa ni pergerakan anak-anak mama terasa sangat-sangat sampai berombak perut. Time ni mama dah susah nak tidur. Bantal keliling mama pun mama still tak boleh tidur. Sakit tulang rusuk bila anak-anak mama tendang rusuk. Kalau nak terkencing memang tak boleh nak tahan dah sampai papa beli 'jamban' duduk untuk mama sebab tiap kali mama kencing ke
berak ke, mama tak boleh bangun, kena papa tolong angkat mama. Hehe.. Sampai papa kena teman
mama berak. Hehe.. Sebab itulah papa beli jamban duduk. Mama mandi pun pakai jamban duduk
tu. Kalau balik kampung pun, jamban duduk tu mesti kena bawak sekali. Hehe.

13/10/2015
Harini mama kena pergi klinik untuk minum air gula. Selepas minum air gula, papa nak bawak mama pergi scan 3D. Selepas itu nak pergi beli barang baby. Yes! Tak sabarnya nak tengok muka anak-anak mama dan excited nak pergi beli barang baby. Settle minum air gula pukul 10.30 pagi. Result air gula mama OK. Terus papa bawak mama pergi scan 3D. Sampai je di klinik, daftar dan terus masuk bilik scan sebab mama papa pelanggan first so cepat sikit tak payah tunggu-tunggu dah. Yang nak scan perut mama ni doktor perempuan. Namanya Doktor Jasmine. Peramah doktor ni. Lama jugak dia scan. Dalam 40minit. Dan..... Semasa dia scan, dia tunjuk kat mama dan papa memang ada 3 orang bukan 2 orang. So, betul la
doktor pakar bedah tu cakap nampak 3 bukan 2 sebab Dr. Jasmine ni dia scan memang betul-betul teliti. Puas hati la dia scan. Dr. Jasmine scan yang no 3 memang
duduk bahagian atas perut mama, duduk cara melintang dalam keadaan bersujuk. Muka dan jantina
tak nampak sebab baby tunduk muka. Puas pujuk tapi tak nak tunjuk jugak. Baby no 2 pulak nampak muka dan jantina (perempuan) siap bertongkat dagu lagi. Hehe.. Comel sangat! No 2 ni paling berat dan pipi tembam. No 2 duduk ditengah-tengah perut mama dalam keadaan rukuk. No 1 pulak nampak jugak muka dan jantina (perempuan) kepala dah dibawah. Yang no1 paling kecik so dia terkepit di bawah sebab dihimpit oleh adik-adik dia. Dr. Jasmine scan untuk tengok uri. No1 dan no2 satu uri. No3 satu uri. So, doktor cakap ada 3 kantung 2 uri. Yang no3 kemungkinan lelaki sebab berlainan uri. Settle scan semua doktor buat
surat untuk refer ke hospital berserta gambar scan yang sahkan mama kembar 3 bukan 2. Selepas selesai
je scan, mama papa terus pergi beli barang baby. Time ni happy dan teruja sangat semasa nak pilih baju. Yela semua nak beli sama kan. Nak beli semua serba 3. Nasib baik papa sedia bajet lebih sikit untuk beli barang baby. Penuh bonet kereta. So, pasal barang baby semua dah settle. Sampai rumah mama semangat nak basuh baju anak-anak-anak mama untuk packing letak dalam beg siap-siap. Bimbang kot-kot turun tanda awal. Seminggu selepas scan tu, mama kena check up dengan hospital seminggu sekali.

18/10/2015
Harini kandungan mama 31w3d. Mama kena cucuk dexa (matangkan paru-paru baby) harini. Harini dan
esok mama kena cucuk. Fuhh! Dia punya sakit macam kena sengat tebuan beb! Panas je bontot lepas
kena cucuk tu. Esok-nya nak pergi lagi sekali untuk cucuk kali ke-2. Fikir 10kali nak pergi. Sakit sampai trauma. Hehe.. Alhamdulillah tiap-tiap minggu mama ada check up.
Perkembangan anak-anak-anak semakin baik. Berat anak-anak-anak mama pun makin naik. Last check up seminggu sebelum admit ward. Berat anak-anak-anak mama dah ok.

First triplet 1.5kg
second triplet 1.8kg
Third triplet 1.7kg.

Sepanjang mama mengandungkan anak-anak-anak mama, alhamdulillah takde masalah apa-apa cuma awal pregnant je alahan teruk sikit.

22/11/2015
Harini kandungan mama genap 36w3day. Harini jugak mama admit ward pukul 8pagi. Bosan sangat sementara nak tunggu masuk. Papa pulak 2jam sekali mesti datang melawat mama sebagai alasan bagi tau kat guard nak masuk ward untuk
hantar makanan kat mama. Hehe.. Mama dah kena start puasa pukul 11 malam sebab esok pagi dah czer.

