Thursday 3 December 2015

Dah lama aku tak upload gambar kat Facebook

Assalamualaikum!

Sebelum aku start "bercerita", meh aku beritahu satu info.
Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya ada dua akaun FB. Akaun pertama bernama QASEH SUCI and akaun kedua SITI HALIMAH. Cepat-cepat log in FB anda dan add saya laju-laju. Nanti anda juga akan di-approve laju-laju. Hehe.

Dah lama aku tak upload GAMBAR AKU kat FB.

Ye. Sebenarnya memang dah lama aku tak upload gambar aku kat FB. Dah lama sangat . Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku upload gambar aku kat FB. Yang aku tahu, dah berbulan jugak la FB aku tu TIADA gambar aku. Maybe sejak tahun lepas kot. Entah la. Aku pun dah tak berapa nak ingat.

Kenapa aku tak upload gambar aku kat FB?

Emm. Sebenarnya aku malas nak ulang cerita. Tapi disebabkan kali ni aku just perlu taip je pasal 'kisah' tu, so takpe lah. Aku rajinkanlah diri aku. Korang sepatutnya bersyukur sebab aku jadi rajin hari ni.

Kalau tak silap aku, perkara ni berlaku tahun lepas. Tapi masih segar lagi la dalam minda aku ni. Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan 'kisah' ni. Mungkin 'kisah' ni beri impak yang besar KOT kat aku.

Sebenarnya kisahnya begini.

Ada seorang lelaki ni (identiti dirahsiakan), aku namakan dia Ali (bukan nama sebenar). Aku kenal Ali ni sejak aku darjah 6. Sekarang ni pun aku dah form2. Aku ni DULU suka sangat upload gambar aku kat FB. Kira macam upload gambar aku tu hobi aku la. Aku start upload gambar sejak form 1 (2014). Oh, ye. Aku upload gambar kat FB SITI HALIMAH je.

Suatu hari yang hening tu, aku adalah chatting dengan Ali ni kat FB (kitorang sebenarnya jarang chatting). Selepas itu, aku tak tahu macam mana 'ia' bermula dan berakhir, yang aku ingat dia ada hantar chat kat aku yang berbunyi begini, "Ko upload gambar cantik-cantik kat FB lepas tu lelaki puji ko then ko melt. Ko ingat elok ke!?" Haa. Lebih kurang begitu la bunyi-nye mesej tu. Sebenarnya aku tak setuju dengan statement dia yang aku upload gambar cantik-cantik tu sebab aku tengok gambar-gambar aku kebanyakannya perasan cantik jekkk.

Bila aku baca mesej yang dia hantar tu, terus aku rasa SENTAP. Bayangkan, lelaki tegur aku. Waktu tu aku baru lagi di tingkatan 1 kalau tak silap aku lah. Bila dia tegur aku camtu, aku start stop-kan aktiviti aku mengupload gambar sendiri kat FB (sebab orang kata kalau lelaki tegur tu MUNGKIN dia "sayang" kita. Sama ada sebagai kawan ataupun sedara sesama Islam). Dalam sebulan atau lebih jugak ar aku tak upload gambar kat FB. Tapi lepas tu aku upload pulak sekeping gambar aku buat peace (ni gambar terakhir aku yang upload aku kat FB). Hehe. Nampak sangat aku ni degil and tak insaf. Oh, ye. Walaupun aku dah tak upload gambar, tapi gambar-gambar aku still ada kat FB sebab aku tak delete pun.

Apabila naik ke tingkatan 2, aku start jadi matang sikit. Berfikir pun dengan cara yang lebih matang walaupun still macam budak-budak. Waktu ni memang aku dah insaf dari upload gambar kat FB. Memang tak upload terus. INSAF!

One day, aku adalah tengok newsfeed FB aku and baca status friends FB aku ni. Then, semasa tengah duk baca and like statuses tu, aku adalah TERbaca satu status ni. Status tu berbunyi begini, "Perempuan solehah akan padam komen lelaki yang cakap dia comel di gambarnya. Tetapi perempuan yang lebih solehah tak akan ada satu pun gambar dia di FB dan laman sosial lain." Haa. Lebih kurang cenggitu la. Aku pun dah tak ingat sangat. *Untuk pengetahuan, perkara ni berlaku di awal tahun 2015.

Aku tak tahu lah apa yang dah merasuk aku sampaikan selepas aku baca status tu, terus aku delete SEMUA gambar-gambar poyo aku kat FB sampai tak ada tinggal satu pun. Aku rasa sentap sesangat bila baca status tu.
 Kenapa sentap?

