Friday, 14 October 2016

Yeay! PT3 Dah Habis!

Assalamualaikum semua :)


Wah! Dah lama jugak kan aku tak menulis di sini. Serious rindu! Rindu sangat-sangat!

Sebenarnya, minggu lepas aku buzy sangat sebab minggu lepas aku ada exam PT3. Ye.. Aku budak PT3 tahun ni. Dan sekarang, aku telah merdeka dari apa-apa bebanan kerana PT3 sudah tamat. So, lepas ni bolehlah aku menjalani kehidupan aku dengan enjoy dan tanpa tekanan.

PT3 aku ok je. Tak susah sangat dan tak senang sangat. Bolehlah jugak jawab. Tapi ada jugak certain questions yang aku terpaksa termenung sambil memegang kepala memikirkan jawapannya. For me, soalan tak susah. Tapi jawapan yang susah.

Aku malas nak cerita banyak-banyak pasal PT3. Nanti frust + stress pulak. Yang lepas biarkan lepas. Past is past. Bak kata arwah sir aku, "Let bygone be bygone."-Sir Roslan.

Result PT3 keluar bulan Disember ni and I just can't wait to know how my result looks like. Ada A ke takde. Tapi... kalu PT3 ni memang confirm la ada A kan sebab Sejarah dengan Geografi tak exam tapi buat kerja kursus. Lepas tu tambah dengan lisan BI dan lisan BM. Papepun. Aku harap result aku nanti seperti yang aku harapkan. Aku tak harap untuk dapat straight A. Tapi aku nak dalam result aku tu ada A :D

Oh, ya. Sebenarnya aku tersenarai dalam 30 pelajar target PT3 untuk sekolah aku. Em.. Tak tau nak rasa apa. Happy kah? Sedih kah? Yang penting, aku dah buat yang terbaik untuk exam kali ni and apa-apa result yang keluar aku terima dengan redha dan hati terbuka.

30 orang pelajar target PT3 2017

Next year, form 4 aku dah plan untuk masuk kelas aliran Sains. By hook or by crook aku nak masuk aliran sains jugak sebab aku memang minat dengan sains sains ni. Akaun aku tak berapa minat sangat sebab tu aku tak minat subjek KHB. Memeningkan kepala betul!

And, aku tak tahulah nak pindah sekolah ke or nak stay je kat sekolah lama. Kalau nak pindah sekolah, sekolah aku pun tak kurang hebatnya jugak. Best pulak tu! Student semua perempuan. Bebas! Kalau tak pindah, rasa macam rugi pulak. Hem... kata-kata cikgu BM aku sungguh membuatkan aku terkedu dan keliru.

"Kalu awok nok pindoh sekoloh, maknenye bagi awok sekoloh ni dok molek lah. Ce awok tengok Kak Wahidah tu. PMR straight A. Cikgu tanye die nok pindoh sekoloh ke dok. Ye kate, "takboh ar cikgu. Sekolah mane-mane pong same je." Hor, cer tengok."

Dan, memang betul pun. Senior aku, Kak Wahidah memang hebat orangnya. From form 1 sampai form 5, setiap kali exam, mesti dia yang dapat nombor 1 dalam batch. Serious tak tipu! And time PMR dan SPM pun dia dapat straight A dan jadi pelajar terbaik. Pengarah JPNT pun puji dia sebab Kak Wahidah memang sangat hebat. Pengetahuan luas! Bercakap pasal GSt macam bercakap pasal cara-cara nak rebus air je. K, auta -_- Pengarah tersebut siap suruh cikgu aku untuk lahirkan lebih ramai "Wahidah". Bijak, petah berkata-kata, hebat sukan, luas pengetahuan dan macam-macamlah. Dia tu pun ketua pelajar dan ketua pengawas sekolah aku time 2014. Time tu dia form5. Masa tu, disiplin sekolah aku memang kemas gila! Semua orang takut dan hormat dengan Kak Wahidah. Sekarang ni dia sedang sambung study di India dalam course Medic. Program USM-KLE-IMP kalau aku tak silap...

Emmmm..

Nak pindah, sayang. Tak pindah, rugi. What should I do? I think, I have to do istikharah prayer tonight.


 Btw, 29.9 hingga 1.10 lepas sekolah aku ada anjurkan kem untuk student PT3 yang dapat rangking 1-40 dalam trial PT3. And, I am the one yang terpilih. Ini gambar separuh dari budak kelas aku yang pergi. Budak kelas aku yang pergi seramai 24 orang out of 34. Masa ni selepas sesi motivasi.

Oklah semua. sampai sini je entry untuk kali ni. Bye all. Have a nice day, ahead and May Allah Bless You.

Assalamualaikum :.)


Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...