Saturday, 18 July 2015

Duit Raya Hilang!!

Assalamualaikum...

Masa aku sedang menaip entry ni, aku rasa macam nak meraung keluar anak tekak je, kau tau tak!?
For the first time, in my life duit raya aku hilang. Kau tau tak, hilang! Aku tak tau lah nak cakap apa, nak beri respon apa.. Mata aku terbuntang macam ikan lolong kau. Mulut aku senyap, kelu.. Aku pulak kaku tak bergerak sambil tangan pegang purse aku..

Duit raya aku tahun ni dah lah sikit je.. RM51 je kau, 3 hari raya. Kau rasa? Lepas tu hilang pulak... Lagi lah berkurang..

Baru je niat nak bayar duit kawan aku, tapi... Huh! Mengeluh je lah apa yang aku mampu buat.. Redha...

Kalo orang tengok aku, memang nampak macam redha je kan? Tapi hakikatnya dalam hati ni, berapi-api!

Duit aku RM51. Semalam hilang RM10. So, tinggal lagi RM41.. Ok, yang ni aku boleh sabar lagi. Redha, redha dan redha.. Tapi, just aku bukak purse aku tengok duit aku just tinggal lagi RM36. Hilang lagi RM5. Yang ni memang aku tak boleh sabar dah.. Rasa macam nak meraung sampai keluar anak tekak je. Rasa macam nak menangis sampai keluar air mata darah. Rasa macam nak siat-siat je purse cap ayam aku tu..

Sumpah! Kalo aku tau sape punya kerja yang curi duit aku tu, memang aku tarik rambut dia sampai lunyai. Sumpah, kau!

Sakit hati ni tak terkata.. Duit tinggal lagi RM36. Duit kawan aku yang aku nak bayar kat kawan aku tu pulak RM40. Mana aku nak cari lagi RM4. Mana!? Takkan aku nak mintak dari mak ayah aku kot.. Nonsens! Aku yang pinjam, mak ayah aku pulak yang kena bayar. 

Haish!!

Aku tak tau lah nak halal ke tidak duit yang 'dia' curi tu. Nak haramkan, kesian pulak kat dia dapat dosa sampai akhirat kalo tak minta maaf dengan aku.. Tapi kalo aku nak halal pulak, terserlah yang aku bohong kat situ.. Iman aku tak berapa nak kuat lagi untuk ikhlas halalkan duit tu..

Yang nak power lagi, bukan duit aku je yang hilang, tapi duit kakak aku pun hilang jugak. RM20 kau! Cuma yang bezanya, duit kakak aku semuanya hilang semalam, dan duit aku hilang semalam dan hari ini ya'li just now... Sakit hati!!

Huh! Mengeluh, mengeluh dan mengeluh...

Setelah dua kali duit aku kena curi, atas inisiatif emakku yang terchenta kau, aku pun ambik semua duit aku yang dalam purse tu and letak dalam satu sampul duit raya yang maha bapak then aku letakkan dalam seluar aku. Mampuih la hang nak kata apa pun, aku dah tak kisah. Asalkan duit aku tak hilang lagi...

Aku, mak and sis ada suspek seorang hamba Allah ni. Kitorang suspek dia yang curi duit aku and sis.. Takpe-takpe.. Nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya..

Kalo betul lah dia yang ambik duit aku and sis or bahasa lebih kasarnya ialah curi, memang nahaslah dia aku kerjakan. Tak kisah lah dia tu siapa pun dengan aku.

Haprak gila punya orang!

Aku tak suka mencarut dan aku memang tak mencarut. Tapi, kalo aku dah sakit hati sangat, memang dua perkataan ni akan keluar dari celah bibir munggil aku ni iaitu 'BODOH' dan 'GILA' .

Tapi masa aku tahu duit aku hilang tu, tak adalah pulak aku melatah mencarut apa.. Well, aku ni kan solehahnya tinggi sikit. Alah, tinggi sikit aje. Kau jangan nak jeles sangat la.

K,lah. Aku dah nak stop menaip sebab aku dah letih buat senaman jari-jemari di tengah hari yang lebih tepat sekali dipanggil petang..

K, babai!

Assalamualaikum..

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...