Sunday, 10 July 2016

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum semua ;')
.
Boleh tahan lama jugak kan aku tak menulis di belog ini. Kan? Hemmm. Bukan tak nak tulis, tapi tiada masa. Berlaku kekangan waktu ke atas diriku di mana aku agak sibuk ke hulu ke hilir beraya bersama keluarga dan saudara-mara. Juga sibuk mengusik para sepupu yang kecil molek oh comelnya! sampai diorang dah tak nak dekat dengan aku sebab takut kena gomol. Lagi, aku juga sibuk menyamar sebagai budak perempuan darjah 3 untuk mencuri ampau duit raya dari para pak cik mak cik yang kaya raya. Mujur berjaya :D HAHA.

Tahun ni raya biasa-biasa je. Tak se-seronok macam kecil-kecil dulu. Tahun ni, raya pertama, aku dengan kakak aku sibuk kat dapur je sebab buat air untuk tetamu yang datang. Ramai tetamu yang datang jenguk tokki dan tok aku yang kurang sihat. Biasalah, orang tua kan. Raya kedua baru pergi jalan-jalan.

Aku sebenarnya kalau diikutkan memang nakkkkk sangat update belog dan cerita semua pasal raya aku. Tapi kan, masa menghantui diriku. Esok, Isnin dah start sekolah. Dan esok sekolah aku buat temu murni tapi mak ayah aku tak pergi. Aku pun ingatkan malas nak pergi tapi bila fikir balik, duduk rumah pun tak buat apa jugak. Baik pergi sekolah kan?

Lepas tu Khamis depan, sekolah aku buat majlis sambutan Aidilfitri peringkat sekolah sekali dengan majlis persaraan pengetua sekolah aku. Wuuuuu, Umi dah nak bersara. Sedihnya :'(

Aku ingat malas jugak nak pergi sekolah hari Khamis tu. Tapi sebab umi nak bersara, so biarlah aku pertimbangkan balik.

Oh, ye. Umi tu bukan mak aku. Umi tu panggilan untuk pengetua aku kat sekolah. Aku sayang dia sebab dia baik dan berprinsip. Bijak pulak tu. Dia pun dulu student sekolah aku jugak which is SMA Khairiah. She shines my way :)

Hemmmmm.

Ok-lah. Ini ajelah untuk update hari ini dan kali ini. Lain kali aku update lagi :)

.
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ^_^

.
Bye and assalamualaikum semua :')

.
Thanks for reading this entry ^_^

.
:- Nah, my outfit of the day and outfit of the first raya. Kali ketiga pakai baju ni sebab best sangat. Thanks kat butik Raffeasia (kalau tak silap ejaannya) for this dress ^_^

.


Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...