Saturday, 25 June 2016

Throwback zaman Sekolah Rendah Dulu-Dulu



Nota keyboard : Entri ini memang mungkin panjang. Jadi, jangan baca kalau kau bukan seorang yang suka membaca. Sekian, terima kasih. Btw, selamat membaca kepada manusia yang rajin dan suka membaca. Have a nice day ahead. Sincerely yours <3




:) :D ;) ;D




Assalamualaikum & hai semua ^_^





Hari ni aku rasa macam nak throwback balik je zaman-zaman sekolah rendah yang dah 2 tahun 5 bulan aku tinggal. Nak throwback balik zaman kegemilangan aku dulu tu sebab bila aku masuk sekolah menengah, aku dah tak gemilang. Sobs! Untuk pengetahuan engkorang semua, masa aku sekolah rendah dolu-dolu, aku hebatlah jugak tau. Hehe. Hebat macam mana? Haa, meh sini aku nak citer.



Masa sekolah rendah dolu-dolu, agak banyak jugaklah anugerah yang aku peroleh sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Kira macam pelajaran dan aktiviti sukan aku ni tak seimbang manapun lah dolu. Dua-dua hebat, dua-dua mantop. (Kenapa aku rasa macam dah bangga diri ni? Hiks!)



Zaman sekolah rendah dolu-dolu (macam dah lama je zaman tu berlalu bila gandakan perkataan dolu-dolu), aku ni antara student yang aktif sukan la. Kalau ada pertandingan sukan apa-apa, mesti ada nama aku terselit walaupun tak selalu dan bukan dalam semua acara.



Dolu-dolu aku memang minattttt sangat sukan dan bersukan, sebab itulah kulit aku dulu gelap macam arang. Cuma sekarang ni aje cerah lah sikit sebab aku dah tak bersukan. HUHU. Nak berjemur tengah panas pun aku tak berani yer, apatah lagi nak bersukan macam dolu-dolu. Huu, tak sanggup! Nanti naya je kulit muka aku bertambah gelap. OH! I'm so trauma and fobia with that "gelap & dark" word. (Ai em so ngade! K, ai know.)



Zaman sekolah rendah dulu, aku ni merupakan pemain hoki sekolah aku. Sebab itulah aku minat hoki. Faizal Shaari & Fitri Shaari! Oh, God!  Banyak jugak ar 'kejayaan' yang aku dapat dengan bermain hoki ni. Sila rujuk gambar di bawah.








Antara sijil-sijil hoki and medals yang aku dapat sepanjang 3 tahun bermain hoki. Sebenarnya, ada lagi sijil hoki aku, tapi banyak sijil yang hilang. Sobs! Untuk pengetahuan engkorang, aku start main hoki masa darjah 3.



Sepanjang bermain hoki tu, aku dapat jadi JOHAN sekali semasa mewakili sekolah untuk peringkat daerah, lepas tu NAIB JOHAN sekali dalam pertandingan hoki peringkat negeri dan 5 kali dapat tempat KETIGA. Satu daripadanya semasa mewakili daerah untuk peringkat negeri and yang lain semuanya wakil sekolah untuk peringkat daerah.



Nak kata bangga tu, ialah, banggalah banyak sikit. Siapa tak bangga kan? Pagi petang kot aku pi berlatih hoki. Bila ingat balik, macam orang gila pun ada jugak aku ni dolu-dolu sebab main hoki tengah-tengah panas. Tapi, itulah. Perkara gila itulah yang aku minat sesangat tu.



Untuk pengetahuan engkorang, aku juga ada sijil ni, tengok gambar bawah.


 

SIJIL HOKI WAKIL NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN. Tiap kali tengok sijil ni, mesti aku rasa macam nak senyum je. HukHuk ;)



Sebenarnya, aku tak pernah pun wakil negeri Terengganu dalam sukan hoki ni. Setakat wakil daerah tu ada ler. Sijil ni coach aku copy yang kawan aku punya sebab masa darjah 6 dolu-dolu (dah berapa kali aku ulang perkataan dolu-dolu ni?) aku ada minta untuk masuk ke sekolah sukan untuk tingkatan satu, so coach aku berilah sijil ni kat aku. Katanya, mudah sikit untuk diterima masuk. But, lastly, aku stuck kat sekolah agama. Bila dapat tawaran ke sekolah sukan yang aku mintak tu, aku reject je. Impian untuk jadi atlet pun terkubur begitu sahaja. Sobs! Begitulah ceritanya.

