Wednesday, 26 October 2016

Allah's Love Letter #1

Assalamualaikum semua :')

.

Semenjak dua menjak ni, aku dah jarang gila update Quote Of The Day kan? Hem... Bukan malas tapi kekurangan masa untuk cari quote yang menarik. Bila ada masa pula, aku sengaja melaghakan diri aku dengan perkara lain seperti IG. Hehe XD

Tapi takpe, nanti aku akan try untuk update banyak lagi Quote Of The Day, ya?
By the way, start from today, aku akan buat segmen baru di blog aku iaitu segmen "Allah's Love Letter". Actually, aku tak tau sama ada 'benda' ni boleh dipanggil sebagai 'segmen' atau tak. Tapi lantaklah. Bukan ada orang kisah pun kan?

Segmen 'Allah's Love Letter' ni ialah satu segmen di blog aku di mana aku akan post-kan ayat-ayat di dalam Surat Cinta Allah iaitu Al-Quran Al-Karim (AlQuranulKarim).

Kenapa aku buat segmen ni?

Hem... Saje-saje. Aku rasa tak salah kot kalau aku share kat korang semua tentang ayat-ayat cinta Allah yang aku rasa deep sangat! Apa korang ingat manusia je boleh bagi ayat-ayat yang deep? Allah pun bolehlah bahkan dah lama Dia bagi ayat-ayat yang deep ni. Since more than 1400 years ago. Cuma kita je yang tak sedar, tak pernah sedar, tak nak sedar dan tak pernah nak sedar pun. Zzaaapppp! (Sentap?)

So, for the first 'Allah Love's Letter', I want to share with you this sentence. Sentap jugak ar time aku baca ayat ni. Hem... Jom kita renung-renungkan :')

.

"Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat."
~Asy-Syura: 45

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...