Friday, 4 September 2015

PERKARA YANG AKU SUKA


Isnin/24 Ogos 2015



Assalamualaikum..

Siapa kenal aku, angkat kaki!
Entah pape kan, masuk-masuk je terus suruh angkat kaki pada siapa yang kenal aku.. Eh, SHa! Kau ingat kau tu artis ke, semua orang nak kenal kau? Dalam mimpi wey, mimpi!
Sobss...
Just now, SHa telah dimarahi oleh Sakura Merah.. Sadis doe..
(Lawak bodoh apakah ini?)

Ok, back to topic. Usah kau melayan aku meroyan kat atas. Tengah gila tu sebab nak jadi femes. Keh keh. Dalam mimpi pun belum tentu aku boleh jadi femes. So, biarlah aku berpijak di bumi yang nyata..
Tujuan aku menulis entry kali ni... Erk? Takde tujuan pun. Aku saje-saje je tulis entry ni. Since, perut aku sedang merengek nak makan, tapi sekarang dah pukul 12 malam. Takkan aku nak isi jugak kau perut? Nanti gemuklah aku!
So, memandangkan aku takde tajuk nak tulis untuk malam ini.. Apa kata, aku story sikit pasal benda dan perkara yang aku paling suka. Mesti korang nak tahu kan? Kuang Kuang Kuang! (Sekali lagi kalo aku perasan, tolong tunjal kepala aku.)
________________________________________________________________________________________________
Thing that I like the most? Hemph... Aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana.. Sebab banyak benda dan perkara yang aku suka and semuanya ada 'most'. Kikiki.. Kalau tak mengada memang tak sah kan aku ni? Kkk, meh sini aku nak senaraikan beberapa benda dan perkara yang aku suka.. Eh, cop! Paling suka :D

·         Flower - Cherry Blossom
            --> Aku sukaaa sangattt dengan cherry blossom a.k.a bunga sakura ni. Suka sangat-sangat! Sampaikan blog aku pun pernah aku letak nama Sakura Merah. Tengoklah, betapa fanatiknya aku terhadap bunga sakura. Sebabnya? K, mudah je aku jawab.. Sebab sakura beri aku cinta... Tu lah jawapan aku. Pendek kan? Tapi mesti korang tak puas hati kan dengan jawapan aku.. Kan? Kan?? Aku tahu sangat dah.
Bunga sakura ni merupakan bunga kebangsaan Negara Jepun.. Tapi tak bermakna bunga ni ada kat Jepun je. Bunga ni jugak ada kat Korea, k. Aku suka bunga ni sebab bila aku tengok je bunga sakura, terus aku rasa hidup aku ni cherish. Sesuai lah dengan nama dia, Cherry Blossom.. Cherry Blossom cherish my life.
Bunga sakura ni banyak warna tau.. Ada yang warna pink. Ada yang warna biru. Putih pun ada. But, I like the most is pink.. Nama pun sakura beri aku cinta. Cinta kan sentiasa dikaitka dengan warna pink.
Kalo korang nak tahu sebab apa sakura beri aku cinta dengan lebih lanjut, boleh klik kat sini.
Dah, change topik!




·         Country - Korea and Japan
                        --> Kalo orang lain yang gila sangat-sangat dengan Korea tu mesti sebab diorang minat K-Pop. Bukan aku kata aku tak minat K-Pop. Aku minat je. Big Fan of EXO, yo! Tapi, sebab aku minat negara Korea tu bukanlah kerana pengaruh K-Pop pop pop tu.. Tapi sebab lain.
K, lah.. Honestly, aku minat Korea and also Japan ni, 'cause of their beauty and cleanliness.. Kau mesti tau kan yang Korea and Japan adalah antara negara paling bersih kat dunia.

Aku suka Korea sebab kat sana banyak tempat yang menarik, tertarik kebaboom! Such as Jeju Island. Kalo tengok the crystal clear water of the island, memang boleh buat mata, hati, jantung sekali dengan paru-paru kau jatuh cinta.. Cantik baii! Contoh lain, Namsan Tower.. Sape tak kenal Namsan Tower memanglah kau orang laut yang terdalam.. Alah, Namsam Tower tu bangunan yang kat atas dia ada pokok krismas yang digantung padlock. Takkan tak tahu kot..



