Friday, 27 November 2015

Kenali Skoliosis






Skoliosis ialah keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkung pada paksinya. Perkara ini lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak 2% berbanding lelaki iaitu 0.5%.
Skoliosis terbahagi kepada beberapa jenis termasuk:

- Idiopathic (Punca tidak diketahui)
- Congenital (Skoliosis berlaku sejak di dalam rahim)
- Neuromuscular (Kecacatan saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy dan  muscular dystrophy)
- Tumour (Ketumbuhan pada saraf atau tulang belakang)
- Infection (Jangkitan kuman, contohnya tuberculosis)
- Metabolic (Gangguan proses bahan kimia dalam badan contohnya osteoporosis dan ricket)
- Mesenchymal disoders  (Gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndrome dan Ehler-Danlos syndrome)
- Traumatic (Kecederaan)
- Degenerative (De Novo Scoliosis)

Idiopathic scoliosis merupakan kes skoliosis yang paling kerap berlaku, diikuti dengan Degenarative Scoliosis (De Novo Scoliosis) dan Congenital Scoliosis. Artikel kali ini, aku ingin berkongsi tentang penyakit skoliosis yang hidapi iaitu Idiopathic scoliosis.




Skoliosis torasik kanan, Apeks T9. Sumber: Dr. Ahmad Mahyuddin

Untuk pengetahuan pembaca, Idiopathic Scoliosis terbahagi kepada tiga kumpulan mengikut umur pesakit semasa masalah ini dikesan.

- Infantile Idiopathic Scoliosis adalah skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir sehingga dia berusia 3 tahun.
- Juvenile adalah skoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun.
- Adolescent adalah skoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas.
- Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) adalah kumpulan skoliosis yang paling kerap ditemui.


Kenapa ia berlaku?

Punca AIS masih lagi tidak diketahui secara pasti dan berdasarkan kajian, terdapat beberapa teori yang mungkin menjadi punca keadaan ini terjadi termasuk faktor genetik, masalah kolagen, hormon yang tidak stabil dan sebagainya. Beberapa penyelidik turut mengkaji sama ada terdapat faktor mekanikal yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini seperti membawa beg yang berat untuk jangka masa yang panjang.

Pada kebiasaannya, skoliosis disedari oleh ibu bapa atau saudara-mara pesakit. Pesakit sendiri kebiasaannya tidak menyedari mereka mempunyai masalah tulang belakang. Apabila pesakit tampil dengan masalah ini, doktor akan bertanya beberapa soalan yang dapat memberi maklumat penting tentang sebab terjadinya skoliosis seperti usia ketika pertama kali datang haid, sejarah skoliosis dalam keluarga, rasa kebas atau lemah pada kaki, kesukaran pernafasan serta masalah membuang air besar dan kecil.
Menurut kajian,wanita yang mengalami skoliosis didapati berisiko untuk mempunyai magnitud lengkungan tulang belakang yang lebih teruk berbandinng lelaki. Antara faktor lain yang menghasilkan magnitud lengkungan yang besar adalah ketika pesakit menempuh usia akil baligh (puberty) dan bagi pesakit yang mempunyai magnitud skoliosis yang besar pada masa penyakit ini mula dikesan.


Pemeriksaan

Seterusnya doktor akan membuat pemeriksaan teliti termasuk Adam forward bending test di mana doktor akan berdiri di belakang pesakit dan pesakit akan diminta untuk membongkokkan badan di hadapan. Tujuaannya untuk mengesan keseimbangan tulang skapula pesakit (Scapular hump). Pemeriksaan ini juga digunakan bagi melihat sama ada kebengkokkan tulang belakang pesakit itu keras (rigid) atau fleksibel. Hal ini demikian amat penting untuk menentukan jenis rawatan yang akan deberikan. Pemeriksaan lain termasuk pemerhatian keadaan pesakit ketika berjalan, memeriksa keseimbangan tulang bahu dan pinggul (shulder and pelvic balance) serta pemeriksaan saraf (neurological assessment).




