Thursday 17 September 2015

Lirik Lagu Hey Kau – Sandra

Dari pandangan
Dan sudut mata
Kau seakan mahu menyatakan sesuatu
Bukan tak mahu
Beri cintaku
Tapi adakah benar diriku yang kau mahu
Jangan buat aku keliru
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku
Aku pasti hidup akan jadi indah
Andai kau nyatakan apa yang kau rasa
Aku juga punya rasa sama sepertimu
Andai benar kau mahu cinta itu
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku
Ada diriku
Jujurlah kepadaku
Katakanlah kepada
Benar kau suka aku
Hapuskan rasa sangsi
Jujurlah kepadaku
Katakanlah kepada
Benar kau suka aku
Jangan buat aku keliru
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku

Tuesday 15 September 2015

Tanda-Tanda Saka Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum...


Tadi on data and buka whatsapp. Lepas tu aku adalah terbaca something yang berkait dengan saka saka. Kawan aku yang send kat group whatsapp. And, aku decide nak post kat blog aku yang baru nak up ni. (Eh!?)

Aku rasa tak salah kot kalau aku post kat sini. Manalah tau kan ada di antara readers or saudara-mara readers aku yang ada terkena simpton-simpton yang di bawah ni. Kan? Kan??
OK. Malas dah nak membebel. Jom baca.

***
 
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Saka ini anak-anak dan cucu-cucu akan merana ...

“SAKA” ialah, satu MOU yg dibuat antara nenek moyang kita disuatu ketika dahulu... dengan jin laknatullah untuk mendapat perlindungan tertentu, kehebatan tertentu, dengan syarat-syara  yang tertentu, dengjn jangka masa yang tertentu... itulah SAKA.

Maksud jangka masa tertentu, apa?

“Biasanya SAKA ini, 7 keturunan.”

Jadi, bagaimana kita nak kesan SAKA ini ada dalam keturunan kita?

# Ini adalah Tanda-tandanya :

1) “Melalui mimpi.”
- Mimpi ini adalah isyarat Allah Swt kepada kita. Manusia tidak boleh mencipta mimpi. Walau tidur satu bantal sekalipun, mimpi tetap lain-lain....
- Mimpi menyusui bayi.
⇨ Kebanyakkannya 80% orang yang bermimpi ini, bermasalah.
- Kalau pun dia tak menyusu, tengok sahaja, dukung sahaja... itupun sudah memadai.

2) “Tanda lebam-lebam”
- Sekiranya, seseorang itu bangun tidur dan dia dapati, ada tanda lebam-lebah ditubuhnya.
⇨"Lama dah... dari sklh rendah lagi, x tahulah sbb apa aku nie lebam...
pegi jumpa doktor, doktor kata x ada penyakit. Tapi, aku lebam ditubuh."

3) “Anak cucu yang mempunyai SAKA ini, rumahtangganya bermasalah...”
- Benda kecil jadi besar, bergaduh.
- Kalau lahir anak pun, anak itu Hyper aktif. Susah nak dengar cakap ibu bapa, anak itu ada saja benda-benda yang menyakiti hati ibu bapanya.

4) “Masa tidur..”
- Kebiasaan anak-anak dan cucu-cucu yang mempunyai SAKA ini seorang budak yang degil itu dan semasa dia tidur, ada bunyi gigi. Dia tengah asah gigi masa tidur...

5) “Nerves/Berdebar tanpa sebab”.
- Sampai dia pegi chek dihospital 80 kali, 100 denyutan seminit. Sebab apa pun xtahu, sampai doktor tak boleh nak kesan.
- Kata Ulama', ka5u jantung kita berdebar, benda itu ada disekeliling kita. Satu meter, disekeliling kita.
- Itulah jantung adalah pancaindera yang Tuhan sediakan dalam dada manusia yang begitu hebat.

