Tuesday, 26 April 2016

Quote Of The Day #1

Assalamualaikum...


Dah lama benar rasanya aku tak update belog padahal baru je Ahad lepas aku update satu entry. Entry Wordless Sunday. Bahahaha.


Hari ni sebenarnya Terengganu cuti sempena hari pertabalan sultan Terengganu. And memang aku dah semat azam dah kelmarin untuk update entry banyak-banyak gitu pada hari ni.


Tapi malangnya, aku tak update satu habuk pun lagi entry untuk hari ni kerana terlalu sibuk dengan aktiviti blogwalking, tengok cerita Running Man di ebook, guling-guling atas katil and baca novel Aa+Bb by Hlovate. Like a boss je kan aktiviti aku? Muahaha XD


Aku ni buat keje lain rajin, tapi kalo nak buat homework yang bertimbun, hafal segala benda yang patut dihafal and cover balik topik-topik form1and form2 bagi setiap subjek yang aku pernah belajar dengan membacanya, oh malasnya! Dah la lagi dua minggu nak exam. Dasar tak sedar diri!


Oklah. Malas nak kutuk diri sendiri sebab dah tersangat bosan dah.


Just nak gitau, mulai hari ini aku akan buat satu segmen (oceh, sebab kau!) di belog aku iaitu segmen Quote Of The Day.


Setiap kali aku online, inshaAllah aku akan update satu quote di belog aku ni. Ok?


So, quote of the day for today ialah....

sila lihat gambo, ye ;")


Kbai

Thanks for reading this entry ^_^

Sunday, 24 April 2016

Wordless Sunday

Assalamualaikum...
.
Sekarang ni pukul 10.41pm dan aku sedang kelaparan. Lepas ni ingat nak pergi goreng telur sebagai alas perut sebelum tidur.
.
Hemm. K lah. Selamat malam semua :) Mimpi indah :")
.
Sorry merapu tengah-tengah malam tak buta sebab bulan terang benderang ∩__∩
.
Tengah rindu seseorang :(
.
Nak aku hadiahkan gambo perasan cantik...
Terima kasih kepada cik Matahari kerana memberi pencahayaan yang sangat baik :D

Saturday, 23 April 2016

Perasaan Aku Pabila Hajat Sudah Tertunai ^_^

Assalamualaikum...

.

Sekarang ni aku sedang berada dalam mood yang gumbira kerana satu daripada bersusun hajat aku sudah tertunai. Weeeee ^_^
.
Hajat apa tu? Alahhh. Hajat biasa-biasa je. Tak vogue sangat pun. Yang pasti aku happy :')
.
Hajat itu ialah.......

.

Alhamdulillah, akhirnya hasrat aku nak memiliki wedges tercapai juga :''D

.

Tadi, selepas balik dari kelas tambahan, terus kakak aku bawak aku ke bandar Kuala Terengganu untuk mencari wedges idaman kalbu budak ketot ni.
.
Mula-mula gi kedai Kasut You dulu sebab selalunya kasut-kasut kat Kasut You ni cantik-cantik. Tapi.... nasib ar jadi budak yang kekurangan citarasa ni. Kalo boleh, satu kedai Kasut You tu aku nak beli sebab kasuts dan selipars-nya semuanya cecantik. (addition s di belakang untuk tanda plural. Manakala addition 'ce' adalah untuk menyatakan kata 'sangat'. Ok, sastera sangat -.-)
.
Lepas gi Kasut You, aku dan kakakku pergi pula ke kedai apaentahnamanyaakutakingat yang terletak bersebelahan dengan kedai Kasut You. Tetapi malang seribu kali malang. Satu jenis kasut dan selipar pun aku tak berkenan. Citarasa tinggi lah katakan. (Tapi tadi tulis kekurangan citarasa --' ?) Dah lah harga mahal crazy. RM275 kot.. Giler ar! Tak pernah-pernah dalam hidup aku pakai barangan yang harganya atas RM150. Barang harga RM100 pun mujur sangatlah kalo aku dapat guna.
.
Disebabkan tak berkenan, so kitorang pi ke kedai seberang jalan iaitu kedai CL-Cleris. Teragak-agak jugak sebenarnya aku nak masuk ke kedai tu, tetapi di atas dorongan kakakku (k, aku guna perkataan dorongan di situ -..-) aku melangkah juga ke dalam kedai itu. Ceh, bajet sastera je ayat :p
.
Kedai CL tu kecik je. So, kasut seliparnya pun sangat sikit hokeh! Aku nak pilih pun rasa malas. Tak berkenan!
.
Then, kitorang pergi pulak ke kedai sebelah kedai CL tu. Kedai tu kedai Cina. Apa entah nama kedai tu, aku tak ingat. Hehe XD.
.
Kat kedai tu, adalah beberapa jenis wedges yang aku berkenan tetapi..... wedges-nya terlalu tinggi. Kalo aku yang 140cm ni pakai wedges tu, terus nampak kerdil je kakakku yang tingginya 150cm tu. Lihatlah betapa tingginya wedges itu.
.
Tak berkenan jugak! Kitorang pergi pulak ke kedai sebelah. Kedai Cina jugak. Kat kedai ni, aku masuk tu, tengok wedges kat bahagian depan je, terus aku kuar. Kenapa? Kerana wedges-nya begitu keyy eyll. Tak berani pulak aku nak pakai. Nanti mesti kena kecam -,-
.
Sebelah kedai kasut Cina tu ada satu butik. Kalau tak silap aku nama butik tu ada "la-la" gitu. Alah.. Lupalah! Aku ni semua benda nak lupa! Susah sangat nak ingat satu-satu benda tu. Wuuu T_T
.
Disebabkan aku ni jenis yang "La ta'kulu ssaman" so, aku masuklah ke dalam butik tu. Bila masuk je, terus aku rasa cam, "Wow! Cantik gile!" Siyes kagum.
.
Bukannya sebelum ni aku tak pernah masuk butik. Pernah je. Tapi kalo aku masuk pun tak adalah aku nak "wow" "wow" sangat. Tapi yang ini.... Impressed!
.
So, aku dan kakakku pun survey survey lah baju dan dress di situ. And dalam banyak-banyak dress kat situ, ada satu dress ni, aku berkenan sangat! Dah lah kainnya lembut, pattern-nya pun cantik, harga pulak fuh! Tertelah air liurku. Murah! Hehe XD
.
Aku dan kakakku tengok-tengok je dress kat situ. Tak beli pun sebab tak bawak duit yang banyak. Tapi, kitorang plan nak beli dress kat situ untuk raya. Yeay! ^_^
.
Ok. Stop lah pasal butik tu.
.
Lepas kuar dari butik tu, aku dan kakak aku ke kedai Kasut You sekali lagi. And sekali lagi kitorang pusing-pusing kedai tu.
.
Sekarang ni, Kasut You ada buat promosi ke apa entah. Tak pun jualan penghabisan stok.
.
Aku tengok kat kedai tu ada dia tulis "2 pasang RM60" , "2 pasang RM80" dan "2 pasang RM100". Adakah ini????
.
Tak pentinglah apa pun. Asalkan murah.
.
So.... sebagai seorang perempuan sejati, sudah tentulah aku excited >_<
.
And disebabkan aku ni dari kecil lagi dibesarkan oleh ibu bapa yang sangat mementingkan penjimatan, so aku tak pandang pun wedges-wedges kat "2 pasang RM80" dan "2 pasang RM100" tu. K, tipu. Aku pandang jugak. Siap try lagi. Tapi tak beli pun :p
.
Dah lebih kurang dalam setengah jam jugak aku dan kakak aku duk godek-godek wedges kat rak "2 pasang RM60" tu, akhirnya kitorang berkenan jugak dengan wedges kat situ. Disebabkan 2 pasang dia beri RM60 je, so aku reward la kakak aku sepasang wedges. Ok, terserlah kebaikan aku di situ ;'')
.
Bila dah bayar apa semua and dah kuar dah dari kedai Kasut You tu, kitorang pun pulang.
.
Sampai je kat rumah, kakak aku tengoklah bil. And, apa yang mengejutkan ialah harga sebenar wedges kitorang ialah RM69.99. Kalo dibundar jadi RM70. And kalo didarab 2 jadi RM140. RM140 tolak RM60 equal to RM80. See? RM80 kot kitoramg jimat kat situ. (Actually aku ∩__∩). Boleh beli 2 pasang lagi wedges kat rak "2 pasang RM80".
.
Jadi... begitulah ceritanya.. Cerita yang membuat aku tersengih sedbern ke sedbern. (Aku tau aku eja sedbern tu salah :p)
.

.

Kalo korang kata aku ni over and show off sangat. Emm... Entahlah. Aku tak tau nak kata apa. Sebabnya, wedges ni adalah wedges pertama aku. And wedges ni aku beli guna duit sendiri.
.
Selalunya, kalo girls sebaya aku ni (15tahun) kalo nak beli pape mesti guna duit mak bapak. Tapi aku tak. So? Nampak tak perbezaan kat situ??
.
Bukan nak bangga ke hape ke. Tapi, ambillah sikit pengajaran.
.
Hidup ni janganlah sentiasa nak menyusahkan mak bapak. Nak beli itu ini harapkan duit mak bapak je. Duit sendiri tak nak guna -..- Tak ada duit sendiri? Menabunglah! Apa guna orang buat piggy bank kalo tak untuk letak duit (menabung), ye dak?
.
Ok lah. Tak nak emo-emo. Nanti dah tak syok nak update entri.
.
Jadi, terimalah entri ini dengan hati yang terbuka :)
.
Kalo aku, dapat beli wedges dengan duit sendiri pun dah boleh buat aku happy kemain. Nampak tak betapa mudahnya nak buat aku happy? Nanti kalo dah kawen, laki aku tak payah susah-susah nak cari idea untuk buat aku happy. Just teman aku shopping je. Duit pun takyah wat kuar. Mudah kan? Meheheh XD
.
Tapi aku tak nak laki yang macam ni. Aku nak laki yang manis. Sesuailah dengan aku yang sangat manis ni. Yeah ;'')
.

