Friday, 27 November 2015

12 Cara Alami Memutihkan Wajah Dengan Cepat Dan Mudah



Assalamualaikum..
 
Aku sangat yakin yang ramai wanita kat luar sana inginkan kulit wajah yang cerah, kan? So, entry kali ni aku tulis special untuk korang.. Kalau percaya boleh ikut, kalau tak nak, tak payah ikut.


1. Cara memutihkan kulit wajah dengan tomato
Kadungan vitamin C dan air dalam buah tomato bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Selain itu, tomato juga dapat menjaga kulit agar terhindar dari berbagai jenis kerosakan, seperti tumbuh jerawat, kulit kusam dan kering. Tomato juga mampu mengecilkan pori-pori kulit sehingga kulit kelihatan lebih halus.

Caranya :
·         Sediakan 1 buah tomato masak (matang) yang telah dicuci dengan air sehingga bersih.
·         Potong kepada 2 bahagian.
·         Gosokan pada kulit wajah anda.
·         Biarkan selama 15-20 minit.
·         Bersihkan dengan air sejuk.

2. Cara memutihkan kulit wajah dengan jeruk nipis
Jeruk nipis kaya dengan vitamin C yang bermanfaat untuk kecantikan. Vitamin C dapat menjaga kulit dari radikal bebas serta bermanfaat untuk mengecilkan pori-pori kulit sehingga kulit kelihatan lebih cerah, halus dan tegang. Dalam penggunaannya, biasanya jeruk nipis dipotong kepada 2 bahagian, kemudian disapukan pada muka. Namun, sifat asid yang terkandung dalam jeruk nipis kadang-kadang dapat menyebabkan iritasi. Oleh itu, kita perlu mencubanya pada sebahagian kecil kulit muka terlebih dahulu. Jika tidak berlaku iritasi, bermakna kita boleh mencampurkannya dengan bahan lain seperti madu.

Caranya :
·         Sediakan 1-2 buah jeruk nipis yang sudah dicuci dengan air.
·         Potong kepada beberapa bahagian.
·         Sapukan pada permukaan kulit wajah anda.
·         Biarkan selama 30 minit.
·         Bersihkan dengan air panas (suam)
·         Kemudian bilas semula dengan air sejuk

3. Cara memutihkan kulit dengan buah alpukat
Buah alpukat mengandungi vitamin A yang berguna untuk membersihkan sel-sel kulit mati. Manakala, asid amino glutamin dapat melindungi kulit wajah dari polusi, cahaya matahari dan kesan buruk bahagian lain. Jadi, buah alpukat boleh digunakan sebagai pelembab kulit.

Caranya :
·         Bersihkan buah alpukat denga air panas.
·         Sapukan isi buah pada kulit wajah anda.
·         Biarkan selama lebih kurang 25 minit.
·         Bilas dengan air sejuk.

4. Cara memutihkan kulit wajah dengan pisang dan madu
Pisang mengandungi vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang bermanfaat untuk merawat dan menjaga kesihatan kulit. Selain itu, buah pisang juga dapat digunakan untuk kesan luka.

Caranya :
·         Sediakan 1-2 buah pisang yang telah dibersihkan dengan air.
·         Kupas kulitnya.
·         Kisarkan buah pisang yang telah dikupas kulit dengan blender.
·         Campurkan dengan 1-2 sudu madu
·         Jadikan mask wajah dengan cara menyapukannya pada seluruh wajah.
·         Biarkan selama 15 minit atau hingga mask kering.
·         Bilas dengan air sejuk.

5. Cara memutihkan kulit wajah dengan putih telur

Caranya :
·         Sediakan 1 biji telur (lebih baik telur ayam kampung) dan bersihkan dengan air.
·         Pisahkan putih telur dan kuning telur.
·         Sapukan putih telur pada kulit wajah.
·         Biarkan selama beberapa minit/hingga kering.
·         Bersihkan dengan air sejuk.

6. Cara memutihkan kulit wajah dengan yogurt dan madu
Menurut Hema Sundaram, MD. ahli dermatologi mengatakan bahawa pengelupasan lapisan atas kulit dapat membersihkan noda dan menyebabkan perubahan warna, bahkan dapat mengurangkan kerutan-kerutan dalus pada permukaan kulit. Manakala, yogurt dapat membantu melancarkan peremajaan kulit selepas/semasa pengelupasan kulit.

Caranya :
·         Sediakan yogurt secukupnya
·         Campurkan yogurt dengan madu
·         Sapukan pada kulit wajah
·         Biarkan selama 15 minit
·         Bersihkan dengan air sejuk

7. Cara memutihkan kulit dengan air beras
Beras berguna untuk membuat kulit kelihatan cerah kerana beras mengandungi anti oksidant yang bernama asid ferulic dan allantoin yang bersifat anti imflamasi di mana beras dapat melindungi kulit dari pelbagai kerosakan kulit.

