Friday, 30 October 2015

Lirik Lagu Marvin Gayefeat. Meghan Trainor -Charlie Puth

[Chorus]
Let's Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let?s Marvin Gaye and get it on

[Charlie]
We got this king size to ourselves
Don't have to share with no one else
Don't keep your secrets to yourself
It's karma sutra show and tell
Woah
There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you

[Chorus]
Let's Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let?s Marvin Gaye and get it on
You got to give it up to me
I'm screaming mercy, mercy please
Just like they say it in the song
Until the dawn, let?s Marvin Gaye and get it on

[Meghan Trainor]
And when you leave me all alone
I'm like a stray without a home
I'm like a dog without a bone
I just want you for my own
I got to have you babe
Woah
There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you

[Bridge]
Let's Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let?s Marvin Gaye and get it on

[Chorus]
Let's Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let?s Marvin Gaye and get it on
You got to give it up to me
I'm screaming mercy, mercy please
Just like they say it in the song
Until the dawn, let?s Marvin Gaye and get it on


-Aku suka sangat dengar lagu ni. Pagi-pagi pergi sekolah, mesti dengar lagu ni dalam bas sebab driver bas on radio...

Thanks for reading this entry ^_^

Saturday, 10 October 2015

Jom Blogwalking!

Assalamualaikum...
Hari ni aku rasa macam rajin lah pulak nak 'blogwalking'. Tapi, aku tak tahu nak walking ke blog sape..
So, dengan itu, aku cadang untuk buat entry ni. Entry ni special sikit tau..
Mana-mana bloggers yang nak aku pi walking ke blog dia, sudi-sudikanlah meng-emel aku dan tinggalkan url blog anda di bahagian komen ya?
Aku syor-kan korang emel dan komenkan url blog korang ye? Kalo korang komen je, mungkin aku tak pi walking kot ke blog korang sebab aku online blog through handphone, so aku tak boleh baca komen korang. Tapi, kalau korang emel aku tak apa lah.
Tapi, aku boleh baca aje lah entry korang, komen tak boleh kot. Kan aku dah beritahu, aku online blog guna handphone. Tapi... Kalau aku dah siap baca entriES korang, aku akan emel korang. JANJI!
JANJI k, JANJI!
Janji mesti ditepati ::>_<::
Ok-lah...
Sape-sape yang nak aku baca blog dia, boleh emel aku di nauraqase2001@gmail.com.
K, dah. Adios ^_^
Thanks for reading this entry ^_^

Friday, 9 October 2015

Review: Anthem by Hlovate

Assalamualaikum and hye, my beloved readers...

Waaa! Dah lama rasanya aku tak update blog kan? Padahal baru je seminggu. kih kih! Aku ni cakap macam lah ramai sangat orang yang baca blog aku. Padahal seribu pun tak sampai. (Malu! Tutup muka dengan tapak tangan depan komputer dalam library)

For your information, aku sekarang ni sedang berada kat Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sebab teman kakak aku and kawan dia buat assignment. Aku pulak duk main komputer library. Hehe. Bukan main apa pun, baiki blog aje sikit. Nak suruh kasi orang yang baca blog aku tak bosan.

Kalau korang perasan la, blog aku dah bertukar wajah. Dah tak sama macam sebelum ni. Hehe.. korang suka tak dengan wajah baru Cik Sakura Merah? Suka? Waaa... Happynya! Kalau korang suka, aku lagilah suka!

Oh, blog aku nama Cik Sakura Merah tapi tak ada warna merah kan? Kalau korang perasan la. Actually, aku tak minat pun dengan warna merah tu. Sebab.. Warna merah tu scary je bagi aku. Remind me to the blood. Haish! Kata nak jadi doktor tapi darah pun takut. Hampeh betul! Tapi, takpe. Aku baru aje 14 tahun. 3 years left to go.. To go where? Heheh. To go uni la and learn Medic. Wah! All of sudden rasa excited pulak..

Okay, aku rasa cukuplah tu untuk intro. For your information ya guys and girls, tujuan aku tulis entry kali ini adalah untuk review pasal novel Anthem by Hlovate. Kau kenal Hlovate? Tak? Oh, aku pun tak kenal. So, kita geng! Yeah..!

Actually, aku baru je tau pasal Hlovate ni start baca novel Anthem. Novel ni aku pinjam dari kawan aku. At first aku cakap kat dia aku nak pinjam buku yang ada unsur motivasi sebab dia ada banyak buku motivasi. So, she suggested me to read Anthem written well by Hlovate.

Oh, siapa Hlovate ni?

Aku pun tak tahulah. Yang aku tau pun dia ni seorang penulis novel yang berunsur motivasi. Dan dia ni tak beritahu identiti dia yang sebenar. Bersembunyi di sebalik nama pena Hlovate.

Walaupun aku tak kenal siapa Hlovate ni, tapi aku rasa aku dah mula jatuh cinta dengan dia melalui penulisan dia. Start aku baca novel Anthem ni, aku mula berfikir sesuatu. Sesuatu tentang fakta dunia, budaya, keluarga and so on lah. Minda aku pun jadi terbuka. Ilmu aku pun bertambah. Vocab English aku? Woah! Toksah kata lah.. Start baca novel ni, memang banyak sangat aku dapat new vocab. And, aku pun dah mula dapat beza English buku dengan English perbualan. Apa yang aku tahu, novel Anthem ni beri aku 1001 pembaharuan. Ye lah, selama ni aku just baca novel cintaaaa je memanjang. So, otak pun takat fikir pasal cinta aje lah. Tak berkembang langsung kot.

Tak nak cakap banyak la. Just nak share dengan korang pasal novel ni. Mana lah tau kan, ada di antara readers aku ni sekarang sedang mencari 'sesuatu'. Korang boleh lah baca novel ni untuk panduan.

Sinopsis:

Novel Anthem ni mengenai seorang gadis bernama Nur Dania Dashrin. Dia dan keluarga dia hidup secara nomad, berpindah dari satu negera ke negera yang lain kerana mengikut ayahnya. Kehidupan dia pulak sosial. Bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan negara, agama, budaya and so on lah. Dihantar pulang ke Malaysia ketika tingkatan 4 kerana beberapa faktor (baca sendiri). Mama, ayah dan adik lelaki dia tak tinggal sama di Malaysia sebab ayah dia bekerja di Delhi, India.

That's all la kot yang aku boleh simpulkan pasal novel Anthem ni. Kalau kau nak tau banyak lagi boleh baca novel Anthem ni. Tak rugi pun. Yang sinopsis kat atas tu, sinopsis untuk pembuka cerita. Means, kalau kau nak tahu apa isi lain and ending, kenalah baca, ye? Aku tak paksa, k. Suruh je. Hehe.

