Friday, 22 January 2016

Kisah Di Sebalik Sebuah Penantian




Assalamualaikum and Hi olls.

Seperti yang korang tahu, aku adalah penghidap penyakit skoliosis which is bengkok tulang belakang. Yes! Tulang belakang aku bengkok. Bengkok ke kanan. So, hari tu, 11 Januari 2016, aku ada appoinment kat hospital berkenaan dengan penyakit ni lah. Aku pergi hospital berdua aje dengan kakak aku. Pergi dengan motor. Mak aku tak ikut. Dah pergi dengan motor, memanglah tak ikut, kan? Kalau ikut, celah mana pulak aku nak duduk?

Appoinment tu pukul 10 pagi so, we both pergi pukul 9 pagi and sampai hospital around pukul 9.30 pagi. Sampai je sana, macam biasa, gi daftar and ambik nombor. Selalunya, part daftar ni lah yang paling best sebab cepat je. Tapi hari tu, lembap yang amat kot! Ramai orang! Huh. Terpaksa menunggu. Pukul 10 baru sampai giliran aku daftar.

Lepas dah daftar and ambik nombor tu, aku dengan kakak aku pergi pulak kat klinik ortopedik. Kat sini pulak satu hal. Ambik nombor dan tunggu dipanggil untuk jumpa doktor. Tapi, kali ini, sebelum jumpa doktor, kena pergi x-ray dulu. Kena tunggu lagi. Nak tunggu dipanggil untuk x-ray tu aje dah sejam, okeh. Pukul 11 pagi baru nurse suruh aku gi x-ray.

Sampai kat tempat x-ray tu, aku ambik nombor giliran untuk x-ray then duduk. Kat sini satu masalah lagi timbul. Mesin x-ray atau apebende entah rosak. So, kena tunggu lagi. Dalam pukul 11.30 pagi camtu lah, baru ada orang datang baiki. Bila mesin x-ray dah elok and nombor pun dah mula bergerak, aku pun, "Alhamdulillah. Cepatlah! Aku lapar ni!" . Haha. Aku lapar crazy okey masa ni. Tak tahan!

Semasa nak tunggu di-x-ray tu, adalah sorang nenek ni datang untuk x-ray jugak. Aku tak tahu berapa angka giliran dia, tapi yang aku tahu angka giliran nenek ni selepas aku. Yang angka giliran tu tak kisah sangatlah. Tapi, yang aku kisahnya ialah nenek tu sakit tapi aku tak tahulah nenek tu sakit apa. Nak menunggu angka giliran dia tu berejam pulak sebab ramai sangat orang yang nak x-ray. Sampai menangis-nangis nenek tu sebab tak tahan sakit. Mujur gak ada seorang perempuan yang teman dia. Aku tak pasti perempuan tu siapa. Sama ada anak atau cucu. Tapi aku rasa cucu kot sebab perempuan tu muda lagi. Dalam awal 20-an camtu. Perempuan tu gosok-gosok belakang nenek tu. Huh! Aku yang tengok ni pulak rasa sayu. Nak menangis pun ada. T_T . Tapi, emosi mestilah kena control. Nanti tak pasal-pasal termalu begitu je.

Semasa nak x-ray tu, aku terserempak dengan schoolmate aku yang sama batch dengan aku tapi dia kelas lain la. Aku sebenarnya kalau boleh tak nak lah duduk sebelah dia semasa menunggu angka giliran untuk x-ray tu sebab hari tu aku tak pergi sekolah. Aku pun pakai t-shirt long sleeve + kain + tudung bawal crepe je. Dia pulak pakai baju sekolah. So, faham-faham ajelah. Dah la kitorang ni sama-sama pengawas! Tak ke haru? Tapi, disebabkan dah tak ada sit lain masa tu, so, redha aje lah. Duduk aje lah kat situ.

