Friday, 15 April 2016

Aktivitiku Di Hari Jumaat

Assalamualaikum uolls ^_^

.
.

Hari ni hari Jumaat, so hari ni negeri Terengganu cuti! Yippieeee!! ∩__∩
.
Sebagai mengisi hari Jumaat yang penuh barakah ini supaya tidaklah kosong dan memboringkan, maka aku bercadang untuk membaca novel sastera BM tingkatan 3 berjudul 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Almaklumlah, nanti bulan Mei ada mid-year exam dan aku tak khatamkan lagi pun buku tu padahal dah berbulan-bulan dapat. Buat harta karung je la kat rumah. Tapi, buku Tarbiah Coklat by Aiman Banna boleh pulak khatam dalam masa sehari je padahal baru je beli. -_-"

.

.

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku ambil novel 6:20 di atas rak buku dan berbaring di atas katil yang tersangatlah empuk. Niat di hati mahu khatamkan novel tu. Tapi.... perut pula merengek-rengek mahu makan. Makanya, aku pun pergilah menggodek-godek dapur melihat makanan apa yang ada. Dan..... nasi putih + ikan aya (tongkol) singgang + ikan selayang goreng + budu + cili padi menjadi pilihanku untuk dijamah. Ikan masak 3 rasa hanya kupandang sepi. Dalam hati berkata, "Ikan Masak 3 Rasa, I tak terliur pun tengok you :p" (Sumpah tak terliur!) Maka makanlah seorang budak petite dengan penuh berseleranya di dapur.
.
Ayat mestilah sastera kerana aktiviti pertama yang ingin dilakukan ialah membaca novel sastera.
.
Sebelum tuang budu dalam nasi, mestilah botol budu tu digongcang terlebih dahulu, kan? Orang Ganu kate "kocok". Tapi orang keyy eyll kate aidono la. Maybe goncang la kottt. Almaklumler. Kite ni bukangnye orang keyy eyll nok berbahase keyy eyll ngat XD
.
Masa nak goncang botol tu, aku tak sedar yang penutup botol budu tu terbuka, so semasa aku goncang botol budu tu untuk pusingan pertama, FUHHH!!! Ambik ko! Habes budu tumpah atas baju and seluar trek aku. Arh! Masa tu, I is so tergamam. Ternganga mulut iolls kejap. Adik aku yang tengah makan nasi jugek tu tak habis-habis dengan "padan muka" dia. Ei, aku padam muka ko kan baru ko sedar sikit yang kakak ko ni reti je cakap keyy eyll sebenarnya. Cuma awkward je lebih :p Eh?
.
So, dengan sadisnya aku sambung makan nasi dengan penuh berseleranya. Baju and seluar trek yang dah lencun dek budu tu ku biarkan dulu. Takpe-takpe. Bukan senang kamu berdua nak rasa mandi budu. So, hargailah saat-saat ini.

.

Lepas dah makan nasi tu, aku lepak kejap depan kipas kat mak aku. Main-main dengan winter (sejenis tikus seperti hamster tetapi saiznya kecil). Aku tak pegang sangat pun Winter ni or kakakku namakannya Hammy which is short form for Hamster. Dah tau binatang ni bukan hamster pun still nak letak nama bercirikan Hamster -_-!
.
Aku ni bukanlah peminat tegar haiwan. Pet pun aku takde okeh! Dulu pernah la bela anak kucing masa kecik-kecik dulu tapi lepas tu tak dah sebab mak aku suruh abang aku buang anak kucing dan saudara-maranya tu kat Pasar Manir.

.

Lepas dah bosan main ngan Hammy, aku pun masuk bilik, tukar pakaian yang kena budu tadi tu, pi ambik wudhu' dan solat Zohorlah daku di petang itu. Petang sebab masa tu dah kul 2 p.m .
.
Lepas dah siap solat and sidai telekung, aku pun pergilah berdiri di hadapan cermin. Tilik-tilik muka sikit kot-kot ada jerawat batu ke, jerawat pasir ke. Kan? Kan?
.
Sambil duk tilik tu, aku pun ambiklah gincu yang aku beli masa outing dengan kawanku, Huwaida haritu dan aku pun calitkan kat bibir munggil aku ni. Munggillah sangat, kan +_+

.

Lepas dah pakai gincu, ambik shawls dan bawals then mulalah sesi membelit tengkukku. Dah duk belit-belit tu, datanglah kerajinan kat diri aku ni untuk buat video cara-cara pakai shawl untuk diupload di youtube. 