Selain itu (Perhatian! Ini ayat sasterawan), aku pun pernah masuk pertandingan olahraga tau. Antaranya, lumba lari 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat tinggi and lompat jauh. And, semua pertandingan yang ada perkataan 'lumba lari' tu ,semuanya aku dapat tempat ketiga tetapi untuk peringkat sekolah ajelah. Hehe >_< (Alah! Baru acah-acah nak bangga -_-) Peringkat daerah tak menang pun. Sobs! Lompat tinggi pulak seingat aku, aku dapat tempat keempat masa tahun 2011 and lompat jauh aku dapat tempat ke-3 masa tahun 2011 dan naib johan pada tahun 2012.





Sijil yang kiri and kat atasnya ada medals tu, tu sijil olahraga peringkat sekolah tahun 2011. Yang tengah tu pulak sijil olahraga peringkat daerah 2013. Aku join sukan lompat jauh je time tu and aku tak menang pun. Nangis ;( . Yang kanan hujung tu pulak sijil bola jaring. Haaa, aku pun main bola jaring jugak tau walaupun masa tu aku pendeks gila. 135 cm! Kau rasa? Hehe. (Kecil-kecil cili padi tau :p) Tapi sukan bola jaring pun tak menang jugak. Boleh masuk separuh akhir je sebab pengadil main makan rasuah. Diorang memang dah plan untuk kalahkan team sekolah aku atas beberapa sebab (dengki). Camne aku tahu? Sumbernya dari coach bola jaring sekolah aku lah. Sebenarnya, dah terang-terangan pengadil tu tipu! Takpe ar  camtu pengadil. Ni sedih ni. Ni nak nangis maki ni.



Selain sukan, aktiviti kokurikulum lain yang aku join ialah perkhemahan badan beruniform. Kat sekolah rendah aku, pelajar tahun 4, 5 & 6 DIMESTIKAN berkhemah. Disebabkan students sekolah aku masa tu tak ramai, just 200++ aje students, so, tak kisah sangat lah kalau semua students tahap 2 join perkhemahan. Best jugak tau. Boleh jadikan diorang kuli. Well, bila dah jadi senior (darjah 6), memang junior akan patuh cakap kita. Kakaklah katakan..





Aku join program perkhemahan ni 3 tahun tau. Darjah 4, 5 & 6. Tapi sijil perkhemahan ada 2 je. Hok se gi dok tau pah (gi) mane.

Sijil yang belah kanan hujung tu, sijil penyertaan untuk hari Puteri Islam tahun 2011. Masa tu, aku masuk pertandingan membuat gajet ape entah. Aku pun dah tak ingat sangat.  Masa sekolah rendah, aku join unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) tau. Aku ni one and the only student yang pakai tudung bulat +  besar pi sekolah dolu-dolu (-_-) , ya know :p





Sijil Penghargaan. Untuk pengetahuan engkorang aku pernah pegang beberapa jawatan penting semasa kat sekolah rendah dolu-dolu. Antaranya ialah setiausaha Kelab Seni dan Kebudayaan tahun 2013, naib pengerusi PPIM tahun 2013, naib setiausaha rumah sukan UKM (Hijau) tahun 2013 dan naib bendahari PPIM tahun 2012. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jadi S/U kelab Seni & Kebudayaan sebab aku memang tak berseni dan tak minat seni. Genetik tak berseni tetapi berlagak genius mengalir di salur venaku. Gituuu. (Waa. It's Science! It's Bio! It's medic! ^_^ -_-) Sebenarnya, ada banyak lagi sijil-sijil penghargaan aku. Sijil AJK kelab persatuan, unit beruniform and rumah sukan tahun 2010, 2011 & 2012. Tapi aku tak tahu ke mana 'diorang' seme pegi. Diorang benci aku ke? Arh!! Sadisnya hati ;(



Seperti yang aku tulis kat atas tadi tu, aku pun kira handal lah jugak dalam kurikulum. Tapi tak lah bijak mana/sangat. Macam budak biasa jugak.. Bijak tu adjektif okeh! Hiraukan aje. Semuanya tu anugerah Allah.