Tapi, aku sangat syor-kan korang baca novel ni. Banyak sangat quotes and info agama yang ada dalam ni.

Okeh, stop sini!

Sebab kakak aku and kawan dia dah siap buat assignment and nak balik rumah. Before aku tamatkan entry ni, sukalah aku nak share-kan beberapa quotes yang aku dapat dari novel ni. Hope bolehlah menerangkan hati korang sikit daripada tak terang langsung.

Enjoy the quotes ;)


“Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah 'judge' masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik 'je' sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. Minta dengan doa.” 
 Hlovate, Anthem


"If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don;t curse those who calling ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfication. More satisfying than cursing them all the way to hell and back."
-Hlovate, Anthem

"Youn can't control your emotion,
but you can control your acyion.
-Hlovate, Anthem

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.
 Sahabat bertanya : apakah penggilapnya wahai Rasulullah?
Rasulullah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati maut."
-Hlovate, Anthem

Noone knows what will happen in the future
We have to go ahead of the moon and stars
We have to reach beyond the skies
This world will be left behind
Who knows what the future is.
-Hlovate, Anthem

"There's always a first step in everything."
-Hlovate, Anthem

"The past matters, but only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah."
-Hlovate, Anthem

"Things that didn't kill you just make you stronger."
-Hlovate, Anthem
“Manusia itu umpama logam ataupun himpunan berjenis-jenis besi, baiknya mereka di waktu jahiliah, baik juga mereka di waktu Islam” 
-Hlovate, Anthem

“Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserve a future
no judging on one's past
because its might be your future” 
 Hlovate, Anthem


“The beginning of wisdom is fear to the Lord” 
 Hlovate, Anthem

“We are defined by what we believe in” 
 Hlovate, Anthem


“Apabila buku tu cakap tentang kita meletak label dan stereotaip ke atas bab agama. Yang membuatkan orang bukan Muslim itu sendiri jauh daripada Islam. Bukan yang bukan Islam aje, yang Islam tapi tak berapa nak faham Islam pun terasa nak jauh daripada Islam. Sebab bab label-melabel dan stereotaip tu la. Dan ironi apabila kadang-kadang penyebab tu adalah yg namanya Muslim yang faham Islam itu sndiri.” 
 Hlovate, Anthem


“yes, life is a beautiful journey
no one knows what the future will be
death will befall us one day
the soul will depart one day
why worry about such things
who knows what the future will be” 
 Hlovate, Anthem


“we act on what we believe in. we're the ones who decide on who and what we want to be. we are the one making the choices” 
 Hlovate, Anthem


“make yourself useful to others by keeping yourself healthy and happy, and any certificate is no guarantee to that” 
 Hlovate, Anthem


“is it the matter of wrapping or covering?” 
 Hlovate, Anthem


“life is a wonderful journey
no one knows what the future is
tread life joyfully
don't worry about the rest of the world pass the day smilingly
no one knows what the future will be” 
 Hlovate, Anthem


“We are defined by what we believe in. Identity is shaped by what we believe is right. Culture is cultured, pun intended; by what we believe is right.'

Kita diertikan dengan apa yang kita percaya sebagai benda betul. Dan budaya serta nilai itu sendiri, memang dibentuk dengan benda yang sama juga, apa yang kita percaya sebagai benda yang betul baik. Cuma yang membezakan antara manusia tu ialah apa yang difahami sebagai benda yang betul dan benda yang baik.

Contoh, 'Westerners' percaya minum wain merah baik untuk kesihatan jantung. Tapi kalau untuk orang Islam, sah la benda tu haram.

Contoh lain, 'Englishmen are all about tea, and Americans are all about coffee.” 
 Hlovate, Anthem















Oh, lupa nak beritahu. Dash Johari tu ialah Nur Dania Dashrin.. She known as Dash.. And she don't like people Dania her around..




Anthem by Hlovate..

Honestly, love this novel badly!


Okay, that's all for this time. See you again with another entry and story. Adios..


Thanks for reading this entry ^_^


Friday, 2 October 2015

Dia Sahabat Dunia Akhirat

Isnin/21 September 2015


Assalamualaikum...

Eh, cer (cuba) baca tajuk, cer baca tajuk. Dia Sahabat Duni Akhirat?? Eh, siapakah itu?
Haa... Mesti korang tertanya-tanya kan? Kan? Kan?

Sahabat Duni Akhirat yang aku maksudkan kat sini bukannya kawan aku. Rakan aku? Bukan juga.. Sahabat? Lagilah tidak! Habis tu, siapa? Siapa? Siapa?

Eh, sabar dulu ya.. Jangan tergopoh-gapah sangat. Kalau kau nak tahu siapa 'Sahabat Dunia Akhirat' yang aku maksudkan tu, boleh tengok gambar kat bawah ni.. Gambar kecil? Boleh klik untuk tengok dengan lebih besar..








TERJEMAHAN: Sebab chat kat atas dalam bahasa Ganu
GAMBAR NI HANYA HIASAN TAPI BOLEH DIAMBIL SEBAGAI IBRAH.
.
Assalamualaikum .... . Sebenarnya dah lama aku nak tegur. Tapi aku takut kau sentap je. Tapi, kali ni aku memang nak tegur.
.
Nak beritahu. Kalau boleh, janganlah pakai pakaian ketat-ketat dan singkat-singkat sangat. Aku bukannya apa, tapi kita kan ada tanggungjawab tersendiri .. Dan tanggungjawab kita tu ialah jaga aurat kita.
Tolong jaga aurat elok-elok .. Kalau anak perempuan tak jaga aurat dia elok-elok, nanti ayah dia yang akan kena siksa di akhirat. Takkan kita tak kesian kat ayah kita, kan? Sebab itulah kita kena jaga aurat kita elok-elok.
.
Memanglah nak berubah tu susah. Tapi kita kenalah kawal diri kita.
.
Perubahan tak perlu sepantas kilat, buat (berubah) perlahan-lahan. Cuba labuhkan tudung .. Longgarkan dan labuhkan baju.
.
Aku bukannya apa. Aku cuma nasihat. Kau janganlah anggap aku ni nasihat kau sebab kononnya, mentang-mentanglah aku ni pelajar sekolah agama .. Aku cuma nasihat sahaja sebab aku takut nanti kena jawab dengan Allah (sebab, kenapa tak tegur kau pakai seksi sedangkan kau kawan aku.) Dan, akhir sekali. Tolong nasihatkan juga adik kau tu. Kau kan kakak sulong .. Kau kenalah beri contoh terbaik untuk/dekat adik kau.
.
P/s: Jangan benci aku. Aku sebagai kawan cuma nasihatkan sahaja. Kalau kau nak cakap apa-apa, beritahu je..
Your sincerely,
______________

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar ni aku ambik dari whatsapp, yang kawan aku hantar.. Dia hantar kat group kelas and kiranya aku curi la gambar ni.. Aku masukkan  dalam blog aku ni pun tanpa kebenaran and pengetahuan dia. Hehe..
Takpe lah! Kawanku, halalan toyyiban sudahlah! Aku dah ambik pun.. Dah jadikan entry pun. Kau marah pun tak guna jugak.. Keh keh.. Beside, aku dah 'lupuskan' identiti 'Sahabat Dunia Akhirat' tu. So, don't worry, be happy.