.

.
Nah aku hadiahkan gambo wedges yang aku beli tadi. Simple je, tapi cukuplah buat aku rasa happy :)
.
"Barang yang murah dan simple tapi kalo ada sentimental value dah cukup untuk buat kita rasa happy." Kan?
.
K, bai bai :'D

Friday, 22 April 2016

Cerita Masa Darjah 6 Dulu

Assalamualaikum semua :)

.

Dulu kan masa darjah 6 mesti ada extra class kan setiap kali selepas waktu sekolah. Selalunya, lepas habis sesi PdP, pihak sekolah akan bagi masa selama 20 minit untuk students solat dan rehat. Tapi aku tak solat pun. Ngade nak solat kat rumah. Almaklumlah sekolah dengan rumah tak sampai 1km pun. Jalan kaki pun sampai. And aku pun tak rehat jugak sebab tak tahu nak makan apa. Aku tahan lapar kot selama 2 jam lebih. Akibatnya, ketika di form1, aku telah di-diagnosis menghidapi penyakit gastrik. Padan muka! Jom ramai-ramai sorakkan aku. Booo ketot, booo
.
So, pada suatu hari ni, nak dijadikan cerita, cikgu Math aku anjakkan kelas yang asalnya kul 2.00 p.m jadi kul 3.30 p.m . Oleh sebab ada banyak masa terluang di situ, jadi pulanglah aku ke rumahku.
.
Tetapi aku pulang ke rumah, bukan pulang lenggang kangkung je. Aku membawa sekali amanat seorang kawan. Amanat hokeh! (Sebenarnya dia tu anak kepada sepupu aku. Tapi sama umo dengan aku.) Nama pemberi amanat itu ialah Azmida Zameera. Tapi aku panggil dia Meera je.
.
Meera amanatkan aku untuk gitau kat mak dia supaya ambil dia kat sekolah. And aku bersetuju dan berjanji untuk menyampaikan amanat itu kepada orang yang sepatutnya.
.
Maka bergembiralah Meera dengan janjiku.
.
Tetapi malangnya, aku terlupa untuk menyampaikan amanat itu..... *baca dengan ton yang sayu
.
Bila aku ke sekolah kul 3 pm tu dengan mengayuh basikal, (dulu memang semangat nak attend kelas sebab tu kul 3 pm dah pegi. Sekarang ni malas gilos. Dok tau la wakpe) dan tiba di sekolah 5 minit selepas itu, aku nampak dia dengan beruniform sekolah seperti sedang menunggu seseorang di gazebo di dalam sekolah dan keadaanya ketika itu begitu berserabai. Oh! Baru aku ingat yang dia suruh aku pesan kat mak dia supaya ambik dia kat sekolah. Tapi aku TERlupa!!!! Baca banyak kali TER tu.
.
Kesian sangat aku tengok keadaan dia masa tu. Dengan tak terurusnya. Rambut dah kuar dari tudung dah masa tu (budak darjah 6 kannn). Dicampur pulak dengan perut yang dah menjerit mintak diisi. Serta merta hati aku rasa hiba sesangat kerana telah mungkir janji tanpa sengaja. So, cepat-cepatlah aku mintak maaf dengan Meera tu. Mujurlah dia maafkan aku. Thanks Meera :) Ai lep yu <3
.
Dan, sesi pembelajaran bermula dan berlalu seperti angin-angin sepoi bahasa di musim el-nino.
.
Lepas dah habis kelas and nak balik ke rumah, sekali lagi dia berikan amanat kepadaku. Amanat yang sama untuk orang yang sama. Dan kali itu memang aku janji sungguh-sunggub untuk sampaikan amanat tu. JANJI!
.
TAPI... sekali lagi aku lupa. Balik je rumah, terus bukak tudung saji. Ambik pinggan, isi nasi dan lauk and melantak tak ingat dunia like a boss sekaligus lupa terus dengan amanat yang telah diberikan.
.
Masa berganti...
.
Dalam kul 6.30 pm camtu, aku nampak Meera balik rumah dia (sebenarnya rumah atuknya. Dia tinggal dengan atuknya) dengan menunggang motosikal. Masa tu dia dah pandai tunggang motor, tau. Aku je sampai sekarang masih lagi berharap dengan orang. K, fine :p Serta merta aku teringat akan janjiku kepadanya. And serta merta juga aku rasa bersalah. Masa tu memang dah cemas dah so aku cepat-cepat naik atas rumah and buat-buat tak tahu. Aku just tengok-tengok melalui tingkap rumah je. Aku tengok Meera nangis. Wuuu. Aku pun rasa nak nangis jugak T_T Sorry Meera sebab TERmungkir janji :(
.
Kalau boleh putar masa, aku nakkk sangat balik ke tahun 2013 dan sampaikan amanat Meera tu kepada mamanya. Serious, sampai sekarang aku rasa bersalah.
.
Banyak kali jugak aku mintak maaf dengan dia tapi respon dia macam "Em em, ok". Wuuu.. Sadisnya T_T T_T
.

.

.
Dedikasi untuk Meera :-
~ Meera, aku nok mintok maaf sebab dok kabo ke mok mung suruh ye ambik mung kat koloh. Aku tau aku saloh. Tapi aku bukan sengaja. Aku dok ingat. Manusia ni kan pelupa. (sempat lagi tu nak bela diri) Aku harap mung maafkan aku. Eyh? Aku sayang mung! Munglah antara anak sepupu dan kawan yang terbaik hok pernoh aku ade :) I love you <3

.

.

.
So, the conclusion is, silalah tunaikan amanat orang. Jangan tangguh-tangguh. Jangan tunggu-tunggu. Lagi-lagi kalo korang ni jenis yang pelupa macam aku. Nanti kalo dah jadi macam kes aku ni, tak tau lah nak buat apa. Mintak maaf pun macam dah tak guna je sebab nasi dah jadi bubur. Ok, bonus mark untuk aku sebab ada peribahasa di situ.
.
Satu lagi, kalo dah tau diri tu bersalah, cepat-cepatlah minta maaf. Kalo dia nak maafkan ke tak ke, tu hak dia dan bahagian dia. Yang penting, kita dah mintak maaf. Ok?

.

.

.

Thanks for reading my story :)

.

.

Silalah usha-usha gambo di bawah.
Aku tau aku gelap tapi janganlah kutuk aku. Ni gambo masa darjah 5 tahun 2012. Zaman kegelapan menghuni wajahku sebab masa ni aku sangat aktif hoki ^_^ Sekarang ni aku dah form3. Dah cerah sikit sebab tak aktif sukan langsung! (Badan pun dah bertambah gempal.) Tak caye? Cuba tengok teacher aku yang buat 'piss' tu. Masa ni dia umo 19 tahun ok. Budak-budak lagi. Tapi kalo korang tengok betul-betul gambar ni pun korang tahu yang gambo ni time kanak-kanak ribena. Muka memasing cam haremm. Nampak sangat tak ke-mumayiz-an kami di situ. Kami mewakili rakan-rakanku.
.
Masa ni berat aku 19kg. K, saje je nak gitau. Tinggi pulak 130cm lebih je. Tak pun 130cm je. Ketot! Takpe. Ketot tak semestinya tak cantik :p
.