Same goes to Japan. Japan pun ada banyak tempat menarik.. And, one of the interesting places is Gunung Fuji. I don't know why, aku suka sangat dengan Gunung Fuji.. Like, it gives me a feeling that I don't know how to say it in word.. Feeling tu lain macam.. Kalo nak tahu lebih lanjut tentang feeling tu, klik sini . Beside, Jepun ni antara tempat paling selamat kat dunia. Tak caye? Kau boleh buka entry ni then click Sebab-sebab aku suka Jepun.




·          Colour - Green & Blue Ocean
                        --> Eh eh.. Before kau buat apa-apa spekulasi berkaitan favourite colour aku, aku nak tegaskan eyh.. Favourite colour aku tak ada kena mengena dengan politik and entry ini tiada unsur politik k, since aku memang tak suka dengan politik penambah dosa tu.
K, back to topic. I guess, people who read this entry mesti boleh agak kan kenapa aku suka warna hijau and biru laut.. Kan?
Aku suka warna hijau sebab, every time I look at the plants, mata aku jadi sejuk je.. Tenang.. Tak caye? K, cuba kau buat eksperimen. Kau buat perbandingan dengan melihat matahari and tumbuhan. Yang mana menyakitkan mata kau? Mesti matahari kan? And, yang mana menyejukkan mata kau dalam erti kata lain tak menyakitkan mata kau.. Mesti tumbuhan kan? Ha! Tu lah ajaibnya warna hijau ni..And, that's why Allah cipta tumbuhan warna hijau.. Dia tak nak kau rasa sakit mata setiap kali kau tengok tumbuh-tumbuhan. Tetapi Dia nak suruh mata kau sejuk je bila tengok ciptaan-Nya.. Dan dengan itu, akan timbul suatu rasa kagum kau dekat Allah.. Allahuakhbar! (Eh, jadi ustazah kejap?)




Aku suka warna biru laut pulak sebab warna tu menenangkan jiwa dan hati aku... Sebenarnya aku suka warna biru laut dan biru awan, tapi aku tak sure awan ni sebenarnya blue or white... But, pape pun.. Apa yang aku rasa bila aku tengok laut and merenung langit yang dilitupi awan, hati dan jiwa aku rasa tenangggg sangat.. Rasa macam, hati aku dah takde dalam diri aku, tapi dah terbang membelah awan di langit dan menyeberang lautan luas tu.. Eh, berpuisi pulak aku. Kikiki


-Pantai Lembah Bidong-

·         Cloth - Baju kurung
                        --> Aku suka pakai baju kurung sebab baju kurung ni senang nak dipakai and digayakan.. Pakai je baju kurung dengan tudung bawal or shawl, dah siap! Moreover, baju kurung ni tak sendat and dijamin longgar tidak menampakkan bentuk badan. Betul lah kan statement aku? Kan? Kan?? Beside, baju kurung ni menyerlahkan keperempuanan aku. Bila aku pakai baju kurung ni, nampak lembut + ayu sangat. Seriously talk! Ni bukan aku nak puji diri sendiri, k. Tapi orang yang puji. Ye lah, aku mana reti nak ber-skinny and jeans  yang nampak bentuk kaki plus baju sendat atas punggung.. Malu doe nak pakai macam tu. Macam miskin sangat je aku ni sampaikan terpaksa beli baju tak cukup kain..



·         House - Big, moderm, elegan, klasik and limited edition.
                        --> Aku memang fanatik dengan rumah. Pantang tengok rumah, mesti aku akan perhati betul-betul. Apa kelebihan dan kekurangan kat rumah tu.. Then, aku akan fikir apa lagi yang boleh ditambah kat rumah tu..
Aku suka rumah yang BIG sebab bagi aku rumah yang besar ni menunjukkan kemewahan. Bukan mewah harta, tapi mewah keluarga. Means, ahli keluarga ramailah.. That's why aku harap sangat aku ada family yang besar.. (Tapi rumah idaman aku simple + tak besar pun..)
Style rumah mestilah yang moden, elegan and klasik.. Rumah pun tau ber-moden, ber-elegan and ber-klasik ok :p Moden kat sini bermaksud mengikut peredaran masa la. Omputeh kata ikut TREND! Bentuk and hiasan rumah tu pulak mestilah ELEGAN and KLASIK. Kalo boleh nak rumah yang bertema 'EUROPE IN THE HOUSE' . Ngeh Ngeh! Kuat betul angan-angan aku.. Jangan curi tema rumah aku! House compound dia pulak mestilah luas, takkan nak sempit pulak kan? Nanti anak aku nak main basikal dia katne kalo compound dia kecil? (Ceh, kecik2 dah pandai fikir pasal anak. SHa! Kau baru 14 tahun oi!'
LIMITED EDITION! Kalo boleh, aku nak rumah aku satu-satunya yang mempunyai style seperti di atas. Takde orang lain yang tiru2. Satu je kat atas muka bumi ni.