So, sekarang korang dah tahu lah kan siapa 'Sahabat Dunia Akhirat' yang aku maksudkan? Kan?
Dia yang aku maksudkan ialah orang yang hantar chat kat atas tu. kau rasa sesuai tak gelaran 'Sahabat Dunia Akhirat' tu aku beri kat dia? Sesuai tak? Sesuai kan? Kan? Kan?
OK-lah.. So, akhir kata dari aku, tengok gambar kat bawah.



.... YES ....

Kalau aku dapat seorang sahabat cenggini, In Sha Allah, aku janji dengan diri aku, aku takkan lepaskan dia. Biarlah maut sahaja yang memisahkan aku dan dia...

Tapi....
 
Aku masih lagi mencari seorang sahabat seperti di atas. Mungkin ada, tapi cuma bayang-bayang.. Aku harap aku dapat temui pemilik bayang-bayang itu untuk membantu aku menuju ke Syurga Firdaus.. In Sha Allah..

Ceh, ayat kat atas macam sasterawan ape je. Keh keh.. Tapi, ada aku kisah? I really mean it, okay!

Ok-lah, sampai di sini sahaja dulu entry aku buat kali ni. Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang..

Thanks for reading this entry >_<

Dia Gadis Contoh

Ahad/20 September 2015


Assalamualaikum...

Entry hari ni, aku nak share something kat uolls yang sudi baca entry iolls ni, HikHik >_<
K, enjoy reading ;D











Nampak tak gambar kat atas? Ha.. Nampak kan? Nampak kang?? HUHU.
.
Susah nak cari gadis cenggini zaman sekarang. Kalau ada boy ajak keluar, beritahu mak dulu.. Then, tak terima ajakan boy tu secara melulu. Selalunya girl akan terima je tanpa usul periksa. Huh! Sadis...
And, susah jugak nak cari mak yang bertanggungjawab macam kat atas. Selalunya mak akan suruh anak dia pergi je jumpa lelaki tu. Beri peluang la kononnya.. Lepas tu bawak balik kat rumah, kenal-kenal.. Mak pulak, suruh lelaki tu jaga anak dia baik-baik..

Hah? Apakah?? Sepatutnya mak perempuan tu sendiri la yang kena jaga anak dia. Bukannya lelaki yang langsung takde blood-relation with that girl/her daughter.. Pelik jugak kenkadang, mak zaman sekarang ni tak takut ke kalau apa-apa yang jadi kat anak dia?? W.E.I.R.D..

Kalau maja pun -ehem-ehem- je, ayah apatah lagi kan??? Sedihnya dunia sekarang ;(

------------------------------------------------------------------------

Aku harap, kat dunia yang serba moden ni, ada lagi perempuan yang cenggini and lebih ramai. God will.
Sedih pulak aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung, tapi berpegangan tangan dengan lelaki bukan mahram.. Yamjg lelaki pulak, pakai kopiah, pergi solat jemaah kat masjid, tapi lepas tu pergi dating dengan perempuan non mahram at the beach.. Belai-belai rambut perempuan tu.. Entahlah dunia...

Hakikatnya manusia zaman sekarang especially remaja dah teryipu dan ditipu oleh dunia.. Bangkitlah woi!! YAHUDI tunggu masa je naj serang kita orang Islam..

Tak sedar lagi ke?? Tengok Palestin dengan Gaza tengah diserang sekarang. Nanti, kot-kot Malaysia pulak. Aku bukannya mintak and nak perkara tu terjadi.. But, who knows kan??

Eh, dah terlanjur ke topik lain... Erk, stop di sini sudaa..

*_*

OK, lah. So, nasihat aku untuk entry kali ni ialah, jangan terima ajakan lelaki secara membabi buta.. Kalau kau rasa diri kau tu macam 'babi buta', terima lah ajakan dia... Hey, you dont know him, but you accept his request to hang ou... Siap promise lagi nak pakai baju sama color. Wah.. Blah la.. Menyampah doe aku dengan remaja zaman sekarang.. Hopefully aku tak cenggini.. Aminn...


K, adios..

Thanks for reading this entry >_<

Pabila Manusia Berbicara

Jumaat/18 September 2015




Assalamualaikum...

Fakta: Mulut manusia memang tak boleh ditutup.

Yeah.. Aku setuju 200% dengan fakta di atas. Mulut manusia memang tak boleh ditutup. Hatta mulut aku sendiri pun tak boleh tutup. Seriously, aku tak boleh tutup mulut aku sendiri. Ada aje perkara yang mulut aku nak cakap. Pot pet pot pet..

Tapi, mulut orang lain lebih lagi.. Mulut orang lain lagi dasyat. Dah lah tak boleh nak tutup, kerjanya pot pet pot pet 24/7, paling teruk bila pot pet pot pet sebab kutuk orang. KUTUK ORANG!

Eheh! Itu bukan something yang bagus.. Bukan k, bukan...

Aku tak tahulah apa yang manusia-manusia ni nak dengan aku. Semua yang aku buat semuanya tak kena kat mata diorang. SEMUA.. SEMUA.. Aku pun tak tahulah kenapa diorang tak puas hati sangat dengan aku. Sampaikan, kan.. Sampaikan cara aku berpakaian pun nak jadikan topik mengumpat, mencaci dan paling teruk mengutuk..

Kalau aku pakai baju kurung dengan tudung bawal lepas tu pin macam rama-rama plus sarung kaki, diorang kata aku ni bajet alim. Bajet ustazah etc. Mentang-mentanglah aku ni budak sekolah agama, so pakailah alim-alim, kan? Pakai sarung kaki pun sebab nak tunjuk alim. Bila berjalan, sengaja jalan laju-laju sebab nak tunjuk sarung kaki. Oh no!

Tapi...

