Friday 6 November 2015

Life Update: Jumaat Punya Cerita

Assalamualaikum..

Hye!! Lama bebenor dah aku rasa blog aku tak ber-update. Ececece.. Padahal last entry punya bertarikh 30 Oktober. Means, dah seminggu jugak ar tak update entry. Eh, boleh tahan lama jugak tu. Aku pun sebenarnya bosan gak bila tengok blog aku takde entry baru. Bila on blog, asyik entry lama aje.

Okay, first and foremost, aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab dah hilangkan diri selama 20 hari selepas update entry Jom Blogwalking dan Review: Anthem by Hlovate. And sorry jugak sebab lepas tu aku hilangkan diri pulak selama seminggu selepas update entry lirik lagu Marvin Gaye feat. Meghan Trainor -Charlie Puth

Sebenarnya bukan aku sengaja nak hilangkan diri dari dunia blog dan tak update entry tau. Aku sebenarnya baru aje habis final exam hari Khamis minggu lepas. HUHU. So, faham-faham aje lah, sebelum tu memang masa untuk aku study la. So, means, punca aku tak update entry adalah kerana sibuk study untuk final exam. Oceh, ayat! Sibuk lah sangat, kan? Aku sendiri pun nak muntah bila baca perkataan sibuk tu.



Ni budak tengah stress study. Bukan study sebenarnya, tapi hafal. Subjek : Idadi .

Last papers untuk last day exam ialah PAI, Sejarah and Goegrafi. And, secara keseluruhannya, aku boleh jawab lah. After tamat aje paper Geografi, kawan-kawan aku semuanya muka fresh aje, mata bersinar-sinar sebab dah kira freedom dari penjara exam lah kan. Pulak tu, lagi 2 minggu dah start cuti. Happy ler.. Tapi aku? Aku? Aku sedih. Muka monyok. Bukan sebab tak boleh jawab. Tapi sebab aku demam!!

Jawab exam semasa demam, kau rasa? HAHA. Aku rasa saaaangat tidak bermaya. Letih. Badan panas. Gatal hidung. Bersin. Mujur je tak kena batuk uhuk-uhuk tu. Kalau tak, lagilah teruk. And, selera makan aku pun tak luntur walaupun demam. So, memang aku makan macam orang sihat aje la.

Balik dari sekolah petang Khamis tu dengan muka monyok yang tak berapa nak siap. Tapi bila tengok aje kek coklat atas fridge, terus muka bersinar-sinar, cerah dan bergemerlapan. HAHA. Hantu kek coklat sungguh lah aku ni.


Kek coklat yang kakak aku buat. Sekarang dah tinggal separuh sebab separuh lagi dah habis masuk dalam perut aku. HUHU. Sedak ngak ekpom! (Sebab terlalu sedap)

Okay, stop pasal exam.

Selepas 5 hari bertarung dengan exam, maka tibalah masanya untuk cuti. Hooray! Cuti, sape tak suka, kan? Keh keh..

Macam biasa rutin hari Jumaat aku, bangun pukul 6 pagi untuk solat Subuh, lepas solat Subuh baru pergi mandi. Aku tak mandi dulu sebelum solat sebab aku mandi laamaa. Takut terlepas waktu Subuh pulak kan.. Parah-parah!.

Around 8 a.m gitu, aku pun mulalah rutin pagi Jumaat aku iaitu program kemas rumah individu.. Kenapa individu? Sebab aku sorang aje yang kemas rumah, takde orang lain. Reason: Aku tak suka orang kacau aku kemas rumah. Tak suka! Tak suka!!

Walaupun dalam keadaan deman, tapi ada hati lagi tu nak kemas rumah. Ah! Takpe.. Demam tu sekadar alasan syaitan untuk hasut aku supaya tak ringankan beban mak aku...



Tengok tu. tengok tu. Budak mana yang rajin sangat lap tingkap tu? Oceh... Hehe.. Kalau menyampah dengan gambar ni dan orang dalam gambar ni, lebih baik jangan tengok. Nanti, buat tambah dosa aje kau mengumpat manusia dalam gambar ni.

Jumaat ni (Kelmarin) aku rasa tersangat rajin untuk kemas rumah. So, aku ambik pasu bunga mak aku yang mak aku letakkan bunga-bunga palsu di dalamnya untuk di lap. Lepas dah siap lap pasu dan bunga, masa untuk gubah bunga tu ke dalam pasu pulak. Dan... Aku tak ingat macam mana mak aku susun bunga-bunga tu. And,. aku ni memang jenis yang tak kreatif. Aku tak pandai la bab-bab gubah-menggubah ni. So, aku masuk-masukkan aje bunga-bunga tu dalam pasu. Lantak dialah nak cantik ke, nak hodoh ke. Bukan masalah aku...


Ni dia bunga-bunga kertas palsu yang aku dah gubah.. Kau rasa? Cantik ke hodoh? Sila beri komen anda, ye?

Bagi aku agak cantik lah jugak aku gubah bunga tu. Sebab sebelum ni aku gubah bunga lagi hodoh, teruk dan menyiksakan mata yang melihat kot. So, yang ni dikira yang terbaik lah yang pernah gubah. And... Aku beri 4 bintang kepada hasil kerja aku.
Sorry, hambar hodoh sebab kesan dari flash kamera.

Aku ni jenis yang kalau kemas rumah, aku tak kemas rumah je. Kalau aku kemas rumah, aku mesti buat perkara lain. Contohnya, tengok TV ke, dengar lagu ke, makan kuih or kek coklat yang kakak aku buat ke. HAHA. Itulah diri aku.
Dan, semasa aku kemas rumah ni, aku sedang bergaduh dengan adik aku. Sebabnya, adik aku kianat aku! Huh! Sakit pulak hati aku kalau ingat balik. Ada ke patut aku tengah sapu lantai rumah, dia pergi pijak and sepak habuk-habuk tu sampailah bahagian lantai yang aku dah sapu berhabuk balik. Argh! Sangat menyakitkan hati dan menyiksakan jiwa..

Oh, mesti korang terfikir-fikir kan? Adik aku yang mana, eyh? Sebab aku ada 2 orang adik... So, adik aku yang suka sangat kianat aku ni ialah.... Jeng Jeng Jeng



YANG INI! Suka sangat kianat aku! Kalau tak sakitkan hati aku dalam sehari tu memang bukan adik aku lah tu.. Nama aje IMAN tapi perangai hampeh. Jauh panggang dari pulut! Eh, betul ke tak peribahasa tu? Ah, lantak.. Tapi, walau bagaimanapun, dia still adik aku and aku tetap jugak akan sayang dia.. Well, air yang dicincang takkan putus kan? Teruk mana pun dia ganggu aku, kacau aku,usik aku, kianat aku, dia tetap adik aku...

Hari Jumaat (kelmarin) mak aku masak nasi ayam, so memang heaven jugak lah sebab dah penat-penat kemas rumah lepas tu dapat makan NASI AYAM! Aku rasa adalah dalam sebulan atau lebih jugak aku tak makan nasi ayam.. Hem, bila makan ni, hilang jugaklah rasa mengidam tu..

Ok-lah. Aku end up my entry sampai sini.. Lepas ni, kalau aku rajin and ada masa aku update entry baru pulak.. Sebab kat rumah aku tak ada laptop and wifi, so kalau nak update entry pun kena datang Perpustakaan Awam Terengganu lah. Nak update entry dengan handphone macam tak best pulak sebab tak boleh letak gambar.. HUHU. Sadisnya!...


K, bye.
Assalamualaikum..


Thanks for reading my entry ^_^




No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...