Friday, 1 January 2016

Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak share something dengan korang yang sudi baca belog aku ni. Hope dapat beri manfaat kepada kamu-kamu semua :)
------------------------------------------------------------------------
Perkongsian sesi berharga bersama
Imam Masjid Nabawi Syaikh Dr Abdul Muhsin Al-Qasim
Sabtu 2/1/2016, Kuliah Subuh di Masjid Muhammadi, Kota Bharu sempena lawatan Sheikh ke Kelantan.
------------------------------------------------------------------------
BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA
("Topik nampak simple," kata Sheikh. Tapi ramai yang tidak berapa ambil berat.)
***
Sebaik-baik ibadah selepas ibadah kepad Allah.
Kunci kebahagiaan dalam kehidupan.
Suami taat kepada ibubapa, isteri akan taat kepada suami. Begitu juga anak-anak.
Lebih afdhal daripada berjihad di jalan Allah ⇨ Jihadlah dengan berkhidmat kepada kedua ibubapa jika mereka masih ada.
Siapa yang berkhidmat kepada ibubapa, termasuk dalam kalangan ahli syurga.
Banyakkan berdoa kepada kedua ibubapa.
Kenapa Allah suruh buat baik kepada ibu bapa?
= Kerana ibu dan bapa sebelum kahwin, mereka usaha cari pasangan yang baik untuk dapat anak yang soleh serta solehah. Usaha mereka sebelum kita ada lagi.
Bila kahwin, ibu mengandung, bawa anak dalam kandungan 2-3kg, 9 bulan, bawa kesana kesini, bayangkan ibarat bawa air dalam jag berat ke sana ke sini, baju pulak kena tukar saiz yang sesuai dan sebagainya.
Bapa pula ambil berat sepanjang 9 bulan jaga ibu mengandung, cari makanan yang baik-baik, vitamin la dan macam-macan lagi.
Melahirkan anak pun susah. Pakar pun tak dapat cari cara bagaimana nak beri ibu beranak tapi tak sakit selain dari pembedahan. Tapi, kalau pembedahan, waktu untuk berpantang pula lama. Lihat, Allah nak bagi rasa cara yang telah ditetapkan juga untuk melahirkan anak.
Saiz anak besar, keluar melalui jalan yang sempit, betapa sakitnya. Sumpah! Tak boleh nak bayangkan. Mak aku kata, sakit nak melahirkan anak itu macam nyawa kat atas bubun kepala. Nak putus nyawa dah.
Dah lahirkan anak, pilih nama yang baik dan indah pula. Menyusu lagi. Semasa menyusu, seseorang ibu itu MESTI menjaga pantang larang yang telah ditetapkan sepanjang tempoh penyusuan.
Bapa pula susah payah nak cari nafkah nak membesarkan kita.
Dah bagi susu, keluar pula najis, basuh dengan tangan tanpa sedikitpun ada rasa geli. Bapa pula susah belikan lampin nak bagi selesa anak.
Selepas itu, hidup dalam keadaan 'emergency' sahaja. Anak menangis, bangun, pampers penuh tengah malam, tukar, pergi mana-mana kena bawa anak.
Selepas 2 tahun, habis menyusu, mula makan, ibu bapa suap pula. Anak sentuh makanan, sentuh ibu bapa, kotor, ibubapa tak marah pun sebab mereka sayangkan anak.
Ibubapa tengok minat anak pula. Apa yang anak suka, dibeli, diberi.
Anak nak makanan yang ibubapa suka, mereka beri walaupun tiada yang tinggal untuk mereka.
Anak sakit, cari doktor yang baik dan hebat. Rela keluar duit sampai 3 angka semata-mata nak nak anak sihat.
Sampai anak umur 7 tahun, pilih sekolah yang baik dan hebat pula.
Kalau anak sakit gigi, pergi klinik cari doktor. Keluar duit lagi.
Untuk pengetahuan, bapa kita dah belanjakan lebih 100k untuk besarkan kita. Mungkin sampai SEJUTA. Bagaimana pula kita 'beri' dan 'buat' sebagai balasan kepada dia sekarang?
Apabila anak masuk sekolah, cari pula pakaian, buku dan sebagainya untuk menyekolahkan anak.
Dah besar, nak kahwinkan pula. Habiskan pula wang untuk majlis perkahwinan terutama anak perempuan. Kalau anak lelaki, bapa mungkin tolong top-up kan wang hantaran sebab kesiankan anak tak cukup duit untuk penuhi permintaan wang hantaran kedua bakal mertua.
Bila dapat menantu dan cucu, ibu bapa pula yang sibuk dan terlebih gembira.
Tiada siapa tahu kesusahan yang telah / pernah / akan dilalui ibubapa selain daripada Allah.
Sebab itu Allah peringatkan agar jangan berkata 'buruk' kepada mereka walaupun 'uh' dan 'ah'. Dan Allah perintahkan kita untuk mendoakan mereka.
Untuk berbuat baik kepada ibubapa, bukan sekadar bagi duit / benda, tapi kena berkomukasi dengan mereka. Mereka sebenarnya rindukan kita dan mereka langsung tak mahukan harta (duit) kita.
Walau sebesar manapun kita, selagi ibubapa masih ada, selagi itu mereka anggap kita sebagai anak (kecil).
Apabila mereka tiada, berbuat baiklah kepada sahabat-sahabat mereka. Apabila mereka tiada, sentiasalah mendoakanlah mereka.
***
Kepada engkorang yang baca entry ni, nanti, peluk dan ciumlah kedua ibu bapa, beritahu kepada mereka yang kau baru sahaja baca satu entry blog tentang berbuat baik kpd ibu bapa. Berbuallah dengan mereka. Banyak yang mereka nak katakan, sebenarnya.
Aku doa supaya kita jadi anak yg suka dan selalu berbuat baik kepada ibu bapa. InsyaAllah.
~ Sekian ~
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Salam sayang,
-Last pic for last year (2015). At Kampung China, Kuala Terengganu.-
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...