Bila aku pakai seluar + t-shirt + shawl + sarung kaki, diorang cakap aku ni tak padan dengan budak sekolah agama pakai cenggitu.. Kata diorang, budak sekolah agama tak sesuai pakai seluar dengan t-shirt lepas tu shawl.. Tak nampak macam budak sekolah agama langsung. Diorang kata lagi, tak guna aku pakai sarung kaki tapi pakai seluar... Gerrr >_<

OK, OK.. Aku pakai baju kurung salah, pakai seluar pun salah. Habis tu, kau nak suruh aku pakai apa? Jubah dengan tudung labuh bulat plus purdah? Cenggitu?

Hello!!!

I dont care la korang nak judge aku camne pun. I dont care.. Suka hati aku la nak dress cenggitu ke, cenggini ke, that's my problem. And, that's non of your bussiness. If I wanna wear baju kurung, I dont ask you to buy me a baju kurung pun. Right?

Kalau aku nak pakai seluar dengan t-shirt pun, it's non of your problem. Hey,, I'm not asking you to buy me a shirt or trousers.. No! No!

So, suka hati aku la. I'm the one who wears 'it'. Not you.. I buy the dresses use my own money k... Tak pernah pulak aku mintak duit dengan kau.. Yang kau busybody sangat kenapa? Or, kau jeles sebab aku ada pakaian yang kau tak ada? HOHO, wau! I'm so proud 'cause aku je ada pakaian tu. Kau takde. Bangga sey...

Oh, by the way camne korang tahu aku dress cenggitu cenggini? Stalk aku eyh?? Stalk apa? FB! Twitter? IG? Mestilah tak, kan? Sebab, aku mana upload gambar aku kat pesbuk, twitter, twittie and instalingga tu. TAK! Aku just upload gambar aku kat blog je.. So,,, mesti korang stalk blog aku kan? Kan? kan? Eh, thanks so much la.. Ada jugak eyh orang baca blog aku yang entah pape ni, kan? Bertambah visitor Cik Sakura Merah.. Saya bangga lagi :p

Ha.. Wait. Kau nak umpat aku? Nak caci aku? Nak kutuk aku? Teruskan.. Yes, teruskan.. Eh, bersyukurlah sikit aku suruh kau teruskan semua kerja yang sangat berfaedah tu. At least aku tak balas balik kan dengan makian etc. Kalau aku balas agaknya.... Jeng jeng jeng... Bagus jugak kalau kau sambung semua kerja tu. Kau dapat dosa, aku pulak dapat pahala.. Wheee... Happy-nya!

Actually, aku malas nak ambik port pasal perkara yang tak beri apa-apaa kepentingan pun pada aku. Buang masa! Tapi, disebabkan kau tu aku tengok macam meraih perhatian aku untuk membalas balik perbuatan kau tu, so aku buatlah entry ni. FYI, entry ni special untuk kau tau.. Untuk kau :*p

Ha.. Nak gitau. Kau kutuk la aku puas-puas, ye? Selagi tu tak puas, selagi tu kau kutuk. Sebabnya, aku takkan beri respons pun dengan perbuatan kau tu. Aku dah masak lah dengan kutukan ni. MASAK! Bukan masak biasa-biasa je, tapi masak ranum.. Seriously, I really dont care about what people talk 'bout me. Really! Sebab.. Manusia just know how to judge.. Yes.. Judging is manusia punya hobi. Manusia..

Kau tak puas hati lagi? Tak puas kutuk cara aku dress, nak kutuk BI aku pulak... BI aku broken la, itu la, ini la. Eheh! I dont care la.. At least aku boleh ber-BI. Kau? Ecece... Tau mengata orang je, 'bout yourself tak fikir pulak ye? Eh, bagusnya anak.. GudGud.

Aku malas nak ulas la pasal broken BI ni. Kalau kau nak tahu tentang pandangan aku, boleh baca entry aku yang lepas.. Eh, tapi kan aku rasa tak payah suruh pun takpe. Mesti kau dah pernah baca kan entry aku yang sebelum ni.. Kau kan stalker CSM. Waa Waa Waa :o

Eh, dah lah.. Aku stop kat sini aje lah entry kali ni.. Malas aku nak tulis entry panjang berjela untuk kau.
Dah, babai.

Thanks for reading this entry ^_^

Jumaat Tanpa Kata Tapi Dengan Tulisan Dan Gambar

Jumaat/18 September 2015


Assalamualaikum...

Sape hari ni rasa bosan, angkat kaki. Aku!! (Angkat kaki) Yeah, aku rasa sangat bosan. Sangat-sangat. Sebelum ni takde pulak aku rasa bosan-bosan ni. Tup-tup hari ni tetiba je aku rasa bosan..Walaupun dari pagi tadi sampai sekarang dah masuk waktu Asar aku duk melepak depan e-book, but aku still rasa bosan. Sangat!

Before this, kalau aku duk sorang-sorang kat rumah pun aku relax and chill je. Tapi hari ni aku rasa lain sangat. Sangat bosan doe.. Nak baca buku Tarbiah Sentap, tapi malas pulak aku rasa. Nak buat homework, aku takde homework.. Ye-ye. Aku takddm homework. Cikgu aku terlalu baik.. Tapi nota banyak yang amat. Bertimbun-timbun! Huhu.. Aku tengok pun rasa macam nak pengsan. Itu baru tengok, tak sentuh lagi.. Adudu dush dush..

Kerja aku dari Zohor sampai Asar melepak depan e-book ialah edit gambar..Gambar siapa? Gambar aku lah :p

Aku pun tak tahu nak letak kat mana gambar tu.. Aku ingat nak jadikan sebagai header blog aku tapi.... Gambar tu kecil! Ohh, hati...

Actually, aku tak tahu apa tujuan aku tulis entry ni. Seriously! Eheh, aku rasa entry ni macam tak berguna je.. Mesti orang yang baca entry ni tak baca sampai habis kan? Huhu.. Tak kisah pun der.Kalau kau nak baca, bacalah. Kalau tak nak, sudah! Tak payah baca. Aku tak kisah... Well, aku just menulis kepada orang yang nak baca ajukan kepada yang tak nak baca.

OK, once again aku nak gitau, entry kali memang entah pape. Takde isi langsung.. So, aku syor-kan korang jangan bacalah entry ni... Jangan baca! Eh, apa aku mengarut ni?
Hwaaaa!!!!

Apa yabg aku mengarut ni??? Aku sendiri pun tak tahu kenapa dengan diri aku sekarang ni. Maybe sebab bosan sangat kott. Cehceh...