Aku pernah terima anugerah pelajar cemerlang Exxonmobil pada tahun 2011 dan 2013. Anugerah ni, dia pilih satu atau dua orang pelajar sahaja dari darjah 4, 5 & 6 dan tingkatan 3, 4, 5, 6 bawah & 6 atas dari setiap sekolah tapi tak semua sekolah la. YANG TERPILIH SAHAJA! Pelajar universiti pun dapat. So, aku adalah antara insan bertuah yang terpilih. Syukur, alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi kan?




EXXONMOBIL.
THE BOARD OF TRUSTEES OF THE EXXONMOBIL EDUCATION AND SCHOLARSHIP IN MALAYSIA HEREBY AWARDS SITI HALIMAH BINTI MOHD TAHAR WITH THE HIGH ACCHIEVE AWARD.



Setiap kali aku tengok sijil ni, mesti aku akan rasa macam tak percaya je. Sungguh! Aku memang tak expect langsung yang aku boleh dapat anugerah ni sebab ramai lagi kott manusia yang lebih bijak dari aku.



Oh, ye. Pada tahun 2011, majlis Exxonmobil ni diadakan di Riyaz Heritage Resort & Spa, Kuala Terengganu and pada tahun 2013 pulak diadakan di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Pulan Wan Man, Kuala Terengganu. Alah.. Tempat Masjid Kristal tu. Yang tahun 2012 punya aku tak dapat sebab teacher aku tak hantar borang! Penat-penat je aku isi borang tu tapi dia tak hantar pun! Bagi tong sampah makan..



Selain daripada sijil, aku pun dapat hadiah jugak tau. Nak tau apa? Sila tengok gambar di bawah.




RM600. Banyak lah tu kan? RM600 aku dapat cenggitu je. Ayah aku nak dapat RM600 pun kena kerja membanting tulang dulu.



Baucer bagi pelajar tahun 4, 5 & 6 memang berjumlah RM600 setiap tahun. Tiada lebih dan kurang. Bagi budak Uni, diorang dapat RM1000++. Alah! Best-nya XD



Selain itu, aku pun dapat anugerah ni :-




ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013. Masa ni, aku dapat anugerah pelajar terbaik dalam mata pelajaran BM Pemahaman (BMK) dan BM Penulisan (BMP) bagi darjah 6. Sebenarnya aku nak subjek Matematik ngan BI tapi tak boleh sebab kawan aku dah curi!!!! Alah.. Takpe ar ceni diorang, takpe ar ;(



Result UPKK dan USPSR :-




Sebenarnya aku malu XD nak tunjuk result UPKK dengan UPSR aku sebab aku tahu engkorang punya lagi havoc dan lagi meletop dari haku punya. Tapi, takpe lah.. Tunjuk aje lah. Nak malu pun tak guna gak, kan? Perkara yang betul dan dah berlalu pun. (Walaupun hakikatnya muka aku dah tebal berinci-inci.)



Exam UPKK aku dapat 6A2B. Sirah dan Adab aku dapat B. Sebenarnya aku tak sangka gak aku boleh dapat 6A sebab memang satu habuk pun aku tak study untuk exam UPKK ni. Sebelum exam aku main-main, lepas exam lagilah aku main-main. Memang kaki tangan main-main sungguh aku ni. Pulak tu, masa tengah exam tuh, aku asyik jeling orang sebelah tanpa disedari orang lain aje sebab kat sebelah aku masa tu ada budak handsome. Hiks! Gatal gak aku ni ye. Huhhu XD