Apa Yang Aku Kagum Dengan Cerita Upin Ipin

Assalamualaikum :)
.
Apa yang aku kagum dengan cerita Upin Ipin? Oh, banyak sangat! Terlalu banyak sampai tak terhitung dek jemari aku :o Of course la kan? Jemari aku kan ada 10 je. So, kalau terlebih satu tu memang tak boleh nak kira lah -..- K, tak lawak.
.
Disebabkan aku dah tekad untuk update entry banyak-banyak pada hari ini, so terimalah entri ni. Fyi, entri ni merupakan entri ketiga untuk hari ini. Wow! Hebat bukan? Hebat lah sangat --'
.
Apa yang aku kagum dengan cerita Upin Ipin? Let's cekidaut bayi ;D
.
1) Aku kagum dengan Mail sebab walaupun dia budak lagi tapi suara dia dah pecah -.-"
.
2) Aku kagum dengan Jarjit sebab walaupun dia kecil lagi tapi dia sangat pandai berpantun. Yiehaa! Kalah manusia yang menaip ni.
.
3) Aku kagum dengan MeiMei sebab walaupun Mail meluat dengan dia, tapi dia ilek je perasan cantik and bijak and perkara yang seangkatan dengannya ;) Kalo aku jadi macam MeiMei, mesti ramai haters beratur nak kutuk aku. K, fine.
.
4) Aku kagum dengan Uncle Muthu sebab dia boleh ingat semua menu yang ada kat gerai dia >_< Aku nak ingat nama orang sepatah pun susah --"
.
5) Aku kagum lagi dengan Uncle Muthu sebab dia boleh sebut semua menu yang ada di gerainya dengan satu nafas je. Hebat bukan? Aku nak leter adik aku pun tersekat-sekat. Kena sedut oksigen banyak-banyak dulu.
.
6) Aku kagum dengan Kak Ros sebab walaupun dia selalu marah Upin Ipin tapi Upin Ipin still sayang dia. Kakak tersayang la katakan +-+ Kecik-kecik dulu kalau kakak aku marah aku, mesti aku akan sumpah seranah dia habis-habisan. Kalo aku sakit hati sangat, aku akan jerit kuat-kuat lepas tu nangis dalam almari. Teruk kan?
.
7) Aku kagum dengan Ehsan sebab dia boleh chill and relax je makan banyak-banyak walaupun badan dia bolat ngalahkan adik aku yang super bolat tu. Kalau aku la, memang dah bising dah. Tapi bising je lah. Nak insafnya tak pernah pun. -_-
.
8) Aku kagum dengan Ijat sebab dia boleh berkawan dengan budak yang tak bercakap tu. Alah... budak yang selalu buat isyarat tangan tu. Apa entah nama dia aku lupa. Kalo aku jadi Ijat, jangan harap aku nak kawan dengan dia. Nanti aku nak sembang dengan sape time cikgu ngaja kat depan??? Lagi-lagi subjek Idadi 1.
.
9) Aku kagum dengan budak laki yang tak bercakap tapi guna bahasa isyarat tu. K, aku lupa namanya. Aku kagum dengan dia sebab dia boleh pengsan begitu sahaja jika sesuatu yang mengejutkan berlaku. Awesome!
.
10) Aku kagum dengan Opah sebab dia masih gagah lagi buat keje walaupun dah tua bangka. Ok, aku tau statement tua bangka tu tak sesuai dengan opah tapi biar ar, aku nak letak jugak!
Tetiba rindu dengan tok (nenek) and tokki (atuk) aku kat kampung. Dua-dua tengah sakit sekarang ni. Aduss. Lamanyaaaaaa tak jenguk diorang! Rindu ;(
.
11) Aku kagum dengan Tok Dalang sebab boleh main badminton kalah Lee Chong Wei Feng. Anak-anak Misbun Sidek pun kalah dengan Tok Dalang kalau dorang berlawan agaknyalah.
.
12) Aku kagum dengan Upin Ipin sebab diorang boleh share suara yang sama -..-" Selalunya kalau kembar, dorang share muka je, suara tak. Tapi Upin Ipin lain. Memang daebak ar! O_o
.
13) Aku kagum dengan Fizi sebab dia boleh jadi best friend Ehsan yang suka sangat menunjuk-nunjuk kekayaan tu. Sikit-sikit daddy. Anak tunggal la katakan. Kalo aku la, hooo. Memang straight to the point aku akan cakap yang aku nyampah crazy crazy ngan dia.
.
14) Aku kagum dengan Abang Salleh sebab cara dia make-up and jaga kecantikan ngalahkan Kak Ros. Aku pun kalah :( Ah, mencik! Wuuu T_T
.
15) Aku kagum dengan Upin Ipin and the geng sebab pernah jadi lanun and naik kapal macam zaman kesultanan Melayu Melaka dulu-dulu. Mujur tak naik kapal Titanic je.
Bila tulis pasal Titanic ni, tiba-tiba berangan nak bercinta macam hero heroin Titanic gak. Kejar-kejar dalam kapal. Omaioppa!! Insane XD
.
16) Aku kagum dengan Susanti sebab tahu pasal cerita P. Ramlee padahal dia tu bukannya warganegara Mesia pun. Aku pun tak tahu. kekeke.
.
17) Aku kagum dengan Sappy, lembu kepada anak kepada Uncle Muthu sebab dia faham arahan tuannya. Pandai berbahasa Melayu, tuh! Aku meletakkan dua perkataan kepada di situ, ya.
.
18) Aku kagum dengan Upin Ipin dan kenkawan sebab diorang bukan sahaja kawan sekelas malah juga kawan sekampung. Hebat bukan? Aku pun tak boleh beat. Cisss.
Kan best kalo aku sekampung dengan classmates aku. Boleh buat study group reramai. Boleh main reramai. Tak ke best tu?
.
19) Aku kagum dengan adik-adik aku serta abang aku sebab tak bosan tengok cerita Upin Ipin episod samaaaa ja. Aku pun bosan!
.
20) Aku kagum dengan diri sendiri sebab boleh buat entri pasal Upin Ipin padahal aku bukannya tengok sangat pun.
.
K, cukuplah tu 20 sebab. Dah lebam dah jari jemari aku menaip entri ni. Sebelum aku end kan entry ni, jemputlah baca belog aku secara berjemaah, ya. K, arigatou gozamas ^_^
.
.
Thanks for reading this entry ^_^

Thursday, 21 April 2016

Histeria? Saya takut! | Tips Tolak Saka Dan Histeria

Assalamualaikum..
.
14 April lepas, Malaysia telah digemparkan dengan satu cerita yang crazy hot iaitu cerita pasal satu sekolah di Kelantan yang para pelajarnya termasuk guru-guru kena histeria.
.
Haaa... Tahu tak? Tahu tak?
.
Kalo korang selalu baca surat khabar and tengok berita, mesti korang tahu, kan? Kalau aku, aku tahu sebab everyday aku baca akhbar BH kat sekolah. Hehe >_<
.
.
Tadi aku ada tengok Malaysia Hari Ini (MHI) and ada satu slot ni di mana Ally Iskandar menemu ramah seorang pendakwah/ustaz perihal kes histeria kat sekolah kat Kelantan tu.
.
Kata ustaz tu, 'penyakit' histeria ni tak tahu lagi apa puncanya yang sebenar-benarnya. Tapi.... ustaz tu ada juga cakap yang kes histeria ni adalah disebabkan oleh sikap sesetengah pelajar wanita yang tak jaga kebersihan.
.
Tak jaga kebersihan maksudnya macam buang tuala wanita merata-rata. Ada juga yang langsung tak basuh tuala wanita tu. Tak basuh, tak balut and buang macam tu je dalam tong sampah. Kalo buang dalam tong sampah tu takpe lagi, tapi kalo buang merata-rata tu camne?
.
Perkara ni bukannya perkara baru. Dah lama dah sebenarnya. Sejak dari dulu lagi ada je kes pelajar buang tuala wanita merata-rata. Aku sendiri pun tak tahulah kenapa dan bagaimana perkara ni boleh berlaku. Diorang yang buat ni tak rasa geli ke? Or mungkin rasa takut?
.
Diorang tak tahu ke yang perkara ni sangat sangat sangat berbahaya? Diorang tak tahu ke yang darah haid wanita tu ialah makanan kegemaran jin? Tak tahu ke? Tak tahu ke?
.
Aku yang tak pernah kena ni pun  takut crazy. Geli pun ya juga. Heee *muka geli nak muntah
.
Yang peliknya kan, sekolah yang ada kes histeria ni kebanyakannya berlaku di sekolah Melayu di mana rata-rata pelajarnya ialah ISLAM! Islam ok, islam!
.
Dan mangsanya pula tak lain bukan mestilah perempuan. Sebabnya, macam yang aku tulis kat atas tu lah. Tak jaga kebersihan. Hish. Memalukan betul!
.
Tapi kan, sekolah aku tak ada pula kes-kes histeria ni walhal students sekolah aku semuanya perempuan.
.
Satu lagi, sekolah aku pun tak ada pun duk pung pang pun pang pasal students buang tuala wanita merata-merata or tak basuh tuala wanita. Pelik kan?
.
Mungkin sebab undang-undamg sekolah aku ketat kot.
.
Undang-undangnya, kalau ada mana-mana cikgu yang terjumpa tuala wanita kat mana-mana, cikgu akan kumpulkan semua students and semua students kena perah tuala wanita tu. Eeeeeyu! Geli wehh.
.
Geli! Geli!! Geli!!!!!!!
.
Aku tak pernah kena lagi tapi ada senior cakap pengetua sekolah aku yang lama pernah buat macam tu ×_×
.
Tapi, aku tulis entri ni bukanlah sebab nak kupas banyak-banyak pasal kes tu. Bukan juga nak bangga diri dengan sekolah sendiri walhal memang bangga pun. Mehehehe XD Tak, ya. Hee.. Aku pun bukannya tahu banyak sangat pun pasal kes tu.
.
Aku just nak gitau, masa aku trngok MHI tadi, ustaz tu ada beritahu pasal beberapa cara untuk kita tolak saka, elak histeria dan rawat histeria.
.
So, inilah perkara yang aku nak kongsikan kat entri ni.
.
Ayat tolak saka
~ Amalkan surah Al-Mu'minun ayat 97-98
.
Ayat elak histeria
~Dekatkan diri dengan Allah.
~Berzikir
~Baca ayat Kursi
~Amalkan ayat-ayat elak histeria (boleh search kat google, ya >_~)
~Berdamping/Mengamalkan Quran
Rawat histeria
~Azan 7 kali secara berulang-ulang.
~Baca ayat Kursi sebanyak 313kali. (boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa orang kalau tak mampu nak baca sorang-sorang. Tapi make sure cari orang yang betul-betul pandai baca. Nanti buat malu je kena gelak dengan jin yang crazy damn tu)
.
.
Hope tips ni dapat memberi mamfaat kepada korang yang membaca :)
.
Apa yang penting, kalau tak nak semua perkara ni berlaku kat kita, kita kena dan mesti mendekatkan diri dengan Allah dan elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menarik jin untuk berdamping dengan kita.
.
Ustaz kat MHI tu pun ada kata, jin juga sangat suka dengan orang yang lemah semangat. Senang cerita, macam introvert gitu. Suka duk sorang-sorang (aku la tu) dan suka simpan 'rasa' sorang-sorag (aku lagi). Jin juga suka dengan orang yang dalam keadaan tertekan sebab masa tu emosi kita tengah berada di level yang sangat rendah. So, senanglah jin tu nak rasuk kita. Kita tu bukan aku, ya. Harap maklum!
.
So, conclusion-nya, jagalah diri baik-baik. Jangan terlebih ego dengan jin tu. Bajet berani sangat. Nanti kan, sekali dia tunjuk diri dia kat kau baru tau nak kecut usus besar. Perut tu toksah cakaplah. Memang dah kecut-berut dah bak kata orang Ganu. Kecut gila crazy.
.
And jangan jugak terlalu takut dengan kaum kerabat jin tu. Dia jin je, hokeh. Ingat, kita tak perlu takut dengan jin, just be aware! Kita kena lebih takut dengan Allah S.B.T . Jin tu kan makhluk ciptaan Allah. Sama je dengan kita. Dia tak ada apa-apa keistimewaan pun. Yang penting kita kena ingat, tempat dia kelak adalah di neraka jahanam. Kita pula, orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam dan menurut perintah Allah akan ditempatkan di syurga ^_^ Amin...
.
.
.
Ok-lah. Tak nak tulis long-long sebab nak tulis entri lain pulak. Hari ni aku nak update banyak-banyak entri. Gila trafik! Padahal takde orang baca pun. Belog pun orang tak kenal. Aduhai sedihnya hidup T_T
.
K, bai. Tata.
Assalamualaikum.
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Aku tak tahu nak letak gambo apa, jadi terimalah gambo ni....
--"