Eh, tadi aku gitau aku ada edit gambar kan? Ha.. Nak tengok tak gambar yang aku edit tu? Nak? Meh aku nak tunjuk.. Tak nak? Boleh bla dengan kau punya tak nak. I don't care..

So, here are the pics yang aku edit. Honestly, I'm nit really good in editing.. Edit pics pun just guna Paint yang memang dah tersedia dalam e-book. Takde benda lain... Takpw, nanti aku download.



Yeah! My full name is Siti Halimah.. And, people call me SHa for short.. But, not semua la. Just a little.. Tapi aku suka sangat kalau orang panggil aku SHa. Rasa macam aku ni retis je. Eheh!

Eh, mesti korang pelik kan. Nama Siti Halimah tapi orang panggil SHa.. Datang dari mana pulak SHa tu? Plitu kah? Kan? Haa.. Meh sini aku nak gitau..

SHa tu stand for my name la, Siti Halimah..

S => Siti
Ha => Halimah

Nama 'SHa' ni aku sendiri yang reka tau.. Well, dulu masa sekolah rendah, aku sangat tak suka dengan nama aku. Nama kampung! Plus nama aku macam mak cik-mak cik je. And aku bertambah tak suka dengan nama aku bila lagu 'Halimah Gigi Jongang' keluar. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila orang duk sindir-sindir aku dengan lagu tu..

Pernah sekali, ada seorang pak cik ni tanya nama aku. Then, bila aku jawab Siti Halimah, terus dia tanya aku, "Doh jongang dok gigi ey?" ..

Kurang asam betul pak cik tu. Sesedap kacang soya dia aje pergi tanya aku macam tu.. Macam la gigi dia tu perfect sangat. Hello, I tak jongang ok :p

Cuba kau fikir apa yang aku rasa bila dia tanya macam tu? whoa! Sakit sangat hati ni. Tapi, takkan nak tunjuk kan? Aku just force a smile and fake a laugh.. Tunjuk ayu and anggap soalan pak cik tu just a joke. Padahal dalam hati,,, there's a fire!

But then, when I entered the secondary school and bila aku tahu maksud di sebalik nama aku, aku start suka dengan nama aku sendiri. Bangga actually.. Ceh ceh.. Ye lah, boleh dikatakan kalau ke mana-mana, nama aku lah paling rare and orang mudah ingat.. Aku ingat lagi, masa darjah 6, aku pernah oergi ke kem UPSR and ada sorang lelaki ni tak habis-habis panggil nama aku, "Siti Halimah!" Nama orang lain dia tak nak panggil pulak. Paling buat aku shoke tahap jantung berdetak lagu gegile when dia jerit nama aku dari tingkat paling atas bangunan sekolah.. Then, dia tunjuk aku kat kenkawan dia.. HUHU. Rasa femes-emes jap masa tu.. Keh keh... Ngade kau SHa..!

Oh, maksud nama aku is Gelaran bagi perempuan yang penyabar, lemah-kembut, sopan-santun dan berakal. Ihiks! Amacam? Nama pendek je tapi maksudnya berjela.. Whoop! Whoop!. Em, sepanjang+panjang maksud nama aku tu, satu je yang kena dengan aku iaitu berakal. Yang lain hampeh.. Lemah-lembut + sopan-santun? Erk.. Friends aku always cakap aku ni kasar tapi family and relatives cakap aku ni sangat lembut + sopan lah sangat. Well, diorang cakap aku lembut sebab aku tak boleh buka tin susu. And diorang cakap aku aku sopan-santun sebab aku selalu duduk bersimpuh. Oh, aku memang tak suka duduk bersila. Macam lelaki! Bila duduk bersimpuh, baru aku rasa aku ni perempuan... Kawan aku cakap aku kasar pulak sebab.. sebab.. kalau aku buat sesuatu, aku tak boleh buat dengan lemah-lembut-gemalai dan seangkatan dengannya. Example, beleh buku. Kalau aku belek buku, aku memang belek cepat-cepat. Ada sekali tu page buku yang aku belek tu koyak.. Waaa! Kenkawan aku terkejut gila kot tapi aku wat lek wat peace je.. Show my innocent face.... Oh, kenkawan aku belek buku ayu nak hidup.. Lembut je.. Eh, aku tak boleh lah gitu. Tak boleh! Tak boleh! XD

OK, stop! Tukar topik! Tengok gambar ke-2 pulak..


"I knew someone in the world is waiting for me. Although I've no idea who he is. But, I feel happy everytime for this."

Yes.. Memang aku tak tahu siapa dia yang sedang tunggu aku, tapi aku rasa sangat gembira sebab ada jugak orang yang sudi tunggu aku.. Rasa sangat bersyukur sebab Allah kurniakan aku seorang jodoh.

"Ya Allah, permudahkanlah jalanku untuk bersama dia, lelaki yang Kau sudah tentukan untukku. Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku untuk menunggu dia. Ya Allah, kau tabahkanlah aku untuk menempuh segala dugaan yang Kau turunkan dan akan turunkan kepadaku untuk bersamanya.. Aku percaya kepada jodoh yang Kau tentukan.. Aku percaya kepada janjiMu bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi, aku mohon padaMu, jodohkan aku dengan lelaki yang baik-baik. Lelaki yang kuat imannya. Lelaki yang taat kepadaMu, kepada rasulMu dan kepada ibu bapanya... Lelaki yng tidak panas baran. Lelaki yang kya dengan budi bahasa. Lelaki yang tinggi rasa kasih sayangnya. Dan, k bahagiakanlah hidup aku dan dia bila kami sudah bersama nanti, Ya Allah. Amin.."

Aku harap sangat jodoh aku seperti yang aku bold-kan.. Harap sangat-sangat.. Tapi kalau tak dapat or terkurang satu ciri, aku reda je. Aku terima apa yang Allah beri. Kam Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.. Allah knows best.

Mesti hati korang terdetik, "Ceh, simple aje pun gambar.. Tapi gitau macam lah cantik sangat." Kan?
HOHO. Memang gambar yang aku edit ni sangat simple. SANGAT! Aku mengaku, aku mengaku.. Tapi kau tau tak aku ambik masa 3 jam untuk edit gambar ni.. Susah kot.. Ye lah, nama pun guna PAINT.. Pulak tu, lepas siap edit, tengok tak cantik je, aku edit yang lain pulak.. And, aku rasa dua ni yang paling cantik.. Yang lain sampah. Aku dah DELETE. Eh, you! Bukan senang tau nak edit cantik-cantik tau.. Tambahan pulak aku ni bukan orang yang berseni and sangat tak suka dengan subjek seni. So, faham-faham aje lah..

