Monday 29 June 2015

Tolong Kakak Masak Kuih Sarang Semut

Assalamualaikum...

Malam ni tolong my sis bake Kuih Sarang Semut. Dari pukul 10 malam hinggalah pukul 1 pagi. Gila kau! Dah lah esok kena bangun pukul 4 pagi sebab nak sahur. Lepas tu terus siap-siap nak pergi sekolah. Atoyai! Mesti penat.

Tapi... Aku tak kisah pun.. Sebab aku tolong kakak aku kot. Bukannya orang lain pun.. Beside, aku jugak yg beria-ia nak tolong. So, bila mengantuk, tahankan aje la.

Tapi seronok apa tolong kakak aku masak. Boleh sembang-sembang. Bukan senang nak share strory dengan dia sorang tu.

Walaupun aku memang bersemangat waja tahap dewa dewi kayangan masa buat kuih tu, namun perasaan ngantuk still ada. Tak lari langsung. So, jawabnya. Buat kuih dalam tidur.

Bila kuih dah siap, aku pun dengan sukacitanya beritahu kakak aku, aku nak tidur! Tasyabaa naa tidoo. Mata ni masa tu memang buka tutup buka tutup je. Kesian gila.

Kakak relax je masa aku cakap nak tidur. Ye lah! Semuanya dah siap kemas. Kalau tak, agaknya.
Hem.. K lah... Bhaii...

-_- entah pape tetiba bai. Huhu -_-

Salam Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Lama dah aku rasa aku tak update blog ni. Kan? Ada ke sape-sape yg rindu aku? Kalau ada, meh sini nak cium. Rindu awak jugak ;)

Hem... Seperti korang tau, kita sekarang berada di bulan Ramadan and sebelum aku lupa nak wish since hari ni dah hari ke-11 puasa... So, aku nak ucap Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa semua. Semoga amal ibadah kita semakin bertambah di bulan yg mulia ini.

Ni aku hadiahkan sepotong pantun untuk korang yg sudi baca entry aku  ni..

Main willy di highway Karak,
Main wikang di padang jarak;
Bukan nak berkonvoi or nak berarak,
Cuma nak ucap salam Ramadan Al-Mubarak..

:) :) :)

Hashtag: 

………………………………………………………………………………………………………………………………

Bulan puasa kali ni memang memenatkan kalo nak compare dengan tahun-tahun yg lepas. Balik sekolah je mesti kena terkejar-kejar sebab takut kena tinggal dengan bas sekolah.
Tapi nasib baik lah bila naik bas tu, ada sorang kawan aku ni sudi jagakan tempat untuk aku. So, bolehlah aku lepaskan lelah.. Walaupun tak boleh minum :( Well, saya puasa! (sengih sampai telinga)
Homework pun bulan puasa ni makin bertingkat-tingkat walaupun sebenarnya tak belajar sangat pun. Pulak tu, aku langsung tak ada mood nak buat semua homework tu. Malas plus terlebih kenyang. Biasalah aku ni kalau dah lepas berbuka, memang macam ular sawa kekenyangan lah. Jawabnya, semua homework tu aku semakkan atas meja study. Yang mana cikgu nak dulu, aku buatlah. Kalau tak, jangan harap aku nak belek. Tengok pun tak nak, apatah lagi menyentuhnya. Kikiki. Sumpah! Aku malas tahap kuasa dua juta.

Hem... Ok-lah .. aku dah malas nak tulis panjang-panjang. K bhaii :p

Masak Puding Caramel

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari ke-11 puasa di bulan yang mulia ni. Dan ini bermakna lagi 18 hari umat Islam nak sambut raya. Weee...! Tasyaba-nye! Ops, terpelat sudaa (tangan tutup mulut) .

Hari ini, dengan semangat kentalnya aku pulang dari sekolah dengan niat yang berkobar-kobar nak cuba masak puding caramel kesukaan aku. Amek kau! Ni kawan aku punya pasal la duk pot pet pot pet pasal puding ni depan aku. Abeh terliur ambe ni hor!