Exam UPSR pulak aku dapat 4A1B. Sains aku dapat B. Sedih gak ar sebab tak dapat 5A. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab aku dapat B subjek Sains. Masa tu memang aku dan Sains adalah MUSUH. Ketika itu, Sains dan aku memang tidak ngam dan kemceng seperti sekarang. Sains langsung tidak boleh masuk ke dalam otak aku dan otak aku pun tidak membenarkan Sains untuk membuat petempatan di dalamnya. Aku pun pernah cakap yang aku tak kisah kalau Sains aku dapat B walaupun hakikatnya aku nangis jugak sebab Sains aku B! And aku pun pernah bermimpi dan termimpi yang aku dapat 4A1D dalam UPSR. Kau rasa? Kalau aku, aku tak rasa pape pun :p



Selain kurikulum dan kokurikulum, aku pun ada jugak dapat 'hadiah & anugerah and watsoeve' dalam bidang yangentahapaapanamanyapunakutaktahu. Contoh? Alah,, bacalah.. Hehe XD



Seperti yang engkorang tahu (kalau korang dah baca entry aku yang sebelum-sebelum ni korang tahulah. Kalo tak tahu, maka rajinkanlah diri anda untuk membaca mereka), aku ni memang minat dengan subjek Bahasa Inggeris. Sangat minat. Sama ada dalam mengarang mahupun bercakap. Walaupun begitu, tak lah bermakna aku tak suka dengan Bahasa Melayu. Bahasa ibunda tuh!



Haa.. Disebabkan aku ni memang minat BI, so, aku telah terpilih kerana telah dipilih oleh teacherku yang baik hati kerana telah memilih aku untuk mewakili sekolah ke pertandingan Smart English peringkat daerah ketika di darjah 4,5 & 6. Huu.. Waktu ni, aku rasa aku ni Australian sangattt!






Sijil pertandingan Smart English tahun 2011 - 2012 - 2013 .



Sebenarnya, sijil yang tahun 2012 tu bukan sijil asli. Tu sijil penghargaan dari pihak sekolah aje. Sijil aslinya aku enggak tahu di mana. Mungkin hilang. Yeobo, odi isso? (Baby (sayang), where are you going?)



Sepanjang menyertai Smart English, sekolah aku telah berjaya merangkul tempat ke-4 pada tahun 2011, tempat ke-3 pada tahun 2012 dan naib johan pada tahun 2013. Kau nampak tak tu? Prestasi semakin memberangsangkan kan? Australian sangattt!



Selain Smart English, aku pun pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita untuk Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG) Manir. Tapi, aku tak pernah menang pun. Dapat saguhati aje. Tapi takpe. At least dapat jugak kan?


 

Kiri - 2012
Kanan - 2013





Sijil Penyertaan Pertandingan Membuat Buku Skrap Jawi 2012 dan Sijil Penyertaan Kem Bestari Solat 2008. Sebenarnya 6 tahun berturut-turut (2008-2009-2010-2011-2012-2013) aku join Kem Bestari Solat tanpa pernah miss hatta sehari pun tapi sijil ada satu je. Lagi 5 sijil aku tak tahu la diorang pergi merewang ke mana. Mungkin mereka mencari makwes or pakwes di dalam fail orang lain KOT.





Sijils, pingats and medal ni semenye aku dapat daripada anugerah NILAM = Nadi Ilmu Amalan Membaca. 4 jenis pingats, 1 jenis medal dan 5 jenis sijils yang berbeza-beza bentuk dan coraknya.



Meh aku senaraikan.



Darjah 2 - 2009 => Gangsa
Darjah 3 - 2010 => Perak
Darjah 4 - 2011 => Emas
Darjah 5 - 2012 => Nilam
Darjah 6 - 2013 => Nilam



Engkorang fikir senang ke nak dapat anugerah ni? Tiap-tiap hari aku baca buku (walaupun hakikatnya tak baca pun -_-) then catit/catat kat dalam buku program NILAM, okeh. Untuk pengetahuan engkorang, sepanjang 5 tahun aku berkecimpung (oceh!) dalam program Nilam ni, adalah kot dalam 11 atau 12 buah buku Nilam yang aku ada sebab aku beli.