So, kesimpulannya hari Jumaat yang bosan ni aku isi dengan meng-edit gambar and tulis entry ni.. Bosan? Ye... Tapi bila aku tulis entry ni, aku rasa tak sabar pulak nak post-kan ke blog. Rasa dia macam nak pergi ambik award je. HAHA! Padahal takde orang pun baca.. Malu XD

OK-lah.... Sampai sini je entry untuk kali ni.. Sebarang silap dan salah aku mintak maaf.. Tata sweetie ooo tweetie ooo fweetie!


Tau tak aku ambik masa satu jam lebih untuk tulis entry ni.. Dari start orang azan Asar pukul 4.08 petang tadi, sekarang ni dah pukul 5.15 p.m. Tulis je delete, tulis je delete.. Hasilnya, ciput aje entry... Kui kui.. Daaaaaaaaa.


Thanks for reading this entry ^_^

Untuk Kawan : Aku Terpaksa Rahsiakannya

* Ditulis pada Khamis/17 September 2015


Assalamualaikum...

Entry kali ni aku tujukan special untuk kawan-kawan aku.

Hari Selasa minggu lepas aku pergi ke hospital sebab ada appoinment dengan doktor so, aku tak pergi sekolah. Keesokannya, bila aku pergi sekolah, ramai kenkawan aku yang tanya pasal aku. OK ke tidak? Macan mana result? Aku sakit apa? And so on lah.

Boleh dikatakan HAMPIR satu kelas jugak  tanya pasal aku. Tapi sorry aku terpaksa keep all that as a secret.. Ada kenkawan aku, aku beritahu. Dan, ada jugak yang aku tak beritahu. Bukan sebab aku pilih kasih or terlalu memilih kawan, tapi aku rasa buat sementara waktu ni biarlah semua tu jadi rahsia. Tak perlu lagi kot aku beritahu kat semua orang. Since, aku ni pun jenis yang tak suka beritahu orang hal aku.

To my friends yang nak sangat tahu pasal aku, sorry lah sebab aku memang takkan beritahu. Kalau korang nak tahu, boleh baca blog aku. Aku akan ceritakan semuanya kat sini.

Eheh! Jangan ingat aku buat ni sebab aku nak tambahkan pembaca. No okay! Aku buat ni sebab aku malas nak cerita kat ramai orang tentang perkara yang sama. Bercakap dengan yang itu topik A, bercakap dengan yang ini pun topik A jugak. Habis? Bilanya nak bercakap tentang topik B pulak?
To my friends yang nak tahu sangat sebenarnya aku ni sakit apa, boleh baca entry ni. Tapi.... Jangan tanya aku kat sekolah tentang ni. Kalau tanya pun, mungkin aku takkan jawab.

=> Friends, thanks for youp attention towards me. Seriously, happy sangat sebab ada kawan cenggini. Love ya!


Thanks for reading this entry ^_^

Thursday, 1 October 2015

FAKTA ORANG MALAYSIA part1

Rabu/16 September 2015
Assalamualaikum...
Sebenarnya dah lama aku nak tulis entry ni tapi berkesempatan. Sekarang baru aku ada masa nak tulis sebab sekarang kan cuti penggal ke-2. Kehkeh..
Sapa orang Malaysia sebut 'Saya'.
"Saya!"
Yeah.. Akulah orang Malaysia. Akulah rakyat Malaysia. Malaysia, tanah tumpahnya darahku. Malaysia, sehati sejiwa. EH, ceh ceh.. TERmenyanyi pulak dah.
K, kembali ke topik asal.
Tujuan aku tulis entry adalah sebab aku nak sedarkan korang semua wahai pembaca setia Cik Sakura Merah tentang perangai korang, rakyat Malaysia. Yeah, korang.. So, I hope bila korang baca fakta-fakta yang aku tulis ni, korang akan tergelak lah ye? Sebab aku rasa fakta-fakta yang aku akan tulis ni sangat kelakar. EH, Choi! And, don't don't don't make any speculations di atas fakta-fakta yang aku akan tulis. Kalau tak puas hati, beritahu secara cool.. Jangan duk maki-hamun, k?
So, silakanlah membaca fakta yang pertama tentang orang Malaysia..
-Fakta Orang Malaysia-
Kalau kita pergi ke mana-mana, contohnya kenduri, kita mesti cari tempat duduk. Bila dah jumpa tempat duduk yang kosong tak ada orang, kita mesti akan tanya kat orang yang duduk sebelah tempat duduk yang kosong tu, "Ada orang tak kat sini?" padahal kita tahu dan nampak kat situ memang tak ada orang.
Erk? Betul ke tak fakta kat atas tu? Betul kan? Kan? Kan? Hehe.. Aku dan kenkawan selalu je camni masa kat kantin. Dah nampak kerusi tu tak ada orang duduk tapi still tanya, "Ada orang okk (op) sini?". Hehehe.. Kelakarlah! (Senyum)
Thanks for reading this entry ^_^