·         Car - Honda Hybrid
                        --> Act, I'm not really interest in car.. My life is just full of books .. But, I think Honda Hybrid and BMW are just nice for me. 'Cause, the cars' shape is so elegan.. Ngam lah dengan aku yang suka benda2 yang elegan.




·         Motorcycle - Ego
                        --> Yes, I like Ego so much! Aku rasa aku nampak ayu sangat kalau aku tunggang motor Ego. Ngeh Ngeh.. (Padahal tak pandai tunggang motor pun)



·         Hobby - Reading & Writing
                        --> Yeah Yeah !! Love reading and writing so much! That's why aku boleh baca semua entry Fatin Liyana dengan hanya mengambil masa selama 4 hari. And, aku boleh tulis cerpen Aishiteru Afik! dalam masa 4 jam je. (4 jam pun bangga. Orang lain tulis cerpen ambik masa 1 jam je SHa oi!)

·         Genre of Book - Fiction & Non Fiction
                        --> Act, aku suka semua buku yang boleh menghiburkan aku and beri aku ilmu and knowledge yang berguna. Tak kira la buku apa pun.. As long as BERGUNA. Kalo kau beri aku newspaper yang dah koyak pun aku akan baca tau tak? Apatah lagi buku? Kalo dah nama suka membaca tu, papan tanda kat tepi jalan pun aku baca, tau :p

·         Course - Civil engineering & Medic
                        --> Civil engineering 'cause I love building and houses.. While, medic 'cause I love Bio so much. And, I want to wear the white coat for aku akan rasa macam aku ni manusia hebat-hebat je bila pakai white coat. Kekekeke


·         Place - Village (Kedah)
                        --> Sape tak suka Kedah, beri aku 6 sebab! Although aku ni orang Ganu, tapi tak semestinya aku tak suka negeri lain.. HUHU. I love Kedah for it's cool and calm sceneries.. Nama pun negeri Jelapang Padi, kan? So, along the road memang nampak padi aje lah..
Aku dah pernah sekali pergi ke Kedah dengan rombongan sekolah.. Time pulang dari Muzium Padi tu, aku ingatkan bas yang bawa kitorang tu lalu ikut jalan kampung, tapi sebenarnya tu jalan bandar.. Huh! Seriously, aku memang tak sangka tu jalan bandar. Sebab kalo kat Ganu, kalo jalan bandar, memang nampak macam bandar la. Bangunan tinggi kiri dan kanan. Sometimes, aku pun pelik. Ganu ni kampung ke bandar actually?

·         Handphone - Latest I-Phone
                        --> Yang ni aku tipu je.. Aku tak berapa nak minat dengan hp-hp ni.. For me, as long as hp tu dah boleh  ber-internet, media sosial, kamera clear etc, itu dah ok..
Tapi lah kan, kalo diberi peluang, aku nak sangat beli I-Phone guna duit sendiri, tapi after SPM lah. Aku tak nak beli sekarang. Nanti ganggu fokus aku nak study je.. Mujurlah aku ni jenis yang memang tak suka layan sangat whatsapp and FB macam dulu although hp aku yang sekarang ni lagi canggih kalo nak compare dengan yang dulu. Now, kalo aku on data pun sebab nak search something kat google like new cerpen or blogwalking je.
- Yang I-Phone ni aku berjangkit dengan kawan aku yang memang fanatik sangat-sangat dengan I-Phone. At first, I know nothing about I-Phone. Kolot kan aku?-

·         Book - Sejarah Konstantinopel, Sejarah Tokoh Islam Terdahulu, Cinta Kontrak, Prince Charming & Cintaku Tertinggal Di Korea
                        --> I love to read the history about Islam so much.. It gives me a lot of knowledge. And, it's also make me feel grateful 'cause I was borned as a muslim. Btw, novel cinta tu bahan untuk aku berangan je.. Aku kan suka sangat memasang angan-angan kat langit ke-7 sana :D

·         Song - From The Beginning Until Now, My Memory, Kembali Senyum, Sonata Musim Salju, Cinta Terakhir, My Heart Will Go On
                        --> Aku suka sangat dengan lagu sedih-sedih macam ni.. Lagu yang buat aku rasa nak nangis.. Hem.. Jiwa aku ni memang lembut macam kapas lah! Sampaikan dengar lagu pun nak meleleh air mata bagai.. Haks Haks!