Caranya :
·         Sediakan besen/mangkuk.
·         Kemudian masukkan 4sdm beras ke dalam besen/mangkuk tersebut.
·         Campurkan beras dengan air sejuk.
·         Goncangkan besen/mangkuk berisi berisi beras dan air tersebut hingga airnya bertukar kepada warna putih seperti susu.
·         Celupkan kapas ke dalam air air beras.
·         Letakkan kapas tadi pada seluruh permukaan kulit wajah.
·         Biarka selama 15-30 minit.
·         Bersihkan muka dengan air sejuk

8. Cara memutihkan kulit kulit wajah dengan lobak
Caranya :
·         Ambil 1 batang lobak yang telah dibersihkan dengan air.
·         Kemudian kupas kulit lobak tersebut.
·         Campurkan denga minyak zaitun dan air perahan jeruk lemon.
·         Sapukan pada bahagian kulit wajah hingga rata.
·         Biarkan selama 15-30 minit/ sampai kering.
·         Basuh dengan air sejuk hingga bersih.

9. Cara memutihkan kulit wajah dengan bengkuang
Bengkuang dapat digunakan untuk mencerahkan kulit kerana bengkuang banyak mengandungi vitamin C dan vitamin B1 yang berfungsi untuk memutihkan kulit dan menghalang penuaan. Hal tersebut juga dapat dibuktikan dengan produk-produk kecantikan yang kebanyakannya menjadikan bengkuang sebagai bahan utama.

Caranya :
·         Sediakan bengkuang yang telah dicuci dengan air.
·         Kupas kulitnya.
·         Kemudian parut/blend bengkuang yang telah dikupas kulitnya.
·         Bersihkan wajah dengan air panas (suam).
·         Selepas itu, gunakan bengkuang yang telah diparut/blend tadi sebagai mask.
·         Biarkan selama 15-30 minit/sehingga kering.
·         Kemudian, bersihkan lagi dengan air sejuk.

10. Cara memutihkan kulit wajah dengan scrup kopi dan gula
Selain kulit gelap, terdapat juga masalah kulit berminyak. Dalam jumlah yang normal minyak berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit. Namun, jika jumlahnya berlebihan, perkara akan menjadi sebaliknya kerana minyak dapat memicu masalah kulit lain seperti jerawat. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan scrup alami berbahan kopi bubuk dan gula. Kandungan kafein dalam kopi dapat membersihkan lemak pada kulit wajah dan kita boleh menggunakannya untuk mengatasi kulit wajah yang berminyak.

Caranya :
·         Ambil kopi bubuk secukupnya.
·         Campurkan dengan 2 sudu teh gula dan air panas (suam) secukupnya.
·         Biarkan selama beberapa 15 minit.
·         Kemudian, sapukan pada kulit wajah.
·         Biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air sejuk.

11. Memutihkan kulit wajah dengan scrup jeruk lemon
Scrup alami berbahan campuran dari air perahan lemon dan garam dapat kita kadikan sebagai solusi alternatif untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Kandungan vitamin E pada lemon berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit dan menyeimbangkan kandungan mineral dalam kulit.

Caranya :
·         Perah 1-2 buat lemon yang sudah masak.
·         Sedikit garam.
·         Sapukan campuran lemon dan garam pada wajah dan apliksikan wajah dengan gerakan seperti memijat.
·         Biarkan selama 10-15 minit.
·         Bilas dengan air sejuk.

12. Mencerahkan kulit wajah dngan lidah buaya
Lidah buaya ataupun aloe vera dipercayai sejak dahulu lagi dapat membuat kulit wajah menjadi putih dan cerah. Selain itu, lidah buaya juga bermanfaat untuk mengatasi kulit berminyak dan kulit kering.

Caranya :
1.       Kulit kering => Kita boleh mencampurkan lidah buaya dengan sari lemon atau air perahan lemon. Kemudian sapukan paa kulit, tunggu ingga 10 minit dan bilas dengan air sejuk hingga betul-betul bersih.
2.       Kulit berminyak => Rebus lidah buaya dan hancurkan dengan blender hingga membentuk pasta. Kemudian, campurkan dengan madu. Setelah itu, jadikan sebagai mask dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga kering. Akhir sekali, basuh dengan air hingga bersih.
3.       Campurkan olive oil dan sea butter . Kemudian, sapukan pada kulit wajah, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk sehingga betul-betul bersih.
 

Penting!
Korang tak perlu guna semua cara di atas sekaligus. Boleh pilih dan guna salah satu. Lakukan tips di atas secara rutin dan teratur sehingga kulit korang betul-betul putih dan cerah.
Itulah beberapa tips alternatif yang boleh kita lakukan untuk memutihkan kulit wajah dengan menggunakan cara-cara tradisional. Dengan melakukan tips di atas, kulit kita belum tentu terjamin untuk terus cerah pada waktu itu juga kerana ia memerlukan waktu dan proses. Semoga entry kali ni bermanfaat kepada sesiapa yang membaca.



Thanks for reading this entry ^_^


Cara alami ini sangat mudah, selamat dan In Sha Allah berkesan..
Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...