Friday, 25 March 2016

Bacalah Ceritaku Yang Awesome Ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua manusia yang sudi menjengah ke sini. Apa khabar semua? Moga sihatlah hendaknya. Ketika saya menulis intro entri ini, saya sedang kelaparan sebenarnya. Perut saya meronta-ronta untuk diisi. Tapi tunggu dululah. Saya nak post entri ni dahulu. Kejap je. Kejappppp je! Sekejap itu sama maksud dengan satu jam ya, tuan puan encik cik yang saya hormati sekalian.
.
Okay. Tajuk entri dan intro aje sudah bimbo. Ayat pulak dah macam ayat dalam novel sastera tingkatan 3 yang bertajuk 6:20 karya Siti Jasmina. Hal ini demikian membuatkan aku berfikir, aku sebenarnya nak tulis entri kat belog ke, or nak tulis karangan Bahasa Melayu yang bermarkah 30%?
.
Oklah. Usah korang melayan aku kat perenggan pertama dan kedua. Layanlah aku di perenggan ini dan seterusnya.
.
Sebenarnya aku nak cakap yang aku rinnnnndu sangat nak berbelog. Rindu sangat nak update entri kat belog aku ni. Rindu sangat! Rindu sangat!!
.
Ok. Cukuplah tu rindu. Harap korang fahamlah betapa rindunya aku kat beloh ciksakuramerah ni. Terlalu rinduu... Terlalu rindu... Jujur aku terlalu rindu. Tiada apa selain rindu.. Haaa. Kan dah termenyanyi tu :p
.
Aku sebenarnya sedang dalam dilema sekarang ni. Lagi 1 bulan aku nak ambik exam persijilan KKQ. Lagi 2 bulan aku akan menghadapi exam persijilan Idadi. Lagi 4 bulan aku akan ada exam tryer PT3. AND LAGI 6 BULAN AKU DAH NAK EXAM PT3!! Huwaaa. How time flies? Aku rasa masa sekarang ini terlalu cepat berlalu. Dan daku pula masih di dalam dilema.
.
Buku latihan Math ada terbuka atas meja. Buku nota KHB juga ada di atas meja untuk disiapkan. Tafsir al-Quran sedang setia menunggu aku untuk dihafal dan ia juga terletak di atas meja. Dan... Buku Idadi yang berada di dalam beg sekolah dan buku KKQ yang aku letak kat bawah meja kat sekolah juga sedang minta untuk dihafal. TETAPI. Aku dari tadi lagi ralit stalk IG para bloggers. Then, baca belog orang. Kemudian buka FB tengok noty and message. Tak ketinggalan juga Fanpage Cik Sakura Merah. Silalah like fanpage tu secara berjemaah ya rakan-rakan sekalian alam. DAN,  SEKARANG aku sedang ralit nenulis entri ni.
.
Alasan aku kenapa aku tak buat homeworks and latihan itu semua. Juga tidak menghafal sebarang perkara dan terus menulis entri ini ialah kerana cuaca yang sangat panas! Siryes weh panas! Sekarang ni kan musim el-nino. Panas... Bila aku mula je nak buat homework, mulalah badan rasa cair luluh nak jatuh je. TAPI kalau dah menghadap media sosial, tak pulak an? PELIKS.
.
Aku tak taulah bila aku nak insaf. Aku tak taulah bila aku nak mula series nak buat revision and cover balik apa yang aku dah belajar time form1 and form2. AKU TAK TAULAH BILA.
.
Aku dalam dilema. Bila tengok buku-buku atas meja, ada jugak rasa nak buat. Tapi bila mengingatkan cuaca yang panas.
Hem... Takpelah, better aku on data and stalk IG orang walhal IG aku tak be-update pun. Apa keteruk peranga mung nih?
.
Final year exam tahun lepas aku dapat no.2 dalam kelas. Dalam tingkatan pulak aku tak pasti tapi still top5 la. TAPI exam TOV baru-baru ni, result aku merudum giler giler giler ah! Bayangkal dari no.2 jadi no.7 . Lepas tu nombor dalam tingkatan pulak aku dapat no.11 !??? Crazy! Giler crazy ah! Aku sendiri tak caya aku dapat nombor tu. Seumur hidup aku belajar kat sekolah menengah, nombor paling teruk dalam tingkatan yang aku pernah dapat pun kalo tak silap no.4 . Tetiba jadi 11? WTH?
