Thursday 14 April 2016

Selamat Pagi Dunia!!

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia!!

Sekarang pukul 5.22 am, hari Jumaat dan aku sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan data. Data aku akan tamat tempoh pada pukul 6.10 am nanti dan jumlah data yang masih tinggal ialah 19MB.

Aku ingat nak bukak je IG then stalk Fatin Liyana ke, Fatin Suhana ke, Yuyu Zulaikha ke tak pun Irine Nadia... Hehe. Semuanya blogger!

Aku tak tahu nak taip apa sebenarnya. Tapi hati meronta-ronta meminta untuk meng-update satu entry kat belog supaya tidaklah kelihatan membosankan....

Last aku buka belog hari Sabtu lepas, views belog aku ialah 5557. Tapi semalam aku buka belog tengok views just 5760. Nampak tak tu? Peningkatan yang sangat menyedihkan! Dalam masa 4 hari readers aku just seratus lebih je.. Wuuuu ;(

Tapi ok gak ar sebab blog aku takde sape yang tahu pun. Aku mana ada promote blog aku kat mana-mana. Join contest apa-apa ke. Komen kat entry blogger lain ke. TIDAK. Aku just melayari hidup seperti biasa. Hari cuti baru aku online and update belog. Hari sekolah just focus on study. Tak fokus sangat pun sebenarnya. XD

Em... Apa lagi nak cerita eyh???

Hah! Ada sorang kawan aku ni family dia ada bisnes fesyen muslimah camtu ar. Aku kan minat modelling kan, so aku try ar tanya dia boleh tak aku nak jadi model untuk memperagakan baju and tudung diorang. And sekarang aku masih lagi menunggu jawapan......
Tapi rasanya tak boleh kot sebab aku rendah and gelap.

Ok-lah. Tata. Nak buka IG jap ∩__∩



Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...