Saturday, 7 May 2016

Reason Kenapa Aku Tak Update Blog Minggu Lepas

Assalamualaikum brothers and sisters <3
.
Sudah begitu lama nampaknya blog ciksakuramerah tidak berupdate dengan entri terbaru dan terkini. Aku selaku owner blog ini nak mintak maaf sangat-sangat dan banyak-banyak kepada korang yang menunggu entri terhangat di abad ini daripada aku walaupun hakikatnya aku tau tiada sesiapapun yang menunggu new entri dari aku. Tulis ayat bajet Fatin Liyana je, an? Tiba-tiba nyampah dengan diri sendiri --" Tapi.. Takpe-takpe. Bukan selalu pun boleh bajet retis ala ala Fatin Liyana, an? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ye dak? Heee -..-
.
Pendahuluan aje dah panjang kemain. Sebab itulah aku tak nak buat pendahuluan. Lebih tepat lagi malas. Sebab aku tau aku akan melalut ke topik lain. Terus hilang tajuk topik yang hendak dibincangkan pada entri ini. Mujur gak tadi awal-awal dah tulis tajuk entri. Makanya, tak perlulah aku susah-susah kerahkan minda untuk ingat kembali topik apa yang hendak dihurai pada petang yang begitu hening ini . Hebat bukan? Inilah namanya sediakan payung sebelum hujan. Hehe XD Tengok tu aku melalut lagi! Eh, dengar bunyi anak ayam berkicaulah ∩__∩
.
So, tajuk entri untuk entri kali ini ialah :
Reason Kenapa Aku Tak Update Blog Minggu Lepas
Seperti yang korang tahu itupun kalau tahulah aku ni bukanlah seorang blogger tegar seperti kalian-kalian yang kerjanya hanya mengupdate entri sahaja 24/7. K, auta -,- Aku seorang blogger. Tetapi aku cuma blogger picisan yang tidak dikenali ramai ataupun mungkin tidak dikenali langsung di dalam group blogger. Oleh sebab itulah viewers aku dalam sehari cuma 40+. Itupun mungkin ada orang yang tersesat masuk ke blog aku dan TERbaca entri entahapaapa yang ditaip oleh aku. Dan kerana itu jugalah, walaupun aku dah setahun 2 bulan berbelog, satu habuk BE pun aku tak dapat. Dan secara jujurnya, mendape BE tu pun aku tak tau. Kata orang, BE tu Buffered Earning, tapi... entahlah. Malas aku nak ambik kisah. Yang penting aku happy. Haaa. Gitew!
.
Selalunya, aku cuma akan update satu atau dua entry sahaja dalam seminggu. Kalau rajin tu, adalah kot tambahan satu dua entri. Itupun kalau rajin. Tambah dua lagi, kalau ada masa dan idea. Kalau rajin saje, tapi masa kuat cemburu dan idea main sembunyi-sembunyi, camne nak update entri, an? Tapi, minggu lepas aku tak update blog.
.
So, reason kenapa aku tak update blog minggu lepas ialah :
.
Bukan kerana aku tidak rajin. Untuk pengetahuan uolls, aku adalah seorang manusia yang sentiasa rajin, ok. Cuma itulah, di dalam setiap kerajinan itu pasti terselit secebis kemalasan. Aku juga tidak terlepas dari DIhimpit dengan masalah malas tahap impak maksima. Rindu pulak nak tengok Syamsul Yusof berlakon dalam cerita Impak Maksima n___n
.
Bukan juga kerana aku tiada masa. Minggu lepas aku pulang ke rumah tok aku setelah beberapa kurun aku tidak menjenguk tok dan tokkiku. Makanya aku mempunyai sangat banyak masa untuk mengupdate belog. Harap maklum, statement beberapa kurun itu cuma suatu auta semata-mata dan sudah jelas tak perlu suluh-suluh lagi bahawasanya ianya tersangatlah hiperbola. Mohon tukar kurun kepada minggu. K, kamsahamnida :D *senyum nampak gigi
.
Tiada idea? Itu bukan penyebabnya. Kalau aku tak ada idea sekalipun, aku boleh je update entry Quote Of The Day. Tetapi hakikatnya, satu habuk entri pun tak berupdate.
.
Jadi apakah penyebabnya????
.
Haaa. Mahu tahu? Mahu tahu?
.
Penyebabnya ialah handphone aku makan data banyak sangat. Aku tak sempat nak tulis entry pun lagi, Celcom dah hantar sms, "Anda telah menggunakan RM3 daripada kredit anda. Sila reload untuk terus menggunakan perkhidmatan internet dari pihak Celcom". Demmm! Jantung berdegup toksah katalah bila baca sms tu. Terus aku tutup data dan cek baki kredit. And..... kredit aku yang asalnya RM8 cuma tinggal RM0.14 je!!! Kata RM3 je aku guna, tapi kenapa tinggal 14 sen je? Ah! Benci celcom. Benci. Tapi benci-benci pun still setia guna tu. Tak teringin nak tukar lain ke, ketot?
.
Kalau korang tanya aku guna data plan apa? Jawabku, aku guna yang RM1 dapat 50MB internet dan free 100 sms selama 12 jam.
.
Disebabkan aku ni jarang online. Online seminggu sekali je, ye. Contohilah saya. Bila online pulak tu, just baca blog je. Memang tak banyaklah guna data. Tambahan pula, aku ni seorang yang kedekut, makanya, aku cuma langgan data plan tu je. Kalau langgan data plan yang sebulan tu, alamat oi, memang tak tengok buku lah aku agaknya. Asyik baca belog je.
.
So... sekarang sudah jelas lagilah nyata kan sebab kenapa aku tak update belog minggu lepas. Aku bukannya malas tau, tapi internet wat hal. Ish, geram lah! Habis lesap kredit aku centu je. Bukan sikit. RM8 kot. Duit tu aku boleh guna untuk beli kuewtiaw tom yam kat sekolah time rehat untuk 8 hari. Demm ko celcom. Mujur gak aku ni setia pada yang satu. Kaulah orangnya Q_Q Sayangilah aku T_T
.
Makanya, selepas ini kalau aku tak update belog, antara sebabnya ialah celcom jahat dengan aku. Aku tak tahulah nak buat camne lagi. Buat baik dibalas jahat. Senang citer ikut Boboiboy lah. Team BuBaDiBaKo. Buat Baik Dibalas Koko.
.
Oklah. Simptom simotom untuk melalut sudah mula menunjukkan diri. Oleh itu, lebih baiklah aku mengundurkan diri terlebih dahulu. Sebelum itu,kepada korang yang sudah lama baca belog aku ni, terima kasih daun keladi lain kali baca lagi. Kepada sesapa yang baru je tahu pasal belog ni, itupun kalau adalah. Rajin-rajinkanlah diri korang untuk terus baca belog ni, ya? Syuqran jazilan :) Dan jangan lupa untuk promote blog aku ni. Hehe. Batak jap. K, bai. Assalamualaikum <3
.

.
Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...