Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
14 November yang lepas, aku ada beli sebuah buku ni. Nak kata beli secara
online tu tak jugak sebab aku teks (mesej) direct kepada seorang sis yang buat
dropship untuk buku yang dijual. Kiranya
macam beli 'atas talian' la.
Pada 22 November lepas, aku dapat satu mesej daripada sis yang buat
dropship tu. Dia cakap, buku yang aku nak tu sudah di-pos. Dan, keesokan
harinya tu buku tu sampai betul-betul depan rumah aku.
Disebabkan ni first time aku beli barang secara atas talian, so gelabah
jugaklah bila van pos laju sampai depan rumah aku. Gelabah + excited. Kau rasa?
HukHuk.
Bila dapat je buku tu kat tangan aku, terus aku naik atas rumah then tayang
buku tu yang still bersampul dengan sampul 'pos laju' depan mak aku sambil
sengih-sengih kambing (sebab dah dapat buku yang aku beli). Abang aku yang
tengok 'benda' yang aku pegang tu cakap, "Eleh, bende kecik je pun, siap
pos laju."
Aku just buat donno je dengan dia sebab dia memang macam tu. Ade je hok
dok kene. Dok penoh (pernah) puah ati ngang (dengan) orang. Tapi mak aku balas, "Benda kecik. Mung
ingat dari mane benda tu hor? Nung. KL nung." Then, abang aku senyap tak
kata apa. Wooho. Padan muka 'kena' dengan mak.
Ini dia barang yang aku beli tu. Masih kemas bersampul.
Selesai aku
duk tayang 'benda' tu depan mak aku, aku terus masuk bilik. Tak sabar nak buka.
Tak sabar nak tengok. Dan, tak sabar nak baca.
Masuk
bilik, terus aku buka parcel tu. Then, ini dia..
365 by Dr. Anwar Fazal.
Excited
giloss bila aku tengok buku ni. Dah lama aku cari buku 365
ni, tapi tak jumpa-jumpa jugak. But now, finally dapat jugak aku pegang &
baca buku ni. Gumbira.
Budak yang
terlebih excited bila dapat buku 365. Muka tak
boleh blah betul.
Oceh,
membacanya aku! HekHek.. Again, muka memang tak boleh blah.
***
Oh, ya!
Aku beli buku 365 ni dari Sahabat e Nuur dan
sebenarnya buku ni di-pos dari Kelantan, bukannya KL. So, maknanya apa yang mak
aku cakap tadi tu salah lah. HewHew. Okay, just ignore it.
Sebelum
aku bercerita dengan lebih lanjut tentang buku 365
ni, aku nak memperkenalkan kepada korang semua (kepada sesiapa yang belum
tahu) terlebih dahulu siapa sebenarnya Dr. Anwar Fazal ni.
Yang kiri
tu Dr. Anwar Fazal, penulis buku 365. Yang kanan
tu pulak Fatin Liyana, blogger terkenal Malaysia a.k.a isteri Dr. AF. Siapa
tak kenal, kan?
Okay,
start citer.
Bila aku
belek je buku ni, perkara ketiga aku nampak ialah 'tulisan' ni. By Dr. AF.
Buat 2 wanita tercinta:
Ibuku syurgaku Zarina Md. Aslam.
Tanpamu, aku tidak mampu membaca, menulis, mengira & mengenal dunia.
Tanpamu, aku tidak mampu membaca, menulis, mengira & mengenal dunia.
Kedua, Isteriku bidadariku Nur Fatin Liyana Asri.
Adamu menyempurnakanku & ini hadiah hari lahirmu yang pertama sebagai isteriku.
Adamu menyempurnakanku & ini hadiah hari lahirmu yang pertama sebagai isteriku.
Seterusnya, abah, adik-adik, ahli keluarga & semua
yang mengenaliku di alam realiti & alam maya.
Selamat membaca.
Dengan namaNya.
Dengan namaNya.
Bila aku
baca 'ayat' ni, tiba-tiba aku rasa macam, alahai... sweet-nya Dr. AF ni.
Untungnya Kak Fatin Liyana dapat suami macam dia. Kan best kalau aku dapat
suami macam ni jugak. HekHek. Oceh! Berangan sudaa..
But,
seriously bagi aku Dr. AF memang sweet. Ramai mana sangat suami zaman sekarang
ni yang tulis dan terbitkan buku sempena hadiah hari lahir isteri? Ramai mana?
Ada, tapi sedikit sahaja. Boleh dikira kot. Sebab tu la aku rasa Dr. AF ni
SANGAT sweet.
Done baca
page tu, aku baca page sebelah, sebelah dan sampailah akhir. And, apa yang aku
boleh komen tentang buku ni ialah buku ni bagus. No wonder lah kalau
buku dapat anugerah BUKU MELAYU MPH TERBAIK 2014 & BUKU TERLARIS
2014/2015.
