Friday, 3 July 2015

Serabut!

Assalamualaikum...

Aku tak tahu la kenapa dengan aku hari ni. Tapi, serious talk aku memang tak ada mood. Hilang! Apa yg aku rasa cuma serabut dan stress. Hem...

Kelmarin, aku pergi rumah kawan aku. Macam biasa, kitorang sembang-sembang la. Then, aku pun story la kat dia pasal problem aku. Aku beritahu la dia itu dan ini...

Lepas dia dengar tu, terus dia suruh aku search something kat google. Bila dah jumpa tu, aku bagi la phone aku kat dia sebab aku search guna phone aku..

Dia pun baca la one by one apa yg aku search tu. Aku pulak dengar la dengan teliti. Selepas sudah dia baca tu, dia pun marah aku. Dia membebel macam-macam la. Aku pulak senyap je sebab tu memang salah aku pun..

Dia tanya la aku, family aku tau tak pasal problem aku. Aku geleng.. Dia pun pandang aku pelik. Aku memang dah agak dah apa reaksi dia. Dia tanya lagi, kenapa tak tau? Aku pun story la...

Dalam family aku, aku ni memang jenis yg perahsia sikit. Aku tak suka cerita pasal masalah aku kat family. Aku jugak tak suka orang ambik tau hal aku dan aku tak suka ambik tahu hal orang... Aku mengaku aku ni memang pelik sikit.

Bila dengar je apa yg aku kat, kawan aku diam... Aku tau mesti dia pelik tahap nak pecah otak dengan perangai aku ni. Tapi nak buat macam mana? Memang aku ni jenis yg macam tu...
Aku yakin tak ada sorang pun faham aku.. Tak kiralah family aku ke, kawan aku ke.. Memang tak faham aku..

Tapi aku tak kisah pun.. Aku tak ambik port pun...
Kawan aku cuba nasihat aku. Dia suruh aku beritahu family aku pasal problem aku and pergi klinik. Dia takut aku terkena penyakit tu.

Aku faham kenapa dia suruh aku buat macam tu. Aku faham... Dan aku berterima kasih sangat-sangat. Tapi nak buat macam mana kan?

Kelmarin, lepas balik je dari rumah kawan aku, terus aku berkurung dalam bilik. Keluar pun bila dah nak  masuk waktu berbuka..

Malam tu, lepas solat Maghrib pun aku terus berkurung. Keluar masa nak sahur. Lepas sahur aku solat isyak and tunggu waktu Subuh.

Masa aku berkurung dalam bilik, aku fikirkan balik apa yg kawan aku cakap kat aku.. Fikir, fikir dan fikir. And aku decide nak beritahu mak aku..

Tapi...

Aku tak kuat!!

Baru je aku bangun dari katil nak ke luar bilik nak beritahu mak aku, aku baring balik. Sungguh! Aku tak kuat... Aku takut masa aku beritahu kat mak aku, aku TERmenangis...

Aku tak nak menangis. Aku benci menangis.

And sampai sekarang aku still tak beritahu mak and family aku pasal problem aku... And sampai sekarang jugak mak and family aku tak tau pasal problem aku...

Aku pun tak tau bila masa yg tepat untuk aku beritahu pasal hal ni. Dan aku tak tau apa respons diorang bila tau hal ni..

Mungkinkah diorang just buat donno je? Aku pun tak tau...

Aku takut.... 

Kadang-kadang bila aku stress sangat, ada juga aku mempersoalkan takdir... Tapi, bila aku ingat balik kata-kata ustazah aku, "Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan dia.." , baru aku sedar yg Allah tu tak kejam...

Kenapa aku boleh nasihat dan tarbiah orang, tetapi diri aku sendiri aku tak nasihat. Aku tak tarbiah...
Aku selalu suruh orang kuat bila dia mengadu pasal masalah dia kat aku. Tapi kenapa aku tak kuat bila aku ada masalah.

Kenapa...

Kalau betul-lah aku ada masalah tu, aku ada penyakit tu. Aku harap aku kuat untuk tempuhinya...
Aku harap aku tabah untuk harunginya...

Allahuakhbar !

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...