Friday, 28 October 2016

1102 Views

Assalamualaikum semua :')

.

I don't know is it true or not but, yes! I'm shocked + happy. 1102 views. It is out of my expectation.

Thanks to people who watch my video about how to wear bawal crepe as shawl. Moga adalah sedikit pahala untuk aku when you wear tudung like what I did in my tuto.

Next time kalu ade mase aku update new video. Heh ;')

Thanks again, ya :)

This is my youtube channel adress. You can check out my videos here. But, for the time being, I just have three videos in my youtube channel. Videos lain ada dalam ebook tapi sayang my ebook dah rosak. So, semua video tu dah lost. But, don't worry, kalau ada masa aku buat new video and upload di youtube, k?

Oklah semua. Selamat hari Jumaat dan selamat bercuti kepada orang Terengganu, Kelantan, Johor dan juga Kedah. Have a nice day ;'D

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

.

Thursday, 27 October 2016

Blogger Fatin Liyana Sakit | Semoga Cepat Sembuh Dr. Fatin Liyana

Assalamualaikum semua :')

.

Usually, kalau aku buka IG, first IG yang aku akan stalk dulu ialah IG @dr.afl. Kemudian aku akan stalk IG-IG ini iaitu  IG @syaidatulafifah (Malaysian bowler), IG @faizalsaari (Malaysian hockey player & my fave hockey player) and IG @syaidatulafyna (Faizal Saari's wife). Then, barulah aku stalk IG lain randomly. Contohnya, IG Yuyu Zulaikha (@yuyuzulaikha), Irine Nadia (@irine_nadia), Maria Elena (@mariaelenazarul) and Dr. Say Shazril (@sayshazril).

Aku suka stalk IG @dr.afl sebab Dr. AF selalu jugaklah post quotes kat IG diorang. And aku suka sangat tengok gambar AF&FL dan Ajda. Ajda comel sangat, you know? Adore her so much! Memang mirip Dr. AF  sangat!

Actually, aku bukanlah nak buat entri pasal IG di entri ini.

Lately, aku tengok Dr. AF selalu jugaklah post gambar kat IG dengan caption yang sayu je. And through his caption, I go with a conclusion yang Dr. Fatin Liyana sekarang ni sedang sakit.

Aku tak tahu FL sakit apa, yang pasti dia sakit la. And through Dr. AF's caption jugak, aku rasa FL sakit jantung. Ayat Dr. AF di caption-nya, "saat itu aku tahu dia sedang bertarung dengan jantungnya" tu buat aku makin yakin yang FL sakit jantung. One more thing, FL dimasukkan ke IJN.

Hem.. Papepun aku tak nak buat spekulasi banyak-banyak sebab spekulasi aku tu bukannya betul pun. Kan timbul masalah pulak kan.

What important is, FL kembali sihat dan cergas dan ceria seperti biasa. Yeay! :D Ya, aku menggunakan dua perkataan DAN di situ dan aku yakin yang Awang Mursyid takkan sedih pabila membaca ayat aku ni sebab beliau tak tahu, tak pernah tahu, takkan tahu dan takkan pernah tahu pun tentang blog aku. So, beliau takkan baca ayat itu. Yolah! Aku kan tak femes :p

Di sini aku nak share-kan beberapa keping gambar yang aku screenshot from IG @dr.afl . To Dr. AFL, sorry eyh sebab ambil gambar dari IG korang tanpa kebenaran. HeHe XD

Oklah, semua. Have a nice day ahead. Bye, assalamualaikum :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

P/s: Gambar last tu aku screenshot dari IG bff FL iaitu Najahtul. Sorry akak sebab tak mintak izin dulu. Hehe XD

.

.

.

Wednesday, 26 October 2016

Mesej #1

Assalamualaikum semua :')

.

Entri kali ni aku nak share satu "status" yang kawan aku mesej kat aku. Status ni sebenarnya dah lama tapi aku still simpan lagi sebab aku rasa cam.. Cam.. Cam..

Hemmm. Korang baca ajelah. Enjoy ^_^

.

