Thursday, 2 June 2016

Lirik lagu Terakhir - Sufian Suhaimi

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x

Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x

(Korus)
Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkan mu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh tuhan
Kumahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buatku

Ulang dari korus

************************************

Assalamualaikum :')

.

At first aku tak tau pun yang lagu ni betul-betul wujud. Selalu jugak dengar kenkawan nyanyi, tapi aku ingatkan lagu yang diorang nyanyi tu lagu 'orang biasa' je nyanyikan. Bukan artis. Tapi aku silap. Lagu ni siap masuk radio lagi.

Tapi kan, aku tak tahulah kenapa kawan-kawan aku suka sangat dengan lagu ni. Dan yang suka lagu ni mestilah kawan-kawan yang jenis jiwang karat dan ada pakwe walaupun tak semua. Oh, yeah.

Aku kureng sikit dengan lagu Meleis ni. Bukan sebab aku ni orang Western. Tapi faham-faham je la, lagu Meleis ni jiwang oi. Aku ni pulak bukannya stok-stok jiwang. Tapi takpelah. Lagu aje pun. Yang penting, Malaysia tetap dalam hati <3

Satu perkara yang mengejutkan tentang lagu ni ialah, penyanyi yang menyanyikan lagi ini iaitu Sufian Suhaimi ialah mahasiswa UniSZA, Kuala Terengganu according to my friend la.. My hometown! HAHA. Serius tak caye. And lagu ni pun ada ceritanya yang tersendiri. Dan semasa lagu ini ditulis, cerita itu betul-betul terjadi. Em... Korang faham-fahamkanlah lirik lagu ni. Aku malas nak tulis secara detail.

Ok lah. Itu aje nak tulis. Tulis panjang bukannya ada orang baca pun, an? Viewers cam ramai, tapi berapa kerat sangatlah yang hadam 100% penulisan aku? But, it's ok. Menulis biarlah ikhlas :')

Ok, lah. Bai dan assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Ps: Korang boleh terima tak penulisan aku?

Ps: Aku sebenarnya ada banyak idea nak tulis kat belog. Tapi.... rumah aku takde wifi. Nak update dengan handphone pulak, word limit. Gambar pun susah nak upload T_T

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...