23/11/2015
Harini adalah tarikh anak-anak-anak mama lahir ke dunia. Pukul 6 pagi nurse dah datang kejutkan suruh mandi dan bersiap sebab mama orang first kena czer. Takut dia tu macam nak pergi menempah maut. Hahahaha.. Takut kot! Dah la suami tak boleh teman nanti dalam bilik bedah. Pukul 8pagi nurse India perempuan datang suruh tukar baju dan masukkan tiup kencing. Time
masukkan tiup kencing paling azab. Pukul 8.30 pagi mama dah kena tolak ke bilik bedah. Masa ni semua dah ada duk tunggu. Papa, tok, mama dan maksu awal lagi tunggu dekat luar ward pukul 7 pagi. Sementara nak tunggu doktor pakar bedah datang, mama kena tunggu dekat lobi bilik bedah. Pukul 9 pagi doktor pakar bedah masuk terus mama kena tolak masuk dalam bilik
bedah. Time suntikan epidural ni seksa sikit. Nurse apa tak tau la pakai baju warna biru dia cucuk tak
masuk betul-betul tulang belakang. 4 kali dia keluar masukkan jarum tu. Sakit oiii. Kali ke5 doktor pakar
bedah yang cucuk terus masuk dan suara mama terkuat sikit "aadoiii!" Terkejut + sakit. Hehe. Satu bilik bedah gelak kat mama. Malu oii
malu!! Macam-macam doktor tanya sebelum mulakan belah perut.

Doktor: Ada keturunan kembar ke? Lepas ni kena merancang okay sebab 3 sekali keluar ni.
Mama: Ada. Belah suami dan saya. (sambil sengih-sengih)
Doktor: Lepas ni pregnant dapat kembar 3 lelaki pulak lepas tu terus tutup kilang.
Mama: (sambil senyum) *dlm hati* Yang ni pun tak lepas doktor ni dah cakap pasal pregnant kali ke2 pulak. Adoii..
Doktor: Puan dah tahu jantina anak-anak puan?
Mama: Dah. No1 dan no2 perempuan. No 3 je tak tahu sebab baby duduk macam sujud.

Duduk dalam bilik bedah cuma dengar bunyi mesin je. (Siapa yang pernah duduk dalam bilik bedah tau la bunyi mesin tu macam mana). Tak lama lepas tu mama dengar
suara baby nangis tapi keadaan masa tu macam agak kalut. Mama tanya, "kenapa nurse?" Nurse cuma jawab, "takde apa puan. Puan relax je, ok." Mama dah tak dengar suara anak mama. Mama dengar sayup je suara anak mama nangis sebab nurse dah tolak anak mama keluar dari bilik bedah. Mama tak tahu anak mama ditolak ke mana. Tak sampai beberapa saat, doktor cakap, "Hurry up!! Hurry up!! Second baby!!" Mama rasa doktor goncang dan tarik anak mama keluar dari
perut mama. Bergoyang perut mama. Anak mama yang ke-2 pun mama tak boleh tengok. Nurse macam agak kelam kabut cuci-cuci terus tolak keluar dari bilik bedah. Tak sampai beberapa minit, anak mama yang ketiga pun keluar. Nyaring je suara nangis. Yang no3
ni special sikit disebabkan tak tahu jantina nurse bawak baby tunjuk kat mama jantina. Mama cakap, "Perempuan. Hehe.." Nurse letak anak mama no3 ni kat sebelah pipi kiri mama. Terus anak mama
diam. Masa ni rasa terharu sangat sampai mengalir air mata mama tanpa mama sedar. First time cium
anak sendri. Tak tau nak cakap macam mana. Naluri seorang ibu je tahu. Bila nurse angkat balik je, anak mama nangis. Dah settle, doktor tarik uri keluar. Cuci semua. Mama ditolak keluar dari bilik bedah. Mama diletakkan di bawah tempat panaskan badan. Tak tahulah nama apa mesin tu sebab masa dalam bilik bedah mama menggigil satu badan sebab sejuk. Cukup sejam baru mama ditolak ke wad. Keluar je dari bilik bedah tengok semua orang setia menunggu. Papa, tok abah, pakngah (adik mama), kawan
pakngah, maksu (adik mama), tok mama. Jiran pun ada duk tunggu dengan tok mama. Mama tengok muka papa. Papa senyum je. Sampai je dalam wad, masa ni pukul 11.30 pagi. Tok abah (abah mama) datang tengok mama. Tok abah cakap, "Tahniah! Sekarang kakak dah jadi ibu. Kakak kena jaga diri dan kesihatan sebab nak menyusu 3 orang cucu abah tu. Abah dah tengok cucu-cucu-cucu
abah. Comel! Semua muka macam papa mereka. Sakit tak kak?" Mengalir air mata tok abah. Mama
cakap, "Terima kasih, abah. Tak sakit sebab bius tak habis lagi. Kenapa abah nangis?" Tok abah kata, "Yela! Abah sedih. Selama abah jaga kak selama 20 tahun abah tak pernah tengok kak terlantar kat hospital macam ni. Takpe la. Kak rehat la. Abah nak pergi kerja dah". "Ok. Pergi kerja elok-elok. Terima kasih sebab datang tengok kak." Mama sempat cakap sebelum tok abah keluar. Tok abah tak boleh 'duduk' lama sebab bukan waktu melawat. Tak lama lepas tu tok mama pulak masuk tanya mama OK ke tidak? Sakit ke tidak? Mama cakap, "tak sakit lagi sebab bius ada lagi." Mama pun tengah pening lalat. Tok mama kata tok mama nak balik masak sup ikan haruan dan bubur untuk mama sebagai makanan tengah hari nanti.