Terinspirasi Dengan Yuyu Zulaikha

Assalamualaikum and hi kepada mana-mana manusia yang tersesat ke entri ini. *Hi ^_^ Terima kasih kerana tersesat ke sini, ya. At least ada jugak orang baca belog aku ni daripada aku duk syok sendiri je update belog like a boss ~~~
.
Sebenarnya semasa aku sedang menulis entri ni, aku juga tengah tengok siaran ulangan rancangan Clever Girl. Two in one la bak kate omputeh. Well, sambil menyelam minum air. Eh, betul ke dok pepatah yang aku guna tu? --"
.
So... Adakah aku menulis entri ini bertujuan untuk menulis perihal rancangan Clever Girl? Ataupun entri tanda protes kerana sekolah aku sentiasa adakan extra class dan kem pada setiap hari Sabtu? Mungkin juga perihal ke-ber-debar-an aku untuk menghadapi mid-year exam this upcoming May? Adakah? Adakah? Adakah? Oh, tidak ya. Tidak sama sekali!
.
Ni aku nak tanya satu soalan, korang kenal tak dengan seorang petite blogger named Yuyu Zulaikha? Ha, kenal tak??
.
Kenal? Baguslah... Tak kenal? Alah, buat-buatlah kenal. Eyh?
.
Tak kenal jugak siapa tu Yuyu Zulaikha? Hem. Ok-lah, aku bagi hint. Suami dia Onejet yang handsome tu. Kenal kan? Ok-lah. Bagus. *Thumbs up untuk korang yang kenal Yuyu Zulaikha tu ;) (Suami dia actually.)
.
Kalo korang kenal siapa tu Yuyu Zulaikha, mesti korang tau kan yang Yuyu tu sebenarnya petite. Kecil molek. Tinggi dia kalau aku tak silap 138/140 cm. Kiranya taraf-taraf aku jugak la. Tinggi ai olls140cm hokeh :p !
.
Aku sebenarnya dah agak lama jugakla kenal Yuyu ni. Aku start berblogging tahun lepas and beberapa bulan selepas itu baru aku kenal Yuyu. Itupun melalui entri ni. Terima kasih bebanyak kat blogger Apijol sebab buat entri tu. Kalo tak, mesti sampai sekarang aku still tak kenal siapa tu Yuyu. Ish ish ish. *geleng kepala sambil dahi kerut 18
.
Tapi.... Walaupun aku dah kenal Yuyu lamaaa dah (padahal baru tahun lepas -_- ) , aku tak baca pun belog dia. Aku just baca pasal majlis nikah dan resepsi perkahwinan dia dengan Onejet je. Teruk kan aku?
.
Motifnya adalah kerana, masa tu aku tak berminat pun nak tahu pasal Yuyu sebab bagi aku Yuyu ni biasa-biasa je. Biasa-biasa kau! Lempang nak??
.
Tapi, walaupun aku tak baca belog Yuyu, aku still follow Yuyu kat IG, ok. (Jemputlah follow IG aku →_→ @cik_sm ) Tapi follow je lah. Tak stalk pun sebab masa tu aku tengah fanatik giler crazy dengan Fatin Liyana and Irine Nadia. Bila buka IG je, mesti buka IG diorang. Kak FL dan Kak Irine patut gembira sebab aku jadi peminat fanatik diorang >o< K, tah pape je aku ni. Batak penghargaan betul la --"
.
Tapi (lagi) , sejak bulan lepas (Mac), aku start jadi rajin secara mendadak dan tak ketahuan hala. (pinjam ayat Yuyu Zulaikha jap. Alah, pinjam kejap je. Kak Yuyu pun ilek je
Korang nak bising-bising pe hal? Ha.. kan dah teremo tu.) Aku mula jadi ringan tulang dan ringan mata untuk membaca belog Yuyu Zulaikha yang ber-url kupukupukecik.blogspot.com . Eh? Aku ingatlah url belog Yuyu. Waa.. Bangganya saya ^_^
.
Sekarang ni, aku dah baca hampir 90% dah dari semua entri di belog Yuyu. Lagi sikit je nak habis. Hebat kan aku? Hehe XD Hebat lah sangat padahal Yuyu dah delete separuh dari entri yang lepas-lepas. Kesian kat aku sebab dah ketinggalan di zaman paleolitik. Kesian kesian kesian - Ipin.
.
Apabila aku dah baca entri-entri di blog Yuyu, jujur aku cakap aku memang sangat terinspirasi dengan ibu petite ni. Saya serious ni, awak-awak semua. No time to joke, ok :p
.
Yuyu kan petite, kan? Kan? Kan?
Aku pun petite jugak. Jugak. Jugak.
Tinggi kitorang pun sama, hokeh. Sekali lagi aku nak ulang. Tinggi kitorang 140cm. So, sama kan?
Cuma yang bezanya ialah umur kami. Yuyu dah 27tahun tapi ai baru je 15tahun. Budak lagi. Yeay sebab Budak lagi ^_^ Tak yeay sebab tahun ni PT3. Ah, mencik! Taknak exam T_T
.
Aku saaaangat terinspirasi dengan Yuyu. Aku suka dengan confident level Yuyu dalam berfesyen. Walaupun dia rendah, tapi style dia berfesyen tak macam and tak nampak rendah langsung. Nampak macam manusia 'normal' je. Siyes ni, siyes!
.
Aku ni kan, kalo nak berfesyen macam Yuyu tu,,, hoi! Memang tak berani ar. Confident level aku rendah giler crazy kot. Siyes ar. Selama ni aku just tau pakai baju kurung + shawl/bawal and skirt + t-shirt + shawl/bawal je kalo nak keluar ke mana-mana. Paling selekeh pun aku just pakai seluar trek + t-shirt + bawal . Selekeh kan?
.
Haa.. Tu je lah pakaian yang aku tau untuk pakai. Tiada yang lain. Sebab masa tu, persepsi aku terhadap orang rendah ialah pakai apa-apa pun tak cantik sebab nampak macam budak-budak. Sadis kan?
.
Tapi, kan. Selepas aku baca belog Yuyu and stalk IG dia, persepsi aku dah berubah. Sekarang ni, bagi aku semua orang boleh berfesyen dan nampak lawa. Bukan orang tinggi je boleh pakai peplum. Bukan orang lampai je boleh pakai abaya. And bukan orang yang lonjong jong jong je boleh berjubah dan ber-long dress. Orang yang tak cukup inci macam aku ni pun boleh ^_^ (Sekarang ni aku tengah sengih sedbern ke sedbern tanda happy sebab dah boleh berfesyen macam orang lain)
.
Satu lagi....
.
Dulu kan, aku tak berani pun nak pakai wedges and heels sebab aku rasa aku tak sesuai nak pakai alas kaki macam tu. Lagi pun, aku ni kan budak lagi (budak la sangat) so manalah boleh nak pakai kasut yang tinggi-tinggi ni. Kasut tinggi-tinggi ni untuk mok cik-mok cik je. Budak-budak macam aku tak boleh pakai. HARAM! Pandai sangatlah ko letak hukum haram.
.
Aku sangat stress ok bila aku nak beli wedges tapi ada manusia yang tak bagi aku beli atas alasan aku ni budak lagi. Sama jugak dengan pakai lipstick. Alasan sama jugak yang aku dapat. Tapi adakahku kisah? Tak, ok. TAK LANGSUNG! Aku pakai je lipstick tebal-tebal biar orang yang duk 9897 batu jauh di hadapan pun boleh nampak warna merah lipstick aku. K, hiperbola --'
.
Sekarang ni baru aku sedar silap aku. Aku terlalu ambil tau pasal kata orang sampaikan orang tak bagi aku beli wedges pun aku ikut je macam cow kena cucuk nose. Dungu jugak aku ni rupanya --" Padahal bukannya aku nak beli wedges tu guna duit dia pun. Duit aku sendiri apa. Wekkkk :p
.
Bila aku tengok kawan aku ilek je pakai wedges yang tinggi 3inci and tengok Yuyu pulak asyik pakai kasut yang tinggi-tinggi je and memang minat simpan kasut tinggi-tinggi ni, keyakinan aku untuk pakai kasut tinggi-tinggi pun meningkat dan makin meningkat. Jadi, hipotesisnya ialah, "Jika SHa dapat inspirasi dari orang lain, maka tahap keyakinan SHa akan meningkat". What to change is inspirasi dari orang lain and what to observe is tahap keyakinan SHa. Haaa. Dah masuk bab Sains dah. Sains sangat!
.
So... Aku nak berterima kasih sangat sangat sangat kat Yuyu Zulaikha kerana telah meng-inspirasikan aku secara tidak langsung. Tengkiu ngattt >_<
.
Sekarang ni, alhamdulillah aku dah tak ada masalah lagi (mungkinlah) dalam hal kekurangan confident level dalam berfesyen. HEHE ::>_<::
.
Tapii... Yang masalahnya sekarang ni ialah pasal belog.
.
Aku ni memang seorang yang suka sangat dengan perkara yang femes-emes ni. Sejak aku umur 6 tahun lagi aku dah berangan untuk jadi femes. Masa aku umur 7 tahun, TV9 ada buat rancangan Idola Kecil kan. Ha, masa tu aku minat sangat citer tu. Nak sangat-sangat join ok. Aku siap simpan tekad lagi untuk pi audition. Tapi, itulah. Angan tinggal angan je. Memang angan-angan sungguh ar. Tak jadi kenyataan pun sebab aku tak pernah pergi pun audition Idola Kecil tu -_-. Habes punah ranah hancur lebur harapan aku nak jadi femes melalui rancangan tu.
.
Bila naik form1, TV9 buat pulak rancangan Pop Krew. Masa tu Idola Kecil dah tak ada. Masa ni pun aku still lagi simpan angan. Angan nak hadiri audition pop krew bila dah form3 iaitu sekarang ni la sebab Pop Krew just for teen umo 15-19 je. Tapi... Bila aku naik form2, TV9 dah tak buat dah rancangan tu.
Hem. Sedih lagi T_T Impian aku nak jadi femes terkubur lagi..
.
And... aku sebenarnya nakkkkk sangat jadi femes melalui blog macam bloggers yang femes emes temes memes tu. Contohnya tak lain tak bukan ialah Yuyu Zulaikha. Lagi, Fatin Liyana, of course. And Irine Nadia..
.
Aku kagum dengan Yuyu sebenarnya sebab dalam masa 4 bulan JE dia aktif berbelog, dia dah dapat kumpul around 7k followers, kalo tak silap aku la.
.
Kagum ^_^
*Tepuk tangan laju-laju tanda kagum.
.
Kalau boleh aku nak lah jugak jadi macam Yuyu yang dulu. Yuyu yang aktif blog ∩__∩ Yuyu yang femes ⊙﹏⊙ Hehe XD Yuyu yang shomels (⊙o⊙) dan banyak lagilah Yuyu yang.
.
Tapi... aku tak rasa yang aku boleh jadi macam tu. Blog pun aku tak aktif. Update belog 2 kali je seminggu, camne nak femes? Hah, cer jawab. Aku ni bukannya Fatin Liyana. Tak update blog berbulan-bulan pun ramai lagi orang yang visit blog dia. Tak ke hebat tu?
.
So, sekarang ni aku lebih memilih untuk hidup di alam realiti. Hidup di dunia yang sebenar. Bukannya di alam fantasi dan dunia angan-angan semata-mata.
.
Sekarang ni, aku dah tak kisah pun pasal femes femes tu sebab aku tau aku takkan jadi femes macam Yuyu. Viewers dalam sehari pun just 40++ je, tang mananya femes tu? Ha, cer jawab...
.
Takpelah tak femes pun asalkan hidup bahagia. Ye, dak?
.
.
.
Ok-lah. Aku rasa dah panjang sangat je entri kali ni. Nak taip entri pasal lain sebenarnya, tapi alih-alih melencong ke lain. Itulah aku! And, I don't like it. Seriously!
.
K,lah. Bai. Tata. Assalamuaikum ;)
Thanks for reading this entry ^_^
.
.
Izinkan aku tampal gambo Yuyu banyak-banyak kat sini. And tak lupa juga gambo aku. Gambo iolls yang bawah, ya ;)
.
Gelap tak semestinya hudoh.
Rendah tak semestinya tak cantik.
.
.
.

