Friday, 13 May 2016

Quote Of The Day #3

Assalamualaikum and hye semua <3


Untuk pengetahuan korang semua, aku sekarang ni sedang berada di dalam minggu exam. Aku start exam hari Rabu lepas and alhamdulillah, aku dah exam 6 paper dah :) Yieha! And alhamdulillah jugak sebab keenam-enam exam tu, semuanya aku boleh jawab. Hehe :D Cuma tak tahu betul ke tak je. Korang yang baca belog aku ni, rajin-rajinkanlah tadah tangan doa kat Allah supaya permudahkan segalanya dah luaskan minda aku serta terangkan hati aku semasa menjawab soalan tu. Eyh? Sayang korang! hehe. Padahal tak kenal pun siapa korang tu. Huhu T_T

Memandangkan aku sekarang ni berada di dalam musim exam, so aku nak kongsi sikit quote berkaitan dengan exam dan kejayaan jugak.



"I failed my exam in some subjects but my friend passed. Now he's an engineer in Microsoft and I am the owner.' -Bill Gates

Aku nak kongsi sikit cerita pasal bill Gates berdasarkan pengetahuan aku. Kalau salah, tolong betulka, ya :)

Bill Gates dulu bukanlah seorang yang bijak. Beliau tu setiap kali exam mesti fail dan perkara itu sentiasa berterusan. Tetapi, kerana semangat yang ada dalam diri beliau dan sifat ingin berjaya, beliau cuba juga dan terus mencuba sehinggalah beliau berjaya mencipta microsoft yang sekarang menjadi 'benda' paling penting bagi setiap orang yang nak buat kerja dalam komputer or laptop.

So, nampak tak pengajaran di situ? Kita tak semestinya perlu pass dan dapat straight A setiap kali exam. Exam itu hanya ujian biasa je. Tak semestinya kalau pass exam, kau akan berjaya dalam hidup. Bukan exam yang menentukan kejayaan seseorang itu, tetapi semangat dan usaha yang ada dalam dirinya.

Jangan sedih kalau tak pass exam and tak dapat straight A walaupun dah beribu kali kita usaha. Tapi sedihlah kalau kita tak usaha langsung pun. Result tu nombor 2, yang pertama ialah usaha. Ok?
Aku harap aku boleh berjaya sebagaimana impian aku. Kalau tak berjaya sangat-sangat-sangat pun, at least dapatlah balas jasa kedua ibu bapa aku. Mereka berdua dah berkorban banyak sangat dah untuk aku. Jadi, apa salahnya aku berkorban sedikit untuk mereka dengan belajar walaupun tak bersungguh-sungguh sangat pun. Hehe XD


ok,lah. Jangan lupa tau doakan aku. Semoga doa korang semua diperkenankan. Amin...


Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...