Pengiraan 'Cobb's Angle'. Sumber: Spine Secrets, Vincent J. Devlin, pg.67

Pemeriksaan X-ray pula penting bagi mengetahui tahap skoliosis yang dialami pesakit. Secara lazimnya x-ray dilakukan ke atas keseluruhan tulang belakang termasuk tulang pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan kedudukan Apeks (tempat tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokkan serta mengira megnitud darjah kebengkokkan dengan menggunakan Cobb's angle.




X-ray pinggul pula diambil untuk menentukan tahap kematangan tulang pesakut (Risser staging) bagi menjangka sama ada darjah kebengkokkan skoliosis pesakit akan bertambah teruk pada kadar yang pantas atau sebaliknya.
Sekiranya terdapat tanda-tanda kerosakan saraf seperti simptom lemah atau kebas pada kaki, atau kegagalan mengawal pencerut najis atau kencing, doktor mungkin perlu membuat pemeriksaan MRI (Magnetic Rosenance Imaging) bagi memastikan keadaan saraf tulang belakang.


Rawatan

Secara keseluruhannya, rawatan bagi skoliosis merangkumi penggunaan tiga 'O' - 'Observation' (pemerhatian), 'Orthosis' (penggunaan alat sokongan dengan tujuan pembetulan tulang yang membengkok atau melengkung) & 'Operation' (pembedahan).

Secara amnya, skoliosis dengan magnitud kurang daripada 20o tidak memerlukan sebarang rawatan yang spesifik. Temujanji untuk rawatan susulan setiap 6-12 bulan akan diberikan untuk pemeriksaan lanjut dan x-ray.





Bagi skoliosis dengan magnitud 20o hingga 40o biasanya dirawat dengan ortosis  atau 'bracing'. Rawatan ini bergantung kepada umur serta tahap kematangan tulang pesakit (Risser staging). Ortosis tidak sesuai digunakan untuk masalah belakang yang telah matang (mature spine) iaitu magnitud melebihi melebihi 40o dan juga dalam kes-kes tulang torasik yang melengkung ke belakang (thorasic lordosis).

Faktor yang amat penting bagi rawatan dan pemakaian ortosis ini ialah kerjasama daripada pesakit. Sesetengah ortosis memerlukan pesakit memakainya selama 23 jam setiap hari. Pesakit hanya boleh menanggalkannya ketika mandi. Tanpa kerjasama dari pesakit, rawatan pasti tidak akan berjaya.
Pembedahan pula mungkin perlu dilakukan bagi pesakit remaja yang mempunyai skoliosis melebihi 40o, skoliosis tulang torasik melebihi 30o (boleh menganggu fungsi paru-paru dan jantung) serta skoliosis yang melebihi 50o pada pesakit dewasa.

Pembedahan biasanya melibatkan prosedur menstabilkan tulang belakang melalui pembedahan depan atau belakang (anterior or posterior instrumentation) atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan implant serta tulang tambahan (bone grat). Kebengkokkan akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang normal.


Risiko Pembedahan

- Berlaku pendarahan apabila otot-otot dipisahkan dari kulit.- Berlaku jangkitan kuman
- Berlaku kecederaan pada saraf tunjang. Kecederaan ini paling bahaya kerana boleh mengakibatkan pesakit lumpuh tetapi dengan teknologi Neurotransmitter, risiko ini sangat minimun.
- Kematian.



Kos Pembedahan
-Antara RM20000 ke atas dan boleh mencecah RM35000 di hospital kerajaan.
*Bergantung


Tempoh pesakit sembuh dari pembedahan
Pesakit akan berasa di bawah jagaan doktor selama seminggu. Kemudian, pesakit akan diberi cuti sakit selama sebulan. Tempoh pesakit akan sembuh bergantung kepada pesakit sendiri.

Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang mengalamu skoliosi, nasihatkan mereka supaya sehera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Lebih awal penyakit ini dikesan, maka lebih besar kemungkinan rawatan pembedahan dapat dielakkan.



Artikel ini di-copy dari artikel salah seorang penulis tetap Malaysia Medical Gazatte, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Sila rujuk laman ini untuk info tambahan:

 - Spine Secrets by V.J Devlin
- http://www.e-radiography.net/radpath/r/risser-sign.htm
- http://www.medicinenet.com/scoliosis/article.htm
- http://www.nlm.nih.govmedlineplus/ency/article/001241.htm



Thanks for reading this entry ^_^
Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...