Sebelum x-ray tu, doktor dah cakap, buang semua baju and pakaian dalam except kain lah sebab aku nak x-ray bahagian tulang belakang je. So, bila di cakap macam tu, memang aku tak buang la kain. Masa tu pulak aku pakai seluar trek sebagai alas and seluar trek aku tu ada zips which are made of besi. So, bila dah selesai x-ray tu, kecoh sikit la sebab ada besi dalam result x-ray tu. Padahal, sebenarnya bukan apa pun. Zip aje. Hakhak XD

Satu lagi cerita, semasa nak x-ray tu, aku kan pakai tudung bawal crepe, so memanglah akan pakai kerongsang kan? So, semasa nak x-ray tu, doktor buang kerongsang aku. Bila dah buang tu, memang nampaklah rambut aku. Kira macam aku freehair la walaupun tudung tu still ada kat atas kepala aku. Doktor yang x-ray aku tu pulak doktor lelaki ye. So, korang faham-faham aje lah, walaupun tudung bawal crepe still ada kat atas kepala aku, tapi bila tak berkerongsang, memang la tudung tu nak jatuh. So, aku ni, bila tudung nak jatuh aje, mesti aku tarik balik. Aku rasa, doktor lelaki tu geram dengan aku kot. Dia pegang tangan aku kemas-kemas lepas tu dia letak tangan aku kat dinding apa entah. Benda tu macam dinding camtu tapi tak melekat kat dinding la. Aku pun tak tahu apa nama dia. Lepas tu, dia berundur setapak sebab nak tengok posisi aku. Then, dia datang dekat dengan aku balik then betulkan kepala aku sebab kepala aku senget. Lepas tu, terpancarlah cahaya dari sebuah kotak sederhana besar di hadapan aku dan result x-ray pun keluar. Then, terjadilah peristiwa seperti perenggan di atas.

Hahah. Aku rasa nak tergelak bila teringat balik peristiwa tu. Mujurlah kau handsome, doktor. Kalau tak, memang dah naik juling mata aku sebab jeling kau. Tapi aku tak reti nak jeling orang, so macam mana aku nak jeling doktor tu? Ononom! Problem. Problem.

Bila kuar dari bilik x-ray tu, kakak aku beritahu aku pasal conversation yang dia dengar between dua orang doktor lelaki. Maybe doktor yang x-ray aku tu la. Aku tak nak tulis panjang-panjang. Just nak copy-paste balik apa yang doktor tu cakap.

Doktor lelaki 1 : "Eh, name budok tu mende? Nur Halimah ke Siti Halimah?"
Doktor lelaki 2 : "Dok tau gok. Tapi Halimah-Halimah arh!"

Bila kakak aku cerita tu terus automatically aku cakap, "Name Halimah tu ingat ar." dengan muka tak berapa nak puas hati. 50% puas hati dan 50% tak puas hati. Puas hati sebab diorang ingat nama aku. Heheh XD . Dan tak puas hati sebab dia ingat nama Halimah tu aje. Nama Siti tu pulak tak ingat -_-" Apakah?

Lepas dah x-ray tu, pergi balik kat klinik ortopedik then tunggu angka giliran. Masa tu pukul 1.15 petang. Dalam pukul 1.30 p.m tu baru aku dipanggil untuk jumpa doktor. Yang best-nya time jumpa doktor ni ialah doktor yang aku jumpa tu doktor Cina. Doktor lepasan ijazah = MBBS. Handsome ke tidak? Okeh, aku tak nak judge sebab aku pun bukannya perfect.

Masa jumpa doktor tu, tak check apa-apa pun. Doktor tu just beri tarikh untuk pembedahan. And tarikh pembedahan tu ialah pada 7 Februari 2016. It means lagi 15 hari aje tempoh pembedahan tu.

Aku rasa sangat "Alhamdulillah" and bersyukur kepada Dia Yang Satu. Rupa-rupanya Dia dengar doa aku selama ni.

Memang sebelum ni aku selalu doa supaya tarikh pembedahan tu cepat. Around January and February. Kalau Mac dan ke atas tu aku tak nak. Kenapa? Sebab bulan Mei hingga Oktober tu aku dah start buzy. Bulan Mei tu aku dah start exam besar which is exam I'dadi. Bulan Jun pulak exam Kelas Kemahiran Quran (KKQ). Bulan Julai ada kajian kes untuk subjek Geografi dan Sejaran. Bulan Ogos, ada PT3 trial. September rehat kejap. Then, bulan Oktober barulah real PT3 exam. Buzy kan? That's why aku nak operate cepat. Untuk mengelakkan aku daripada terkejar-kejar untuk buat persiapan untuk exam.

