Saturday, 2 January 2016

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia serta seisinya.
Hari ini Ahad, 3 Januari 2016 dan hari ini adalah hari pertama persekolahan untuk sesi 2016 bagi pelajar-pelajar di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor.
Di kala orang lain sedang nyenyak tidur dibuai mimpi yang entah pape, aku sekarang ini sedang menaip entry ni sementara tunggu tok imam surau melaungkan azan Subuh. (Pergh! Ayat tak boleh blah. Skema habis!) Hehe.. Dah lama aku tak tunggu tok imam azan Subuh. Selama sebulan cuti ni, kalau aku dengar azan Subuh pun aku wak lex wak dek je. Nanti kul 6 pagi baru aku bangun. Kalau rajin sikit kul 3 pagi. Tapi kalau bangun kul 3 a.m pun nanti kul 3.30 a.m aku tido balik XD
Hem.. Memang ada hikmah jugak aku bersekolah jauh ni.
Bermula pada hari ini, rutin aku kembali seperti biasa iaitu bangun pukul 5 pagi. Aku bangun awal pagi sebab nak bersiap awal dan cepat ya supaya nanti tak ditinggal bas. Almaklumlah, kite ni menumpang ;-(

Tapi, seperti yang aku katakan di atas, kalau aku rajin, jam 3 pagi tu muka aku dah basah. Tapi lepas tu aku akan tido balik ya tuan puan.
Hem... Aku rasa lepas ni aku kena istiqomah ler. Jangan kalau rajin je baru bangun kul 3 pagi. Tapi kalau malas aku buat donno je noh. Oleh itu, aku telah menge-set-kan jam handphone aku supaya berdering tepat jam 0300. Insha Allah, lepas ni takkan ada lagi unsur 'kalau aku rajin aku bangun ler'.
Okeh. Apa yang aku dah melalut pasal kul 3 pagi pun aku tak tau... Okey, abaikan saje, ye?
Sejak 30 Disember 2015, aku perasan dan dengar, bila kul 6 pagi je tok imam akan laungkan azan Subuh. Haaa. Peka tak? Peka tak?? Hiks XB So, bermula pada hari ini aku dah set-kan jadual bahawaa tepat jam 0555 aku akan sarungkan telekung sembahyang ke tubuh aku supaya nanti senang aku nak solat. Tak payah terkocoh-kocoh.
Untuk pengetahuan engkorang, ya. Bas sekolah yang datang ambil aku  tepat jam 0615. Kalau lewat pun paling kurang jam 0630. So, means aku ada masa selama 15 ke 30 min je untuk solat, pakai tudung, pakai stoking, ambil beg, botol air serta telekung sembahyang dan tafsir Quran kemudian kuar rumah untuk pakai kasut dan berjalan ke jalan besar yang CUMA 10meter je dari rumah ayah aku. Aku takde rumah ya kawan-kawan.
Kalau 30 min tu mungkin sempat la walaupun sumpah aku terkocoh-kocoh giler. Tapi kalau 15 min tu, eh kirim salam je la. Tak sempat la brader. I pakai tudung 10minit U tau tak?????
Sebab tu kalau awal-awal tahun memang kerja mak aku adalah memekik panggil nama aku suruh cepat sebab takut nanti tertinggal kerana ditinggal bas yang dipandu oleh pak cik bas yang aku panggil Pok Mat Bas. Haha, hebat nama gelaran kau, cik.
And.... Aku tak suka awal tahun sebab setiap pagi aku kena bergerak macam kilat! Kalau start bulan Jun centu aku suka la sebab dah boleh lenggang kangkung. Masa tu mungkin waktu Subuh masuk dalam jam 0545 or 0550 like that (aku pun tak ingat) so lepas solat tu boleh la aku bergerak macam sepupu sepapat siput sedut. Tak payah laju-laju. Penyakit semput pun automatically akan hilang. Yeay!
Untuk pengetahuan engkorang lagi, aku kan bangun awal kan. And aku ni pulak jenis yang suka tido lambat and tak boleh tido awal so waktu  tido aku conform-kompem la sikit je. Paling banyak pun mungkin 4-5 jam. And paling sikit pulak 2-3 jam.. So.... Bila aku pergi sekolah tu memang mengantuklah, kan? And, guess what? Aku tido dalam bas. Setiap pagi (tipu)dalam bas, otw ke sekolah tu, aku akan tido at least 30min. Tapi, sejujurnya aku tido-tido ayam je. Kawan, cenggane aku nak tido-tido ikan kalau Pak Mat Bas on radio Hot FM sound sampai 90% ?? Tak boleh XX Tak boleh XX Dah lah sit aku dalam bas dekat je dengan radio. Memang mengganggu. Tapi mengganggu pun, boleh lagi aku tidur walaupun just tido-tido ayam XD
Jauh sangat ke sekolah dari rumah aku tu sampai boleh tidur dalam bas??