.
Tapi ok gak ar. Walaupun dapat no.11 dalam tingkatan, aku still dalam TOP20. So kira terselamat lagi. And result aku pun alhamdulillah semuanya LULUS. Tak ada satu subjek pun yang gagal. And... guess what? Aku dapat the highest mark dalam subjek BI. Aku dapat A.  Weyh! Aku tak caya. Haha :D
.
Kalo korang nak kata aku ni bangga diri. Yes. Aku memang bangga pun. Bangga dengan diri aku. Sekarang ni bukan senang nak dapat A tau. 85% dan ke atas baru A ok. Susah tau tak nak score. So, bila dapat A ni, aku kagum dengan diri aku. Tapi kejap je lah sebab markah GEO aku, aku dapat 40%. E . Atas tong. Tapi mujur gak lulus. Sebenarnya kalo diikutkan memang tak lulus sebab nak dapat markah 40% kena score 24 per berapa entah. And, aku pulak dapat 23. Ahh. Sedih ~T_T~ Tapi kejap je lah sebab aku dapat 23.5 . Kalo dibundar jadi 24 jugak and markahnya 40%. Fuh! Mujur...
.
Betullah cikgu aku cakap. Jangan perlekehkan markah yang bernilai 1 ataupun lebih sedikit dari tu sebab markah yang bernilai secubit itulah yang akan menentukan sama ada kita lulus ataupun gagal and sama ada kita dapat A ataupun B. Haaa.. Gitu!
.
Sebagai meraikan kejayaan aku yang tak gagal and tak pernah gagal tapi hampir-hampir gagal ni, balik rumah tu aku makan banyak-banyak sampai perut aku dah macam orang mengandung. Giler tak? Gile crazy kan?
.
Walaupun postur tubuh aku ni kecik (140cm), tapi aku bersyukur kerana perut aku besar so aku boleh sumbat makanan banyak-banyak ke dalam'nya'. Tetapi sedih jugak bila perut dah 70% lagi nak sama saiz dengan orang mengandung. Mujur tak betul-betul mengandung je.
.
Nanti bulan Mei aku ada mid year exam. Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam tu. Aku target untuk dapat at least gred paling teruk pun C yang bermarkah 60% hingga 69%. Dan satu-satunya subjek yang aku skor C tak lain tak bukan sudah tentulah SAINS. Walaupun aku meminati Sains, aku cuma minat part biologi sahaja. Bab fizik and kimia mintak ampun bebanyak sebab aku BENCI! Usah ditanya mengapa kerana pabila kukatakan ku benci maka jawapannya ialah benci dan akan kekal begitu. OK?
.
Lagi lagi lagi. Apa lagi nak tulis eyh?? Ahhh. Ha! Nak citer. Lepas ni setiap hari Sabtu aku dah tak boleh gi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu lagi sebab every Saturday aku akan ada extra class or kem. Ni part paling tak best :( Macam esok, aku akan ke sekolah untuk menghadiri kem Idadi yang mana aku sangatlah tidak menyukai'nya'. Huh! Redha je lah. Takpe, tahun ni je. Tahun ni jeee. So, the conclusion is aku just cuti pada hari Jumaat. Hari Sabtu aku akan spend 5 hours at school untuk menuntut ilmu.
.
Satu lagi. Antara banyak-banyak subjek yang aku belajar and akan menduduki exam PT3 Oktober ini iaitu 9 subjek, subjek yang paling aku tak suka ialah KHB. Ya, para hadirin, aku tak suka subjek KHB. Bukan Bahasa Arab ye. Aku sayang subjek Bahasa Arab. Bahasa Quran tu ok. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui apakah itu KHB. Mehlah aku gitau. KHB ialah shortform bagi Kemahiran Hidup Bersepadu. Ok, sekarang dah tau kan? Ok, bagus. (Kenapa aku rasa aku mereng ni? Ah, tak suka ah perasaan ni. BENCI!)
.