Senarai Kesyukuran versi 1

*Entry ini ditulis pada Sabtu/12 September 2015
Assalamualaikum...
Hari tu ada terbaca satu entry Cik Puan Bunga yang tahun 2011 punya. Dia buat 'Senarai Kesyukuran'. So, terdetik lah kat hati aku ni nak buat jugak senarai kesyukuran. Hopefully, dengan wujudnya senarai kesyukuran kat blog aku ni, aku akan rasa lebih bersyukur dan lebih menghargai apa yang aku ada sekarang ni.
So, here's my SENARAI KESYUKURAN
1. Still dapat bernafas di atas bumi ni.
2. Dapat bersekolah di sekolah yang student-nya semua perempuan. Dapat elak dari zina.
3. Ada kenkawan yang selalu menceriakan hari aku kat sekolah.
4. Ada family yang still tabah layan kerenah aku yang aku sendiri pun rasa menyampah.
5. Tak miskin walaupun tak kaya.
6. Ada handphone yang still boleh berkhidmat dengan baik.
7. Ada e-book yang still sihat wal'afiat walaupun dah dalam kondisi yang tak berapa nak elok.
8. Tak pekak. Still boleh dengar lagu favourite aku dan ayat al-Quran.
9. Tak buta. Still boleh tengok Running Man dan alam ciptaan Allah.
10. Tak bisu. Still boleh maki-hamun adik-adik aku yang degil nak hidup, still boleh nyanyi lagu favourite aku and still boleh mengaji.
11. Tak cacat. Still boleh buat semua benda dengan sendiri.
12. Ada rumah untuk berteduh.
13. Ada wajah yang tak berapa nak cantik + comel tapi aku still boleh proud dengan anugerah Allah yang satu ni.
14. Penyakit skoliosis still boleh dirawat walaupun memakan kos mencecah RM20,000+
15. Ada lagi orang sekeliling aku yang baik hati nak tolong aku.
16. Ada lagi orang sayang aku walaupun aku tahu siapa dia tu.
17. Still waras and boleh berfikir semasak-masaknya sebelum membuat apa-apa tindakan or mengeluarkan kata-kata.
18. Boleh membaca. Tak buat huruf.
19. Boleh berbahasa inggeris dengan lancar walaupun kadang-kadang tu ada jugak part yang broken.
20. Faham tulisan Korea Hangul.
21. Boleh mengaji, solat dan melakukan ibadat-ibadat wajib yang lain walaupun kadang-kadang diri ni selalu jugak HAMPIR tewas dengan godaan syaitan.
22. Masih tahu bagaimana nak menangis walaupun setiap kali aku ditimpa masalah, aku akan halang diri aku dari menangis.
23. Masih tahu bagaimana cara nak senyum walaupun tak sepanjang masa aku gembira.
24. Masih tahu erti sabar walaupun kadang-kadang sabar tu tercabar.
25. Masih tahu berpakaian elok dan tutup aurat.
26. Dapat rasa bagaimana perasaan menyayangi dan mencintai seseorang walaupun perasaan tu sangat sakit.
27. Dapat tidur dengan tenang dan bermimpi something yang suwit-sawit je walaupun tak selalu.
28. Tak cepat mengalah dengan dugaan yang aku hadapi.
29. Diberi peluang untuk menyesal dan insaf.
30. Dapat habiskan bacaan novel Kerana Aku Suamimi walaupun dah nak dekat sebulan berkurung dalam bilik.
31. Buah duku kat kebun atuk aku and mak mentuak kepada mak saudara aku berbuah lebat tahun ni. Dapat makan banyak-banyak. Tak payah membazir duit beli kat Pasar Manir.
32. Masih boleh berangan jadi budak femes walaupun hakikatnya aku ni tak femes pun. Blog pun takde orang yang baca.. Eh, tipu!
33. Bakal merasai bagaimana duk dalam bilik bedah walaupun masa tu aku kemungkinan pengsan. Bukan senang nak masuk dalam tu.
34. Berpeluang jadi salah seorang pesakit skoliosis. Aku rasa sangat bertuah sebab Allah uji aku dengan penyakit ni. At least, aku tak lah alpa dengan dunia sangat.. Selalu ingat kat Dia.
35. Berpeluang jadi blogger and share story kat blog walaupun aku tahu tak ramai yang baca.
36. 'Dia' izinkan aku untuk suka dia.
37. Boleh rasa macam mana pakai cermin mata walaupun Allah tarik nikmat penglihatan yang jelas dari aku.
38. Diberi peluang untuk main hoki semasa di sekolah rendah.
39. Boleh baca buku Tarbiah Sentap walaupun sebulan lamanya aku tunggu turn untuk baca.
40. Boleh score A+ dalam Matematik.
41. Pandai Sains walaupun taklah pandai sangat.
42. Diberi peluang untuk minat subjek Sejarah yang rata-rata students tak suka.
43. Diberi peluang untuk mengenali dia walaupun selalu gaduh.
44. Dapat jadi orang Islam dan hamba kepada Allah S.W.T Yang Esa.
45. Dapat sign up untuk Nuffnang.com walaupun aku rasa tersalah sign up. Argh! I don't care :p
46. Masih ada hati untuk menyayangi.
47. Muka aku dah tak ditumbuhi jerawat.
48. Ada tubuh badan yang sihat wal'afiat walaupun postur tak berapa nak cantik sebab skoliosis.
49. Boleh berzikir, bertasbih, bertahmid dan seangkatan dengannya.
50. Dapat jadi johan hoki semasa di sekolah rendah walaupun sekali.
51. Boleh tengok Faizal Shaari in real life walaupun aku duduk kat tempat duduk penyokong and dia k2t atas padang lawan hoki.
52. Dapat jadi murid target UPSR semasa di sekolah rendah walaupun tak capai target. Dah takde rezeki.
53. Dapat 4A1B dalam UPSR.
54.Diberi peluang untuk menulis quotes and In Sha Allah, kalau takde aral melintang next year aku akan terbitkan buku sendiri...
55. Ada kakak yang pandai masak kek yang sedap-sedap. Aku suka makan kek tapi tak pandai masak. Keh Keh >_<
56. Dapat jadi student Ustazah Nadia si kecil yang comel dan amat-amat cool... Suka lah ! ^_^
57. Dapat rangkul Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil tahun 2011 dan 2013.
58. Ada adik yang super nakal yang selalu je buat aku nak ganyang-ganyang dia masa dia sedar, tapi nak cium-cium dia bila dia tidur.
59. Boleh berangan tentang perkara sweet-sweet. HEHE.. Nampak sangatlah aku ni kuat berangan kan?
60. Ada mak yang sabar layan kerenah aku yang moody ikut suka hati.
61. Boleh nilai siapa kawan siapa lawan.
62. Boleh follow Hazanis dan Fatin Liyana kat blog.
63. Dapat bersekolah kat sekolah NurulBadiah Lai. SMA Khairiah phew phew XD
64. Ada orang baca blog aku walaupun tak ramai.
Okeh, siap!
Thanks kepada sesiapa yang sudi baca setiap entry aku eyh? Appreciate sangat... Tomg kayu! Eh, salah-silap! Tengkiyu :D
Thanks for reading this entry ^_^

Broken English? Just be cool with it.