Memang
betul. Bila aku baca setiap patah kata yang Dr. Anwar nukilkan dalam buku ni,
aku rasa macam aku lebih dekat Pencipta. Apa yang dia tulis, betul-betul
rasa dekat dengan hati. Kadang-kadang tu ada jugak lah rasa sentap bila
baca part yang betul-betul kena atas batang hidung aku ni. Selain
daripada quotes, Dr. AF ada jugak tulis beberapa 'ilmu' yang boleh kita amalkan
dalam kehidupan. Contohnya, macam doa penerang hati dan adab-adab sebelum
tidur.
Korang
jangan silap:
Aku puji buku ni bukan sebab penulis buku ni ialah Dr. Anwar Fazal and suami kepada blogger terkenal Fatin Liyana. Tapi aku puji buku ni sebab buku ni bagi memang bagus. And, ianya sesuai untuk sesiapa yang sedang 'mencari'.
Aku puji buku ni bukan sebab penulis buku ni ialah Dr. Anwar Fazal and suami kepada blogger terkenal Fatin Liyana. Tapi aku puji buku ni sebab buku ni bagi memang bagus. And, ianya sesuai untuk sesiapa yang sedang 'mencari'.
Bagi aku,
tak rugi pun aku keluarkan duit untuk beli buku ni. Malah, aku rasa berbaloi
je. Memang "worth it". Lebih berbaloi la daripada beli novel cinta.
Kalau novel cinta, nak baca banyak kali memang bosan sebab benda yang sama je.
Beside, kalau baca novel cinta sekali aje pun, memang dah boleh hafal macam
mana jalan cerita-nya. Tapi, kalau buku ni, nak baca ulang-ulang pun takpe.
Malah, lebih bagus.
Kat sini,
sudilah aku nak kongsikan satu quotes dari buku ni. Sebenarnya niat di hati nak
kongsi banyak. Tapi aku takutlah pulak nak share sebab tak dapat kebenaran dari
Dr. AF. Besides, kalau aku share banyak-banyak quotes dari buku ni, nanti mesti
'tak ramai' orang yang nak beli dan baca buku 365
ni sebab dah baca quotes tu dari blog aku ni. (Aku cakap macam ramai
sangat je yang baca blog aku. HewHew.)
Betul la
kan?
"Dunia hakikatnya bukan tempat tinggal, hanya tempat meninggal."
"Dunia hakikatnya bukan tempat tinggal, hanya tempat meninggal."
Kita cuma
menumpang di dunia ni untuk suatu tempoh sahaja. Nanti, bila dah sampai waktu,
Allah akan tarik jugak nyawa kita. Tempat tinggal kita nung di sana, syurga @
neraka. Huuu.. Tetiba je aku rasa seriau. Mati bukannya kita tahu bila, kan?
Dah lah amal ibadat aku ni ciput aje.
Dot. Dot. Dot.
Oh, mesti
korang terfikir kan (kalaulah) macam mana aku tahu tentang kewujudan
buku ni. Sebenarnya, hari tu aku ada la stalk blog FL then terbaca satu entri
pasal buku ni. Entri tu dah lama. Bulan Julai. Sebab tu lah kat atas tu tadi
aku kata 'aku dah lama cari buku ni'. Gituuu.
Harga buku
365 by Dr. Anwar Fazal ni berharga RM30. Kalau
ditambah dengan postage, RM7 jadi total RM37.
Kepada
sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ni, boleh emel aku ke nauraqaseh2001@gmail.com . Tapi, kalau nak mudah,
kau follow je Sahabat e Nuur di IG dan Twitter (@sahabatenuur) dan Facebook
Page (Sahabat e Nuur). Tapi, kalau korang nak lebih lebih lebih mudah, boleh
terus je emel ke sahabatenuur@gmail.com atau
call ke nombor 0195510129 (Agent sah Sahabat
e Nuur). Insya-Allah, korang akan dilayan XD .
Selain
daripada buku 365, buku lain juga ada dijual
oleh Sahabat e Nuur. Antaranya, #Chenta , 30 Hari Mencari Tuhan ,
Ada Iman Baru Syok , #88LoveLife , Aku Ada Wali , Aku Bukan
Ust U-Tube , Amoi Berhijab , Catatan Mat Luthfi , Reinkarnasi
, Rehabilitasi , Diagnosis
& Diagnosis 2 , Esc
, Frostbite , Henshin
, Henshin Muslimah , Ikhwah
Pakai Jeans , Infiru , Lagenda Budak Usrah , Momento
, The Other Side of the Coin , Tenggelam Kapal Van Der Wijack dan banyak lagi.
Aku rasa
sampai sini je entri aku untuk kali ni. Jumpa lagi di entri yang akan datang.
Assalamualaikum!
Thanks for
reading this entry ^_^
#Ini bukan entri promote. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment