Tuesday, 15 September 2015

Tanda-Tanda Saka Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum...


Tadi on data and buka whatsapp. Lepas tu aku adalah terbaca something yang berkait dengan saka saka. Kawan aku yang send kat group whatsapp. And, aku decide nak post kat blog aku yang baru nak up ni. (Eh!?)

Aku rasa tak salah kot kalau aku post kat sini. Manalah tau kan ada di antara readers or saudara-mara readers aku yang ada terkena simpton-simpton yang di bawah ni. Kan? Kan??
OK. Malas dah nak membebel. Jom baca.

***
 
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Saka ini anak-anak dan cucu-cucu akan merana ...

“SAKA” ialah, satu MOU yg dibuat antara nenek moyang kita disuatu ketika dahulu... dengan jin laknatullah untuk mendapat perlindungan tertentu, kehebatan tertentu, dengan syarat-syara  yang tertentu, dengjn jangka masa yang tertentu... itulah SAKA.

Maksud jangka masa tertentu, apa?

“Biasanya SAKA ini, 7 keturunan.”

Jadi, bagaimana kita nak kesan SAKA ini ada dalam keturunan kita?

# Ini adalah Tanda-tandanya :

1) “Melalui mimpi.”
- Mimpi ini adalah isyarat Allah Swt kepada kita. Manusia tidak boleh mencipta mimpi. Walau tidur satu bantal sekalipun, mimpi tetap lain-lain....
- Mimpi menyusui bayi.
⇨ Kebanyakkannya 80% orang yang bermimpi ini, bermasalah.
- Kalau pun dia tak menyusu, tengok sahaja, dukung sahaja... itupun sudah memadai.

2) “Tanda lebam-lebam”
- Sekiranya, seseorang itu bangun tidur dan dia dapati, ada tanda lebam-lebah ditubuhnya.
⇨"Lama dah... dari sklh rendah lagi, x tahulah sbb apa aku nie lebam...
pegi jumpa doktor, doktor kata x ada penyakit. Tapi, aku lebam ditubuh."

3) “Anak cucu yang mempunyai SAKA ini, rumahtangganya bermasalah...”
- Benda kecil jadi besar, bergaduh.
- Kalau lahir anak pun, anak itu Hyper aktif. Susah nak dengar cakap ibu bapa, anak itu ada saja benda-benda yang menyakiti hati ibu bapanya.

4) “Masa tidur..”
- Kebiasaan anak-anak dan cucu-cucu yang mempunyai SAKA ini seorang budak yang degil itu dan semasa dia tidur, ada bunyi gigi. Dia tengah asah gigi masa tidur...

5) “Nerves/Berdebar tanpa sebab”.
- Sampai dia pegi chek dihospital 80 kali, 100 denyutan seminit. Sebab apa pun xtahu, sampai doktor tak boleh nak kesan.
- Kata Ulama', ka5u jantung kita berdebar, benda itu ada disekeliling kita. Satu meter, disekeliling kita.
- Itulah jantung adalah pancaindera yang Tuhan sediakan dalam dada manusia yang begitu hebat.

6) “Dia rasa sakit atas belakang.”
- Nak bangun pun x boleh.
- Berjalan, berdiri lama pun boleh sakit atas belakang.
- Dia attack sendi-sendi utama dalam tubuh manusia. Terutamanya, pinggang, lutut dan buku lali.
- Dia tak suka kalau manusia itu boleh berdiri dan berjalan sebab dia takut manusia ini pergi ke Masjid. Apabila manusia itu suka pergi Masjid, dia sedih.”


# Cara Nak Mengatasinya :
Baca Surah Al-Isra’, Ayat:82.
(Sila rujuk Al-Quran)
→ InsyaAllah, bila kita amal ayat ini, SAKA takkan hinggap pada kita. Mia akan hinggap pada orang lain.

Wallahu’alam...

Ustaz Sharhan Shafie.
(Tanyalah Ustaz @ TV9)

Untuk lebih jelas, boleh dengar disini:

→ Kalau ada sesiapa yang terkena simpton-simpton di atas, tak kiralah kawan ke, adik-beradik ke, saudara-mara ke or orang yang baca entry ni sendiri, aku syor-kan kau untuk pergi 'berubat' dengan mana-mana ustaz cepat-cepat. Perkara ni tak boleh buat main. Hal ni berkait dengan kehidupan seharian.
→ Semoga entry ni bermanfaat.


Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...