Aku tak suka subjek ni start form1 lagi. Memang tak suka. Jangan tanya kenapa sebab aku malas nak taip.I is so sori naik lori bawak kari jumpa Mary sambut Merry Christmass. Ok. Aku tau sori tak ada kena mengena dengan lori. Lori juga tidak membawa kari. Lori bawa kayu balak. And.. Mary yang menyambut perayaan hari Krismas tidaklah menggemari kari dan aku pasti dia juga tidak tahu apatah lagi mengenali apakah itu kari. Tak gitu? Ok. Di perenggan ini aku telah membuat kacau bilau dengan menulis ayat yang ntahapaapantah dan menulis ok sebanyak dua kali. Minta maaf banyak-babyak kerana aku sudah mereng.
.
Aku just nak gitau yang aku tak suka subjek KHB je tapi habis melalut sampai kari dan Mary. Apa kaitan dan hubungan mereka aku sendiri tak dapat kenal pasti.
.
And... Seperti yang engkorang tau kalo taulah. Aku adalah salah seorang scolioser iaitu mempunyai tulang belakang yang bengkok atau bengkang? Ke bengkok? Apa apa je lah. Seperti yang korang sudah maklum kalo diikutkan aku akan menjalani pembedahan pada bulan Februari lepas tapi lepas tu ditangguh ke bulan Mac iaitu bulan ini. And now, aku dah fed up sebab tak boleh operate. Aku kena buat MRI dulu yang dijadualkan pada 17.7 ini.. So, sebagai tanda protes, aku mintak tangguh sampai aku habis PT3 iaitu pada bulan Oktober.
.
Berat hati sebenarnya nak buat keputusan ni tapi takpelah. Biarlah aku tanggung rasa sakit belakang ni untuk beberapa bulan. Biar sakit asal aku dapat protes. (Apakah?) And... Biar sakit asal aku dapat jawab exam. Rugi tau belajar 3 tahun tapi tak ambik exam yang tak sampai seminggu pun. RUGI.
.
Alahh.. Aku ni bukannya tak biasa tanggung rasa sakit. Selalu je. Selalu sangat! Orang mungkin kata aku sihat and tak sakit langsung pun. Tapi hakikatnya hanya aku dan Allah S.B.T sahaja yang tahu apa yang aku tanggung.
.
Aku tak nak citer pasal hal ni kat sini. Aku plan nak buat entri lain yang special pasal citer scoliosis aku. Tapi... tak tahulah bila. Tunggu aku free dulu.
.
.
.
Em.. sebelum aku akhirkan entri yang aku rasa panjang ni,marilah kita sama-sama mem-promote belog aku, ciksakuramerah.blogspot.com di media massa dan seangkatan dengannya.
.
Aku bukan apa tau. Hari tu aku ada baca surat khabar BH bahagian Skor. And blogger yang terpilih untuk mengisi ruangan tu untuk tarikh tu yang aku tak ingat bila ialah new blogger yang tak sampai setahun pun lagi berblog.
.
Jeles tau! Aku dah 1 tahun 1 bulan berblog tapi tak dapat pun masuk surat khabar. Followers pun just 5. And readers dalam sehari pun dalam 60 gituu je. Sedih tau! Aku tulis entri penat-penat tapi sikit je orang baca. Huwaaa ~T_T~
.
Biarlah korang nak cakap aku batak hot pun. Ok, sekarang ni aku memang batak hot. Sekarang je lah. Bukan di masa akan datang.
.
Kalo tak hot pun takpe asalkan dapat merasa pegang duit dari hasil nuffnang. Ah, takde! Nak jugak! -_-!
Kenapa aku rasa macam aku ni kanak-kanak yang baru ada FB and selalu update status and upload gambar cecantik kat FB sebab nak hot? Speechless +_+
.
Untuk pengetahuan korang, blig ini telah wujud sejak bulam Februari tahun lepas lagi. Tapi entry yang pertama telah ditulis pada bulan Mac. And belog ini mula aktif sekitar bulan Mei atau Jun kalau aku tak silap.
.
.
.
Oklah. Bai. Assalamualaikum..
.
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Nah aku belanja gambar aku yang tahun lepas masa form2.  *^▁^*  Juga sekeping quote.
Enjoy da picca.
.
.

Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...