Friday, 27 November 2015

Kisah Di Sebalik Buku 365 by Dr. Anwar Fazal



 Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
 

14 November yang lepas, aku ada beli sebuah buku ni. Nak kata beli secara online tu tak jugak sebab aku teks (mesej) direct kepada seorang sis yang buat dropship untuk buku  yang dijual. Kiranya macam beli 'atas talian' la.

Pada 22 November lepas, aku dapat satu mesej daripada sis yang buat dropship tu. Dia cakap, buku yang aku nak tu sudah di-pos. Dan, keesokan harinya tu buku tu sampai betul-betul depan rumah aku.

Disebabkan ni first time aku beli barang secara atas talian, so gelabah jugaklah bila van pos laju sampai depan rumah aku. Gelabah + excited. Kau rasa? HukHuk.

Bila dapat je buku tu kat tangan aku, terus aku naik atas rumah then tayang buku tu yang still bersampul dengan sampul 'pos laju' depan mak aku sambil sengih-sengih kambing (sebab dah dapat buku yang aku beli). Abang aku yang tengok 'benda' yang aku pegang tu cakap, "Eleh, bende kecik je pun, siap pos laju."

Aku just buat donno je dengan dia sebab dia memang macam tu. Ade je hok dok kene. Dok penoh (pernah) puah ati ngang (dengan) orang.  Tapi mak aku balas, "Benda kecik. Mung ingat dari mane benda tu hor? Nung. KL nung." Then, abang aku senyap tak kata apa. Wooho. Padan muka 'kena' dengan mak.




Ini dia barang yang aku beli tu. Masih kemas bersampul.

Selesai aku duk tayang 'benda' tu depan mak aku, aku terus masuk bilik. Tak sabar nak buka. Tak sabar nak tengok. Dan, tak sabar nak baca.
Masuk bilik, terus aku buka parcel tu. Then, ini dia..





365 by Dr. Anwar Fazal.

Excited giloss bila aku tengok buku ni. Dah lama aku cari buku 365 ni, tapi tak jumpa-jumpa jugak. But now, finally dapat jugak aku pegang & baca buku ni. Gumbira.


Budak yang terlebih excited bila dapat buku 365. Muka tak boleh blah betul.


Oceh, membacanya aku! HekHek.. Again, muka memang tak boleh blah.

***

Oh, ya! Aku beli buku 365 ni dari Sahabat e Nuur dan sebenarnya buku ni di-pos dari Kelantan, bukannya KL. So, maknanya apa yang mak aku cakap tadi tu salah lah. HewHew. Okay, just ignore it.

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut tentang buku 365 ni, aku nak memperkenalkan kepada korang semua (kepada sesiapa yang belum tahu) terlebih dahulu siapa sebenarnya Dr. Anwar Fazal ni.



Yang kiri tu Dr. Anwar Fazal, penulis buku 365. Yang kanan tu pulak Fatin Liyana, blogger terkenal Malaysia a.k.a isteri Dr. AF. Siapa tak kenal, kan?

Okay, start citer.

Bila aku belek je buku ni, perkara ketiga aku nampak ialah 'tulisan' ni. By Dr. AF.


Mungkin korang tak nampak and tak boleh nak baca sebab gambar terbalik, so aku rajinkanlah diri aku untuk retype apa yang Dr. AF tulis kat dalam buku tu.
 

Buat 2 wanita tercinta:

Ibuku syurgaku Zarina Md. Aslam.
Tanpamu, aku tidak mampu membaca, menulis, mengira & mengenal dunia.

Kedua, Isteriku bidadariku Nur Fatin Liyana Asri.
Adamu menyempurnakanku & ini hadiah hari lahirmu yang pertama sebagai isteriku.

Seterusnya, abah, adik-adik, ahli keluarga & semua yang mengenaliku di alam realiti & alam maya.

Selamat membaca.
Dengan namaNya.


Bila aku baca 'ayat' ni, tiba-tiba aku rasa macam, alahai... sweet-nya Dr. AF ni. Untungnya Kak Fatin Liyana dapat suami macam dia. Kan best kalau aku dapat suami macam ni jugak. HekHek. Oceh! Berangan sudaa..

But, seriously bagi aku Dr. AF memang sweet. Ramai mana sangat suami zaman sekarang ni yang tulis dan terbitkan buku sempena hadiah hari lahir isteri? Ramai mana? Ada, tapi sedikit sahaja. Boleh dikira kot. Sebab tu la aku rasa Dr. AF ni SANGAT sweet.

Done baca page tu, aku baca page sebelah, sebelah dan sampailah akhir. And, apa yang aku boleh komen tentang buku ni ialah buku ni bagus. No wonder lah kalau buku dapat anugerah BUKU MELAYU MPH TERBAIK 2014 & BUKU TERLARIS 2014/2015.