So, aku ni yg memang style tak tau malu sikit dengan kawan-kawan terus mintak resepi puding caramel dengan kawan aku ni ha. Padan muka kau! Buat lagi aku terliur. Mujur tak meleleh air liur segar aku aje. Kalau tak, naya je orang panggil aku 'anak dara pingitan tak senonoh'. Kurang haja'.
Kawan aku ni, bila aku mintak aje resepi then beritahu dia aku nak masak, terus terbelalak biji mata dia yang dah sedia terlebih belalak tu. Mujur lah dia tu comel, kan? Tapi tak heran sangat lah kalo dia sampai terbelalak dengan permintaan aku. Sebab, memang dia tahu aku ni bukan suka nak pegang alatan-alatan dapur ni. Apatah lagi memasak? Huih! Memang tunggu kahwin dulu lah agaknya. Well, aku memang tak biasa memasak pun. Nak buat macam mana, jadual harian aku memang dah terlebih padat. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku sumbat sampai boleh jadi padat macam tu.

Tapi, mentang-mentang aku ni tak biasa masak, jangan ingat aku tak reti masak pulak. Memanglah aku tak biasa masak, tapi aku still boleh masak, ok. Bukannya tak tahu langsung.

Petang ni, sampai je kat rumah, aku pergi mandi siap-siap then suruh adik aku pergi beli susu pekat. Masa tu, memang excited gila-gila nak masak. Almaklumlah, dah lebih setahun dah aku tak masak. Kikiki. Teruk kan? Heee... Anak dara jenis apa la ni...

Bila adik aku balik dari kedai dengan se-tin susu pekat, maka bermulalah aktiviti aku memasak puding caramel. Memang sedikit gugup (bukan sedikit sebenarnya, tapi BANYAK!) , tapi aku kentalkan jugak hati ni. Kalo tak kental, macam mana nak masak kan? Kalo tak masak, macam mana nak makan, kan? Kalo tak makan, mengidam kalah dak buyung pulak aku nanti.
Kertas resepi yang kawan aku beri kat aku, aku buka dan aku follow one by one apa yang tertulis atas kertas tu...

(Resepi puding caramel, aku update di lain entry. Hope maklum!)

Sambil aku kacau adunan, sambil aku tadah telinga dengar mak aku membebel itu-ini. Haih! Sabar aje lah. Cuma yg aku mampu buat masa tu adalah senyum dan terus senyum. Senyum tu kan sedekah... Senyum! Tak perlu kata apa-apa ;)

Lepas siap kacau adunan tu, then mak aku tolong aku letakkan 'loyang' yang berisi adunan ke dalam bekas kukus. Maklumlah, aku ni kan jenis yg 'comel-comel' gitu. Tak sampai la nak letakkan sendiri. Nak kacaukan adunan pun tak sampai. Terpaksalah aku melutut atas kerusi.

Bila semuanya dah siap duk 'membakar diri' di atas dapur, mak aku pun dengan senang, gembira dan sukacitanya meninggalkan adunan-adunan itu kepadaku. Aku pulak hanya mampu tertunduk lemah. Masa tu, tak tau lah apa yang bakal terjadi kepada 'puding caramel to be' tu dalam masa satu jam yg akan datang..

Sambil-sambil aku tunggu puding tu masak, sambil tu jugaklah aku tonton Running Man kat TV2. Seriously, memang aku lupa dengan gerangan si puding di atas dapur dek keasyikan menonton tv. Apatah lagi, episod kali ni ada Lee Seung Gi. Lagi lah aku jadi 'gila'.

Tapi, nasib menyebelahi aku. Cerita Running Man iklan tepat pada waktunya. Bila aku pergi tengok puding aku, wah!!! Dah masak!! Terliur pulak rasanya. Mujur je iman ni kuat, masih boleh tahan lagi nafsu makan. Kalau tak, dah lama aku ngap.

Masa berbuka, aku berbuka ala kadar je sebab perut aku ni, aku nak tinggalkan sikit ruang untuk isi puding caramel tu. Tapi, nasib aku dah ditentukan. Dah nama pun aku ni jenis yg 'comel-comel', maka perut pun 'comel-comel' jugak la. Makan sikit je, tapi dah terlebih kenyang. Tapi, aku gagahkan jua perut aku ni untuk menerima puding caramel tu.