Dua tahun lepas (2014), selepas aku masuk sekolah menengah, aku pun beri ar buku tu kat adik aku, Zameri (2016 - 11 tahun) sebab nak dia copy paste apa yang aku dah tulis ke dalam buku Nilam dia sebab aku tahu dia malas membaca. Tapi kau tau apa yang dia buat dengan buku NILAM aku tuh? Dia guna buku Nilam aku tu untuk bungkus nasi lemak versi pasir mentah tak perlu dimasak terlebih dahulu dengan kenkawan perempuansss dia (sebab dia tak ramai kawan lelaki). Kau tahu apa yang aku rasa? Rasa macam nak lenyet-lenyet je budak tu. Membazir duit aku jer beli buku Nilam tu yang harganya 70 sen setiap satu.



So, jumlah pembaziran ialah - RM 0.70 x 11 = RM 7.70 !!!



Aku beli Big Apple kat Giant pun manyak bagus!



Dot.Dot.Dot



Masa kat sekolah rendah, mesti engkorang ada pegang jawatan apa-apa kan? Macam pengawas sekolah ke, Pembimbing rakan sebaya ke, tak pun Pengawas pusat sumber (pengawas pustaka) . Kan? Kan? Haa.. Aku pun cenggitu jugak. Tapi, aku ni jenis tamak sikit, Kalau boleh, semua jenis jawatan aku nak pegang. Semua jenis baju aku nak pakai. HikHok! Over kan? Tapi, malangnya. Sekolah rendah aku dolu-dolu ada pengawas sekolah ngan pengawas pustaka jep :( Sobs sobs ;(



Masa aku darjah 1 & 2, aku jadi murid biasa aje. Biasalah.. Masa ni kan, baru nak mengenal erti alam persekolahan yang sebenar. Jadi bos kepada mak ayah lagi masa ni. Nak suruh pergi ambik dan hantar tiap-tiap hari ke sekolah (tapi aku tak. Aku rare! Aku berani! First day sekolah, aku dah pergi naik basikal je wey! Hebat tak? Hiks >_<). Masa ni zaman bawak beg bertayar ke sekolah lagi. Diorang fikir sekolah tu airport ke apa nak bawak beg tayar-tayar bagai. Menyampah! Aku jugak pelajar yang bagus. Bawak je beg galas kat belakang yang aku dapat sempena anugerah pelajar cemerlang masa kat PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) masa 6 tahun sampai koyak rabak beg tu masa akhir tahun sebab buku banyak dan  berat sangat. Engkorang tau tak yang aku ni hanya mampu teguk air anggur telan air liur aje bila tengok students lain bawak beg versi tayar-tayar. Huuuu...



Masa darjah 3 & 4, aku jadi PSS (pengawas pustaka ye kenkawan). Pakai baju pink, tudung pink (tudung aku kelakau giler masa ni) and kain merah. Lawa giler pakaian! Sebenarnya, aku terpilih aje untuk jadi pengawas sekolah, tapi aku rasa pengawas sekolah tu cam tak best je, besides baju dia hodoh giloss (baju biru, tudung biru, kain biru gelap), lepas tu aku tolak tawaran tu. Then, ustazah aku selaku guru kelas 2 Tekun (Tekun => kelas aku dari darjah 1 sampai darjah 6) pilih kawan aku. Tahun hadapannya, dia membajet dengan aku sebab dia pengawas sekolah and aku ni pengawas pustaka je. Eheh! Kalau aku tak tolak tawaran tu, kau pakai baju putih seluar hitam je k! So, janganlah nak membajet sangat :p Oh, kawan aku tu lelaki.



Masa darjah 5 & 6 pulak aku jadi pengawas sekolah. Sebenarnya mak aku tak bagi aku jadi pengawas sekolah, tapi aku nak jadi jugak then aku mengamuk. Jalan kuat-kuat atas rumah then masuk bilik lepas tu tutup pintu (lebih kepada menghempas pintu sebenarnya) bilik kuat-kuat. Bila aku ingat balik kan, macam bangan abadi je buat camtu.. Waaa! I'm so ashamed of my previous self! Btw, masa tu aku darjah 4.