6) “Dia rasa sakit atas belakang.”
- Nak bangun pun x boleh.
- Berjalan, berdiri lama pun boleh sakit atas belakang.
- Dia attack sendi-sendi utama dalam tubuh manusia. Terutamanya, pinggang, lutut dan buku lali.
- Dia tak suka kalau manusia itu boleh berdiri dan berjalan sebab dia takut manusia ini pergi ke Masjid. Apabila manusia itu suka pergi Masjid, dia sedih.”


# Cara Nak Mengatasinya :
Baca Surah Al-Isra’, Ayat:82.
(Sila rujuk Al-Quran)
→ InsyaAllah, bila kita amal ayat ini, SAKA takkan hinggap pada kita. Mia akan hinggap pada orang lain.

Wallahu’alam...

Ustaz Sharhan Shafie.
(Tanyalah Ustaz @ TV9)

Untuk lebih jelas, boleh dengar disini:

→ Kalau ada sesiapa yang terkena simpton-simpton di atas, tak kiralah kawan ke, adik-beradik ke, saudara-mara ke or orang yang baca entry ni sendiri, aku syor-kan kau untuk pergi 'berubat' dengan mana-mana ustaz cepat-cepat. Perkara ni tak boleh buat main. Hal ni berkait dengan kehidupan seharian.
→ Semoga entry ni bermanfaat.


Thanks for reading this entry ^_^

Lirik Lagu Super Girls - De Fam

Aku bukan yang dulu
Yang terlalu mencuba
Kata apa kau mahu
Kita semua berbeza
Don’t need to worry bout the things they say
You’ve got the power to stand up today
Yang kau perlukan dalam kehidupan
hanyalah kekuatan
Dengarkan aku
Just take a look inside
Verse 1 Rap
Take a look inside we the beast and a hustler,
You be on the chase and yes I caught you out rustler
It’s just me and my main ones you can tell we poppin, never choosin, never wastin time with you is not an option
Independent women who I stand for
I dont need no scrub, knock you down on the dance floor
The world is at my fingers aint no telling where I can’t go
Suited up for drama and I’m carrying the ammo
Tidak pernah putus asa,
Hidup ini sementara,
Cita-cita dan impian datang bersama usaha,
Ku berjanji akan berjaya,
Berjaya,
Percayalah,
Pengorbanan hidup untuk berjuang bagi semua.
Prechorus
Got my girls
Got my got my all my girls
Single ladies and my super mum working girls
Don’t believe me, don’t believe me we gon show
How we made it, how we made it throughit all.
Chorus
Aku bukan yang dulu
Yang terlalu mencuba
Kata apa kau mahu
Kita semua berbeza
Don’t need to worry bout the things they say
You’ve got the power to stand up today
Yang kau perlukan dalam kehidupan
hanyalah kekuatan
Dengarkan aku
Just take a look inside
Tag
Supergirls, super supergirls
Got my round the way supergirls
Ah love my supergirls
All around the world love my supergirls
Verse 2
A you can tell I’m way stronger now
I think I found a window I’m out
Yeah I know I won’t be back around now
This time you won’t keep me on the
ground.
Verse 3
Never stop, won’t let them slow me down
Movin up we’re winning big now
You know I live to live life no regrets
Show me love, real love, and don’t ha ha hate.
Prechorus
Got my girls
Got my got my all my girls
Single ladies and my super mum working girls
Don’t believe me, don’t believe me we gon show
How we made it, how we made it through it all.
Chorus
Aku bukan yang dulu
Yang terlalu mencuba
Kata apa kau mahu
Kita semua berbeza
Don’t need to worry bout the things they say
You’ve got the power to stand up today
Yang kau perlukan dalam kehidupan
hanyalah kekuatan
Dengarkan aku
Just take a look inside
Tag
Supergirls, super supergirls
Got my round the way supergirls
Ah love my supergirls
All around the world love my supergirls
Take a look inside x2

Tuesday 8 September 2015

Lirik lagu Terlalu Mencintaimu -Suki

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat… Sayang…

Skoliosis Dan Demam

Selasa/08 September 2015


Assalamualaikum....

Hari ni aku tak ke sekolah sebab pergi hospital. Ada appoinment dengan doktor pakar orthopedik.
Pergi pukul 8pagi, balik pukul 3petang and sampai rumah pukul 4petang.