Memang betul. Bila aku baca setiap patah kata yang Dr. Anwar nukilkan dalam buku ni, aku rasa macam aku lebih dekat Pencipta. Apa yang dia tulis, betul-betul rasa dekat dengan hati. Kadang-kadang tu ada jugak lah rasa sentap bila baca part yang betul-betul kena atas batang hidung aku ni. Selain daripada quotes, Dr. AF ada jugak tulis beberapa 'ilmu' yang boleh kita amalkan dalam kehidupan. Contohnya, macam doa penerang hati dan adab-adab sebelum tidur.

Korang jangan silap:
Aku puji buku ni bukan sebab penulis buku ni ialah Dr. Anwar Fazal and suami kepada blogger terkenal Fatin Liyana. Tapi aku puji buku ni sebab buku ni bagi memang bagus. And, ianya sesuai untuk sesiapa yang sedang 'mencari'.

Bagi aku, tak rugi pun aku keluarkan duit untuk beli buku ni. Malah, aku rasa berbaloi je. Memang "worth it". Lebih berbaloi la daripada beli novel cinta. Kalau novel cinta, nak baca banyak kali memang bosan sebab benda yang sama je. Beside, kalau baca novel cinta sekali aje pun, memang dah boleh hafal macam mana jalan cerita-nya. Tapi, kalau buku ni, nak baca ulang-ulang pun takpe. Malah, lebih bagus.

Kat sini, sudilah aku nak kongsikan satu quotes dari buku ni. Sebenarnya niat di hati nak kongsi banyak. Tapi aku takutlah pulak nak share sebab tak dapat kebenaran dari Dr. AF. Besides, kalau aku share banyak-banyak quotes dari buku ni, nanti mesti 'tak ramai' orang yang nak beli dan baca buku 365 ni sebab dah baca quotes tu dari blog aku ni. (Aku cakap macam ramai sangat je yang baca blog aku. HewHew.)



Betul la kan?
"Dunia hakikatnya bukan tempat tinggal, hanya tempat meninggal."

Kita cuma menumpang di dunia ni untuk suatu tempoh sahaja. Nanti, bila dah sampai waktu, Allah akan tarik jugak nyawa kita. Tempat tinggal kita nung di sana, syurga @ neraka. Huuu.. Tetiba je aku rasa seriau. Mati bukannya kita tahu bila, kan? Dah lah amal ibadat aku ni ciput aje.

Dot. Dot. Dot.
Oh, mesti korang terfikir kan (kalaulah) macam mana aku tahu tentang kewujudan buku ni. Sebenarnya, hari tu aku ada la stalk blog FL then terbaca satu entri pasal buku ni. Entri tu dah lama. Bulan Julai. Sebab tu lah kat atas tu tadi aku kata 'aku dah lama cari buku ni'. Gituuu.
Harga buku 365 by Dr. Anwar Fazal ni berharga RM30. Kalau ditambah dengan postage, RM7 jadi total RM37.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ni, boleh emel aku ke nauraqaseh2001@gmail.com . Tapi, kalau nak mudah, kau follow je Sahabat e Nuur di IG dan Twitter (@sahabatenuur) dan Facebook Page (Sahabat e Nuur). Tapi, kalau korang nak lebih lebih lebih mudah, boleh terus je emel ke sahabatenuur@gmail.com atau call ke nombor 0195510129 (Agent sah Sahabat e Nuur). Insya-Allah, korang akan dilayan XD .

Selain daripada buku 365, buku lain juga ada dijual oleh Sahabat e Nuur. Antaranya, #Chenta , 30 Hari Mencari Tuhan , Ada Iman Baru Syok , #88LoveLife , Aku Ada Wali , Aku Bukan Ust U-Tube , Amoi Berhijab , Catatan Mat Luthfi , Reinkarnasi , Rehabilitasi , Diagnosis & Diagnosis 2 , Esc , Frostbite , Henshin , Henshin Muslimah , Ikhwah Pakai Jeans , Infiru , Lagenda Budak Usrah , Momento , The Other Side of the Coin , Tenggelam Kapal Van Der Wijack dan banyak lagi.


Aku rasa sampai sini je entri aku untuk kali ni. Jumpa lagi di entri yang akan datang. Assalamualaikum!


Thanks for reading this entry ^_^


#Ini bukan entri promote. Harap maklum.
Post a Comment

Aku Pembawa Talasemia

Assalamualaikum and hye semua :') . :') . Hanya mampu senyum. . Soooo, I gonna go to Klinik 1Malaysia at UTC, PB Square, K. Te...