Lepas operate, aku akan diberi cuti selama sebulan. Kalau aku operate bulan Mac, mestilah bulan April baru masuk sekolah. Huuu. Tak sempat weyh nak buat revision untuk exam. Dah lah aku ni memang jenis yang malas nak buat revision. Hehe XD .

Lepas dah habis check-check apa semua dengan doktor Cina tu, doktor tu suruh aku gi ambik darah kat bilik No. 10. Aku dah terketar-ketar dah masa tu. Takut woi! Teringat balik masa aku ambik darah time form 1. Nak kata sakit memang tak lah! Tak sakit pun. Doktor tu ambik darah pulak kat bahagian bahu, lagilah tak sakit. Tapi... Lepas aku ambik darah tu, AKU PENGSAN! Since that time, aku mula fobia dengan jarum and trauma nak ambik darah. Tapi, hari tu, setelah 2 tahun perkara tu berlalu, sekali lagi aku kena ambik darah. Dalam hati, "Janganlah sakit. Janganlah pengsan!".

On the way ke bilik no. 10, muka aku relax je walhal dalam hati, Ya Allah! Takutnya! Sampai kat bilik tu, doktor tu suruh duduk. Then, doktor tu keluarkan jarum. Aku tengok jek. Tak tau kenapa, best pulak aku tengok jarum.

Mula-mula doktor tu nak ambik darah kat tangan sebelah kiri, kat bahagian lipatan antara lengan ke jari dan lengan ke bahu. Masa dia cocok tu, ya ampun! Sakit crazy! Dalam hati aku tak putus-putus istighfar. Sabar-sabar, tak sakit pun. Huhu. Sikit je lagi air mata aku nak kuar, doktor tu pun tarik jarum tu kuar. Masa tu aku ingatkan dia dah ambik darah. So, aku pelik lah. Bila masa doktor tu tarik picagari tu?? Tapi, bila aku tengok picagari tu, rupa-rupanya tak boleh ambik darah sebab tak jumpa salur kapilari darah, salur vena dan salur arteri. Dalam hati aku, sabar-sabar.

Dah tak boleh ambik darah kat tangan sebelah kiri, so, ambik kat bahagian tangan sebelah kanak lah pulak. Tapi, masa ni best sebab tak sakit pun. Sedar-sedar aje, darah tu dah diambil. Huhu. Best lah pulak aku rasa.

Aku tengok darah aku warna merah gelap. Masa tu memang pelik sebab bukan ke warna darah merah cerah eyh? Tapi bila dah belajar Sains ni, baru aku faham. Darah yang warna merah gelap (hemoglobin) adalah darah yang tiada oksigen dan darah ini terdapat dalam salur vena. Darah yang berwarna merah cerah (oksihemoglobin) pula ialah darah yang ada oksigen yang terdapat dalam salur arteri. Oh! Centu.  Guys, correct me if I'm wrong. Eh, kenapa pula aku mengajarkan Sains di sini? Adakah kerana simpton-simpton berlagak pandai sudah memasuki pembuluh darahku?

Lepas doktor tu ambik darah, aku bangunlah berdiri sebab nak kuar dari bilik tu. Tapi.... Perkara 2 tahun lepas berlaku kembali. Seriously, masa tu aku rasa memang pening crazy. Rasa macam nak pengsan. Berjalan pun tak betul. Pandangan kabur aje. So, aku duduk kejap kat sit kat hadapan bilik no. 10. Mujur masa tu takde orang. Heheh XD . Bila dah reda sikit baru aku bangun balik. Huu. Kenapa perkara yang aku tak nak jadi tu jadi jugak? Adoi.. 6 Februari ni ambik darah lagi. Alamatnya pitam jugaklah aku nanti.

Lepas dah selesai ambik darah apa semua tu, aku dengan kakak aku pergi ke bahagian bius untuk ambil tarikh bius. Sampai sana dalam pukul 1.50 p.m camtu ar. Nurse suruh tunggu kejap sampai kul 2 p.m sebab masa tu doktor tengah lunch. Break time.

Sebelum jumpa doktor, kena kena ukur tinggi and timbang berat dulu. Nurse yang catat berat and tinggi aku. Aku just naik atas alat timbang berat and ukur tinggi aje. Berat aku 39kg. Turun. Tinggi pulak 138cm. Pun turun jugak!!? Tahun lepas, doktor ukur tinggi aku => 140cm . 7 Januari lepas, kawan aku ukur tinggi aku => 139 cm. Kali ni, nurse ukur tinggi aku => 138cm. Yang mana sebenarnya betul U_U ? Dan, tak sangka tinggi pun boleh turun -_-" . Ingatkan berat aje.

