Tuesday, 26 April 2016

Quote Of The Day #1

Assalamualaikum...


Dah lama benar rasanya aku tak update belog padahal baru je Ahad lepas aku update satu entry. Entry Wordless Sunday. Bahahaha.


Hari ni sebenarnya Terengganu cuti sempena hari pertabalan sultan Terengganu. And memang aku dah semat azam dah kelmarin untuk update entry banyak-banyak gitu pada hari ni.


Tapi malangnya, aku tak update satu habuk pun lagi entry untuk hari ni kerana terlalu sibuk dengan aktiviti blogwalking, tengok cerita Running Man di ebook, guling-guling atas katil and baca novel Aa+Bb by Hlovate. Like a boss je kan aktiviti aku? Muahaha XD


Aku ni buat keje lain rajin, tapi kalo nak buat homework yang bertimbun, hafal segala benda yang patut dihafal and cover balik topik-topik form1and form2 bagi setiap subjek yang aku pernah belajar dengan membacanya, oh malasnya! Dah la lagi dua minggu nak exam. Dasar tak sedar diri!


Oklah. Malas nak kutuk diri sendiri sebab dah tersangat bosan dah.


Just nak gitau, mulai hari ini aku akan buat satu segmen (oceh, sebab kau!) di belog aku iaitu segmen Quote Of The Day.


Setiap kali aku online, inshaAllah aku akan update satu quote di belog aku ni. Ok?


So, quote of the day for today ialah....

sila lihat gambo, ye ;")


Kbai

Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...