Friday, 15 April 2016

Kehebatan Negeri Terengganu

P/s: Entri ini spesial untuk orang negeri Terengganu, ok. Aku ler tu o>_<o~ Kalo tak suka, tak payah baca.

.
.
.

Kehebatan Negeri TERENGGANU.

.

Orang Ganu mesti berbangga jadi anak TERENGGANU kerana kehebatan dan keunikannya tiada di tempat lain walau dicari sampai hujung dunia pun tidak akan jumpa.
.
Kalau tak percaya, sila lihat Pertanyaan & Jawapanya seperti di bawah :

.
.

1) Apakah air paling SEDAP di dunia?
= Air Tuok/Nira, TERENGGANU ^_^

.

2) Di manakah kampung paling kaya di dunia?
= Kg. Durian Mas, TERENGGANU <(@ ̄︶ ̄@)>

.

3) Di manakah bukit paling sunyi di dunia?
= Bukit Tunggal, TERENGGANU ︶︿︶

.

4) Di manakah bukit paling keras di dunia?
= Bukit Besi, TERENGGANU ●0●

.

5) Di manakah bukit paling besar di dunia?
= Bukit Besar, TERENGGANU @( ̄- ̄)@

.

6) Di manakah kampung paling ramai orang Cina di dunia?
= Kampung Cina, TERENGGANU o∩_∩o

.

7) Di manakah tempat yang pasirnya paling panjang di dunia?
= Kg Pasir Panjang, TERENGGANU  ̄﹏ ̄

.

8) Di manakah tempat yang sentiasa teduh di dunia?
= Bukit Payung, TERENGGANU = ̄ω ̄=

.

9) Di manakah tempat paling ramai permaisuri di dunia?
= Bandar Permaisuri,TERENGGANU ∩__∩

.

10) Di manakah tempat yg ada batu paling buruk tapi orang  suka datang ?
= Pantai Batu Buruk, TERENGGANU  ̄ˍ ̄

.

11) Di mana masjid paling mahal di dunia?
= Masjid KRISTAL,TERENGGANU (*^﹏^*)

.

12) Di manakah kampung paling ramai penduduk tinggal yang tinggal dalam pasu?
= Kg Telok Pasu, TERENGGANU O_o

.

13) Di manakah tempat paling lembap sepanjang tahun..?
= Kg Belada Kolam, TERENGGANU π_π (sentiasa dalam kolan, hokeh)

.

14) Di manakah kampunh paling  orang tak berani masuk di di dunia..?
= Kg Gong, TERENGGANU  -_-

.

15) Di manakah tempat orang takut nak lawati?
= Pulau Babi,TERENGGANU (dah tukar nama jadi Pulau Bahagia sebab orang takut) +_+

.

16) Di manakah Padang yang mempunyai banyak buah macang?
=Kg. Padang Macang -_-!

.

17) Di manakah Pulau yang paling manis?
=Kg Pulau Manis >o<

.

18)Di manakah terdapat banyak pohon pokok kesom ?
=Kg Kesom ≧﹏≦

.

19) Di manakah terdapat ramai orang yang dihormati?
=Kg. Raja Terengganu ~T_T~

.

20) Bukit apakah yang kuat berangan . ( kalu stress g laa situ )
= Bukit Berangan Q_Q

.
.
.

Hebatnya Terengganu!

.
.
.

Negeri lain jangan jeles tau. Hehe :D Sebab setiap negeri ada kelebihan masing-masing ;)

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

Aktivitiku Di Hari Jumaat

Assalamualaikum uolls ^_^

.
.

Hari ni hari Jumaat, so hari ni negeri Terengganu cuti! Yippieeee!! ∩__∩
.
Sebagai mengisi hari Jumaat yang penuh barakah ini supaya tidaklah kosong dan memboringkan, maka aku bercadang untuk membaca novel sastera BM tingkatan 3 berjudul 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Almaklumlah, nanti bulan Mei ada mid-year exam dan aku tak khatamkan lagi pun buku tu padahal dah berbulan-bulan dapat. Buat harta karung je la kat rumah. Tapi, buku Tarbiah Coklat by Aiman Banna boleh pulak khatam dalam masa sehari je padahal baru je beli. -_-"

.

.

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku ambil novel 6:20 di atas rak buku dan berbaring di atas katil yang tersangatlah empuk. Niat di hati mahu khatamkan novel tu. Tapi.... perut pula merengek-rengek mahu makan. Makanya, aku pun pergilah menggodek-godek dapur melihat makanan apa yang ada. Dan..... nasi putih + ikan aya (tongkol) singgang + ikan selayang goreng + budu + cili padi menjadi pilihanku untuk dijamah. Ikan masak 3 rasa hanya kupandang sepi. Dalam hati berkata, "Ikan Masak 3 Rasa, I tak terliur pun tengok you :p" (Sumpah tak terliur!) Maka makanlah seorang budak petite dengan penuh berseleranya di dapur.
.
Ayat mestilah sastera kerana aktiviti pertama yang ingin dilakukan ialah membaca novel sastera.
.
Sebelum tuang budu dalam nasi, mestilah botol budu tu digongcang terlebih dahulu, kan? Orang Ganu kate "kocok". Tapi orang keyy eyll kate aidono la. Maybe goncang la kottt. Almaklumler. Kite ni bukangnye orang keyy eyll nok berbahase keyy eyll ngat XD
.
Masa nak goncang botol tu, aku tak sedar yang penutup botol budu tu terbuka, so semasa aku goncang botol budu tu untuk pusingan pertama, FUHHH!!! Ambik ko! Habes budu tumpah atas baju and seluar trek aku. Arh! Masa tu, I is so tergamam. Ternganga mulut iolls kejap. Adik aku yang tengah makan nasi jugek tu tak habis-habis dengan "padan muka" dia. Ei, aku padam muka ko kan baru ko sedar sikit yang kakak ko ni reti je cakap keyy eyll sebenarnya. Cuma awkward je lebih :p Eh?
.
So, dengan sadisnya aku sambung makan nasi dengan penuh berseleranya. Baju and seluar trek yang dah lencun dek budu tu ku biarkan dulu. Takpe-takpe. Bukan senang kamu berdua nak rasa mandi budu. So, hargailah saat-saat ini.