Kenapa hidup ini terlalu sukar untuk ditempuhi? Hati  yang kecewa tiada penawar sebagai pengubat. Resah hati, tiada tempat bergantung, tiada tempat untuk berbual bicara. Hati ini sentiasa disakiti, dan tak pernah dipujuk dan dibelai.

.

Common thing.
No comment.

.

Just remember Allah's Love Letter,
(Al-Baqarah: 26 & 186)

.

Thanks for reading this entry ^_^

Allah's Love Letter #1

Assalamualaikum semua :')

.

Semenjak dua menjak ni, aku dah jarang gila update Quote Of The Day kan? Hem... Bukan malas tapi kekurangan masa untuk cari quote yang menarik. Bila ada masa pula, aku sengaja melaghakan diri aku dengan perkara lain seperti IG. Hehe XD

Tapi takpe, nanti aku akan try untuk update banyak lagi Quote Of The Day, ya?
By the way, start from today, aku akan buat segmen baru di blog aku iaitu segmen "Allah's Love Letter". Actually, aku tak tau sama ada 'benda' ni boleh dipanggil sebagai 'segmen' atau tak. Tapi lantaklah. Bukan ada orang kisah pun kan?

Segmen 'Allah's Love Letter' ni ialah satu segmen di blog aku di mana aku akan post-kan ayat-ayat di dalam Surat Cinta Allah iaitu Al-Quran Al-Karim (AlQuranulKarim).

Kenapa aku buat segmen ni?

Hem... Saje-saje. Aku rasa tak salah kot kalau aku share kat korang semua tentang ayat-ayat cinta Allah yang aku rasa deep sangat! Apa korang ingat manusia je boleh bagi ayat-ayat yang deep? Allah pun bolehlah bahkan dah lama Dia bagi ayat-ayat yang deep ni. Since more than 1400 years ago. Cuma kita je yang tak sedar, tak pernah sedar, tak nak sedar dan tak pernah nak sedar pun. Zzaaapppp! (Sentap?)

So, for the first 'Allah Love's Letter', I want to share with you this sentence. Sentap jugak ar time aku baca ayat ni. Hem... Jom kita renung-renungkan :')

.

"Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat."
~Asy-Syura: 45

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Mana Mak?

Assalamualaikum semua :')

Entri kali ni adalah perkongsian dari seorang kawan aku di group whatsapp. Mungkin korang pernah baca mesej ni. Dan mungkin juga tidak. Papepun, selamat membaca dan hayatilah setiap bait ayat :')

Selamat membaca ^_^

***

Serius! Mengalir air mata aku.

MANA MAK???

Renung2kan....

***

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam.”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya "Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

***

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw, "ibu 3 kali lebih utama dari ayah."

Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yang lain supaya lebih ramai yang sedar akan hal ni :')

***

Aku tak lahir dari family yang kaya-raya. Transport family aku untuk ke hulu ke hilir cuma motor je. Kereta tak ada. Aku sekeluarga tak pernah pun keluar makan sama-sama. Kalau ada pun dulu-dulu waktu aku 3 hingga 10 tahun. Itupun ayah aku takde. Aku sekeluarga tak pernah pergi bercuti satu family. Kalau pernah pun, ayah dan abang aku tak ikut. Pergi pun just ke rumah saudara-mara. Naik bas. Sampai sana duduk je lah kat rumah. Lepas tu balik Terengganu. That's all.

Sebab tu, aku selalu bercakap dengan kakak aku yang kitorang

> nak belajar sungguh-sungguh, kumpul duit beli kereta dan bawak family kitorang jalan-jalan dengan kereta tu.
> nak keluar makan sama-sama dengan family and nak belanja family kitorang.
> nak pergi bercuti satu family. Tak kisahlah dalam ataupun luar begara asalkan bercuti. Kalau boleh, aku nakkkkkk sangat bawak mak aku pergi buat umrah dan haji. Aminnnn.
> nak bawak family aku especially parents aku jelajah satu Malaysia dan dunia. Nak pergi Eropah, Tanah Arab, Asia Tenggara, Asia Timur etc.
> nak beli barang mahal-mahal dan branded untuk family. Dapat belanja baju raya from butik Leeyanarahman.co dan Elrah Eksklusif pun jadilah.