Sekarang ni pukul 6petang, tetiba je aku rasa panas sangat badan ni. Rasa macam nak demam je. Fuh! Agaknya esok aku tak ke sekolah kot. DEMAM!!

...............................................................

Keputusan selepas appoinment tadi.

Skoliosis aku dah agak teruk. So, doktor syor-kan aku untuk lakukan pembedahan. Aku ok je. Kalo tu yang terbaik untuk aku. Beside, skoliosis ni kalo tak dirawat akan affect pada masa hadapan. Bila aku besar nanti..

Masa doktor duk explain pasal skoliosis, aku relax je. Doktor kata kena operate bla bla bla, aku senyum je. Sebab aku dah buat research before this about skoliosis. So, aku tabahkan je lah. Redha... Terima seadanya. And aku tak nangis pun. Dah kata kan aku relax je. Tapi yang drama-nya, mak aku yang nangis. Well, mak mana yang tak sedih kan? Hem...

K, dah. Babai!

Nak tahu apa tu skoliosis? Klik sini.


Thanks for reading this entry ^_^

Perasaan Bercelaru

Isnin/6 September 2015


9.05 pm

Esok aku ada appoiment dengan doktor... Tapi tak boleh pergi atas sebab tak tau nak pergi dengan sape. So, terpaksa cancel-kan..

...............................................................

Problem-nya sekarang, aku sangat serabut. Serabut dengan semua benda.. Rasa sangat sakit hati..
Kadang-kadang ada jugak ter-soal dalam hati, kenapa semua ni jadi kat aku? Tapi bila fikir balik, "Allah takkan uji hambaNya lebih dari apa yang dia mampu." So, aku positifkan fikiran aku. Fikir perkara baik-baik.

...............................................................

Just now, mak aku call cousin aku, mintak tolong dia hantarkan aku dengan mak aku ke hospital esok. And, dia kata 'ok'.

So, now. Appoiment tak jadi batal. And, esok aku tak pergi sekolah sebab aku kena pergi hospital..
Hem, hopefully, esok semuanya baik-baik.
Hopefully....

-perasaan bercelaru-

Hebatnya Sedekah!

AMALAN BISMILLAH

Kejutan Yang Mengembirakan

Assalamualaikum...
Hari tu buka blog.. Saje je nak tengok viewers blog aku, ada ke tidak kan? Kalo takde, wat lek wat piss je la sebab aku tau aku tak femes. Tapi, kalo ada boleh la aku kembang setaman then beritahu kakak aku dengan penuh kebanggaan.. Ceh! Hehehe ><
Bila aku log in blog then tengok viewers aku tu, mata aku yang bulat dan tersangat comel ni tetiba je jadi terbuntang! Nak tau kenapa?
Haaa...
Tak sangka pulak viewers aku boleh mencecah 600+++.
K, 600 aje pun. Tapi bagi kau memang 'AJE' lah. Bagi aku, 600 tu sangatlah banyak + ramai. And aku rasa begitu teruja untuk terus ber-blogging
.
Seriously aku memang tak sangka viewers aku boleh cecah 3 angka. Last aku tengok viewers aku just 2 angka... Alih-alih dan 3 angka. Wuuu... Gembira! Dah lah entries aku entah apa-apa. Aku pun tak tahu la apa yang aku dah tulis sebelum ni.
Bila aku baca balik entry aku yang dulu-dulu. Rasa macam aku ni jenis yang syok sendiri je... Dah lah entries aku tak beri manfaat langsung! Semuanya tentang kehidupan aku. Bahasa yang aku guna pulak, mak aih.. Kasar! Aku pun rasa macam tak percaya entry tu aku yang tulis..
Eh, adakah entry aku kali ini terlalu panjang? Kalo ya, aku dah nak stop typing...
Dot.Dot.Dot
To my viewers, thanks sebab sudi baca entry aku yang kebanyakannya merapu habis! And, I hope korang teruskan membaca blog aku ya??? Tak paksa, tapi suruh je. Keh keh!
Kepada sesiapa yang nak aku blogwalking di blog dia, just tinggalkan url di bahagian komen or just emel aku... Aku tak kisah pun... Apatah lagi nak mengata korang batak kan?
Kalo aku ada masa, aku akan visit blog korang and akan tinggalkan komen...
Eh-eh... Sesiapa yang bercita-cita, berimpian or berangan-angann nak berkenalan dan berkawan dengan aku, boleh emel aku ya??? In Sha Allah aku akan reply...
Bukankah menambah kenalan itu bagus? Tak gitu???
Emel ⇨ nauraqaseh2001@gmail.com
K, babai ∩__∩
Thanks for reading this entry ^_^