Dan rasanya... Jeng Jeng Jeng !!! Sedap :D ! Tu pada perut aku la. Memang best...
Lepas aku dah siap makan beberapa potong, aku pun mesej la kawan aku.. Nak beritahu apa result-nya... Tapi.. Korang tau apa yg dia balas?

'Sha, sorry. Sye dok ingat nk kabo kat awak kena letak gok esen vanilla'
Terkejut bukan ketalang aku. Masa tu, tak tau nak cakap la.. Memang tak puas hati gila. Tadi kat sekolah bukan main lagi explain kat aku takut aku silap... Alih-alih dia yg silap. Sabar aje la.
Tapi tak kisah sangat pun. And aku tak marah pun kat dia sebab puding tu pun sedap. Tak ada cacat celanya. Lagi pula, kawan aku tu comelnya yg ampun. Memang cair la hati aku yg dah tersedia lembik ni. Muka ala-ala Arab, mana tak comelnya. Kan? Eh, terpuji sudaa. (Pejam mata tutup mulut)
Aku ni sebagai kawan yg baik hati dan pemaaf, dengan rela hatinya memaafkan dia... Dia kan comel!
Malam tu, bila mak aku balik rumah, aku pun suruh la dia rasa. And reaksi mak aku agak boleh dibanggakanlah untuk aku yg first time try masak ni. Mak aku cakap, "bolehlah..." . Ok, fine. Thanks mum for the comment.. Love you to the moon and back <(@ ̄︶ ̄@)>

Reaksi kakak aku pulak memang buat aku kembang setaman la.. Mood yg sedikit down ni pun boleh up sampai tahap terlebih infinite. Hekhek . Over lah pulak aku ni..

Kakak aku cakap, "sedap!" sekali dengan muka budak-budaknya. Kalo tengok memang tak padan langsung macam umur 19 tahun..

Tapi, kakak aku komen sikit la. "Tolong kurangkan manis" ...

Ok, bos! Ai Ai, kapten! Nasihatmu akan ku tampal di dalam mindaku. Biu Biu My Sis Yg Bam Bam ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!

After mendengar kritikan dari dua orang idola yg amat ku sanjung dalam bidang memasak ni, maka bolehlah aku tidur dengar lena malam ni. Tak sabar pulak nak letakkan kepala kat atas bantal aku yg empuk tu. Eiiii!

Ok lah, baiii! Nak tidur ::>_<::


Assalamualaikum O(∩_∩)O

Kat bawah ni aku hadiahkan gambar puding caramel yg aku masakkan untuk korang. Mohon terliur! Blek :p
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩

Tuesday 23 June 2015

Lirik lagu Impian Kasih - InTeam

IMPIAN KASIH - INTEAM

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti
Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Lirik lagu Kasih Kekasih - In-Team

KASIH KEKASIH - IN-TEAM

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati
Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi
Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia
Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku…Oh…Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan…Oh..Kasih
Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan
Suka dengar lagu ni...
Setiap bait lirik dia memang menyentuh hati...
Tetiba teringat kat dia...
Allahu!
Tak tau apa nak kata...
Semoga dia bahagia dengan hidup dia...
Dan berjaya di dunia dan akhirat...

Lirik lagu Kun Anta - Humood Al-Khudher

KUN ANTA - HUMOOD AL KHUDHER

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)


Terjemahan:

ﻷﺟﺎﺭﻳﻬﻢ، ﻗﻠﺪﺕ ﻇﺎﻫﺮ ﻣﺎ ﻓﻴﻬﻢ
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.
ﻓﺒﺪﻭﺕُ ﺷﺨﺼﺎً ﺁﺧﺮ، ﻛﻲ ﺃﺗﻔﺎﺧﺮ
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga
ﻭ ﻇﻨﻨﺖُ ﺃﻧﺎ، ﺃﻧّﻲ ﺑﺬﻟﻚ ﺣُﺰْﺕ ﻏﻨﻰ
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
ﻓﻮﺟﺪﺕُ ﺃﻧّﻲ ﺧﺎﺳﺮ، ﻓﺘﻠﻚ ﻣﻈﺎﻫﺮ
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.
ﻻ ﻻ ﻻ ﻧﺤﺘﺎﺝ ﺍﻟﻤﺎﻝ، ﻛﻲ ﻧﺰﺩﺍﺩ ﺟﻤﺎﻻ، ﺟﻮﻫﺮﻧﺎ ﻫﻨﺎ، ﻓﻲ
ﺍﻟﻘﻠﺐ ﺗﻼﻻ
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.
ﻻ ﻻ ﻧﺮﺿﻲ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﻤﺎ ﻻ، ﻧﺮﺿﺎﻩ ﻟﻨﺎ ﺣﺎﻻ، ﺫﺍﻙ ﺟﻤﺎﻟﻨﺎ,
ﻳﺴﻤﻮ ﻳﺘﻌﺎﻟﻰ
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
ﻛﻦ ﺃﻧﺖ ﺗﺰﺩﺩ ﺟﻤﺎﻻً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan
menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
ﺃﺗﻘﺒّﻠﻬﻢ، ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻟﺴﺖ ﺃﻗﻠّﺪﻫﻢ
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
ﺇﻻ ﺑﻤﺎ ﻳﺮﺿﻴﻨﻲ، ﻛﻲ ﺃﺭﺿﻴﻨﻲ
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
ﺳﺄﻛﻮﻥ ﺃﻧﺎ، ﻣﺜﻠﻲ ﺗﻤﺎﻣﺎ ﻫﺬﺍ ﺃﻧﺎ
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku
ﻓﻘﻨﺎﻋﺘﻲ ﺗﻜﻔﻴﻨﻲ، ﺫﺍﻙ ﻳﻘﻴﻨﻲ
hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti
ﺳﺄﻛﻮﻥ ﺃﻧﺎ، ﻣﻦ ﺃﺭﺿﻰ ﺃﻧﺎ، ﻟﻦ ﺃﺳﻌﻰ ﻻ ﻟﺮﺿﺎﻫﻢ
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku
ﻭﺃﻛﻮﻥ ﺃﻧﺎ، ﻣﺎ ﺃﻫﻮﻯ ﺃﻧﺎ، ﻣﺎﻟﻲ ﻭﻣﺎ ﻟﺮﺿﺎﻫﻢ
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Lirik lagu Dia Kekasih Allah

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Friday 12 June 2015

Promote IG

Assalamualaikum...

Lama aku tak berkunjung ke sini kan? Hehe.. Sebenarnya bukan tak nak menulis, tapi itulah. Buzy!
Em, about my cerpen.... Aku dah siapkan dua cerpen sepanjang cuti ni. Just tunggu nak post je. Takpe-takpe, nanti kalau aku ada free time aku post ya, readers?
By the way, motif aku menulis di sini pada hari ialah.. Hehe, nak promote my Instagram. Huhu, mohon follow, ya?
Ni ID insta aku →_→ @cik_sm
Jangan lupa follow. Nanti aku follow back...
And kat sini, aku jugak nak promote my akaun Facebook. Aku ada dua akaun muka buku, actually..

Akaun pertama ⇨ SITI HALIMAH

Akaun kedua ⇨ QASEH SUCI



Kepada sesiapa yang nak jadi friend aku kat FB -Siti Halimah- , hantar friend request cepat-cepat ya.. Sebabnya friend dah nak limit. Kalau akaun FB -Qaseh Suci- tak la. Since FB tu baru lagi so friend kat FB tu pun sikit.
Kepada sesiapa yang nak kenal dengan aku, boleh ADD FB -Qaseh Suci- tu and send lah chat korang kat aku. In Sha Allah aku balas...
Kalau korang send chat dekat FB -Siti Halimah- , mungkin lambat sikit la aku akan balas chat korang. Sebabnya aku memang jarang layan chat-chat dekat FB tu. Banyak sangat!
OK-lah ... Jangan lupa ADD dan FOLLOW ya?
Siapa yang ADD dan FOLLOW aku tu, terima kasih bebanyak. Tapi, siapa yang tak. Erk? Tak apalah, aku  tak kisah pun. Tapi terasa la sebab korang tak nak kawan dengan aku XD
HEHE.. Over pulak aku ni.

OK-la, sekian terima kasih.

Salam sayang,
Qaseh Suci..

Assalamualaikum :)

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...