Bangga!

Dari kanan : Watikah Perlatikan Pengawas Sekolah 2012, Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2013, Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah 2012, Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah 2013, Sijil Penghargaan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2011 & Watikah Perlantikan Pegawas Pusat Sumber Sekolah 2011. Watikah Perlantikan and Sijil Penghargaan Pengawas Pusat Sumber Sekolah tahun 2010 yang aku punya hilang. Aku tak tahu lah sijils tu hilang ke mana.





Mine :)





Aku, semasa hari terakhir persekolahan tahun 2013. Masa ni tengah tunggu majlis terima result UPSR bermula. Untuk pengetahuan engkorang, ni masa zaman jahiliah lagi. Tudung sekolah aku pendek giler masa ni sampai nampak rambut (sebab rambut aku pun panjang). Yang satu lagi nampak tengkuk. Kalau zaman dolu-dolu (zaman sekolah rendah) tak hairan sangat pun kalau tudung pendek, tapi sekarang bila dah matang sikit (walhal takpun) baru aku sedar yang pakai tudung pendek tu salah, berdosa! Sekarang ni nak pakai tudung pendek pun aku malu. Tak sanggup XB.

It's called Hidayah Allah. Syukur, alhamdulillah.



Oh, ye! Untuk pengetahuan engkorang, kelas Tekun tu kelas pertama. Kelas kedua namanya Maju. Kat sekolah rendah aku dolu-dolu, ada dua kelas aje. Tekun dan Maju. Cogan kata sekolah rendah aku pulak, "Tekun Maju!". Hehe :D Just untuk knowledge.



Okeh la. Aku rasa itu aje kot 'perkara' yang buat aku rasa sangat bangga sampai tulis kat dalam blog macam takde orang lain je yang lebih hebat dari aku. Pui! Oit, Cik Siti! Kakpaten (Fatin Liyana) lagi hebakk dari kau keh :p

Yerr. Aku tahu tuh. FL lagi hebat dari aku. FAKTA yang terang lagi bersuluh dan tidak boleh didustakan lagi. Tiada yang benar selain yang benar belaka.



P/S : Engkorang janganlah fikir aku tulis entri ni sebab nak show-off tentang 'kehebatan' aku masa sekolah rendah dolu-dolu, k? Aku just nak share aje. Lagi pun, aku bukannya hebat sangat pun. Biasa-biasa aje. Ada lagi beriban orang kat luar sana yang lagi hebat dari aku. Okeh?



Aku harap, bila engkorang baca entri ni, engkorang boleh la renung sekejap, fikir seketika. Kejayaan yang aku dapat semasa di sekolah rendah tu bukan senang nak dapat tau. 6 TAHUN aku berkorban tenaga dan masa untuk dapat semua tu. So, ambillah ikhtibar dan pengajaran bahawasanya (oceh!) kejayaan tidak boleh dicapai dalam waktu sesaat, dengan usaha sebesar zarah dan tanpa apa-apa pengorbanan. Note it in your mind, okeh?



Aku harap bila engkorang baca entri ni, semangat dalam diri engkorang untuk berjaya dalam hidup tu tambah berkobar-kobar lah ye? Ingat, nak berjaya bukan senang. Nak senang tak boleh berjaya. Itu aje lah nasihat dari aku..



Aku mitok maah bbanyok kalu entri aku kkali ning pangjang jjegung. Mung letok je lah dalang pale mung tu yang aku ning memang suke tulih entri pangjang-pangjang. Neh? ( huruf e dalam perkataan neh disebut seperti huruf e dalam perkataan enak).



Terjemahan :



Aku minta maaf banyak-banyak kalau entri aku kali ni terlalu panjang. Kau letak aje lah dalam kepala kau tu yang aku ni memang suka tulis entri panjang-panjang. Eyh?





Analisa : Bahasa Terengganu memang kedengaran kasar. Tetapi hakikatnya, bahasa Terengganu ini lembut sahaja tetapi kasar pada pendengaran kerana loghat.



SALAM SAYANG,






Thanks for reading this  entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...