Friday, 4 September 2015

Cik Tanpa Noktah


Khamis/20 Ogos 2015



Assalamualaikum...

Hari ni nak perasan sikit dengan nama kat atas tu. Cik tanpa noktah. Kehkeh.. Sebenarnya nama ataupun lebih mudah diklasifikasikan sebagai gelaran Cik Tanpa Noktah tu diilhamkan oleh seorang kawan aku ni.. Nama dia Umiey Fatimah..

Cerita dia begini.. Aku ni jenis yang kalau bercerita or bercakap kalau time tengah bersemangat memang laju aje. Kerja aku memang bercakap aje lah. Cuma adalah kadang-kadang tu aku gelak-gelak ayu sambil tutup mulut kalau ada orang buat lawak.
Ok-ok.. Perenggan kat atas ni sebenarnya bukan cerita dia.. Yang atas ni pengenalan tentang diri aku je dulu.. Ni baru cerita dia..

Tadi, masa subjek BI, teacher yang mengajar subjek tu tak masuk kelas sebab ada meeting dengan guru-guru lain. So, macam biasalah aku ni. Kalau dah datang mood semangat nak bersembang tu, memang semua orang pun boleh jadi mangsa aku untuk bersembang kecuali GG lah.

Mula-mula tu aku bersembang dengan Fariha and Weida. Bersembang tentang apa pun aku dah tak ingat. Banyak sangat topik.. After that.... Aku pun mulalah rasa bosan.. Sebabnya takde topik dah nak bersembang dengan diorang berdua. Weida masa tu dah pergi bersembang dengan Anis. Kiranya, tinggal aku dengan Fariha aje lah.

So, aku pun meninggalkan Fariha and menuju ke meja Umiey.. That time, Umiey tengah bersembang dengan Nurien. Aku pun join lah kan.. Apa lagi? Takkan nak duduk tercongok je sambil tengok diorang bersembang.. Aku pun ada nafsu bersembang, ok :p
 Dalam beberapa minit aku berbual bicara dengan Nurien and Umiey, Fariha pun datang kat kitorang.. Then, kitorang pun sambung sembang..

Masa tengah sembang-sembang tu, Nurien pun keluarkan topik pasal kes van putih nak culik orang.. Eh,,, maaf-maaf.. Bukan van nak culik orang. Tapi pemandu van nak culik orang. Dia pun story-mory lah.. Lepas dia sudah cerita tu, aku pun sambung pulak cerita aku. Topik yang sama, tapi versi yang lain. Kali ni versi, pemadu van tu nak culik student sekolah adik aku. Aku pun ceritalah tanpa henti. Lepas tu disambung dengan topik lain pulak. Dan topik seterusnya.

Tiba-tiba, Aisyah Nadhirah panggil aku. Dia suruh ambil pemadam dalam pencil case dia. So, tanpa menoktahkan a.k.a memberhentikan ayat aku, aku pun suruhlah Najwa ambilkan pemadam Aisyah since Najwa masa tu tengah landing kat meja Aisyah .. Lepas suruh Najwa tu, aku pun tepuk tangan Fariha.. Then aku beritahu dia tentang sebuah butik kat sebelah kampung aku yang ada buat sale sempena Hari Kemerdekaaan. Diskaun sehingga 50%.
Masa aku beritahu Fariha tentang butik tu, aku langsung tak berhentikan ayat aku.. Macam ni lah kiranya dialog dia...

Aku : (Aku ambik dialog yang last.. Malas nak tulis panjang-panjang) Mujur gok mok cik tu dang (sempat) panggil orang. Kalu dok aku rase kene culik doh budok koloh adik aku hor.
Aisyah Nadhirah: (Panggil nama aku) Cer tolong ambik roba dalam kotok kalang saye.
Aku: (Tengok Aisyah then tengok Najwa) Najwa, cer ambik roba Aisyah jap dalam kotok kalang die. (Pandang Fariha) Eh, Siti mung tahu op? Mung pernah gi Manir kang? Butik kat Manir hor, De'Marshanda Butik ada wat sale sapa 50%.

Kesimpulannya, dialog Aku di atas berbunyi begini :
Aku: Mujur gok mok cik tu dang panggil orang. Kalu dok aku rase kene culik doh budok koloh adik aku hor. Najwa, cer ambik roba Aisyah jap dalam kotok kalang die. Eh, Siti mung tahu op? Mung pernah gi Manir kang? Butik kat Manir hor, De'Marshanda Butik ada wat sale sapa 50%.

Haa.. Lebih kurang begitu lah. Aku pun ingat tak ingat je..
Umiey yang tengok aku bercakap tanpa henti tu pun ketawakan aku... Then, terus dia cakap, 'Cik Tanpa Noktah.. Cakak (cakap) straight jee. Dok bereti (berhenti) doh. Orang lain cakap bereti gok (juga).

Nurien dengan Fariha pun ikut sama ketawakan aku. Then, kitorang sama-sama ketawa.. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh ikut sama ketawakan diri aku.. Kalau orang lain mesti muka dah masam. Tapi aku relax je. Cool kentang bak kata CikPuan Bunga.
So, di sini aku nak beritahu korang bahawa dengan rasminya Cik Tanpa Noktah menjadi nama gelaran aku dan sentiasa disebut-sebut oleh manusia bernama Umiey Fatimah a.k.a Umiey Chekk.. Umiey Chekk tu nama glamour dia.
Cik Tanpa Noktah bermakna bercakap tanpa henti.. Hehehe..


                                  - CIK TANPA NOKTAH -


Thanks for reading ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...