Dalam pukul 12 tengah hari macam tu baru papa masuk jumpa mama. Papa cakap, lambat sebab uruskan anak masuk NICU dan wad melur (wad baby). Papa cakap, "Thank you. Comel anak-anak-anak kita. Cuma baby no1 dan no2 stay kat
NICU sebab merek tak boleh bernafas sendiri. Tapi yang no2 tadi doktor dah buang wayar oksigen. Doktor bagi dia pakai sekejap je sebab doktor pantau dia dari tadi lepastu dia dah boleh bernafas sendiri. Yang no3 tak ada masalah apa-apa. Tak ada pakai wayar apa-apa. Abang dah azan anak-anak-anak kita. Tapi yang no3 tu buat abang cuak. Masa abang sampai kat dia, abang bagi la salam kat dia, lepastu dia terus menangis. Terkejut abang. Abang tak berani nak angkat sebab kecil sangat. Abang minta tolong nurse angkat bagi kat abang. Masa abang tengah azankan, dia senyap je. Terkebil kebil biji mata dia. Habis je azan, dia nangis balik. Abang pujuk dia sampai dia diam baru abang letak dia. Cuma yang no1 dan no2 abang tak dukung sebab mereka pakai wayar. Abang cuma azankan tepi telinga diorang je. Nurse minta ayang perah susu untuk bagi kat anak. Nanti abang kena ambil pampers dan wed tissue kena hantar kat wad anak sebab nurse minta. Ayang rehat dulu". Sempat la mama rehat sekejap sambil ditemani maksu. Bila masuk waktu melawat, punya la ramai datang melawat. Ahma (ibu papa) dan ahtai (nenek papa) pun datang dari Ipoh melawat mama.

First triplet - 1.5kg
Second triplet - 1.8kg
Third triplet - 1.7kg

Selepas magrib baru mama boleh rehat sikit. Bukan boleh rehat sangat pun. Kejap nurse datang cucuk la, bagi ubat la, macam-macam la! Bila dah pukul 4 pagi, nurse datang nak
tukar pad. Sekali nurse tanya, "ada kentut tak? Perut puan kembung ni. Darah nifas tak keluar ni. Tersumbat
ni". Sekali nurse tu 'korek' guna jari sambil tekan-tekan perut mama sebab nak keluarkan ketulan darah. Perrgghh!! Sakitnya Allah je yang tahu. Sampai menangis-nangis mama. Dengan rasa ngilu tiup kencing pulak. Lepas kena 'korek' tu, terus lancar je kentut. Mama ingat normal kalau nak kentut tak boleh. Trauma terus mama.

24/11/2015
Pukul 11 pagi, nurse datang cabut tiup kencing. Nurse suruh mama bangun pergi tandas untuk kencing. Mama ingat nak tunggu papa datang baru mama nak ajak papa pergi tandas. Tapi sebab mama tak tahan nak terkencing, mama bangun pelan-pelan. Elok mama berdiri, mama terus rasa pening, rasa nak tumbang. Cepat-cepat mama pegang besi katil sampai terlondeh kain mama. Menjerit akak sebelah katil mama panggil nurse pelatih datang tolong mama. Nasib baik masa tu semua perempuan yang
ada. Kalau ada laki, malu 'cek' oii. Dah la kain terlondeh habis. Nurse pesan, nak bangun jalan kena ada orang pimpin. Hilang terus rasa nak kencing tadi. Papa datang, mama cerita kat papa. Boleh pulak papa
gelak kat mama. Harini first time papa bawak mama pergi tengok anak-anak-anak mama. Ya Allah! Rasa happy+sebak. Macam tak percaya. Anak mama ke ni? No1 mama tak boleh dukung. Boleh cium je sebab badan penuh wayar. No2 dan no3 je boleh dukung, peluk, cium. Lepas balik dari tengok anak-anak-anak mama, mama dan papa dah letak nama untuk anak-anak-anak mama dan papa sebab esok papa nak daftarkan dekat JPN.