Sabtu/12 September 2015
Assalamualaikum...
Hari ni.. Hari ni.. Hari ni aku nak bahas sikit pasal tajuk 'Broken English'. So, kepada sesiapa yang tak yakin nak bercakap englis or terlalu yakin bercakap english and suka sangat judge orang, aku syorkan korang baca entry ni. Sebab aku rasa entry aku kali ni sangat berguna..
English.. Sape tak tahu bahasi inggeris kan? Fuh! Nenek kebayan yang tak belajar tu pun tahu bahasa inggeris. Apatah lagi korang yang belajar. Memanglah sangat-sangat tahu.
Speak in english sekarang ni dah jadi trend kat Malaysia. Boleh dikatakan separuh dari rakyat Malaysia menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa sehari-hari. Itu dari pandangan mata kasar aku la. And selalunya yang guna bahasa inggeris ni orang bandar la sebab orang kampung tak ramai yang pandai ber-BI. Well...
Aku suka ber-BI. Aku mengaku. Aku sangat suka bercakap dalam BI. Kadang-kadang aku ber-BI dengan mak aku yang langsung tak tahu apa-apa tentang BI. Kadan-kadang tu jugak aku lebih suka menggunakan BI dalam sesuatu perkara sebab bagi aku BI sangat mudah difahami. Contohnya, handphone aku, aku setting kan ke dalam BI.
Semasa aku di sekolah rendah, aku dan kawan-kawan boleh dikatakan power jugak lah dalam BI. Walaupun kitorang jarang speaking, tapi kitorang selalu jugak text in english. Tapi, bila aku naik ke sekolah menengah, aku dapat perhatikan ada kejanggalan di antara kenkawan aku dalam penggunaan bahasi inggeris. Lebih tepat lagi diorang tak yakin nak ber-BI. Sebabnya, diorang takut english diorang broken, hancur dan seangkatan dengannya.
Aku mengaku, penguasaan aku dalam BI tak sampai 100%. Lebih kurang 85% aje pun. Tapi aku relax aje speaking english. English aku kadang-kadang broken jugak. Tapi aku relax aje. Bagi aku, broken english tu perkara biasa. Tak payah nak malu sangatlah kalau english kau broken. Kalau BM katj broken kau patut malu sebab kau tu orang Melayu.
Cuba kau tengok orang Cina. BM diorang tu kalau buat karangan memang F! Hancur lebur! Tapi diorang relax and peace je bila BM diorang broken. Bagi diorang, 'at least aku boleh berbahasa Melayu daripada tak boleh terus'. Sama jugak dengan orang Tamil. Kau ingat orang Tamil tu pandai sangat ke ber-BM? Sama aje dengan orang Cina. BM hancur jugak. Tapi diorang relax je. Itu salah satu perkara yang aku respect kat orang Cina and Tamil. Diorang tak kisah BM diorang salah, as long as orang boleh faham apa yang diorang cakap. Besides, it's just a conversation, OK.
So, kepada sesiapa yang takut sangat nak ber-BI, aku syorkan supaya kau contohilah orang Cina and Tamil. 'AS LONG AS ORANG FAHAM APA YANG KAU CAKAP'. And, most important, kau kena yakin dengan apa yang kau cakap. Kalau kau takde keyakinan, memang sampai bila-bila pun kau tak boleh ber-BI. Kau just ignore what will people say if your english is broken. Wat lek wat peace, k?
Kalau kau bercakap dengan omputeh pun, omputeh mesti respect kau sebab kau pandai ber-BI. Hey you! Omputeh lagi teruk dari orang Melayu la. Diorang tu langsung tak tahu bahasa lain. Cuba kau tengok tourist dari Europe or US, diorang datang Malaysia pun diorang still ber-BI. Guna bahasa ibunda diorang. Berapa patah perkataan Melayu sangatlah diorang tahu? Selalunya, pemandu pelancong yang bercakap untuk diorang.
Dear kenkawan sekalian.. Berbanggalah dengan diri korang. Cubalah bercakap in BI. Buangkan rasa rendah diri tu. Kat sini, aku bukannya nak galakkan sangat korang guna BI and buang BM dari kamus hidup korang, NO! BM tu kan bahasa ibunda kita so, please jangan buang BM dari hidup korang... Aku just nak tanamkan keyakinan kat dalam diri korang.. As you know, English tu international language kot. Nanti, kalau korang nak masuk Uni mesti guna BI.
Kalau kat perkampungan, memanglah jarang sangat orang ber-BI. Tapi, cuba kau keluar dari kampung and pergi ke bandar. Fuh! Memang sana sini English.
Kalau kau rasa rendah diri nak ber-BI dengan kawan korang sebab kawan korang tu sangat power dalam BI and suka sangat judge kau, kau cakap aje, "Aku orang Melayu bukannya omputeh nak ber-BI betul memanjang." Surely, dia akan senyap. Kalau aku sendiri pun, aku akan senyap.
Ni special untuk orang yang terlalu power ber-BI and suka judge orang..
"Aku tahu lah kau pandai BI. Pandai sangat-sangat. BI kau tu macam BI omputeh asli. Tapi kau takde hak nak judge-judge or kutuk-kutuk orang yang BI-nya broken. At leasj diorang tu cuba ber-BI and tak riak."
:p
So, kesimpulannya.. Yakinlah untuk ber-BI. Memang bila BI korang broken, akan ada mulut-mulut yang tak bertauliah akan judge korang itu ini. Itu aku tahu sebab aku pun pernah alami tu semua. English aku pun broken ok. Tapi, aku ada keyakinan. Bukannya aku tak malu bila orang judge yang BI aku broken. Malu sangat! But, I think positive. For me, at least I try to learn how to use BI. Not like you, just know to judge people but don't try to learn and speak in BI.
Kalau kau pernah baca entry aku yang sebelum ni, BI aku pun ada broken jugak.. Hey! Chill. Tak perlu perfect pun dalam penggunaan bahasa asing. Yang penting, kau kena perfect dalam bahasa ibunda kau... Malu la sikit kalau BI kau A+ tapi BM kau F. Kau ni orang negara apa sebenarnya? Malaysia ke UK?
Bagi aku la.. Dari sudut pandangan aku.. Tak kisahlah kalau BI aku broken dalam perbualan, tapi tak broken dalam peperiksaan. Kan? Kalau BI kau perfect pun dalam perbualan, takde sape jugak yang nak beri kau markah and gred. Tapi kalau dalam peperiksaan? memang ada orang beri markah and gred. So, make sure tak broken..
My teacher pun pernah cakap, lecturer anak dia yang sekarang ni study kat UK puji students Malaysia melambung-lambung sebab BI penulisan memang pergh! Perfect... Kalau nak compare dengan students UK sendiri.
Omputeh memang kalau speaking, diorang the best sebab bahasa ibunda diorang kan. Tapi dalam penulisan hancur jugak. Grammar hancur. Susunan ayat pun hancur. Sebab, diorang tulis karangan menggunakan bahasa perbualan. Bahasa pasar. Tapi students Malaysia tak. So, dalam bab ni aku sangatlah proud sebab jadi orang Malaysia.. Hey, we learn about grammar but they're not. So, be proud!
Ok, sampai di sini sahaja entry aku kali ni. Sebarang rasa tak puas hati dengan entry aku kali ni boleh email or just komen, k..
Ops.. Before I forget. Just wanna to tell you, readers. I'm just a village girl from Teganu, 14 years old. But, I just 'chill and relax' speak in BI. For me, asal-usul bukan penghalang untuk aku ber-BI.... So??
K Dah, babai!
Entry without picture. I know you're boring...
Thanks for reading this entry ^_^

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...