.

Lepas dah makan nasi tu, aku lepak kejap depan kipas kat mak aku. Main-main dengan winter (sejenis tikus seperti hamster tetapi saiznya kecil). Aku tak pegang sangat pun Winter ni or kakakku namakannya Hammy which is short form for Hamster. Dah tau binatang ni bukan hamster pun still nak letak nama bercirikan Hamster -_-!
.
Aku ni bukanlah peminat tegar haiwan. Pet pun aku takde okeh! Dulu pernah la bela anak kucing masa kecik-kecik dulu tapi lepas tu tak dah sebab mak aku suruh abang aku buang anak kucing dan saudara-maranya tu kat Pasar Manir.

.

Lepas dah bosan main ngan Hammy, aku pun masuk bilik, tukar pakaian yang kena budu tadi tu, pi ambik wudhu' dan solat Zohorlah daku di petang itu. Petang sebab masa tu dah kul 2 p.m .
.
Lepas dah siap solat and sidai telekung, aku pun pergilah berdiri di hadapan cermin. Tilik-tilik muka sikit kot-kot ada jerawat batu ke, jerawat pasir ke. Kan? Kan?
.
Sambil duk tilik tu, aku pun ambiklah gincu yang aku beli masa outing dengan kawanku, Huwaida haritu dan aku pun calitkan kat bibir munggil aku ni. Munggillah sangat, kan +_+

.

Lepas dah pakai gincu, ambik shawls dan bawals then mulalah sesi membelit tengkukku. Dah duk belit-belit tu, datanglah kerajinan kat diri aku ni untuk buat video cara-cara pakai shawl untuk diupload di youtube. 

.

So, bermulalah program buat video sendiri.....
.
*Nanti bila aku dah upload video cara pakai shawl dan bawal gaya Siti Halimah iaitu iolls ni di youtube, aku beritahu kat belog ni, ya ;)
.
Tapi, sebelum nak buat video, mestilah kena gosok shawls and bawals duli kan? So aku pun dengan gigihnya pergi memanaskan mereka. Mujur diorang tak nangis. (Camni ha bila diorang nangis → T_T ) Kalo diorang nangis, aku pulak yang sideh. Sideh ya, bukan sedih :p
.
Masa duk menggosok-gosok jangan tak gosok tu, mak aku dengan rajinnya pi goreng mi goreng bodo kat dapur. Bodo sebab letak sayur je. Takde ayam.Yang ni sedih. Kite nok ayanggg !! Wuuu T_T
.
Dah siap aku menggosok tu, aku pun joinlah mak aku makan sekali (lagi). Orang ganu kate, "makang nasi' ssaing" Tapi versi aku ni, "makang mi ssaing" . Saing/saeng means kawan. Ssaing/ssaeng means berkawan.
.
Lepas dah siap makan tu, barulah aku start buat video...
.
Buat keberapa kali "lepas dah siap" buat video tu, aku pun pe lagi? Selfie ar. Selfie! Selfie!! Tapi lepas aku selfie, gambar banyak-banyak yang aku ambik tadi tu hampir kesemuanya aku delete. Tinggal beberapa je. Yang beberapa tu pulak aku pindahkan ke e-book aku, makanya handphone aku pun suram tanpa gambarku. Hehe :D Ini tips untuk meringankan handphone, ya ;)
.

.
Asyik sangat duk mengade-ngade depan camera handphone, sedar-sedar dah kul 5.30 p.m dah. Eh, bila masa pulak tok bilal kampung aku azan Asar ni?? Tak dengar pun --" Aish, apesallah kejap sangat masa berlalu nih?? Wuuu T_T
.
Dah kul 5:30 p.m tu, aku pun cepat-cepatlah ambik wudhu' dan solat. Dah siap tunaikan kewajipan yang satu tu, aku sambung pulak dengan aktiviti seterusnya iaitu mengedit gambo. Ehem-ehem! Sedikit peringatan: Aku tak edit gambo aku jadi cerah, ya. Aku just edit bahagian background je sebab background hudoh O_o
.
Semasa aku duk edit gambo tu, aku juge melakukan satu lagi aktiviti iaitu menonton TV rancangan #SendiriBikin di TV9. Masa tu, mulalah berangan, nanti bila dah besar, nak kahwin dengan lelaki yang kreatif sebab aku bukannya sejenis makhluk yang kreatif. Lepas  tu aku tolong dia buat DIY untuk hias rumah kitorang. Hehe XD Atoyai... Kantoi aku berangan giler-giler pasal teman hidup. Mujurlah tak berangan pelik-pelik, kan?
.
Dah siap edit mengedit tu, aku off e-book and sambung tengok rancangan #SendiriBikin. Masa ni dah tak berangan lagi dah sebab mak aku pun ada sama tengok rancangan tu...
.
Bila tok bilal dah azan maghrib, kite pun gi lah solat. Alahhh. Aktiviti biase. Tapi, yang biasa itulah yang pertamaaaaa sekali akan disoal di dalam kubur nanti. Heeee. Takut pulok aku rase. Doh lah mase budok-budok dulu mayang macang cipsmor je. Ganelah kekgi nok jawab dalam kubur.
.
And, now. Aku duk menaip entri ni :)
.
So begitulah ceritanya kisah Jumaatku yang dipenuhi dengan aktiviti yang tak berfaedah. Asalnya nak baca novel sastera, tapi terus tukar 360° jadi buat video cara pakai shawls pulak. Kesian Siti Jasmina, penat-penat dia tulis novel tu tapi aku tak baca pun. Takpe-takpe, nanti kite free kite bace ;) Pinky promise ﹋o﹋ !

.
.

Oklah. Ni je citer aku untuk entri kali ni. Lain kali aku citer lagi, ya ;)

.
.
.

Thanks for reading this entry ^_^


-Gambo kat bawah ni-




1) Novel Sastera berjudul 6:20 karya Siti Jasmina yang aku akan baca nanti.

2) Budu yang tumpah atas baju aku.

3) Hammy Si Winter mengada yang comel  ^_^ 
 


4) Shawls and bawals untuk video

Thursday, 14 April 2016

Selamat Pagi Dunia!!

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia!!

Sekarang pukul 5.22 am, hari Jumaat dan aku sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan data. Data aku akan tamat tempoh pada pukul 6.10 am nanti dan jumlah data yang masih tinggal ialah 19MB.

Aku ingat nak bukak je IG then stalk Fatin Liyana ke, Fatin Suhana ke, Yuyu Zulaikha ke tak pun Irine Nadia... Hehe. Semuanya blogger!

Aku tak tahu nak taip apa sebenarnya. Tapi hati meronta-ronta meminta untuk meng-update satu entry kat belog supaya tidaklah kelihatan membosankan....

Last aku buka belog hari Sabtu lepas, views belog aku ialah 5557. Tapi semalam aku buka belog tengok views just 5760. Nampak tak tu? Peningkatan yang sangat menyedihkan! Dalam masa 4 hari readers aku just seratus lebih je.. Wuuuu ;(

Tapi ok gak ar sebab blog aku takde sape yang tahu pun. Aku mana ada promote blog aku kat mana-mana. Join contest apa-apa ke. Komen kat entry blogger lain ke. TIDAK. Aku just melayari hidup seperti biasa. Hari cuti baru aku online and update belog. Hari sekolah just focus on study. Tak fokus sangat pun sebenarnya. XD

Em... Apa lagi nak cerita eyh???

Hah! Ada sorang kawan aku ni family dia ada bisnes fesyen muslimah camtu ar. Aku kan minat modelling kan, so aku try ar tanya dia boleh tak aku nak jadi model untuk memperagakan baju and tudung diorang. And sekarang aku masih lagi menunggu jawapan......
Tapi rasanya tak boleh kot sebab aku rendah and gelap.

Ok-lah. Tata. Nak buka IG jap ∩__∩



Thanks for reading this entry ^_^

Saturday, 9 April 2016

Aktiviti Aku Sebelum Tidur

Hye, assalamualaikum :)

.