Friday 4 September 2015

Contact Me


Contact Me







ciksakuramerah2




cik_sm




nauraqaseh2001@gmail.com


Contact me if you want =D

 
-In Sha Allah, sebarang soalan akan dilayan jika free-


Thanks for reading this entry ^_^

PERLAWANAN AKHIR LIGA HOKI PREMIER MALAYSIA THT x KLHC



Jumaat/4 September 2015



Assalamualaikum..

Kalau korang ada baca entry aku yang lepas, aku ada cerita tentang aku pergi tonton perlawanan hoki antara THT menentang TNB, kan? And, keputusannya ialah THT menang dengan jaringan 2 berbalas 1. Kan? Kan??

So, hari ni aku pergi lagi untuk menonton perlawanan hoki. Tapi kali ni final game THT menentang KLHC. Kiranya, team yang menang malam ni jadi JOHAN and yang kalah jadi NAIB JOHAN.
Aku pergi ke Stadium Hoki MBKT, Batu Buruk dalam pukul 6.30 p.m dengan kakak aku. Sampai sana, kitorang jalan-jalan dulu kat Pantai Batu Buruk sementara tunggu azan Maghrib. After magrib, dah solat semuanya, kitorang pun berjalan ke stadium yang just 10 meter dari surau Pantai BB. Stadium hoki ni senang je nak jumpa. Kalau kau pernah pergi ke Pantai BB, korang mesti ada jumpa A&W and Kolam Renang Akuatik MBKT. Ha, Stadium Hoki MBKT betul-betul kat belakang kolam renang.


Aku!
Aku tahu aku tak cantik. Just shut up!

Sampai je kat stadium, tengok dah ramai orang. Tempat duduk pun dah tak banyak. So, terpaksalah aku dengan kakak aku berhimpit pergi cari temat duduk. Tapi nasiblah sebab kitorang dapat jugak duduk walaupun depan belakang lelaki. Kiri kanan je ada perempuan.. And, guest what? Sit aku betul-betul sebelah sit girlfriend/tunang kepada player hoki THT. Proud XD Perempuan tu dah lah cantik, cun, menawan and so on lah! Ya lah kan, gadis KL memanglah cantik.. And, aku agak dia ni kawan kepada tunang Faizal Shaari, pemain hoki yang aku minat tu..
Before game start, nampak tunang Faizal Shaari dengan parents dia datang kat stadium. Dia pakai jersi THT yang ada nama 'Faizal S.' . Aku tak hirau sangat lah dengan jersi dia tu, tapi yang aku hiraunya wajah dia. Cantik gila! Dah lah kurus. Eh, gadis KL memang kurus-kurus eyh?
Ok, full stop pasal gadis KL. Nak story about hockey pulak.
Tak sangka pulak baru je 10 minit aku duduk kat stadium tu, keadaan stadium yang pada asalnya AGAK LENGANG dah jadi CROWDED. God! Memang ramai gila orang datang nak tengok hoki. Tak sangka pulak ramai orang Ganu yang minat hoki..
Eh, ke diorang datang nak tengok Faizal Shaari aku? *Blurp! Kalo tunang Faizal Shaari baca ni mampus aku!


Semasa latihan sebelum perlawanan.