Semasa doktor pakar bius tu check aku, doktor tu suruhlah aku bukak mulut luas-luas sebab katanya nak masukkan paip apa entah dalam mulut aku semasa proses pembedahan tu. Yang penting benda tu berkaitan dengan bius lah. Aku pun bukaklah mulut luas-luas. Tapi, doktor tu suruh bukak luas lagi. Tapi.... Itu aje tahap aku. Aku boleh bukak mulut seluas tu which is sangat kecil ok. Doktor tu tanya, "Awok boleh gigik (gigit) dok sute (sebiji) burger?" Aku geleng. Then, doktor tu gelak. Lucu agaknya. But, seriously talk, aku memang tak boleh nak gigit satu burger. Kalau aku makan burger, aku akan makan roti dulu, then baru makan daging burger. Rumit kan?

Lepas dah check tu, doktor ambiklah kertas yang nurse catat tinggi and berat aku tadi. Then dia tanya aku, "Berat awok 39kg, dik?" Aku angguk tapi doktor tu pulak geleng. Kenapa doktor? Doktor nak suruh saya tambah berat badan saya ke doktor? Tak nak saya doktor! Doktor, doktor tau tak kawan saya kata saya ni obesiti? Diorang siap gelak lagi doktor. Doktor!! Saya tak nak!!!!

K, dah. Stop berdrama.

Aku balik dari hospital dalam jam 3 p.m centu ar. Tapi tak balik ke rumah pun. Kakak aku bawak aku gi makan nasi ayam kat bus stand Kuala Terengganu. Bus stand Kuala Ganu bukan macam tempat lain ya. Bus stand ni lain dari yang lain. Niat dari hospital nak makan nasi ayam, alih-alih sampai sana makan nasi goreng kampung Apa daa.. Perempuan memang macam ni, ke? Rancang lain buat lain?

Semasa makan tu, ex-pakwe kakak aku time dia sekolah menengah dulu datang. Aku ni pulak jenis yang memang tak layan lelaki. So, memang aku buat bodoh aje lah. Cakap pun merepek merapu merabang sekali sampaikan lelaki tu tergelak dengar aku cakap. Aku tak tahulah apa yang kelakarnya. Oh, ye. Lelaki tu umur 24 tahun, kakak aku pulak umur 20 tahun. Masa tu, dalam hati aku cakap, "Mujur gok kakak aku dok kapel doh." Ya, bersyukur sangat.

Part paling aku rasa nak cincang lelaki tu ialah bila dia tanya aku, "Darjah berapa?" Aku dah jeling dah dia masa tu walaupun aku tak pandai nak jeling. Kakak aku pulak bantai gelakkan aku.

Dia cakap, "Jangan tengok gitu, dik. Umur brape?"
Aku jawab, "15 tahun."
Dia balas, "Oh, kecik macam kakak dia gok."
My expression, > Muka tak berperasaan < 'Huhu! What's the point dia samakan aku dengan kakak aku? Aku-aku. Kakak aku-kakak aku.'

Lepas dah siap makan tu, kitorang pun balik. So begitulah ceritanya.

Kisah Di Sebalik Sebuah Penantian

Doktor suruh aku masuk wad pada 5 Februari 2016. 6 Februari 2016 ambik darah. 7 Februari 2016 operate. Wish me luck, eyh guys. Aku harap, aku boleh jadi sihat seperti sedia kala. InshaAllah, amin..

Perancangan aku semasa stay kat hospital ialah bawak buku banyak-banyak. Aku dah siap beli 2 buah lagi buku iaitu buku #Henshin by Aiman Banna and Maryam Anak Syurga by Ruqqayah Farhani and Abdullah Mubarak. Sekarang ni, aku sedang mencuri masa untuk habiskan baca novel 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate.


Salam sayang,


Budak ni lah yang nak kena operate nanti. Wish me luck eyh, saudara-saudara semua.
Budak 140-139-138 cm. Rendah sangat ke?


Thanks for reading this entry ^_^



No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...