Uuuu. Aku harap sangat angan-angan dan impian aku dan kakak aku ni jadi realiti. Amin Ya Rabbal Alamin :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

Saturday, 15 October 2016

Lirik Lagu Heaven's Key - 786

Assalamualaikum semua :')

.

Hari ni aku share one more song yang bagi aku deep jugak ar. Aku dapat tahu lagu ni tahun lepas through Hlovate's novel entitled Anthem. Hlovate's last novel sebelum beliau mendiamkan diri tanpa sebarang naskhah baru sejak tahun 2011 hinggalah sekarang. Senyak ssunyi ssepi ssedu bak kata orang Ganu.

Lagu ni dah lama tapi masih lagi "hidup". Try dengar dah fahami maknanya. Deep sangat.

Enjoy!

***

I wonder if I've been good today
I didn't hurt nobody
So why am I afraid to pass away
Strange thought I have, as I lay

I have faith in me somewhere
and I love Allah
Someday I'll spark that fire
I'm going to start now

Heaven's keys
I dropped heaven's keys
I was born with heaven's keys
I gotta find them again

Heaven's keys
I dropped heaven's keys
I was born with heaven's keys
I gotta find them again

It's getting late now, it's time to rush
If I leave now, I'll have way too much
But I'll do what I can
It's my duty here as a created man
I remember good things from the past
And now it's time for the future
When my time comes at last
I know i'm going to be prepared

Heaven's keys
I dropped heaven's keys
I was born with heaven's keys
I gotta find them again

Heaven's keys
I dropped heaven's keys
I was born with heaven's keys
I gotta find them again
I think to when i was five
And life was so much better
Pray with dad and read with mom
Memorize until supper
Suddenly life hands you more priorities
You think that you can make it on your own
It's time I turned things around
and I can find my faith and do good deeds

...so I found heaven's keys
Heaven's keys
I dropped heaven's keys
I was born with heaven's keys
I gotta find them again
Heaven's keys
I dropped heaven's keys
I was born with heaven's keys
I gotta find them again

***

Heaven's key = Kunci syurga

Have you found your heaven's key? If yes, congratulation!
But, if no, let's we find ours together ;')

Ok, friends. Till then, bye :)

.

Thanks for reading this entry ^_^

Lirik Lagu Faded - Alan Walker

Assalamualaikum semua :')

.

Hari ni, aku nak share satu lirik lagu favourite aku dengan korang semua.  Aku tak tau kenapa aku suka lagu ni. Tapi aku suka.

Aku tau lagu ni dari kawan aku pada mulanya. Lepas tu barulah dengar kat radio Hot FM.

Cuba korang dengar lagu ni dan fahami maksudnya. DEEP.

***

You were the shadow to my light
Did you feel us
Another start
You fade away
Afraid our aim is out of sight
Wanna see us
Alive

Where are you now
Where are you now
Where are you now

Was it all in my fantasy
Where are you now
Were you only imaginary
Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me

I'm faded
I'm faded
So lost, I'm faded
I'm faded
So lost, I'm faded

These shallow waters, never met
What I needed
I'm letting go - a deeper dive
Eternal silence of the sea - I'm breathing
Alive

Where are you now
Where are you now
Under the bright - but faded lights
You've set my heart on fire
Where are you now
Where are you now
Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me

I'm faded
I'm faded
So lost, I'm faded
I'm faded
So lost, I'm faded

***

Are you faded? HAHA.

Till then, guys. Have a nice day ;')
.

Thanks for reading this entry ^_^

Friday, 14 October 2016

Yeay! PT3 Dah Habis!

Assalamualaikum semua :)


Wah! Dah lama jugak kan aku tak menulis di sini. Serious rindu! Rindu sangat-sangat!

Sebenarnya, minggu lepas aku buzy sangat sebab minggu lepas aku ada exam PT3. Ye.. Aku budak PT3 tahun ni. Dan sekarang, aku telah merdeka dari apa-apa bebanan kerana PT3 sudah tamat. So, lepas ni bolehlah aku menjalani kehidupan aku dengan enjoy dan tanpa tekanan.