Masa ni dalam pukul 7.30 p.m Tak ramai lagi orang kat sit sebelah sana, kat sit yang aku duduk dah penuh orang. Tapi bila pukul 7.45 p.m, sit kat sebelah sana penuh. FULL! Memang tak ada ruang.
Dalam jam 8.15 p.m, acara pun dimulakan dengan berjalan membawa jalur gemilang and nyanyian lagu Negaraku.. Aku tak nyanyi sebab aku tahu kalo aku pun mesti suara aku tak dengar. So, better aku diam. Beside, aku nak simpan suara aku untuk bersorak nanti.

Selepas nyanyian lagu Negaraku.
KLHC -> Jersi Kuning Hitam , THT -> Jersi Putih Hitam

Malam ni kapten pasukan THT bukan Faizal Shaari tapi player lain yang berjersi nombor 1. Entah apa nama dia, aku tak tahu. Aku just tahu Faizal Shaari dengan adik dia Fitri Shaari je. Player lain, memang aku tak tahu. Well, kita peminat adik beradik tu je.
Aku agak dalam pukul 8.20 p.m jugak baru game start. And, dalam beberapa minit main, semua manusia kat stadium tu dikejutkat dengan dari pihak lawan, KLHC. Semua orang macam tercengang-cengang. Macam gol tu boleh terjadi pun tak tahu lah.
Oh, ya. Gol pertama untuk team KLHC di-shoot oleh Rashid.
Selang beberapa minit lepas tu, seorang daripada player THT shoot gol penyamaan untuk team THT melalui pukulan sudut penalti. Tapi gol tu dibatalkan atas beberapa sebab yang aku sendiri pun tak tahu.
TETAPI, 1 gol THT hilang, 2 gol pulak yang THT dapat. Gol pertama untuk team THT di-shoot oleh Tengku Tajuddin and gol kedua pulak di-shoot oleh Fitri Shaari. So, keputusan half time ialah THT 2 vs KLHC 1.
Semasa separuh masa kedua kalau tak silap aku tak ada gol. So, maknanya main 15 minit tanpa hentilah.
Bersambung ke separuh masa ketiga, THT menambah satu lagi gol yang di-shoot oleh Firhan.. Jersi nombor berapa aku tak tahu. Jangan tanya aku!!
TAPI.. Aku rasalah team KLHC nak balas dendam so dia shoot 2 gol untuk separuh masa ketiga ni. And, gol-gol itu di-shoot oleh Razi Rahim and Razie. Keputusan untuk separuh masa ketiga ialah 3 sama.
Masuk ke separuh masa keempat, permainan bertambah hangat.. (Cewah, ayat. Skema kau!) Selepas beberapa minit bermain dalam separuh masa keempat iaitu separuh masa terakhir team THT dapat satu gol yang disempurnakan oleh siapa lagi kalau bukan Faizal Shaari? Waa!! Muah Muah... Tersenyum bangga aku masa bola hoki tu masuk gol.. (Tak ke kau rasa aku ni gedik?)
Tapi, macamyang aku ar.. Team KLHC memang betul-betul nak balas dendam. Baru je 2 minit kot THT shoot gol ke-4, KLHC pun shoot jugak gol yang ke-4. Gol tu di-shoot oleh Faiz. So, resultnya ialah 4 sama. Fuh! Memang geram sangat...
Aku tengok Faizal masa dia shoot gol tu happy sesangat. Tapi after team KLHC shoot gol, dia dah mula down. Main pun sambil lewa. Geram pulak aku tengok..
Masa dah semakin berlalu. Lagi 1 minit permainan akan tamat. Aku yang duduk kat atas sit atas tu dah tak senang duduk. Panas ada sebab crowded sangat. Berdebar pun ada sebab masa just tinggal 1 minit je lagi. Kalo THT tak boleh shoot ni, naya je kena penalti.. Agak-agak kalo penalti, THT akan menang ke? Tu aje ah yang aku fikir.
Lagi 30 saat je tinggal, team THT dapat pukulan sudut penalti or aku somputeh panggil short corner. And, guess what? THT dapat GOL!!! Tapi gol tu bukan Faizal Shaari la yang shoot. Adik dia yang shoot. Huh! Hampeh der.. Baru angan-angan nak tengok Faizal Shaari shoot untuk kali yang kedua. Tapi tak boleh :( Eh, tapi ok lah kan? Adik dia, Fitri Shaari yang shoot. Nama ayah diorang Shaari jugak... Eh, kira ok lah!
After gol tu, memang stadiu heboh lah. Semua penonton berdiri. Eh eh, aku tipu! Aku tak berdiri pun. Aku relax and piss je duduk. Malas pulak aku nak berdiri. Kalo aku berdiri pun bukannya Faizal Shaari nampak. Sadis ;(
Tetiba je after gol tu, ada orang kat depan aku bangun then kira 8,7,6 .. Baru aku perasan, dah saat-saat akhir rupanya. Aku pun ikut sama kira. 5,4,3,2,1 . Tet!!!!! Yeay! THT menang :D
Tak percaya pulak THT boleh menang di saat akhir.. Lepas je habis masa tu, players THT termasuklah Faizal Shaari buang jersi diorang then beri kat para penonton sekalian. Tapi penonton kat bawah ajelah. Aku yang duduk atas ni tak dapat. HukHuk! Sedeyh! Tapi, bila fikir balik, untuk apa aku ambil jersi dia tu? Dah lah basah dengan peluh. Aku agak, jersi dia tu boleh perah dah. Heee.. Geli pulak I.
After that, majlis penyampaian hadiah pun berlangsung dengan jayanya.


