Tuesday, 29 December 2015

2016 Aku Exam Besar

Assalamualaikum...
.
.
Sebenarnya aku tak ada apa sangat nak tulis. Just nak beritahu yang aku rindu sesangat kat belog aku ni. Belog ciksakuramerah.blogspot.com . Dah lama benar rasanya aku tak buat entry baru. Alahai, rindunya...

Hari ni 30 Disember 2015 dan lagi  sehari kita selaku manusia-manusia di seluruh dunia bakal menjengah ke masa hadapan. Yeah! 2016 bakal menjelma.

Tak seperti tahun-tahun sebelum ni, 2016 sangatlah tidak dialu-alukan untuk hadir kerana pada tahun 2016 aku akan berusia 15 tahun dan budak 15 tahun selalunya akan dikaitkan dengan suatu pembunuh akal pelajar bersiri iaitu PMR. Tapi sekarang PMR telah dibubal. Alhamdulillah. TAPI, yang tak best-nya ialah sebab PMR telah digantikan dengan PT3.

Cakap pasal PT3 ni, aku tak ada masalah pun sebenarnya dengannya. Aku OK je dengan PT3. Tapi yang buat aku kurang suka dengan PT3 ialah kerana dia bersahabat baik dengan PBS. Untuk pengetahuan anda semua, PBS merupakan musuh terbesar aku selepas syaitan.

KENAPA!?

Kerana PBS ni jahat. Mengada! Nak ber-band-band bagai. Band yang diberi ialah band 1 hingga band 6. Nak dapat band 6 bukan senang, kau tahu. Susah! Kalau kau nak dapat band 6 untuk sesuatu subjek tu, misalnya BM, semua ujian yang diberi kau kena dapat band 6. Katakanlah, subjek BM ada 5 ujian. So, means kelima-lima ujian tu kau  kena dapat band 6 barulah kau boleh dapat band 6 untuk subjek tu. Kalau ada 5 ujian, 4 ujian kau dapat band 6 dan satu ujian kau dapat band 5, maknanya subjek tu kau dapat band 5. BUKAN BAND 6. Argh!! Apakah ini???

Yang buat aku lebih tak puas hati ialah, kalau student dapat band 6, pihak atasan akan datang check sama ada betul ke tak dan boleh ke tidak student tu dapat band 6. Nampak sangatlah diorang tak percaya dengan kemampuan student. Heh.

Tapi, takpe. Aku tak kisah pun pasal PBS tu. Musuh, kan? Musuh tak kan ambik tau hal musuh lain. Yup!

Pape pun, aku sayang PT3 walaupun bentuk soalannya membunuh kerana 100% subjektif. TAPI TAKPE. Bentuk soalan aje yang membunuh. Soalannya tidak. Bak kata cikgu aku, "Soalan mudah je.." Ya. Memang soalan mudah TAPI jawapannya belum tentu mudah dan kau boleh jawab okeh :p
Dah lah. Malas pulak aku nak membebel kat sini. Kalau aku membebel pun, bukannya ada orang baca. Sedih giler kot aku tulis entri panjang-panjang tapi takde orang baca ;( Takpe ar ceni. Tak ada orang nak baca belog aku. Takpe ar. Takpe ar.

Biarlah aku membebel sengsorang di sini dan berpijak di bumi yang nyata. Sobs ;( XOXO
Apa-apa pun, aku harap kalau ada sesape yang baca entri ni, rajin-rajinkanlah doakan aku, ya? Semoga aku boleh dapat keputusan yang cemerlang dalam exams pada tahun hadapan.
Untuk pengetahuan engkorang. Tahun depan, 2016 aku akan menghadapi 3 exam besar iaitu exam IDADI dan KKQ (Kelas Kemahiran Quran) pada bulan Jun dan exam PT3 pada bulan Oktober. Kau rasa?

Aku tak rasa apa-apa. Biarlah masa yang menentukan. Eceh XD

Disebabkan aku tahu para pembaca belog aku (tak tau ada ke tidak XD) semuanya baik-baik dan rajin-rajin belaka, jadi ayuhlah sama-sama bacakan doa untuk aku secara berjemaah, ya?

Doa untuk manusia bernama Siti Halimah :
Ya Allah Ya Tuhanku, kau bukakanlah hati dan minda Siti Halimah untuk menerima segala ilmu yang telah dan akan dicurahkan oleh guru-guru yang terpilih. Ya Allah, kau kembalikanlah ingatan Siti Halimah akan apa yang telah dipelajarinya selama ini ketika menjawab soalan peperiksaan. Kau bantulah dia, Ya Allah.. Kau jadikanlah dia seorang yang bijak pandai dalam hal dunia dan akhirat. Ya Allah, kau berikanlah dia kejayaan dalam setiap apa yang dia ceburi. Kau berikanlah dia kejayaan di dunia dan akhirat. Kau berikanlah dia keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan yang bakal dia hadapi. Jika dia berjaya, janganlah kau letakkan sedikit pun perasaan bangga diri dan riak dalam diri dia dengan kejayaan yang dia peroleh kerana kejayaannya itu datangnya dari Engkau, Ya Allah. Amin Ya Rabbal Aalamin...

Terima kasih kerana berdoa untuk saya. Hehe XD . Saya sayang awak :*

OK-lah. Sampai di sini sahaja tinta cinta aku untuk kali ini. Lain kali aku buat entri baru pulak, ya? Hehe.

.
Thanks for reading this entry ^_^
.
.
Salam sayang ⊙﹏⊙
I love the scenery so much!! SAWAH PADI.
Post a Comment

Aku Pembawa Talasemia

Assalamualaikum and hye semua :') . :') . Hanya mampu senyum. . Soooo, I gonna go to Klinik 1Malaysia at UTC, PB Square, K. Te...