Lagu From The Beginning Until Now & My Memory tu OST untuk drama Winter Sonata yang femes de amous sangat masa tahun 2001! (tahun lahir aku!) And, that drama masih lagi femes and aku adalah salah seorang peminat drama tu.

Lagu Kembali Senyum by Izwan Pilus & Sonata Musim Salju by Hazami ni aku suka sebab muzik lagu ni sama dengan OST drama Korea. Muzik Kembali Senyum diambil dari OST Full House and muzik Sonata Musim Salju diambil dari OST Winter Sonata (From The Beginning Until Now)


Aku suka lagu Cinta Terakhir ni sebab lirik dia. Ya, lirik lagu ni sangat buat aku sentap.

Mungkinkah terputus di tengah jalan,
Mungkinkah terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan..



Same goes to lagu My Heart Will Go On which is Titanic's OST. Lirik dia memang lah buat aku rasa nak nangis sampai banjir..

You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on



Sobs sobs.. Nangis ;-(
- Tapi, lagu yang over jiwang and rock tu bukan minat aku la. Tak mencerminkan peribadi aku langsung! -

·         Subject - Mathematic, History, Science & English
                        -->Sesungguhnya Sakura Merah memang suka bermain dengan fakta. Yeah! Itulah aku..
Well, Math, History, Science & English adalah subjek yang memang senang untuk aku score. KehKeh. Walaupun exam biasa kadang-kadang tu dapat B je, tapi still boleh score. Soalan PT3 tak sama dengan soalan exam biasa kan? Kalo BM kau ingat senang ke nak score? Kena ingat Komsas yang form1, 2 & 3. Ha, KHB & PAI! Macam mana kau nak score kalo kau tak hafal 3 buah buku teks? Buku teks form1, 2 & 3. Mamposss!

·         Man - Briliant, specky, nerd, stylo & jarang layan perempuan
                        --> Briliant! Perempuan mana yang tak nak lelaki yang briliant? Dush! Mana-mana girls yang cakap, 'Takpe la tak bijak pun.. As long as dia jujur..' Yes, I know la tak semestinya orang yang bijak tu jujur. Tapi ce kau fikir. Zaman sekarang ni ada ke orang yang nak ambil lelaki yang tak bijak kerja? Kerja jadi kuli boleh la. Tapi, kalo nak pegang jawatan tinggi tu, dalam mimpi je la. Mimpi! Sedangkan lelaki yang bijak berkelulusan ijazah kepujian pun ramai yang menganggur, inikan yang takde langsung apa-apa sijil. Lagilah! Entah-entah, kerja cashier kat kedai runcit pun tak boleh. So, girls out there, nak cari calon suami, carilah yang briliant k?

Specky! Lelaki yang specky selalu dikaitkan dengan nerd.. Yeay, aku suka! macam tak siuman je kan suka lelaki yang specky + nerd ni. Kan? Takde kelas! Tapi tu pada pandangan orang lain la. Pada pandangan aku, lelaki yang specky and nerd ni sangatlah kelas. Diorang nampak sangat bijak.. Well, aku kan suka man yang briliant :p

Stylo! Eh, tadi aku kata aku nak lelaki yang specky and nerd kan? Macam mana pulak tetiba boleh jadi stylo? Wujudkah lelaki sebegitu? Mesti itu kan yang kau fikir, kan? Oit brader and sister.. Of course lah wujud. Kalo tak wujud, apesal pulak aku tulis entry yang panjang berjela ni? Actually, aku suka lelaki yang specky tapi bukan yang pakai cermin mata berkanta tebal + besar.. Nerd pulak sebab suka belajar.. Orang suka belajar kan selalunya digelar nerd. Tak gitu? So, kalo dari segi pemakaian, aku nak yang stylo..

Jarang layan perempuan! Kalo boleh, biarlah dia layan aku sorang je. Tak lah nanti bila dah kahwin, buka FB dia then tengok kat list conversation, penuh dengan nama perempuan, mahu kena strok aku. So, lebih baik pilih yang jarang layan perempuan. Bila buka list conversation, ada 2-3 orang je conversation dengan perempuan. And, nama aku mesti kat top.


Aku rasa setakat ni, kat atas tu aje lah kot benda dan perkara yang aku paling suka. Actually banyak lagi, tapi aku lupa.. Well, kan aku dah kata aku suka banyak benda dan perkara... (Nokss! Benda dan perkara sama aje kan? Huhu)

Thanks for reading ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...