Sebenarnya waktu tu aku dalam proses untuk berubah jadi lebih baik. Well, Hlovatesays, "Changing for good is not a crime." (Sekarang pun aku masih dalam proses untuk berubah. Doakan aku.)
Disebabkan itu, aku pun berfikirlah. Aku ni niat dalam hati nak berubah tapi still upload gambar-gambar poyo perasan cantik kat FB. Memang tak salah selagi niat betul dan tak dedah aurat. Tapi, kalau aku terus upload gambar kat FB, tak ke timbul perasaan riak kalau orang duk puji "comel" la, "cantik" la walaupun aku tak tahu diorang puji ikhlas ke tidak. Tak ke?

So.. Sejak hari itu yang aku tak ingat berapa tarikh-nya sehinggalah sekarang, aku tak pernah upload GAMBAR AKU kat FB. (And sebenarnya aku dah tak berani nak upload gambar aku kat FB. Kenapa? Aku tak tahu.) Tapi, gambar yang cousin and friend tag tu adalah. And aku pun dah simpan tekad untuk tak upload gambar-gambar poyo lagi kat FB. TEKAD!

Kau nampak tak kat situ betapa besarnya impak daripada "teguran" lelaki dan "status" kat FB?? Sangat besar!

So, kat sini, aku nak ambil peluang untuk memberi sedikit nasihat kepada para lelaki terutamanya. Kalau kau nampak ada kenkawan perempuan kau yang upload gambar "separuh mati" or "mati" or "nak mati tapi tak mati" kat mana-mana media sosial, tegurlah diorang. Kalau diorang tak ambil endah, itu hal diorang. At least kau dah tegur. Dosa pun terlepas jugak TU. And, kalau nak update status kat FB, tweet kat Twitter or moment kat WeChat, update la pasal something yang berfaedah macam "agama" and "nasihat". Selalunya apa yang lelaki tulis or kata ni beri impak yang lain macam sedikit kat perempuan. Bukti? Aku ditegur oleh Ali (lelaki) dan yang update status sampaikan buat aku sentap itu pun lelaki jugak.

Dan aku setuju sangat dengan quotes yang berbunyi, "Kadang- kadang apa yang ditulis lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang diucap." Sebab itulah kita kena tulis something yang memberi faedah.
 
***

Mesti korang pelik kan, kenapa aku tak upload gambar kat FB tapi still upload gambar kat blog. Haaa. Itulah masalah aku. Aku ni memang tak boleh nak bebas dari perasaan syok sendiri tu. Tapi tak adalah aku mintak puji-pujian dari orang yang tengok gambar aku. Aku tak harap pun sebab "semua" ni ciptaan Allah. Cantik ke, hodoh ke, Allah yang cipta. So, kita sebagai manusia kenalah bersyukur dengan apa yang Allah dah beri dan jangan riak! sebab Allah boleh tarik balik 'benda tu' bila-bila masa aje yang Dia nak. Sebab tu, kalau kau nampak orang yang kurang cantik/kacak selfie and upload gambar, kau janganlah cakap, "Hodoh je tapi perasan comel/cantik/kacak/handsome dsb." Tak elok, ya. Tak elok! Dan tak baik juga. Ganu says "Dok molek!"

Satu lagi. Kenapa aku berani upload gambar aku kat blog? Haaa. Sebab aku tau readers and viewers blog aku tak ramai. Sedikit je. Bukan macam kak Fatin Liyana. Walaupun dia tak update entry baru, tapi blog dia still ada ramai pengunjung.. Hooo. Untunglah dia jadi femes.

***

Di sini, aku nak ambil peluang dan ruang untuk berterima kasih kat dua manusia yang dah tegur aku secara direct dan tak direct tu Kalau diorang tak tegur aku, aku rasa agaknya mesti dah BANYAK SANGAT gambar aku kat FB. Hem... *betul-betul insaf ni =(

Okeh, lah. Sampai di sini sahaja entry aku untuk kali ini. Kita 'jumpa' di entry yang akan datang pula... Babai dan assalamualaikum =D

Thanks for reading this entry ^_^


*Aku nak belanja korang gambar aku and kenkawan sekolah rendah aku, boleh tak? Time ni, kitorang pergi hang out sama-sama kat bandar Kuala Ganu..

Tarikh →_→ 25.11.2015

P/s: Mohon jangan muntah..




No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...