Friday, 27 November 2015

Tips Mengemas Rumah

Assalamualaikum..

Aku tahu ramai perempuan kat  luar sana especially yang bekerjaya tak tahu cara bagaimana cara-cara nak kemas rumah dengan betul, kan? So, here some tips for you.. Enjoy reading :)

-Tips Mengemas Rumah-

Basuh pakaian setiap hari/2hari sekali.
~ Jangan tunggu hujung minggu dan pakaian sudah penuh, baru nak basuh pakaian. Basuhlah pakaian setiap hari atau 2 kali sehari untuk mengelakkan bebanan semasa menyidai, mengangkat dan melipat pakaian
Membasuh dan menyidai pakaian sebelum tidur

~ Amalkan membasuh dan menyidai pakaian sebelum tidur terutama kepada wanita yang bekerjaya. Pada pagi keesokannya sebelum ke tempat kerja/petang selepas pulang dari tempat kerja, pakaian sudah boleh diangkat dari ampaian. Hal ini demikian dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mengemas rumah di siang hari.

Menyangkut pakaian pada hanger semasa menyidai pakaian
~ Melipat pakaian adalah suatu kerja yang sangat melecehkan dan mengambil masa yang lama. Jadi, dengan menyangkut pakaian pada hanger semasa menyidai pakaian dapat menjimatkan masa dan tenaga dari melipat pakaian. Apabila pakaian sudah 'kering', boleh terus diangkat dan disangkut di dalam almari.
Kemas rumah ikut arah jam

~ Pastikan kita mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya kita mula mengemas rumah mengikut di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini lebih sistematik dan mempercepatkan proses kita mengemas rumah.
Dapur adalah tempat kita memasak dan makan, jadi sebaiknya pastikan dapur sentiasa kemas supaya kualiti makanan dan kebersihan terjaga. Sebaiknya, kita mestilah mengemas dapur setiap kali selepas memasak atau makan.

Kemas rumah dari tingkat atas ke tingkat bawah
~ Jika sesiapa yang tinggal di rumah 2 tingkat, pastikan anda mengemas rumah di tingkat atas terlebih dahulu, kemudian barulah di tingkat bawah. Hal ini demikian dapat mengelakkan kita membuat kerja yang sama berulang kali.

Kemas bilik - Individu

~ Jika semua bilik berpenghuni, maka penghuni bilik itu perlu mengemas bilik mereka sendiri. Hal ini dapat menjimatkan masa ibu-ibu atau orang gaji semasa mengemas rumah.. Juga, privasi lebih terjaga.
Kemas dari atas ke bawah

~ Pastikan mengemas rumah dari syiling ke lantai. Sapu sawan-sawan yang terdapat di syiling dan kipas syiling serta pendingin hawa, kemudian menyapu habuk-habuk yang melekat di dinding. Hal ini untuk mengelakkan tempat yang sudah dibersihkan kembali kotor dah perlu dibersihkan semula.
Melakukan 2 perkara dalam satu masa

~ Perlu bijak memahagi masa. Melakukan 2 perkara dalam satu masa dapat menjimatkan dan memendekkan masa mengemas. Contohnya, menyapu lantai ketika membasuh pakaian di dalam mesin basuh.

Bahagikan tugas mengemas rumah

~ Jika rumah itu berpenghuni lebih dari seorang, bahagikan tugas mengemas sama rata. Cara ini dapat menjimatkan masa dan tenaga yang diperuntukkan serta dapat memupuk semangat kerjasama.
Cuci tandas semasa mandi

~ Tidak perlu membazir masa dengan mandi dahulu, kemudian baru mencuci tandas ataupun cuci tandas dahulu, kemudian baru mandi. Lebih baik mencuci tandas ketika mandi. Seleasai mencuci tandas, boleh terus mandi. Dapat menjimatkan tenaga dan masa.

Memasang radio
~ Dengan adanya hiburan seperti radio, kita boleh menjalankan aktiviti mengemas dengan santai dan tidak terlalu serius. Elakkan dari memasang televisyen kerana dapat mengganggu konsentrasi semasa mengemas rumah.

Off handphone
~ Off ataupun tukarkan mood handphone kepada silent. Hal ini demikian kerana, panggilan dari handphone menyebabkan proses mengemas rumah tergendala kerana mungkin si pemanggil meng-call kita dengan niat mahu bergosip.. Ia mungkin memakan masa yang lama.

Mengemas rumah terlebih dahulu, kemudian baru menyapu/vakum dan mop lantai

~ Mengemas rumah terlebih dahulu seperti mengelap tingkap dan kabinet, kemudian diikuti dengan menyapu atan meng-vakum lantai. Disusuli dengan mengemop lantai. Dapat mengelakkan kita dari melakukan perkara yang sama berulang kali. Mop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai.
Kemas rumah sebelum mandi

~ Paling penting, kemas rumah sebelum mandi. Selepas selesai mengmas rumah, barulah mandi. Mengelakkan daripada mandi sebanyak 2 kali dan longgokan pakaian di dalam mesin basuh bertambah.

Aku rasa, ini sahaja tips yang aku boleh kongsikan. Tips ni adalah tips aku sendiri dan selalu aku amalkan semasa mengemas rumah. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membaca.

Thanks for reading ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...