Team THT kebanggaanku.
(Semasa pemberian medal oleh Datuk Haji Ahmad Razif, MB Kuala Terengganu)



Best-nya diorang dapat pegang cek PALSU.

Gambar THT yang pegang piala aku tak ada. Tak sempat nak capture..
Gambar team KLHC tak ada sebab aku dah padam. Gambar hodoh! Eh, gambar orang kalah memang hodoh eyh? Berikanku jawapan, please..

So, tamatlah sudah Game Liga Hoki Premier Malaysia dengan kejuaraan disandang oleh THT dan naib juara pula jatuh kepada KLHC.
TUTUP BUKU

Mesti korang tertanya-tanya kan apa maksud THT and KLHC. Ok lah, meh sini nak bagitahu.

THT -> Terengganu Hockey Team
KLHC -> Kuala Lumpur Hockey Club

K, dah. Aku nak tidur dulu.. Pagi esok nak tengok berita TV3 pasal game malam ni.
Assalamulaikum, ya readers..

Thanks for reading this entry ^_^





About Me


About Me






Hello & assalamualaikum my beloved readers..

First question..

Do you know my name??
(Kehkeh.. Memanglah tak tahu kan? Perasan je ramai orang kenal aku.)
Ok la. Ok la. Meh nak story sikit about myself :D

The name given by both of my parents is Siti Halimah. More known as 'SHa'. Short-form for my name. I'm a sweet 14 year-old girl, but people always think that I'm 10 years old. Haha, what the --' People who know me sometimes address me as student-blogger-author to be but in reality, I'm just a simple girl who has many dreams and desires.

I am a daughter to a couple who had been married 20 years ago. Being the third child from five siblings and the youngest daughter in my family. I have a sister, a brother and two younger brothers and four of them are always giving me a headache.

Me is Me. I'm different, that's the truth. I don't use to talk much and share stories with people. Because of that, people around me always call me 'arrogant'. But... There's something that they don't know about me. Actually, I'm a friendly girl. Friendly as I love to have chat with people and make new friends.

My status => Single and not availabe

Writing, reading and day-dreaming are my hobbies.. I love writing and reading so much as I have wrote about 5 short stories and a novel (still writing) and read more than 50 novels since I have reading novel about 4 years. Started blogging on February this year, I know that I'm not a famous blogger yet.. Keh keh.. (Tak terniat pun nak jadi femes).

This blog is just like my diary. I would like to share everything here. If I can?
I hope you (the readers) enjoy reading every entry that I have posted and gonna post here as much as I do. And, don't forget to vote Sakura Merah! (Perasan macam ada orang kenal Sakura Merah. Hehe)

Thanks for reading ^_^

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...