Thursday, 21 April 2016

Histeria? Saya takut! | Tips Tolak Saka Dan Histeria

Assalamualaikum..
.
14 April lepas, Malaysia telah digemparkan dengan satu cerita yang crazy hot iaitu cerita pasal satu sekolah di Kelantan yang para pelajarnya termasuk guru-guru kena histeria.
.
Haaa... Tahu tak? Tahu tak?
.
Kalo korang selalu baca surat khabar and tengok berita, mesti korang tahu, kan? Kalau aku, aku tahu sebab everyday aku baca akhbar BH kat sekolah. Hehe >_<
.
.
Tadi aku ada tengok Malaysia Hari Ini (MHI) and ada satu slot ni di mana Ally Iskandar menemu ramah seorang pendakwah/ustaz perihal kes histeria kat sekolah kat Kelantan tu.
.
Kata ustaz tu, 'penyakit' histeria ni tak tahu lagi apa puncanya yang sebenar-benarnya. Tapi.... ustaz tu ada juga cakap yang kes histeria ni adalah disebabkan oleh sikap sesetengah pelajar wanita yang tak jaga kebersihan.
.
Tak jaga kebersihan maksudnya macam buang tuala wanita merata-rata. Ada juga yang langsung tak basuh tuala wanita tu. Tak basuh, tak balut and buang macam tu je dalam tong sampah. Kalo buang dalam tong sampah tu takpe lagi, tapi kalo buang merata-rata tu camne?
.
Perkara ni bukannya perkara baru. Dah lama dah sebenarnya. Sejak dari dulu lagi ada je kes pelajar buang tuala wanita merata-rata. Aku sendiri pun tak tahulah kenapa dan bagaimana perkara ni boleh berlaku. Diorang yang buat ni tak rasa geli ke? Or mungkin rasa takut?
.
Diorang tak tahu ke yang perkara ni sangat sangat sangat berbahaya? Diorang tak tahu ke yang darah haid wanita tu ialah makanan kegemaran jin? Tak tahu ke? Tak tahu ke?
.
Aku yang tak pernah kena ni pun  takut crazy. Geli pun ya juga. Heee *muka geli nak muntah
.
Yang peliknya kan, sekolah yang ada kes histeria ni kebanyakannya berlaku di sekolah Melayu di mana rata-rata pelajarnya ialah ISLAM! Islam ok, islam!
.
Dan mangsanya pula tak lain bukan mestilah perempuan. Sebabnya, macam yang aku tulis kat atas tu lah. Tak jaga kebersihan. Hish. Memalukan betul!
.
Tapi kan, sekolah aku tak ada pula kes-kes histeria ni walhal students sekolah aku semuanya perempuan.
.
Satu lagi, sekolah aku pun tak ada pun duk pung pang pun pang pasal students buang tuala wanita merata-merata or tak basuh tuala wanita. Pelik kan?
.
Mungkin sebab undang-undamg sekolah aku ketat kot.
.
Undang-undangnya, kalau ada mana-mana cikgu yang terjumpa tuala wanita kat mana-mana, cikgu akan kumpulkan semua students and semua students kena perah tuala wanita tu. Eeeeeyu! Geli wehh.
.
Geli! Geli!! Geli!!!!!!!
.
Aku tak pernah kena lagi tapi ada senior cakap pengetua sekolah aku yang lama pernah buat macam tu ×_×
.
Tapi, aku tulis entri ni bukanlah sebab nak kupas banyak-banyak pasal kes tu. Bukan juga nak bangga diri dengan sekolah sendiri walhal memang bangga pun. Mehehehe XD Tak, ya. Hee.. Aku pun bukannya tahu banyak sangat pun pasal kes tu.
.
Aku just nak gitau, masa aku trngok MHI tadi, ustaz tu ada beritahu pasal beberapa cara untuk kita tolak saka, elak histeria dan rawat histeria.
.
So, inilah perkara yang aku nak kongsikan kat entri ni.
.
Ayat tolak saka
~ Amalkan surah Al-Mu'minun ayat 97-98
.
Ayat elak histeria
~Dekatkan diri dengan Allah.
~Berzikir
~Baca ayat Kursi
~Amalkan ayat-ayat elak histeria (boleh search kat google, ya >_~)
~Berdamping/Mengamalkan Quran
Rawat histeria
~Azan 7 kali secara berulang-ulang.
~Baca ayat Kursi sebanyak 313kali. (boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa orang kalau tak mampu nak baca sorang-sorang. Tapi make sure cari orang yang betul-betul pandai baca. Nanti buat malu je kena gelak dengan jin yang crazy damn tu)
.
.
Hope tips ni dapat memberi mamfaat kepada korang yang membaca :)
.
Apa yang penting, kalau tak nak semua perkara ni berlaku kat kita, kita kena dan mesti mendekatkan diri dengan Allah dan elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menarik jin untuk berdamping dengan kita.
.
Ustaz kat MHI tu pun ada kata, jin juga sangat suka dengan orang yang lemah semangat. Senang cerita, macam introvert gitu. Suka duk sorang-sorang (aku la tu) dan suka simpan 'rasa' sorang-sorag (aku lagi). Jin juga suka dengan orang yang dalam keadaan tertekan sebab masa tu emosi kita tengah berada di level yang sangat rendah. So, senanglah jin tu nak rasuk kita. Kita tu bukan aku, ya. Harap maklum!
.
So, conclusion-nya, jagalah diri baik-baik. Jangan terlebih ego dengan jin tu. Bajet berani sangat. Nanti kan, sekali dia tunjuk diri dia kat kau baru tau nak kecut usus besar. Perut tu toksah cakaplah. Memang dah kecut-berut dah bak kata orang Ganu. Kecut gila crazy.
.
And jangan jugak terlalu takut dengan kaum kerabat jin tu. Dia jin je, hokeh. Ingat, kita tak perlu takut dengan jin, just be aware! Kita kena lebih takut dengan Allah S.B.T . Jin tu kan makhluk ciptaan Allah. Sama je dengan kita. Dia tak ada apa-apa keistimewaan pun. Yang penting kita kena ingat, tempat dia kelak adalah di neraka jahanam. Kita pula, orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam dan menurut perintah Allah akan ditempatkan di syurga ^_^ Amin...
.
.
.
Ok-lah. Tak nak tulis long-long sebab nak tulis entri lain pulak. Hari ni aku nak update banyak-banyak entri. Gila trafik! Padahal takde orang baca pun. Belog pun orang tak kenal. Aduhai sedihnya hidup T_T
.
K, bai. Tata.
Assalamualaikum.
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Aku tak tahu nak letak gambo apa, jadi terimalah gambo ni....
--"

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...