PT3 aku ok je. Tak susah sangat dan tak senang sangat. Bolehlah jugak jawab. Tapi ada jugak certain questions yang aku terpaksa termenung sambil memegang kepala memikirkan jawapannya. For me, soalan tak susah. Tapi jawapan yang susah.

Aku malas nak cerita banyak-banyak pasal PT3. Nanti frust + stress pulak. Yang lepas biarkan lepas. Past is past. Bak kata arwah sir aku, "Let bygone be bygone."-Sir Roslan.

Result PT3 keluar bulan Disember ni and I just can't wait to know how my result looks like. Ada A ke takde. Tapi... kalu PT3 ni memang confirm la ada A kan sebab Sejarah dengan Geografi tak exam tapi buat kerja kursus. Lepas tu tambah dengan lisan BI dan lisan BM. Papepun. Aku harap result aku nanti seperti yang aku harapkan. Aku tak harap untuk dapat straight A. Tapi aku nak dalam result aku tu ada A :D

Oh, ya. Sebenarnya aku tersenarai dalam 30 pelajar target PT3 untuk sekolah aku. Em.. Tak tau nak rasa apa. Happy kah? Sedih kah? Yang penting, aku dah buat yang terbaik untuk exam kali ni and apa-apa result yang keluar aku terima dengan redha dan hati terbuka.

30 orang pelajar target PT3 2017

Next year, form 4 aku dah plan untuk masuk kelas aliran Sains. By hook or by crook aku nak masuk aliran sains jugak sebab aku memang minat dengan sains sains ni. Akaun aku tak berapa minat sangat sebab tu aku tak minat subjek KHB. Memeningkan kepala betul!

And, aku tak tahulah nak pindah sekolah ke or nak stay je kat sekolah lama. Kalau nak pindah sekolah, sekolah aku pun tak kurang hebatnya jugak. Best pulak tu! Student semua perempuan. Bebas! Kalau tak pindah, rasa macam rugi pulak. Hem... kata-kata cikgu BM aku sungguh membuatkan aku terkedu dan keliru.

"Kalu awok nok pindoh sekoloh, maknenye bagi awok sekoloh ni dok molek lah. Ce awok tengok Kak Wahidah tu. PMR straight A. Cikgu tanye die nok pindoh sekoloh ke dok. Ye kate, "takboh ar cikgu. Sekolah mane-mane pong same je." Hor, cer tengok."

Dan, memang betul pun. Senior aku, Kak Wahidah memang hebat orangnya. From form 1 sampai form 5, setiap kali exam, mesti dia yang dapat nombor 1 dalam batch. Serious tak tipu! And time PMR dan SPM pun dia dapat straight A dan jadi pelajar terbaik. Pengarah JPNT pun puji dia sebab Kak Wahidah memang sangat hebat. Pengetahuan luas! Bercakap pasal GSt macam bercakap pasal cara-cara nak rebus air je. K, auta -_- Pengarah tersebut siap suruh cikgu aku untuk lahirkan lebih ramai "Wahidah". Bijak, petah berkata-kata, hebat sukan, luas pengetahuan dan macam-macamlah. Dia tu pun ketua pelajar dan ketua pengawas sekolah aku time 2014. Time tu dia form5. Masa tu, disiplin sekolah aku memang kemas gila! Semua orang takut dan hormat dengan Kak Wahidah. Sekarang ni dia sedang sambung study di India dalam course Medic. Program USM-KLE-IMP kalau aku tak silap...

Emmmm..

Nak pindah, sayang. Tak pindah, rugi. What should I do? I think, I have to do istikharah prayer tonight.


 Btw, 29.9 hingga 1.10 lepas sekolah aku ada anjurkan kem untuk student PT3 yang dapat rangking 1-40 dalam trial PT3. And, I am the one yang terpilih. Ini gambar separuh dari budak kelas aku yang pergi. Budak kelas aku yang pergi seramai 24 orang out of 34. Masa ni selepas sesi motivasi.

Oklah semua. sampai sini je entry untuk kali ni. Bye all. Have a nice day, ahead and May Allah Bless You.

Assalamualaikum :.)


Thanks for reading this entry ^_^

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...