Wednesday 1 June 2016

Morning World

Assalamualaikum and morning, alls ^_^

Siapa yang dah bangun and dah solat subuh, bagus! Kita sama! Jom sep tangan ** Siapa yang baru bangun dan belum lagi solat Subuh, cepat-cepat pergi solat Subuh. Dan siapa yang tak bangun-bangun lagi tu, meh sini aku nak simbah air panas. Baru sedar, kan?

For your information, ya guys and girls, seawal 6 pagi lagi, ayam-ayam kat rumah tok aku ni dah melalak buat konsert semata-mata untuk kejutkan manusia dari tidur yang lena supaya bangun dan solat Subuh. Nampak tak kat situ betapa prihatinnya ayam ayam tokki aku. Dah la sado, bangun awal pagi, sekali berkokok kuat pulak tu. Memang pakej lengkap! Kalo manusia boleh kahwin dengan ayam, dah lama aku ajak ayam tu kawen. At least bangun pagi tak payah kena kejut dulu baru nak celik mata, kan? Tapi... sayangnya tidak :( But it's ok. Tak boleh kawen takpe, asalkan boleh makan. Itu yang best. Muahahaha :'D

Hari ni aku bangun pukul 5.40 am. Itu pun bangun sebab aku time jam kat handphone mak aku. Itu pun juga sebab aku dengar azan yang sayup-sayup je. Tak ku nafikan yang tidur aku memang lena ^_^ Dan tak juga aku nafikan bahawa aku sekarang ni bangun tidur makin lambat. Selalunya bangun pukul 5am. By 5.30 am tu, aku dah siap-siap dengan telekung sembahyang dah. Tapi sekarang ni, 5.30 am baru sedar dari tidur. Mamai lagi. Em... Kenapa ini bisa berlaku?

Lepas ni kena istiqamah bangun awal pagi.

Sebenarnya, entri kali ni aku nak wish good morning je. Tapi aku tak taulah kenapa dan bagaimana aku boleh melalut ke arah lain. Sampai ayam pun terlibat sama. Ish ish ish. Nampak sangat suka berkhayal. Tak patut. Tak patut.

Oklah alls. Mak aku dah sergah aku just now. Katanya, "Huh! Hok ni gok talipung sokmo." Alah... Baru je nak lepas rindu kat blog. Tapi takpelah. Nanti aku update entry lain di waktu yang lain. Ya?

Akhir kalam, bangun awal pagi dan senyum :) Moga Allah merahmati kita pada setiap hari dan menjalani hari kita dengan baik-baik sahaja.

Sekian, terima kasih. Eceh.

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Lupa nak riak, aku type entry ni pukul 6 am. Silalah kata aku ni anak dara solehah yang suka bangun awal pagi, ya? Terima kasih daun keladi :) Lain kali puji lagi :D

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...