.

So, bermulalah program buat video sendiri.....
.
*Nanti bila aku dah upload video cara pakai shawl dan bawal gaya Siti Halimah iaitu iolls ni di youtube, aku beritahu kat belog ni, ya ;)
.
Tapi, sebelum nak buat video, mestilah kena gosok shawls and bawals duli kan? So aku pun dengan gigihnya pergi memanaskan mereka. Mujur diorang tak nangis. (Camni ha bila diorang nangis → T_T ) Kalo diorang nangis, aku pulak yang sideh. Sideh ya, bukan sedih :p
.
Masa duk menggosok-gosok jangan tak gosok tu, mak aku dengan rajinnya pi goreng mi goreng bodo kat dapur. Bodo sebab letak sayur je. Takde ayam.Yang ni sedih. Kite nok ayanggg !! Wuuu T_T
.
Dah siap aku menggosok tu, aku pun joinlah mak aku makan sekali (lagi). Orang ganu kate, "makang nasi' ssaing" Tapi versi aku ni, "makang mi ssaing" . Saing/saeng means kawan. Ssaing/ssaeng means berkawan.
.
Lepas dah siap makan tu, barulah aku start buat video...
.
Buat keberapa kali "lepas dah siap" buat video tu, aku pun pe lagi? Selfie ar. Selfie! Selfie!! Tapi lepas aku selfie, gambar banyak-banyak yang aku ambik tadi tu hampir kesemuanya aku delete. Tinggal beberapa je. Yang beberapa tu pulak aku pindahkan ke e-book aku, makanya handphone aku pun suram tanpa gambarku. Hehe :D Ini tips untuk meringankan handphone, ya ;)
.

.
Asyik sangat duk mengade-ngade depan camera handphone, sedar-sedar dah kul 5.30 p.m dah. Eh, bila masa pulak tok bilal kampung aku azan Asar ni?? Tak dengar pun --" Aish, apesallah kejap sangat masa berlalu nih?? Wuuu T_T
.
Dah kul 5:30 p.m tu, aku pun cepat-cepatlah ambik wudhu' dan solat. Dah siap tunaikan kewajipan yang satu tu, aku sambung pulak dengan aktiviti seterusnya iaitu mengedit gambo. Ehem-ehem! Sedikit peringatan: Aku tak edit gambo aku jadi cerah, ya. Aku just edit bahagian background je sebab background hudoh O_o
.
Semasa aku duk edit gambo tu, aku juge melakukan satu lagi aktiviti iaitu menonton TV rancangan #SendiriBikin di TV9. Masa tu, mulalah berangan, nanti bila dah besar, nak kahwin dengan lelaki yang kreatif sebab aku bukannya sejenis makhluk yang kreatif. Lepas  tu aku tolong dia buat DIY untuk hias rumah kitorang. Hehe XD Atoyai... Kantoi aku berangan giler-giler pasal teman hidup. Mujurlah tak berangan pelik-pelik, kan?
.
Dah siap edit mengedit tu, aku off e-book and sambung tengok rancangan #SendiriBikin. Masa ni dah tak berangan lagi dah sebab mak aku pun ada sama tengok rancangan tu...
.
Bila tok bilal dah azan maghrib, kite pun gi lah solat. Alahhh. Aktiviti biase. Tapi, yang biasa itulah yang pertamaaaaa sekali akan disoal di dalam kubur nanti. Heeee. Takut pulok aku rase. Doh lah mase budok-budok dulu mayang macang cipsmor je. Ganelah kekgi nok jawab dalam kubur.
.
And, now. Aku duk menaip entri ni :)
.
So begitulah ceritanya kisah Jumaatku yang dipenuhi dengan aktiviti yang tak berfaedah. Asalnya nak baca novel sastera, tapi terus tukar 360° jadi buat video cara pakai shawls pulak. Kesian Siti Jasmina, penat-penat dia tulis novel tu tapi aku tak baca pun. Takpe-takpe, nanti kite free kite bace ;) Pinky promise ﹋o﹋ !

.
.

Oklah. Ni je citer aku untuk entri kali ni. Lain kali aku citer lagi, ya ;)

.
.
.

Thanks for reading this entry ^_^


-Gambo kat bawah ni-




1) Novel Sastera berjudul 6:20 karya Siti Jasmina yang aku akan baca nanti.

2) Budu yang tumpah atas baju aku.

3) Hammy Si Winter mengada yang comel  ^_^ 
 


4) Shawls and bawals untuk video

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...