No1 - Nur Husna Humaira
No2 - Nur Hasna Humaira
No3 - Nur Hanis Humaira

26/11/2015
Harini mama discharge. Tak sabar nak balik sebab mama sakit kepala sebab 4 hari tak mandi. Sebelum balik, mama sempat jenguk anak-anak-anak mama dulu. Sampai je
rumah tok mama, terus papa mandikan mama. Selepas mandi, makan dan makan ubat, terus mama tidur dari petang sampai pukul 10 malam. Ganti tidur sebab tidur kat hospital tak puas sebab nurse dan doktor asyik datang kacau. Hehe.

27/11/2015
Pagi ni bidan kampung datang nak urut susu kat mama. Susu mama takde sebab tu kena urut. Sejam
lepas urut, melimpah-limpah susu sampai jadi bengkak susu. Petang, papa bawak mama pergi menyusu
anak-anak-anak mama. Kurang sikit bengkak.

28/11/2015
Harini doktor call suruh mama stay sekali dengan anak mama dekat hospital. Nurse dah booking katil untuk mama. Doktor nak ajar mama macam mana nak handle baby pramatang sebab esok anak mama
no2 (Hasna) dan no3 (Hanis) dah boleh discharge. No1 (Husna) still dekat NICU sebab perlukan bantuan
pernafasan lagi.

29/11/2015
Harini anak mama, Hasna dan Hanis discharge. Sebelum balik, mama sempat jenguk Husna dulu. Sampai
je rumah tok mama, tok mama dan maksu excited nak sambut cucu balik harini. Asyik tenung je muka si cucu-cucu tu. Hehe.. Yela. Sebelum ni tengok dalam gambar je. Agak kelam kabut sementara nak
pandai handle. Ambik masa 2,3 hari jugak nak faham perangai anak-anak mama ni.

Sementara tunggu hari Husna
discharge, mama cuma pam susu untuk anak mama, Husna dan papa yang hari-hari hantarkan susu
mama untuk Husna. Kadang tu mama pergi jugak tengok Husna kat hospital. Minta tolong tok mama dan maksu jaga adik-adik kat rumah.

19/12/2015
Harini doktor call kata Husna dah boleh discharge. Happy tak terkata mama dan papa masa ni. Mama dan papa pergi ambil Husna kat hospital. Maksu dan tok mama pun ikut sebab excited. Adik-adik Husna pon ikut masa ni. Sampai je rumah, korang bertiga terus buat perangai. Nak minum susu serentak, nangis serentak, berak pon serentak. Kelam kabut satu rumah kalau tiga-tiga
nangis. Sekali dengan mama rasa nak nangis berjemaah. Hehe.. Mama ambil masa 2,3 hari jugak untuk mama boleh handle korang sendiri tanpa bantuan tok mama, maksu ataupun papa.

20/12/2015
Sempena birthday mama harini, tok mama dan tok ayah hadiahkan buat majlis cukur rambut untuk anak-anak-anak mama. Ramai yang datang tengok anak-anak-anak mama tapi mama dan papa tak benarkan sesiapa pun dukung dan
cium. Cuma tengok je boleh. Dokter dah pesan sebelum discharge anak-anak-anak mama jangan bagi orang luar pegang dan cium. Antibodi anak-anak-anak mama tak kuat sebab lahir pramatang dan lahir kecil.

19/1/2016
Harini peritistiwa hitam bagi mama dan papa. Harini dengan tiba-tiba Husna berhenti bernafas depan mama. Biru habis badan Husna. Tak sampai satu minit lepastu, satu badan Husna jadi hitam. Masa ni nasib baik doktor dah ajarkan macam mana nak buat CPR untuk baby kalau baby berhenti bernafas. Nasib baik papa ada masa ni. Papa yang buat CPR sampai Husna bernafas balik. Mama lembik terus masa ni. Papa sampai menangis sebut "Allahhuakhbar. Husna, jangan buat mama dan papa macam ni sayang" berulang-ulang kali. Mama dan papa terus bawak Husna pergi hospital. Doktor sahkan paru-paru Husna kena jangkitan kuman. Husna kena tahan di wad 2minggu
untuk cuci paru-paru. Alhamdulillah lepas 2 minggu, Husna dah boleh discharge.

