Friday, 27 November 2015

Tips Menghilangkan Keputihan Pada Wanita Secara Alami


Assalamualaikum..

Aku perhatikan sekarang, ramai sangat perempuan yang selalu mengadu pasal masalah keputihan diorang. Keputihan itulah, keputihan inilah. Sampaikan ada sesetengah orang tu sanggup menghabiskan duit sampai RM100 semata-mata nak beli produk untuk hilangkan keputihan.

Aku tak kata salah pun dia beli produk. Tapi, bagi aku membazir aje beli produk tu semua. Dah lah produk tu mahal lepas tu kita tak tahu menjadi or tak. Aku ni jenis yang kurang percaya kepada produk-produk sebegini. Sebabnya kebanyakan produk zaman sekarang guna bahan kimia sebagai bahan utama. Sesetengah bahan kimia boleh beri efek yang buruk pada kita kalau tak sesuai. Sebab tu lah aku risau+takut sangat. So, aku akan cuba mengelakkan diri sedaya yang aku mampu untuk guna produk berbahan kimia.

"Tapi, kalau tak guna produk berbahan kimia, nak guna apa lagi"

Haa.. Inilah tujuan aku tulis entry ni. Hari ni aku share beberapa tips untuk menghilangkan keputihan pada wanita. Tips ni tak perlu keluarkan duit beratus-ratus sebab tips ni hudred percent guna bahan alami.
 

Tips Menghilangkan Keputihan Pada Wanita Secara Alami

1. Cara mengilangkan keputihan dengan DAUN SIRIH
Untuk mengubati keptihan abnormal, kita boleh menggunakan daun sirih yang dipetik dari pokok ataupun yang sudah diproses menjadi sabun. Untuk membasuh alat reproduksi (vagina), rendam daun sirih dalam air selama satu hingga dua jam, kemudian gunakan air tersebut untuk membersihkan alat reproduksi. Kalau korang pilih untuk guna sabun sirih, perhatikan jumlah asid sabun tersebut. Pilih sabun yang kadar asidnya yang tak terlalu tinggi supaya ekosistem bakteria di alat reproduksi tak rosak.

2. Cara menghilangkan keputihan dengan BIJI KETUMBAR
Rendam biji ketumbar di dalam air selama satu malam. Ketika bangun tidur pada waktu pagi, minum air rendaman ketumbar tersebut. Pastikan sebelum minum air ketumbar, korang tak makan atau minum apapun.

3. Cara menghilangkan keputihan dengan AKAR BAYAM
Akar bayam boleh menghilangkan keputihan yang tak normal kerana akar bayam memiliki siat anti bakteria yang sangat tinggi untuk melawan keputihan. Blender akar bayam sehingga menjadi jus dan minum jus akar bayam tersebut dua kali sehari untuk menghilangkan keputihan.

4. Cara menghilangkan keputihan dengan BAWANG PUTIH
Potong seulas bawang putih menjadi bahagian, kemudian letakkan di atas alat reproduksi anda sebelum tidur. Biarkan sampai pagi.
--> Sejak zaman dahulu lagi bawang putih dipercayai boleh menyembuhkan keputihan.


Aku rasa ini sahaja yang boleh aku kongsikan tentang tips menghilangkan keputihan. Harap boleh membantu korang-korang yang ada masalah ni.


P/S: Kalau ada cara alami lain yang dipercayai boleh hilangkan keputihan, boleh tulis kat komen.. Mana tahu kot-kot boleh membantu.. Terima kasih :)



Thanks for reading ^_^
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...