Hem.. Nak kata jauh tu tak lah jugak TAPI jauh la jugak. 7KM dan memakan masa 1 jam untuk sampai ke destinasi JIKA menaiki bas sekolah. Kalau naik motor dengan kakak aku ambil masa 15min je :p Ehh?
Sebab hari ni hari persekolahan yang pertama, memang konfem lah ada perhimpunan. Dan... Aku bersyukur sangat sebab tak perlu bersesak dalam dewan (luckily my school is girl's school so there's no student lelaki :D ) sebab aku ni MPP (pengawas sekolah) ye uolls XD so aku bebas berkeliaran di sekitar dewan. TETAPI sebenarnya, bukanlah perkara 'bersesak di dalam dewan' yang aku takutkan. Apa yang aku risau sekarang ni ialah apa yang bakal berlaku pada pagi ni kat sekolah. November tahun lepas sekolah aku telah menerima pengetua (p'puan) baharu. Aku tak kenal pun siapa dia tapi yang aku tau, ramai students kata dia ni GARANG! Heee… Takutnya!
Akantetapiwalaubagaimanapun, aku doa agar perjalanan perhimpunan pada pagi ini akan berjalan secara soft and smooth je. Insha Allah.
Oh, ya. Lupa nak beritahu. Pada pagi ini, aku akan melangkah ke kawasan sekolah dengan memegang title as a PT3's VICTIM.
Apa yang aku rasa dengan title tu?
Semestinya tidak percaya kerana aku masih rasa yang aku ni pelajar tingkatan 1 yang akan menjalani program orientari pada hari esok. Aku ingat lagi, first day aku masuk sekolah menengah, waktu rehat, aku join satu grup ni. Grup dari sekolah lain yang aku langsung tak kenal diorang tapi salah seorang dari ahli grup tu dah jadi BFF aku dah sekarang. Okey, bukan tu yang aku nak citer.
Sepatutnya, 2 orang student dari sekolah rendah aku terpilih untuk masuk ke sekolah menengah aku sekarang iaitu aku dan Aina (kawan aku). Tapi, masa first day tu aku tak nampak pun bayang Aina so aku keseorangan. Semasa waktu rehat, aku join-lah grup seperti yang aku tulis kat atas untuk pergi rehat di kantin. Masa kat kantin, aku tengok lah ada seorang student ni yang of course pompuan bersandar kat tiang kantin.
Masa tu, dalam hati aku dah terdetik, 'Eh, tu Aina!'. So, cepat-cepat lah aku pegi kat budak pompuan tu. Bila aku tegur dia and dia pandang aku, haaa, memang betul INI AINA. Aku pun pegang la tangan dia sebab masa tu memang aku over excited plus happy. Gila tak? Jumpa geng aku kot. Lepas ni, aku tak keseorang lagi. Yeay! (Dialog aku.) And, guess what? Air mata aku menitik. Lol -,-"
Hahah :D Macam Loser gila sebab nangis just because aku TERjumpa kawan aku. SHa, itu bukan segmen pilih kasih, okay :p
Bila ingat balik, memang aku akan gelak or sengih sengsorang. Lawak ar... Camne la air mata boleh jatuh???
Tapi, takpe. Itu 2014 punya citer. Dah 2 tahun pun berlalu.. Dan, alhamdulillah, aku kini lebih matured. Kalau jumpa kenkawan sekolah menengah, takde dah nak berdrama sampai kuar air mata tapi Insha Allah aku akan tampar bahu diorang macam yang aku buat tahun lepas (2015).
Note:
Kawan sekolah menengah je aku buat centu, okeh. Kawan sekolah rendah tak boleh buat cenggitu sebab diorang ni jenis yang lembut dan tidak suka malah benci akan keganasan. Kawan sekolah menengah ni pulak jenis yang RARE dan OPEN. And, we all pun jenis yang OKAY-OKAY je. Tepuk-tampar-gusti-kejar-mengejar itu just a common thing for us. Sekolah student semua perempuan kan, biasalah. Bebas! Tak payah susah-susah nak control ayu plus bajet lawa nak tudung jentak jentik jentuk.
Oh, aku sangat tak sabar nak tampar bahu kenkawan aku and gelak dengan diorang. Sebulan lebih tak jumpa memang buat aku rindu kat diorang. Sangats!
Hem... Apa lagi eyh nak cite? Aku rasa tak ada dah kot UNTUK PAGI NI. Petang ni tak tau la..
Okey-lah. Aku stop entry aku kat sini dulu, ya? Petang ni kalau aku rajin aku update lain entry and share about what I have done/did today. Okay, guys and girls?
Ok-lah. Bye. Annyeonghasayo. Sayonara. Assalamualaikum W.B.T .
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Salam sayang,
My school shoes for this year = ̄ω ̄=

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...