SEKARANG
Alhamdulillah. Sekarang anak-anak-anak mama dan papa membesar dengan jayanya. Anak-anak-anak mama dan papa dah 11bulan sekarang (semasa artikel ini ditulis). Kes anak-anak-anak mama dan papa kembar 3 ni kecoh
satu hospital. Nurse dan doktor semua kenal. Sampai ke JPN tahu. Hehehe.. Mama dan papa doakan anak-anak-anak mama dan papa semoga menjadi anak yang solehah, anak-anak-anak yang bijak, anak-anak-anak yang berjaya dunia akhirat dan anak-anak-anak yang menjadi kebanggaan mama dan
papa. Mama dan papa sayang kamu semua. Amin :')

************************************************************************

Cerita ini adalah cerita benar yang diambil dari FB. Tetapi cerita ini telah di-edit sedikit bagi lebih memudahkan sesiapa untuk membaca dan memahami cerita ini.

Boleh baca cerita ini dalam bentuk original di sini. Dan ini adalah akaun FB ibu kepada kembar 3 ini.

:')

.

Thanks for reading this entry ^_^

Saturday, 5 November 2016

He's Gone | Al-Fatihah

Assalamualaikum semua :')

.

I want him.
But he's gone.

Khamis
02.11.2016
6.11 am
•Innalillahiwainnailaihiroojiun•

Allah lebih menyayanginya :')

Melihat jenazah yang tenang buat aku bertambah sedih.
Dia kuat.
Kuat melawan sakitnya.
Sampai saat hembusan nafas terakhirnya.

Orang tak tahu apa, bolehlah bercakap besar.
Kata itu ini.
Tapi aku tahu apa yang dia lalui.
Aku lihat dengan mata kepala sendiri.

Rupa-rupanya rungutannya untuk pulang ke rumah,
Adalah mesej bahawa dia ingin 'dijemput' dan 'pulang' ketika berada di rumah.
Bersama isteri, anak-anak serta cucu-cucunya.
Alhamdulillah, terlaksana :')

I am lost.
Rasa tak kuat.

Masih terngiang-ngiang pesanannya setahun yang lepas;
"Mung buatlah, asal mung sihat." -Him
I will, tokki :')

Dan masih terngiang-ngiang pesanannya kepada emakku sehari sebelum dia 'pergi';
"Mung jaga mok (tok) molek."
She will, tokki.
We will :')

:') < Ini adalah senyuman
Tapi hakikatnya aku menaip coretan ini dengan linangan air mata dan esakan.

Nampak mudah.
Tapi, hakikatnya susah!

Menerima pemergian itu mudah.
Tapi, menerima kehilangan itu tidak semudah yang disangka.
Perit!

He's my one and only.
And now, he's gone.
Gone to the right place.
Gone to the best place.
Meeting his Creator.
Meeting the Almighty.
After all of the hard times he's gone through.

I pray for good.
We pray for good.
Let's pray for good.

*****

Me: Tokki, ngucap.
Tokki: ...
Me: Tokki ikut ambe, eyh?
Tokki: ...
Me: Asyhadualla ilaa hailallah
Tokki: Asyhadualla ilaa hailallah
Me: Wa asyhaduanna muhammadarrosulullah (*nada sebak tahan nangis)
Tokki: Wa asyhaduanna muhammadarrosulullah

*****

After this,
No more his voice.
After this,
No need to visit him at the hospital.
After this,
No need to think about his illness.
After this,
No more tokki.
After this,
No need to worry about him.
After this,
No need to play truant cuz of him.
After this,
No more...

*********

First call; "Tokki nazak."

A few minutes later,

Second call; "Tokki takdok doh."

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROOJIUN.

He's gone.
He's gone for good.
Yet, I still feel like he's still here.
Still with me.

*****

Tokki,
Although I have no chance;
To see you again.
To see your face again.
To hear your voice again.
In flesh and blood.
But it's OK.
Because you'll always in my mind.
And the memories..
Will always be remembered.

*****

Mungkinkah terputus di tengah jalan
Mungkinkah terlerai tanpa ikatan.
Segalanya ketentuan Tuhan....

*****

Bye, tokki.
Rest in peace :')

*****

Semoga roh-nya dicucuri rahmat Dia Yang Maha Esa, diringankan azab kubur, dipermudahkan segala urusan di alam barzakh dan ditempatkan di galangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah!

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

My tokki during he was admitted to the ward at Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...