Entry kali ni aku nak kongsi sikit kat engkorang pasal aktiviti aku sebelum tidur. Hehe. Sebelum tido pun nak beraktiviti lagi. Ko dah kenapa? Kan? But, it's ok. Ini life aku, tidur aku and aktiviti aku, so ikut suka pundi hempedu aku la nak buat apa pun, kan? Who cares? Aisey, tetiba emo dah kenapa? Tak nak emo-emo ✘
.
Untuk pengetahuan engkorang, sebelum tido, aku ada satu perkara MESTI yang aku akan lakukan. Tapi tido waktu malam ajelah. Siang idok yer, yok :p
.
And untuk pengetahuan engkorang juga, perkara ini tiada kena mengena langsung dengan movies, novel and 'malam jumaat'. Kenapa 'malam jumaat'? Sebab aku dapat rasa yang ada manusia fikir 'itu', so baiklah cepat-cepat aku menidakkannya.
Aku tak kahwin lagi lah!!
.
Engko tau apa aktiviti tu? Tau tak? Mestilah tak tahu kan dah aku tak bagi tau. Apalah -_-"
.
Aktiviti yang aku maksudkan ini sebenarnya ialah memberus gigi, mencuci muka dan seangkatan dengannyalah. Alah... Aktiviti cliche je pun. Ramai je yang buat, bukan aku sorang je. Tapi takpelah. Inikan belog aku, so aku ada hak untuk share anything and everything here. Ada paham?
.
Sebelum tidur, perkara mesti yang aku akan buat ialah memberus gigi mencuci muka, membasuh kaki dan jari jemari. Kenapa mesti ada kaki dan jari jemari? Kerana aku mahu anggota itu berada di dalam keadaan yang bersih sebelum aku melelapkan mata. So nanti kalau kena gigit nyamuk kat muka, takdelah aku garu muka dengan jemari yang kotor. Ye dok?
.
First thing aku akan buat ialah basuh tangan dengan sabun dulu secara 'ala kadar'. Then, barulah aku akan berus gigi. Reason: Aku tak nak kuman-kuman yang ada kat jemari aku masuk ke dalam mulut. Tapi..... boleh ke kuman tu masuk? And... bagaimana? Erk --'
.
Then, lepas dah berus gigi and kumur-kumur apa semua, sekali lagi aku basuh tangan. Then barulah aku cuci muka aku. Haa. Gitu ;)
.
Lepas cuci muka, basuh kaki pulak. Basuh kaki dengan sabun of course. Celah-celah jari kaki, tapak kaki and semuanyalah kat kaki aku gosok betul-betul dengan sabun. Aku akan make sure kaki aku akan cuci bersih suci murni lah! Walaupun aku tau nanti akan kotor balik bila berjalan atas lantai yang ada terlalu banyak kuman. Ok, takpe. I tahu :p
.
Lepas siap basuh kaki, barulah aku basuh tangan cuci-cuci bersih-bersih. Tangan benda yang last aku buat, ya. Cara aku basuh tangan senang je. Aku ikut cara dalam tv. Kalau tak tahu jugak bolek godek-godek laptop tanya Pak cik Google.
.
Lepas siap basuh tangan, jangan lupa ambil wudhu' ya. Berwudhu' tak semestinya untuk solat je. Apa yang aku tau, kita digalakkan untuk berwudhu' sebelum tidur. Itu ajelah yang aku boleh beritahu. Pasal hukum hakam apa semua tu aku tak nak sebutlah sebab takut tersalah pulak.
.
Em. Itu ajelah kot aktiviti aku sebelum tidur yang aku nak heboh-heboh sangat ni. Alahai... Aku rasa macam over kekwat lah pulak sebab perkara ni pun nak gitau kat belog. Hahaha XD Tapi takpelah. Belog aku kan. Aku punya sukalah :)
.
Oh, ya. Sebelum aku lupa nak gitau. Aku guna pencuci muka Nano White Freshness. Buat masa sekarang ni, aku guna dua aje produk dari Nano White iaitu Foem Cleanser dan Matifying Mouisturizer. Yang selebihnya aku tak guna lagi sebab masa aku beli tu, Nano White just ada dua produk ni je.
.
First aku beli pencuci muka ni September 2015 lepas. Sekarang ni dah April 2016, means dah tujuh bulan dah aku guna produk ni. Haaa. Hebat kan? Beli sekali je dah boleh guna tujuh bulan. Tak payah nak membazir duit beli banyak-banyak. Dalam setahun just beli dua kali je.
.
Kalau nak tanya pasal keberkesanan tu. Berkesan lah jugak sepanjang dah 6 bulan lebih guna ni. Cerah lah sikit kalo nak banding dengan masa belum pakai dulu. Tapi.... Yang mencerahkan kulit kita ni bukan produk semata-mata  tau. Yang mencerahkannya ialah Allah SWT. Pencuci muka etc tu just sebagai 'sebab' je. Kalo Allah nak bagi kulit muka kita cerah, tak payah pakai produk apa-apa pun boleh cerah. Kan?
.
So, masa cuci muka tu janganlah lupa berdoa kat Allah. Jangan lupa dengan nikmat wajah yang cantik dan 'sempurna' yang Dia dah beri kat kita. Belajar untuk bersyukur. Ok?
.
Ok-lah. Dah jadi Ustazah dah pulak aku nih..
.
Aku stop sini untuk entry kali ni, ya.
.
Sebelum tu, aku nak ucap terima kasih bebanyak sangattt kat engkorang yang visit belog aku ni. Aku tengok tadi hari ni saje viewers Cik Sakura Merah dah cecah tiga angka. (seratus lebih je sebenarnya :p) Waaa. Pencapaian yang amat membanggakan akulah. Alah.. Tiga angka je kan apesal nak kekwat sangat. Ye tak? Tapi... tiga angka tu bagi aku dah banyak sangat dah! Dah lah aku ni jarang update belog. Seminggu sekali je. Update pulak gambar hodoh. Gambar pun ihsan google. Gambo aku pulak aku tak upload pun. Hahaha XD ape derrr ﹋o﹋
.
Ok,lah. Tersasul pulak.
.
.
Thanks for reading this entry, ^_^

.
.

Thanks silent readers :D

.

Aku sertakan sekali gambo produk Nano White Freshness yang aku guna tu. Manalah tau nanti kan ada sapa-sapa yang nak cuba pakai. Ye dak? Heh.

Friday, 8 April 2016

Cerita Sedih Aku

Assalamualaikum..
.

Pernah tak rasa down sangat-sangat? Pernah tak rasa tak nak teruskan hidup? Pernah tak rasa malas sangat-sangat? Tak nak buat apa-apa kerja. Tak nak bertemu dan bersembang dengan sesiapa. Kalau boleh nak duk diam-diam sorang-sorang. Pernah tak rasa macam tu?
.
Pernah tak rasa sakit hati tapi tak boleh nak luahkan rasa sakit tu? Pernah tak rasa sakit hati tapi terpaksa pendam je rasa tu sebab tak ada tempat nak share story. Kalau ada pun, orang tu takkan faham apa yang kau rasa. Pernah tak?
.
Pernah tak rasa fed up dengan semua orang? Kalau tak semua pun, mungkin seseorang. Pernah tak?
.
Pernah tak rasa bagaimana perasaan dimarahi kerana kebenaran? Kau cuba sedaya upaya untuk cerita hal sebenar but that one tak nak dengar. Dia just nak kau dengar dia. Pernah tak?
.
.
Kalau kau tanya aku, jawapan aku, ya, aku pernah rasa. Aku pernah rasa dan sedang rasa SEMUA perkara tu. Dan... rasa tu hanya Allah SBT sahaja yang tahu betapa sakitnya. Sakit sangat! Sakit sampai air mata pun tak boleh nak keluar sebab dah kering.
.
.
Kisahnya begini.....
.
Aku kan ada penyakit skoliosis which is tulang belakang bengkok. And kes aku ni boleh diklasifikasikan sebagai suatu kes yang besar. Cara perubatannya cuma dengan melakukan pembedahan.
.
Disebabkan spine aku bengkok, so aku berjalan pun memang sengetlah. Senget ke kanan. Dan.. ada tiga manusia ni tegur aku yang aku berjalan senget. Dah banyak kali diorang tegur dan kali ini which is kat sekolah kelmarin dah keberapa kali pun aku tak tahu.
.
Aku pun cakaplah, aku berjalan macam tu sebab spine aku bengkok. So, kalau spine aku bengkok, badan aku pun senget jugak. Senget ke kanan. That's why aku berjalan senget. Then, diorang suruh aku betulkan cara aku berjalan. Aku pun cakaplah lagi, yang aku tak boleh nak betulkan sebab perkara ni berlaku secara semula jadi. Tak boleh nak ubah! Dan ini adalah kesan daripada spine aku yang bengkok tu.
.
Kalau aku nak ubah pun, aku tak tahu nak ubah macam mana :(
.
Tapi... diorang seems like cannot accept my explanation. Diorang suruh jugak aku ubah cara aku berjalan. Si A kata mungkin kalau aku ubah, lama-lama aku dah tak akan berjalan senget lagi and spine aku pun dah takkan bengkok. So that, tak perlu lah nak operate.
.
Bila aku dengar Si A cakap macam tu, ada jugaklah rasa bengang kat hati. Ye lah. Spine aku dah bengkok 55° kot. Dah tak ada cara lain yang boleh digunakan untuk straightkan spine aku  hatta mengurut sekalipun. The only way is surgery.
.
Aku cakaplah kat Si A yang perkara tu tak logik. Aku siap tunjuk lagi kat dia pinggan aku yang belok ni. Tapi dia balas pulak secara ramai-ramai (3 org) yang tak ada perkara yang tak logik. Perkara tu tak mungkin mustahil.
.
Aku tak puas hati, so aku cakaplah yang semua ni doktor yang cakap. Bukan rekaan aku semata-mata. Tapi... Si B kata, "Doktor bukan betul ngat pun." Sentap kejap! Memanglah apa yang doktor cakap tak semuanya betul. Tapi, doktor bercakap melalui pengetahuan dan pengalaman.
.
Si B kata lagi, "Doktor nok bedoh (bedah) bukan ye (dia) check dulu pun." Bila dengar ayat ni, aku rasa nak marah sangat-sangat kat Si B. Kau tau tak sebab apa doktor tangguhkan operation aku? Sebab doktor suruh aku buat MRI dulu. Doktor perlukan result MRI tu untuk check betul-betul dan buat persediaan untuk hadapi risiko. Doktor nak operate orang bukan mudah. Bukannya main tolak je pesakit dalam dewan bedah
Bukan macam tu!
.
Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku masa tu. Sedih sangat! Susah sangat ke diorang nak faham situasi aku? Kalo tak faham, janganlah bercakap! Dah tahu aku berjalan senget, diamkan aje. Tak perlu cakap banyak-banyak macam korang tahu semuanya. Korang tau tak korang hanya menyakitkan hati aku?
.
Aku tak ingat apa yang Si C cakap kat aku. Tapi apa yang aku tahu, dia macam marah kat aku. Aku tengok riak wajah Si ABC tu macam marah and sakit hati giler-giler dengan aku. Sakit hati yang amat sangat!
.
Masa diorang marah-marah aku tu, hati aku dah sebak sebenarnya. Tapi aku tahan. Aku tak nak nangis. Aku nak jadi kuat.
.
Aku dah tak tahu nak cakap apa masa tu. Aku takde pem-back-up. Aku takde sape-sape yang nak tolong aku untuk tegakkan kebenaran. So, aku just diam and angkat bahu. Then aku beritahu kat Si A yang aku nak gi ke tandas sebab sakit perut walhal aku tipu je.
.
Kat tandas, aku mengadu kat kawan aku. Aku baru cakap beberapa patah perkataan, kemudian air mata aku 'jatuh'. Aku memang dah tak tahan sangat-sangat dah masa tu. Aku sedih sangat! For the first time aku nangis sebab kawan-kawan sakitkan hati aku. Sebelum ni tak pernah pun. Sebelum ni aku happy je dengan hidup aku. Aku happy berkawan dengan kawan-kawan aku. Tapi masa tu, TAK.
.
Kalau dulu aku rasa happy nak pergi sekolah. But now, aku terpaksa berlakon yang aku happy.
.
Kalau dulu kat sekolah aku selalu je gelak-gelak dengan kenkawan. Tapi sekarang, asyik kena marah je walaupun aku tak silap pun! Bila diorang tahu yang aku tak salah, diorang buat derk je. Ada tu dia salahkan aku balik. Tetap jugak nak protect diri sendiri yang salah tu.
.
Ya Allah. Aku tak boleh ingat perkara tu. Aku rasa nak nangis. Aku sedih sangat! Diorang kawan aku kot...
.
Hem... Biarlah.. Aku redha. Biar Allah sahaja yang balas..
.
Just nak gitau, "you'll get what you give."
.
Akan tiba suatu hari nanti korang akan rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Akan tiba...
..
Aku bukan nak berdendam, cuma aku nak cakap yang aku sakit hati dengan korang. Sakit hati sangat-sangat!
.
Korang tak rasa apa yang aku rasa.
Korang tak hadapi apa yang aku hadapi.
Dan korang tak lalui apa yang aku lalui.
.
Ayah aku kerja buruh je. Mak aku pulak suri rumah sepenuh masa. Nak kena tanggung 5 orang anak lagi yang semuanya belajar. Lepas tu, ditambah pulak dengan penyakit aku ni. Beban sangat! Tapi aku ok. Family aku ok. Walaupun kitorang bukan orang berada, kitorang sedar sape kitorang yang sebenar. Aku tak pernah diajar untuk kecil-kecilkan orang. Dan aku jugak tak permah diajar untuk sakitkah hati orang. Mak aku selalu pesan untuk jaga percakapan. Jangan sakitkan hati orang. Jangan marah orang tanpa sebab. And most of all, jangan beri tekanan kepada orang.
.
And alhamdulillah aku cuba sedaya upaya untuk tak buat semua tu walaupun kadang-kadang tu ada jugak TER. Tapi... semua tu terjadi pada aku. Orang yang buat aku macam tu. Aduh! Sakitnya!
.
Tak ramai orang yang nak dengar cerita aku. Ataupun mungkin tak ada? Tapi ramai orang nak suruh aku dengar diorang. Ramai orang nak suruh aku ikut kata diorang. Diorang treat aku macam aku ni lembu je ;(
.
Takpelah. Aku redha. Takpe. Allah sayang aku. Allah sentiasa dengar cerita aku. Allah sentiasa dengar permintaan aku. Kalau aku sedih, Dia akan buat aku gembira. Aku yakin nanti mesti ada suatu perkara yang akan buat aku senyum. Aku yakin! Takpe aku tunggu. Aku tunggu :)
.
Sorry entry kali ni entry sedih :(
Nanti aku update entry happy-happy Aku just nak kongsi story je.
Sebab.... Tak tau nak ngadu demgan sape :(
.
.
.
Thanks for reading this entry ^_^

