Saturday, 15 July 2017

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :)

.

Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yang nak kena buat dan handle. Tak masuk part study dan bisnes lagi. Ya Allah! Sibuk! Sampai satu masa aku perlu rest sekejap, tarik nafas, hembus and pejam mata for few seconds, then baru buka balik. Teruskan hidup seperti biasa.
.
Aku rindu nak blog. Yes, rindu sangat! Walaupun aku tahu tak ramai yang baca. Or hampir takde? Hehe.Tapi still rindu. Rindu nak blog. Rindu nak share stories kat sini. Nak share stories dengan pembaca misteri. Hehe. Rindu sangat!
.
Entri aku yang aku dah siap taip dan draft pun aku tak pos lagi. Dari bulan Januari kot! Haha. Dan sekarang entry tu aku dah delete. Tak ada maknanya dah nak post kat blog sebab entry pasal Tahun Baru. Dah lapuk.
.
For your information, beberapa bulan lepas, aku dah revamp blog aku. Dulu blog ni nampak la sikit keceriaan tu tapi sekarang dah suram. Header pun dah takde. And aku dah delete few of my entries yang aku rasa tak beri manfaat pada orang. Aku juga delete entries yang ada banyak gambar aku.
.
Moving to a new chapter.
Entering a new chapter in life.
.
Bila dah makin besar, dan usia pun might say, makin meningkat ke arah "dewasa" ni, fikiran pun turut sama berubah. Aku dah tak rasa semua ni suatu kepentingan bagi aku. Aku dah takde "rasa" nak jadi blogger Malaysia terkenal macam 2 tahun lepas. Masa mula-mula aku ber-blog. Aku dah tak rasa nak jadi vlogger/youtuber terkenal. Dah tak berminat untuk jadi instafemes, ada ratus ribu followers. Dah takde. Takde keinginan dah. Sebab semua tu bukan lagi suatu kepentingan. Aku pun dah lama tak log in IG. Facebook aku yang akaun Qaseh Suci dan Siti Halimah pun aku dah deactive. Sekarang ni aku ada satu Facebook je special untuk bisnes. Just For Bisnes. Namanya, Sha Mohd. Jemputlah add 😉
.
Aku pun dah delete gambar-gambar aku kat media sosial walaupun tak semua. Tapi 90% dah delete la. Yang tinggal pun gambar-gambar yang "penting". Penting la kot. Bagi aku penting.
.
Entahlah. Aku tak nampak apa pun kepentingan uploaf gambar di media sosial. Upload untuk tontonan umum. Macam takde keje lain je nak buat. Lagipun upload gambar ni pun tak elok untuk jiwa sebenarnya. Boleh jadi riak. Ye lah, macam mana tak riak kalau tiap kali upload gambar then orang puji "lawa" la, "comel" la. Benda tu jadi macam satu penyakit. Penyakit untuk terus pamer gambar sendiri pada khalayak umum.
.
Anddddddd. Macam yang korang tau (kalau taulah), dulu aku pernah suka somebody kan. DULU. But now dah tak. Sebab.. Yes, alasan yang sama, bukan suatu kepentingan bagi aku. Aku pun dah malas nak suka orang. Malas nak layan perasaan. Malas nak layan jiwa remaja. Sebab semua ni bagi aku buang masa. Terlalu banyak benda yang aku kena buat dan fikir, dan aku tak nak dan malas nak serabutkan fikiran aku dengan benda-benda macam tu.
.
Faham tak?
.
Tapi aku still kalah dengan perasaan dan jiwa. After like 2/3/4 bulan aku jaga hati aku. Aku rawat hati aku dari "rasa" yang lepas. Dari rasa yang sesak. Yang buat aku lemas. Buat aku nangis. Rasa yang kecewakan aku. Bukan mudah uollsssss. Bukan mudah. Even sekarang pun tak fully recover lagi. Tapi, dalam waktu aku jaga dan rawat hati aku la, aku dapat satu lagi dugaan dari Allah. Allahu! Aku tak kuat. Tertanya-tanya juga kenapa Dia uji aku dengan ujian hati macam ni. Tapi aku hamba hina. Aku takde hak nak persoal. All I can do is just terima dan redha. Hadap ujian tu. Sebab, Dia beri aku ujian ni sebab Dia nak uji tahap keimanan aku.
.
Aku tak tau kenapa dan bagaimana, aku boleh TERsuka someone ni. (Note: Ulang baca perkataan TER banyak kali). Aku tak minta. And aku dah try jaga. Halang diri aku. Tapi aku kalah. Perit!!! Perit bila dapat "rasa" ni. Nak hadap. Nak lawan. Bukan mudah. And aku takut. Aku takut aku akan kecewa lagi.
.
BLOG 2

Dia tahu aku suka dia. Dan dia pun suka aku (MUNGKINLAH). Tapi kebenarannya aku tak tau sejauh mana. Sebab perasaan ni boleh berubah. Hanya masa yang menentukan selama mana perasaan ni akan tersemat kat jiwa. And aku harap tak lama. Sebab aku tak nak tersiksa. Cukuplah singgah sekejap lepas tu pergi. PLEASE!
.
Tapi aku syukur sangat! Walaupun aku suka that person, aku still mampu control diri aku. Aku mampu tahan diri aku dari PM dan chatting dengan dia selalu. Chatting perkara yang tak penting dan melalaikan. Aku mampu tahan diri aku dari stalk dia. Ambik tau banyak perkara pasal dia. Aku mampu untuk tahan diri aku dari jadikan dia as topik perbualan. Alhamdulillah, perubahan yang bagus might say? After all, kekuatan ini Allah yang bagi. And aku harap Dia akan terus bagi aku kekuatan untuk hadap ujian hati ni. Sebab jujur aku kata aku tak kuat. Aku tak kuat untuk hadap dan tanggung semua ni sorang-sorang. Aku tak kuat nak lawan nafsu remaja aku. Aku tak kuat nak jaga jiwa aku yang kuat memberontak. Aku tak kuat. Aku tak kuat untuk hadapi semua ni sendiri. Syukur aku ada Dia, The Almighty :)
.
Hemmmmm....
.
Entahlah. Aku tak mintak semua ni. Aku dah jaga baik-baik hati aku. Tapi tetap jugak TERsuka. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang mampu halang. Kita rancang. Dia juga merancang. Dan Dia adalah sebaik-baik perancang dan Dia juga yang menentukan.
.
And me, as a servant, mampu terima dan redha. Everything happened for a reason kannnn ;)
.
Apa lagi eyk nak cerita?
.
Ha! Aku nak cerita sikit pasal bisnes baru aku. But then, I think I should make a new entry, another entry for it. Special untuk perkara tu je. Tak proper pulak mix hal personal and bisnes kan?
.
So, I think ni je for this time. Nanti lain kali, ada masa dan idea, aku akan menaip lagi dan post new entry di sini ya?
.
Much love, Sha Mohd.
.
Ohhhh! Aku plan nak tukar nama blog dari SITI HALIMAH kepada SHA MOHD. And link pulak nak change from www.ciksakuramerah.blogspot.com to www.shamohdstory.blogspot.com or www.shamohd.blogspot.com . How? I really need your opinion dearies. Do comment below k? Nah, love <3
.
Ok, assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entry

Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...