Sunday, 12 June 2016

Time Management

Assalamualaikum semua :')

.

Wah, kenapa blog aku semakin suram ni? Dah kurang dengan entri 'lifestyle'. Entri Quote Of The Day je yang menghiasi laman ni. Kata lifestyle blogger, tapi kalau gini lah gayanya, tak payah nak lifestyle sangatlah, kan? Quote-style je. HAHA. Ok, tak lawak -,-

Seperti yang kita semua dah sedia maklum, kita semua sekarang sedang berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Yup! Semua umat Islam di seluruh di dunia berpuasa di bulan ini. Penghulu segala bulan.

So, aku rasa aku tak terlambat lagi kot, so aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam di dunia terutamanya followers blog ini dan sesiapa yang membaca entri ini. Semoga amal ibadat kita makin bertambah dan berlipat ganda di bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Semoga guni pahala kita juga makin bertambah bilangannya. Amin...

Seperti yang korang tahu, aku memang jarang update blog. Update seminggu sekali je. Itupun hanya satu entri sahaja yang di-up. Tetapi, no wonder la kan. Itu kan masa sekolah. Masa sekolah memanglah buzy sebab kena commit dengan banyak benda. Bila cuti, baru boleh rehat dan update blog.

Tapi, kita baru aje lepas cuti dua minggu. TETAPI, kenapa aku tetap juga tak update blog secara kerap? Ha... kau rasa?

Kali ni aku tak update blog bukan sebab line buat hal. No. No. Walaupun hakikatnya ada juga kenkadang. Tapi aku tak update blog adalah sebab aku buzy. Yes. Buzy!

Bayangkan, 5 hari pertama cuti, aku terpaksa tinggal di asrama sekolah sebab ada extra class dan kem yang bermula dari pukul 8am sampailah pukul 10pm everyday. Everyday ok! Terpaksa! Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak duk asrama. Tapi kena jugak sebab takde sape yang rajin nak ambik hantar aku ulang-alik sekolah T_T

Selepas tu, aku spent cuti aku di rumah tok aku pulak which is internet connection-nya tu agak lemah. Banyak kali jugak aku pukul handphone ni sebab takde line. Line yang salah, HP pulak yang dipeesalahkan. Padan muka! HAHA.

Niat di hati untuk update blog terus padam bila line buat hal. Idea yang datang mencurah-curah terus hilang lenyap sebab line pun hardly nak hilangkan diri jugak.

Selepas 4 hari bercuti di rumah tok aku, finally aku pulang juga ke rumahku. Home sweet home. Balik rumah je terus berkurung dalam bilik. Nak lepas rindu dengan bilik sebab dah seminggu tinggalkannya. Selalunya, setiap hari aku berkurung dalam bilik. Tetapi, bila dah cuti ni, seminggu terus bilik aku ni tak berpenghuni. Sadis kan? Sobs. Ni nak kata, " Bilikku syurgaku" :')

Then, bila kat rumah pulak, aku buzy dengan homework yang bertimbun. Seriously homeworkss aku banyak. Aku pun tak tahulah macam mana nak manage masa supaya tak serabut kepala hotak.

Talk about 'time management', yes aku ada masalah dengan ini. Aku tak tahu apa punca utama yang menyumbang kepada masalah ini tetapi masalah ni seriously buat aku stres dan fed-up.

Lately, exactly, after entering form3, perangai aku memang sangat berubah. Kalau dulu, dalam sehari aku boleh siapkan banyak homeworks, tapi sekarang ni, aku boleh siapkan sikit je. Itupun, semasa nak siapkan tu, macam-macam dugaan melanda. Paling hebat ialah dugaan mengantuk. Sh*t!

Aku juga sekarang ni makin malas nak belajar. Dalam kelas semasa sesi PdP, aku berangan. Bila cikgu takde dalam kelas, aku bersembang dengan teman-teman seperjuangan. Kat rumah pulak, lepas dah siap homework, terus tutup buku. Langsung tak buat revision.

Dan disebabkan perangai aku yang sebegini, result exam pertengahan aku, bagi aku, hanya mencapai tahap memuaskan je. Ada subjek yang aku meningkat, ada subjek yang menurun dan ada juga subjek yang statik. Dan aku sangat tak suka dengan result aku. Seriously, aku menyesal gila sebab tak struggle betul-betul untuk exam ni.

Tapi kan... Perasaan menyesal tu datang sekejap je. Lepas tu, perangai lama tu datang balik. Sifat malas yang sangat teruk! Bagi aku lah.

Aku tak tau kenapa aku makin malas nak belajar sekarang ni. Padahal dulu aku cepat je kalau bab belajar ni. Nota tak pernah tangguh. Homework siap on time! Tapi sekarang?

Seriously, aku benci dengan diri aku yang sekarang. Pemalas! Padahal, Ogos nanti nak tryer dah. Oktober pulak dah real exam. Sekejap sangat je lagi. Mamang tak dapat straight A's nya aku kalau aku teruskan perangai macam ni.

Walaupun exam ni aku dapat the highest untuk subjek Sains, tapi subjek lain? Sedih sangat!

Aku menyesal sangat. Sangat-sangat menyesal! Aku menyesal sebab terlalu malas dan dah banyak masa yang aku buangkan padahal masa tu boleh je aku guna untuk study and do some revisions.

Aku lebih rela baca blog dari baca novel BM&BI form3. Aku lebih rela tulis perkara merapu di e-book daripada menulis karangan untuk subjek BM & BI. Aku lebih rela berangan daripada hafal semua surah yang perlu aku hafal. Aku lebih rela paksa diri aku tidur daripada siapkan homeworks dan nota. Teruk kan aku?

Honestly, aku dah tak sanggup hidup macam ni lagi. Bila dah dekat nak exam baru study separuh mati. Sanggup tidur lambat semata-mata nak hafal apa yang perlu dan patut dihafal.. Tapi kalau sebelum tu, aku lebih rela duk relax-relax berangan atas katil sambil tengok langit. Padahal, aku bukannya dapat apa-apa pun daripada aktiviti yang sangat membuang masa tu.

Untuk ramadhan ni, aku nak berazam untuk jadi rajin semula untuk study dan buat revision. Perkara yang melaghakan aku, aku akan cuba supaya upaya untuk buang 'benda' tu dari diri aku. Termasuklah blog T_T

So, selepas ini mungkin aku akan makin jarang update blog. Mungkin sebulan satu entri je yang selamat di-publish. Mungkin.. Sebab blog bukannya prioriti aku sekarang. Prioriti aku ialah belajar!

Aku buat semua ni untuk kebaikan aku jugak. Aku tak nak sia-siakan semua yang aku ada ni semata-mata kerana blog. Aku tak nak! Aku nak belajar sungguh-sungguh untuk capai target aku untuk PT3. Aku tak nak kecewa sama macam aku pernah kecewa time UPSR dulu. Aku tak nak!

Hem.. Doakan aku ya, semua. Doakan aku berjaya dalam hidup aku. Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan aku T_T

K lah. Last but not least, I love you all, readers :*

Assalamuakaikum :')

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...