Saturday, 2 April 2016

Jom Main Teka-Teki

Hye, assalamualaikum semua penduduk bumi :)
.
Entri kali ni aku nak ajak awak-awak yang bace belog saye ni untuk main teka-teki. Ha... Nak tak? Mestilah nak, kan? Tak perlu jawab pun I dah tahu ;) Kekeke
.
Teka-teki ni senang je tau. Tak susah pun. Teka-teki ni langsung tak memerlukan korang untuk study macam peserta clever girl buat. Just relax and chill. Okay?
.
So, dah sedia? Kalo dah sedia, ayuh kita mulakan!
(Dah kenapa pulak aku rasa macam dah jadi Aliff Satar as Clever Girl's hos ni? Ish ish ish +_+)
.
Oh, sebelum tu saje nak gitau, soalan ni pada mulanya kawan aku yang teka kat aku. And now, aku pulak yang nak berteka-teki ni. Harap jawab dengan dahi berkedut 18 sambil makan popcorn, ya? Hehe.
.
Okeh. Let's check it out!
.
.
1) Kalau semua haiwan jadi ikan, ikan jadi apa?
⇨ Jawapannya ikan jadi banyak!!!
Macam bongok pulak kan jawapannya. Aku nak cari jawapan untuk soalan ni sahaja sampai berfikir luar alam. Ikan jadi ayam lah. Ikan jadi dinasour lah. Alih-alih jawapannya ikan jadi banyak -_- Eh, geram pulak daku. Siapa yang cipta soalan ni???
.
2) Lembu apa yang tak makan rumput?
Jawapan aku ialah lembu yang makan makanan lembu yang dibeli kat kedai tu and lembu yang dah kenyang. Tapi sayang seribu kali sayang, salah jawapanku rupanya.
⇨Jawapannya ialah..... (sila ambik mood Cikgu Papazola dalam cerita Boboiboy) Lembu yang tak ada selera!!!
Ngeng --"
.
3) Ada 4 ekor burung. 3 ekor ditembak oleh pemburu. Seekor lagi lari ke mana?
Jawapan untuk soalan ini memerlukan korang untuk berfikir kejap. So, duduk diam-diam, kerut dahi sampai lipat 18 and fikir. Apakah jawapannya?
6000 jam berlalu
Dah dapat jawapan? Dah?? Okay, bagus! Jom check betul ke tidak jawapan yang engko dapat tu.
⇨Jawapannya burung tak boleh lari. Burung terbang, ya manusia-manusia sekalian :p
Aku tahu korang tengah sakit hati sebab jawab salah. Kehkehkeh
.
4) Sheikh Muzaffar Shah pergi ke bulan dengan Selamat. Siapakah orang kedua pergi ke bulan?
Haaaa... Sila google sekarang!
Dah google? Dah dapat jawapan?
So, jom check!
⇨Jawapannya ialah Selamat!!!
Eh, kenapa Selamat pulak? Bukan orang lain, eyh? Haaa. Engko perasan tak kat soalan tu, perkataan Selamat tu aku start dengan capital letter 'S'? Perasan tak? Or... Kau perasan tapi kau ingat aku typooo? Eh, NO NO NO and NEVER! SHa is not a typo, okey :p
.
5) Ada 4 orang budak. Diorang berkongsi payung. Tapi payung itu cuma muat untuk 2 orang sahaja. Soalannya, kenapa 2 orang budak yang tidak berpayung itu tidak basah?
⇨Jawapannya sebab hari tak hujan :D Aku happy sebab aku betul soalan ni ;)
.
6) Kambing apa yang perlu dicari?
Kambing hilang. Nanti kalau tak dicari, macam mana nak diperah susunya dan disembelih untuk dibuat gulai kambing? Tak gitu??
Sentap jap kawanan kambing jiran-jiran aku ni bila baca entri ni. Mesti nanti diorang lari dari kandang ikut kambing bangla pulang ke bangla. bhahah. Tapi kambing reti membaca ke = ̄ω ̄=
.
7) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
⇨Jawapannya sebab kalau angkat kedua-dua belah kaki, conform jatuh! Kan?
Ini juga soalan yang mengakibatkan sakit jiwa, ya tuan puan adik kakak dan abang sekalian.
.
8) Isteri Ali nak beranak, jadi Ali bawalah isterinya ke hospital. On the way ke hospital, Ali melalui di hadapan lombong bijih timah. Apabila anak Ali sudah lahir, Ali menamakan anaknya itu Fatimah. Persoalannya, mengapakah nama Fatimah menjadi pilihannya?
⇨Jawapannya kerana anak Ali perempuan. Bhahaha again :p
Aku syak mesti ramai yang jawab sebab Ali melalui di hadapan lombong bijih timah.
.
9) Apa yang keluar- masuk keluar-masuk?
Ha! Fikir blues!
Harap maklum, ya. Soalan ini tiada kaitan dengan 18sx.
So???
⇨Jawapannyaaaaa... Nafas!

.
.
.

Susah tak teka-teki kat atas? Tak pun kan? Senang je kan? Kan? Kan?
.
Siapa yang dapat jawab semua soalan sila angkat kaki!!!
.
Yeay! Tahniah kepada anda-anda yang mengangkat kaki.
.
Okay, sekian sahaja entri untuk minggu ni. Kita jumpa lagi di minggu hadapan. InshaAllah ⇜

.
.
.

Thanks for reading thia entry ^_^

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...